Showing posts with label pas perak-tahniah. Show all posts
Showing posts with label pas perak-tahniah. Show all posts
Tuesday, March 4, 2014
Sunday, March 2, 2014
Raja Nazrin sudah rasmi LTSAS,tapi masih tak boleh guna.
| DYTM Raja Dr Nazrin merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah(LTSAS) pada 21 Mei 2013.Sayang kos naik taraf sejumlah RM42 juta itu ,satu pembaziran. |
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,melalui Ketua Pemuda ,Raja Dr Ahmad Iskandar al-Hiss,_ mendesak semua Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak meletak jawatan ekoran kegagalan menyelesaikan siasatan terhadap Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS). Sudah lebih sebulan laporan kajian keselamatan landasan LTSAS tiada perkembangan dan ini sedikit sebanyak mencacatkan usaha untuk menarik pelancong asing pada Tahun Melawat Malaysia (TMM) kali ini. Ianya juga telah melepasi lebih tiga bulan kempen TMM tahun ini, sudah tentu dalam tempoh tersebut mencatatkan menurunan pelancong asing ke Perak.
Bagi Pemuda PAS Perak, PAC Perak perlu bertanggungjawab di atas amanah dan tanggungjawab besar yang dipikul oleh kerana ianya melibatkan nama baik dan imej negeri Perak. Ianya bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan, tetapi ianya melibatkan Institusi DiRaja di Perak khasnya. Amatlah memalukan dan mengecewakan, apabila Pemangku Seri Paduka Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah mencemar duli merasmikan naik taraf LTSAS pada 21 Mei 2013 yang lalu tetapi ianya tidak boleh digunakan. Malangnya juga, nama lapangan terbang LTSAS yang menjadi kebangggaan rakyat Perak tercalar dan menghampakan berikutan apa yang berlaku.
Bagi kami, sudah tiba masanya juga satu laporan kepada pihak Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak. Ianya bagi menyiasat pihak manakah punca menyebabkan kegagalan fungsi LTSAS sehingga sekarang ini. Siapakah yang bersalah jika berlaku penyelewangan atau salahguna kuasa di atas projek menaik taraf LTSAS tersebut. Kerajaan Negeri Perak perlu menunjukkan keseriusan dan kesungguhan bagi mengatasi punca utama masalah yang berlaku di LTSAS. Ianya kerana seolah-olah berlaku ‘sabotaj’ dan ‘unsur khianat’ menyebabkan LTSAS tidak berfungsi sepenuhnya sepertimana yang diharapkan!
Wednesday, February 26, 2014
Inilah Peguam PAS ,Mohd Fitri Asmuni dan Mohd Zambri yang menang kes Nizar.
![]() |
| Peguam DS Nizar dalam kes nombor plet kereta WWW1,Sdr Mohd Fitri dan Mohd Zambry yang komited dengan tugas untuk membela DS Nizar.Mahkamah Tinggi bolehlah dianggap rumah kedua mereka. |
![]() |
| Foto peguam DS Nizar, Mohd Fitri dan Mohd Zamry serta Ustaz Fakrurazi(Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak) yang sering turun naik mahkamah.Mereka dianggap sebagai Peguam PAS. |
Taiping - Keputusan Mahkamah Rayuan yang meminta TV 3 membayar saman fitnah kepada DS Nizar sudah tentulah menggembirakan "Peguam PAS" seperti Sdr Mohd Fitri dan Sdr Mohd Zambri.Sebelum ini,Mahkamah Tinggi sudah menghukum Syarikat Utusan dalam kes saman fitnah DS Nizar atas isu nombor plet kereta WWW1.Pasukan peguam ini dibantu Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak,Raja Ahmad Iskandar,Salman Salleh dan Safarizal.(klik)
DS Nizar mendakwa pada 30 Mei 2012,TV3 menyiarkan berita fitnah berkaitan dalam twitter itu dalam slot Utama pukul 8 malam.
Monday, February 3, 2014
PJ PAS Perak bukan macam Zambry Kadir.
![]() |
| Haji Razman Zakaria ,PJ PAS Perak turun padang bersama wakil rakyat PAS YB Ustaz Idris Ahmad menyantuni masyarakat Cina di Bukit Gantang pada 30 Januari lalu. |
Taiping- Bekas Adun PAS dipinggirkan? Siapa yang menimbulkan khabar angin ini?
Menjawab persoalan itu, salah seorang daripada mereka, Drs Khalil Idham Lim pantas menafikan andaian negatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu.
Bekas Adun Titi Serong itu berkata, beliau tidak pernah dipinggirkan apatah lagi merajuk kerana tidak dipilih, tetapi sebaliknya kini sibuk dengan urusan perniagaan.
“Pada asalnya Adun-adun yang dipilih sebelum ini ada pekerjaan sendiri. Jadi selepas mereka bebas daripada tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka meneruskan kerja yang dilakukan sebelum ini.
“Saya masih aktif berpolitik di kawasan Kuala Kangsar sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional dan pada masa yang sama menumpukan bidang perniagaan yang saya ceburi,” kata Drs Khalil seperti dipetik.
Bekas Adun Titi Serong itu berkata, beliau tidak pernah dipinggirkan apatah lagi merajuk kerana tidak dipilih, tetapi sebaliknya kini sibuk dengan urusan perniagaan.
“Pada asalnya Adun-adun yang dipilih sebelum ini ada pekerjaan sendiri. Jadi selepas mereka bebas daripada tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka meneruskan kerja yang dilakukan sebelum ini.
“Saya masih aktif berpolitik di kawasan Kuala Kangsar sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional dan pada masa yang sama menumpukan bidang perniagaan yang saya ceburi,” kata Drs Khalil seperti dipetik.
Pada PRU12 lalu, Khalid Idham menang di Dun Titi Serong dengan majoriti 1,149 undi menewaskan calon BN, Abu Bakar Mat Ali.
Namun, pada PRU13, Khalil Idham menukar haluan bertanding di peringkat Parlimen Kuala Kangsar tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Wan Mohamed Khair-Il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 1,082 undi.
Sementara itu, seorang lagi bekas Adun Changkat Jong Haji Mohd Anuar Sudin (kini Bendahari PAS teluk Intan)yang pernah memenangi kerusi Dun Changkat Jong pada 2008 turut mengemukakan pendapat yang sama.
Katanya, pemimpin Pas tidak seperti pemimpin parti lain yang menyediakan jawatan tertentu kepada bekas Adun mereka demi menjaga hati.
“Kita dalam Pas cukup takut untuk menerima jawatan kerana bimbang tidak mampu memikulnya. Lebih baik tiada jawatan atau diberikan kepada orang lain.
“Cuma, bila diberikan kepercayaan oleh parti untuk memikulnya, kita akan cuba sebaik mungkin untuk memegang amanah itu,” kata Haji Mohd Anuar Sudin,bekas Adun Changkat Jong.
Sunday, February 2, 2014
Ramah mesra PJ Perak,bersama bloggers dan facebookers,SB tak usah sibuk.
Wednesday, January 15, 2014
Hakim pilihanraya yang takutkan Allah berilah keadilan kepada pempetisyen.
Petisyen Lubok Merbau,di Mahkamah Pilihanraya,harapan Pakatan Rakyat menang 15 peratus?
Mahkamah Pilihan Raya: DUN Lubuk Merbau ujian rakyat Perak – oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Saya akan menunggu keputusan Mahkamah Pilihan Raya esok, Khamis, 16 Januari 2014 sama ada ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN), ini kerana ia akan mengubah senario politik di Perak khasnya jika ia berpihak kepada PR.
Sedangkan sebelum ini hakim yang sama, Datuk Abdul Rahman Sebli telah memutuskan bahawa BN mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Kawasan Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya lalu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen dan ini bercanggah dengan kedua-dua perintah-perintah tersebut yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya masih diulangi sekali lagi.
Itu adalah langkah pertama kegagalan pempetisyen di Lubuk Merbau dan peguam yang sama berusaha membawa ke Mahkamah Pilihan Raya pada 13 Ogos 2013 yang lalu dan sekali lagi pada 23 Disember 2013 yang lalu membawanya pula di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk mendapatkan keadilan.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya memberikan kita peluang sekali lagi dan membenarkan kepada pempetisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu di Lubuk Merbau yang dimenangi tipis oleh BN dengan majoriti 53 undi sahaja antara calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN Datuk Siti Salmah Mat Jusak.
Antara kepentingan petisyen tersebut difailkan pada 12 Jun lalu, antara sebabnya adalah pempetisyen mendakwa terdapat penyogokan dalam keputusan pilihan raya di Lubuk Merbau ketika itu yang menjadikan faktor bantahan keputusan tersebut yang disertakan dengan beberapa bukti ketika perbicaraan berlangsung ketika itu.
Manakala pada 8 hingga 10 Januari yang lalu pula, pempetisyen bukan sahaja masih gagal diwakili oleh peguamnya tetapi beliau juga tidak dibenarkan mewakili dirinya untuk menuntut agar keputusan di Lubuk Merbau dibatalkan dengan bertungkus lumus berhujah untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Pilihan Raya tersebut.
Dan keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah Pilihan Raya tersebut amat dinantikan oleh banyak pihak sama ada ianya benar-benar meyakinkan atau mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri Perak masih di bawah BN yang membezakan dua kerusi sahaja untuk terus memerintah.
Jika ditanya kepada saya tentang kedudukan mahkamah tersebut, saya boleh letakkan hanya 15% sahaja keyakinan ia akan berpihak kepada PR. Banyak faktor dan sebab kenapa saya berpendirian begitu dan adakah juga rakyat negeri Perak juga berpendirian tersebut? – 15 Januari, 2014.
Sunday, January 12, 2014
Hakim Abdul Rahman Sebli yang takutkan Allah,berilah keadilan kepada pempetisyen,Ridzuan Asit.
Kenyataan Media PJ PAS Perak,Tuan Haji Razman Zakaria.Beri keadilan kepada Mohd Ridzuan Asit Pempetisyen.
Dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu, kerusi Dun Lubuk Merbau telah ditandingi calon Pas, Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof. Hasil dari keputusan pilihanraya tersebut di mana Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan bahawa calon Barisan Nasional, Dato' Siti Salmah binti Mat Jusak memenangi kerusi tersebut, seorang pengundi yang berdaftar di Dun Lubuk Merbau, Mohd Ridzuan bin Asit telah memfailkan petisyen pilihanraya mencabar kemenangan calon Barisan Nasional tersebut.
Pada peringkat awal di Mahkamah Pilihanraya, petisyen pilihanraya tersebut telah ditolak oleh hakim setelah pihak responden membangkitkan beberapa bantahan awal. Namun pempetisyen telah merayu ke Mahkamah Persekutuan. Pada 23.12.2013, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan dan menghantar semula kes ke Mahkamah Pilihanraya untuk dibicarakan.
Dalam situasi kebanyakan petisyen pilihanraya yg difailkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat ditolak, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut memberikan sinar terhadap persepsi masyarakat terhadap sistem kehakiman di negara ini.
Pas Perak turut mengikuti perkembangan perbicaraan kes yang dijalankan di Mahkamah Pilihanraya di hadapan Yang Arif Dato' Abdul Rahman bin Sebli dari 08,9 dan 10 Januari 2014.
Namun sesi perbicaraan yang diharapkan bermula dengan saksi-saksi sepatutnya memberikan keterangan tidak berlaku, pempetisyen dan peguam-peguam yang mewakili pempetisyen juga tidak dibenarkan berhujah.
Pas Perak melahirkan rasa dukacita terhadap situasi ini dan berharap agar kes petisyen didengar berdasarkan merit kes. Pas Perak juga menzahirkan sokongan terhadap pempetisyen, Mohd Ridzuan bin Asit dan berharap keadilan diberikan kepadanya.
Friday, January 10, 2014
Buat bising :PASTI diserbu penguatkuasa Majlis Daerah Tanjung Malim.
Kejadian "serbuan" pihak berkuasa Majlis Daerah ke sebuah PASTI di daerah Slim River adalah satu kejadian yang amat menyedihkan bagi umat Islam seluruh Malaysia.Tuduhan awal yang dikenakan kepada PASTI kononnya membuat bising hanyalah usaha jahat pihak-pihak tertentu yang sudah tidak tahan melihat kehebatan sambutan masyarakat sekeliling terhadap pendidikan Islam di PASTI. Kami yakin dan percaya usaha jahat ini akan gagal dengan adanya pertolongan Allah dan keyakinan penuh rakyat Malaysia terhadap pendidikan di PASTI. Malanglah "bisingnya" sebuah pusat ilmu dibanteras bersungguh-sungguh sedangkan "bisingnya" ribuan pusat maksiat dibiarkan hidup berleluasa. Marilah kita doakan semoga PASTI Al-Barokah, Slim River sentiasa berada di bawah perlindungan Allah, Tuhan Maha Kuasa. Allahu Akbar!!
Monday, December 23, 2013
Petisyen Dun Lubok Merbau dibicara semula di Mahkamah Tinggi Petisyen.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang membicara rayuan petisyen Lubok Membau pada 23 Disember telah membuat keputusan memihak kepata pempetisyen.
RAYUAN Petisyen bagi DUN LUBOK MERBAU (Perak) yang difailkan oleh Pakatan Rakyat Perak DITERIMA & Mahkamah batalkan keputusan Mahkamah Tinggi serta mengarahkan BICARA SEMULA di Mahkamah Tinggi Petisyen
Tuesday, December 17, 2013
UMNO tertekan Ustaz Idris Ahmad jadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Sunday, December 15, 2013
DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sesi 2013-2015
Pesuruhjaya : Hj Razman Zakaria
Timbalan Pesuruhjaya 1 : YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Pesuruhjaya 2 : YB Ustaz Idris Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya 3: Hj Noh Ahmad
Setiausaha : Dr Muhaimin Sulam
Penolong Setiausaha 1 : Sdr Ismad Shahril
Penolong Setiausaha 2 : Sdr Badrin Khalid
Penolong Setiausaha 3: Mazidah Ghazi
Bendahari : Ustaz Ismi Mat Taib
Ketua Penerangan : Ustaz Misbahul Munir Masduki
Pengarah Pilihanraya : Sdr Khairul Anuar
Ketua Dewan Ulamak : Ustaz Kamaruddin Awang Basir
Ketua Dewan Pemuda: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Ketua Dewan Muslimat : Dr Najihatussolehah Ahmad
Ahli Jawatankuasa:
-YB Ustaz Abu Bakar Hussien
-Sdr Rahim Nordin
-Sdr Junaidin Yusof
-Hj Mohamad Rizal Ayub
Saturday, December 14, 2013
Pembentukan Kabinet PAS Perak hari ini.
Tuesday, November 5, 2013
Pemuda PAS kekasih baru-Dr Raja Iskandar
Thursday, October 10, 2013
Diskusi pra-bajet,mengparlimen warga Parit Buntar
PARIT BUNTAR: Satu Majlis Diskusi Pra-Bajet 2014 peringkat parlimen Parit Buntar akan diadakan pada 13 Oktober 2013 jam 9mlm-1130mlm bertempat di Dewan Banquet Melor Inn Parit Buntar.
Semua warga parlimen Barit Buntar yang mempunyai kredibiliti mewakili institusi, jabatan, NGO atau individu dijemput hadir bagi memberikan pandangan, cadangan pertanyaan dan usul untuk diperbahaskan di parlimen sesi ke-3 pada akhir Oktober nanti.
Tempat hanya terhad kepada 40 peserta sahaja.
Hubungi segera pengawai Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, Sdr Hairul Nizam di talian 013-5813634 jika berminat.
"Mengparlimenkan warga Parit Buntar"
Monday, September 30, 2013
YB Ustaz Zawawi ucap terima kasih kepada anggota Pertahanan Awam.
![]() |
| YB Uztaz Mohd Zawawi Hasan (Gunung Semanggol) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Pertahanan Awam Bagan Serai yang membantu penduduk. |
![]() |
| Anggota JPAM membangtu membersihkan kawasan ribut. |
Monday, September 23, 2013
Ahmad Fakharudin menang tanpa bertanding YDP PAS Taiping.
![]() |
| Tuan Haji Salahuddin Ayob ,Naib Presiden PAS berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Taiping kali ke 36,di Markaz Tarbiyyah PAS PERAK,Air Kuning,Taiping. |
Taiping- Empat jawatan tertinggi PAS kawasan Taiping telah dimenangi tanpa bertanding. Ustaz Ahmad Fakharudin Abdul Aziz terus menjawat jawatan Yang Di-pertua,Timbalan YDP Haji Alias Ahmad juga turut menang tanpa bertanding,Sdr Ibrahim Ismail NYDP juga menang tanpa bertanding .Untuk Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Ridwan Zaidin juga menang tanpa bertanding.
Tuesday, September 17, 2013
19 September dengar keputusan rayuan 13 Orang Kena Zalim.
Peguam failkan penangguhan hukuman terhadap 13 tahanan Ops Bubar.
Puan Nashita Md Noor isteri OKZ bersama peguam Aminuddin Zulkipli, ADUN Aulong DAP Leow Thye Yih, Saras Psm & kawan2 lain di Mahkamah Tinggi Taiping, failkan permohonan rayuan 13 mangsa terhadap hukuman denda RM5k dan penjara 2 tahun yg dijatuhkan kpd mereka #freePerak13. ![]() |
| Taiping,17 September-Peguam Aminudin Bin Zulkipli sedang memfailkan penangguhan hukuman terhadap 13 tahanan Orang Kena Zalim(OKZ) di Mahkamah Taiping pada jam 2.33 petang.Turut hadir Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak,Ustaz Ahmad Fakharudin dan YB ADUN Aulong,Y.T. Leow |
Wednesday, August 28, 2013
Mana Maahad Tahfiz setiap daerah di PERAK,Zambry Kadir?
Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengharapkan Kerajaan Negeri Perak menyegerakan pembangunan semua Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah di Negeri Perak sepertimana yang dijanjikan pada tiga tahun yang lepas oleh Datuk Seri Diraja Dr Haji Zambry Abd Kadir, dalam usaha menjadikan Perak negeri berilmu dan akan melahirkan modal insan yang berjaya.
Kami tuntas melahirkan kegembiraan di atas usaha murni ini dan sewajarnya disokong semua pihak terutamanya Badan-badan Bukan Kerajaan.
Kami mengharapkan projek penting ini tidak terhenti dan ‘dilambatkan' di dalam memastikan Perak menjadi sebagai salah sebuah negeri yang mewujudkan Kolej Tahfiz Al-Quran dalam Negara kita.
Kami berharap pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah yang dirancang perlu dinyatakan tahap kemajuan pembangunannya dan kedudukannya yang terkini.
Ia sebagai salah satu program penting kepada Kerajaan Negeri Perak yang menjadi perhatian rakyat terutamanya yang Beragama Islam di Perak.
Kami juga menyarankan agar tahap kemajuan projek pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran ini nanti akan dijadikan rujukan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di masa akan datang.
Ia bagi membolehkan semua ADUN mendapat maklumat yang tepat dan boleh juga mengajukan persoalan-persoalan penting terhadap apa yang sedang berlaku kepada semua projek pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran yang ada sekarang.
Hatta, Kerajaan Negeri Perak perlu mewujudkan satu Jawatankuasa Khas di bawah DUN sebagai penyelia kepada program penting ini yang akan melibatkan semua ADUN-ADUN.sumber salman salleh
Subscribe to:
Posts (Atom)


















