Friday, May 29, 2009

Manik Urai: Bilik kosong,rumah kosong,setor kosong..habis disewa

Laporan khas MEDIA BYPASS dari Kelantan

Nikmat dari Tuhan ada di mana-mana, memang ada yang datang mengolek. Ini gambaran untuk penduduk di kawasan PRK Manik Urai yang kini sibuk jadi "orang kaya baru".

Tinjauan krew MEDIA BYPASS yang tiba di situ semalam, mendapati hampir semua bilik kosong, rumah kosong, pondok kosong atau bilik stor sudah disewakan. Inilah rezeki sementara yang tidak dilepaskan mereka.

Manik Urai pada pandangan krew kami merupakan satu kawasan yang agak terpencil, tetapi kini menjadi tumpuan gerombolan orang luar yang akur tiada hotel pun di sini kecuali yang menyewakan bilik-bilik rumah secara "haram".

Difahamkan, sejak minggu lepas lagi kawasan tersebut telah "diserbu" wakil-wakil parti politik mencari rumah atau bilik sebagai markas atau tempat berihat tetamu dari luar.

Penduduk kampung buat pertama kali mencatat sejarah diri mereka apabila ada bilik kecil yang disewa dengan harga RM700 sebulan. Tidak pelik juga ada rumah tiga bilik diberi sewa sehingga mencecah RM3,000!

Tinjauan turut mendapati beberapa kumpulan penyokong parti terpaksa menyewa di Kuala Krai yang juga sedang menyaksikan peningkatan kadar sewanya mengikut permintaan semasa.

Krew MEDIA BYPASS dari Terengganu itu akan berada di Manik Urai sehingga Ahad depan bagi meninjau lebih dakat persiapan dan kempen pilihan raya yang bakal dimulakan oleh Pas menerusi kunjungan pemimpin masuk kampung.

Ehsan Blog Cina Islam

No comments:

Post a Comment