Sunday, May 31, 2009

Bagi Saya Bukan Pas Kawasan

Muktamar semakin hampir.Pas Bukit Gantang menghantar 5 orang perwakilan.Perwakilan bukan saya. Kalau saya,undi saya untuk Jawatan Timbalan Presiden YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.Sementara untuk Naib Prersiden, Tn Haji Mahfoz Omar(Dato) , Sdr YB Salehudin Ayob,Ustaz Mujahid Yusof.
Sementara itu untuk jawatan Ahli Jawatankuasa pertamanya sudah tentu YAB Dato'Seri Nizar (MB Rakyat),Ustaz Idris Haji Ahmad, Hj Asmuni Awi dan lain-lain.
Pembaca diharap tidak keliru ini impian saya.Impian mereka yang ditemui di Bukit Gantang.Namun begitu selamat bermuktamar.Jumpa kita di Stadium Malawati,Selangor.

PENANTI TAK MERIAH Tak ada UBN

Kelmarin kami pergi ke Penanti.Tidak meriah tetapi aman dan selamat.Polis cukup untuk penduduk tempatan. Tidak bertemu FRU ,polis pun "relax" sahaja.
Penduduk tempatan memberitahu tanpa UBN bertanding ,kawasan selamat aman dan tidak membazir. Kerajaan tidak perlu keluar belanja untuk POLIS kawal UMNO,dakwa seorang penduduk Jln Menkuang.Bagi mereka undi hanya untuk PR tidak bebas.

Friday, May 29, 2009

Manik Urai: Bilik kosong,rumah kosong,setor kosong..habis disewa

Laporan khas MEDIA BYPASS dari Kelantan

Nikmat dari Tuhan ada di mana-mana, memang ada yang datang mengolek. Ini gambaran untuk penduduk di kawasan PRK Manik Urai yang kini sibuk jadi "orang kaya baru".

Tinjauan krew MEDIA BYPASS yang tiba di situ semalam, mendapati hampir semua bilik kosong, rumah kosong, pondok kosong atau bilik stor sudah disewakan. Inilah rezeki sementara yang tidak dilepaskan mereka.

Manik Urai pada pandangan krew kami merupakan satu kawasan yang agak terpencil, tetapi kini menjadi tumpuan gerombolan orang luar yang akur tiada hotel pun di sini kecuali yang menyewakan bilik-bilik rumah secara "haram".

Difahamkan, sejak minggu lepas lagi kawasan tersebut telah "diserbu" wakil-wakil parti politik mencari rumah atau bilik sebagai markas atau tempat berihat tetamu dari luar.

Penduduk kampung buat pertama kali mencatat sejarah diri mereka apabila ada bilik kecil yang disewa dengan harga RM700 sebulan. Tidak pelik juga ada rumah tiga bilik diberi sewa sehingga mencecah RM3,000!

Tinjauan turut mendapati beberapa kumpulan penyokong parti terpaksa menyewa di Kuala Krai yang juga sedang menyaksikan peningkatan kadar sewanya mengikut permintaan semasa.

Krew MEDIA BYPASS dari Terengganu itu akan berada di Manik Urai sehingga Ahad depan bagi meninjau lebih dakat persiapan dan kempen pilihan raya yang bakal dimulakan oleh Pas menerusi kunjungan pemimpin masuk kampung.

Ehsan Blog Cina Islam

Kemana Hilangnya Tanah Orang Melayu Di Perak

17 Oktober 1971- 13,000 ekar TANAH REZAB MELAYU di Mukim Pengkalan Baru dan Beruas telah dibatalkan sebaliknya telah DILULUSKAN oleh kerajaan UMNO BN kepada syarikat Gula Perak Bhd,syarikat bukan Melayu.
1980 - Seluruh Pulau Pangkor Laut,Daerah Manjung telah DILULUSKAN oleh kerajaan BN Perak kepada YTL Corporation Bhd,sebuah syarikat BUKAN MELAYU untuk dijadikan pusat peranginan.
2005 - Seluas 770 ekar tanah di Kilang Simen Perak Hanjoong Bhd milik anak syarikat Kerajan BN PERAK telah DIJUAL dengan restu kerajaan BN Perak kepada YTL Corporation Bhd.Akibatnya ramai pekerja-pekerja MELAYU telah diberhentikan kerja.
Melayu sangatkah UMNO ini?

Jadual MB Rakyat- Hj Nizar


29 MEI - Jumaat

12 pm - Solat Jumaat Masjid Pekan Trong
3.30 pm- Dialog Rakyat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen
7.30 pm- Kuliah Maghrib Surau Al Samadiah,Kg Senduk Bt 8,Jln Trong
9.00 pm- Rasmi Kumpulan Hadrah Kg Senduk,Changkat Ibol
9.30 pm- Ceramah Isu Semasa di Kg Air Kuning,Taiping

Thursday, May 28, 2009

PAS MENJADI PERHATIAN

Pas kini menjadi perhatian.Bukan sekadar Ahli Parlimen yang dikenali,Pas Bukit Gantang juga menjadi sumber rujukan.
Jadi marilah kita menyertai Program Himpunan Aman Rakyat Perak Kempen Bubarkan Dun Perak . Marilah kita memberitahu 1 Perak Gelita,Demokrasi diutamakan ,Pilihanraya Sekarang.
Semarakkan program itu pada 1 Jun 2009,dengan berpuasa sunat serentak di 59 kawasan Dewan Undangan Negeri Perak.
Agenda program :
6.00 PETANG Himpunan Aman di Pusat Khidmat Dun
Ucapan Pimpinan
7.15 MLM Majlis Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Bacaan Yasin
8.35 MLM Solat Isyak
Ceramah Pimpinan Tempatan

PUSAT KHIDMAT MELANGKAH GAGAH

KERETA PICK UP TATA DAN VAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN
Turut kelihatan DS Nizar dan isteri DS Fatimah di perkarangan Rumah DS di Kg Sg Rokam Van Pusat Khidmat bersedia menabur budi dan jasa

Wednesday, May 27, 2009

SEKADAR KENANGAN



Haji Nizar memeluk Tuan Guru Hj Hadi sebaik diisytihar calon P059 pada 19 Mac






Abdul Rahman anak penulis memakai Topeng Nizar pada hari mengundi 7 April

Tuesday, May 26, 2009

Maaf Buat Semua

Kini saya menggunakan blog saya untuk memberi idea dan pandangan .Terima kasih Pas Kawasan Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen yang membenarkan saya menulis dan mengisi bahan di parlimen059.blogspot.com. Dalam pada itu teringat Allahyarham Hj Roslan Shaharum yang banyak mengajar erti kesabaran. Biarlah sejarah mengajar kita. Terima kasih

Maaf Buat Semua

Kini saya menggunakan blog saya untuk memberi idea dan pandangan .Terima kasih Pas Kawasan Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen yang membenarkan saya menulis dan mengisi bahan di parlimen059.blogspot.com. Dalam pada itu teringat Allahyarham Hj Roslan Shaharum yang banyak mengajar erti kesabaran. Biarlah sejarah mengajar kita. Terima kasih

SABARLAH KITA

Kita berharap masyarakat bersabar,sesuatu kejadian ada hikmah. Kita perlu memimpin masyarakat. Pas perlu mendepani masyarakat,menjadi jurucakap masyarakat.

BERTEMU KITA

Salam perkenalan,kini kita bertemu di blog Sisi Bukit. Sekadar untuk berkongsi pengalaman.Sekadar untuk bersama masyarakat.Selamat melayari Sisi Bukit,agar kita diberi kekuatan dan ilmu untuk dikongsi bersama. Terima kasih.