Monday, November 12, 2012

Tunggu polis,baru dedah- Pas Perak.



Kembara Oren diserang
Abu Bakar (kanan) bersama dengan Razman mengadakan sidang media mengenai tindakan terhadap kekasaran sekumpulan lelaki pada Kembara Oren, semalam.
IPOH – Pas akan mendedahkan identiti 18 lelaki mendakwa penduduk Felda yang bertindak agresif menghalang Kembara Oren di Felda Lasah dan Lawin Selatan di sini, 3 November lalu.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Husin berkata, Pas terpaksa berbuat demikian sekiranya polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan poli yang dibuat berhubung halangan yang dilakukan kumpulan lelaki terbabit.

Abu bakar mendakwa, ketika program berlangsung, kumpulan lelaki itu telah bertindak kasar terhadap Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dengan menarik beliau keluar daripada kenderaannya.

“Kita mempunyai nama-nama yang bertindak kasar merentap keluar Mazlan dan merampas serta memecahkan kamera video milik kami ketika Kembara Oren memasuki Felda Lasah.

“Kita tidak akan mendedahkan nama itu buat masa ini kerana melihat dahulu tindakan polis yang menjalankan siasatan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri di sini, semalam.

Menurutnya, berikutan tindakan menghalang konvoi dan kekasaran terhadap peserta kembara terbabit, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Razman Zakaria telah membuat satu laporan polis telah.

Sementara itu, Razman berkata, peguam yang dilantik akan meneliti perkembangan kes untuk diambil tindakan sivil sekiranya tiada perkembangan berdasarkan siasatan jenayah oleh pihak polis. “Peguam kita akan menulis surat kepada pegawai penyiasat untuk mengetahui
tindakan polis sama ada kes ini terus disiasat atau tiada tindakan langsung.

“Kami kesal ketika rombongan tiba, pihak polis yang berada sama tidak mengambil tindakan walaupun ada elemen kekerasan. Diharapkan tindakan ini akan memberi pengajaran,” katanya

No comments:

Post a Comment