Wednesday, June 19, 2013

Kemudahan untuk rakyat,bukan kemudahan untuk KFC/Mc Donald?

'Kami mungkin gulung tikar'
Beberapa peniaga turut kecewa dengan masalah tersebut.
'Kami mungkin gulung tikar'
Cheng Chuang ketika menceritakan masalah peniaga Pasar Simpang kepada Idris.
'Kami mungkin gulung tikar'
Keadaan pembahagi jalan yang kini telah ditutup menyukarkan orang ramai untuk membelok ke kawasan Pasar Simpang.
'Kami mungkin gulung tikar'
Pasar Simpang yang telah berusia 48 tahun kini semakin kurang menerima pengunjung.
SIMPANG – Hampir setahun selepas pembahagi jalan di Jalan Simpang–Taiping ditutup, perniagaan di Pasar Simpang, di sini dikatakan semakin merosot berikutan kekurangan jumlah pengunjung.

Difahamkan, situasi berkenaan terjadi akibat kesukaran kenderaan untuk masuk ke laluan pasar.

Seorang peniaga, Soo Cheng Chuang, 60, berkata, kebanyakan peniaga di Pasar Simpang agak kecewa selepas penutupan pembahagi jalan di hadapan pintu masuk pasar kerana perkara tersebut menyebabkan ramai pembeli tidak mahu membeli di situ berikutan masing-masing terpaksa membuat pusingan U yang agak jauh.

Menurutnya, jika dahulu, orang ramai terutama yang menggunakan motosikal atau basikal boleh terus membelok di kawasan hadapan pintu masuk pasar.

“Bagaimanapun, kini orang ramai tidak lagi boleh berbuat demikian kerana laluan tersebut telah ditutup dengan tujuan bagi mengelak kemalangan. Keadaan itu mungkin boleh menyebabkan kami gulung tikar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Cheng Chuang berkata, selepas laluan berkenaan ditutup, perniagaan di pasar yang berusia 48 tahun itu susut dari semasa ke semasa sehingga 10 peratus.

Katanya, jika situasi berkenaan berlarutan, tidak mustahil akan menutup pendapatan hampir 60 peniaganya.

“Kami sudah lama perhati keadaan ini, harap ada tindakan dari pihak berwajib.

“Walaupun pada peringkat awal pembahagi jalan tersebut ditutup untuk mengurangkan kadar kemalangan, namun apabila ia dibuka pihak bertanggungjawab mungkin boleh mencari alternatif lain seperti meletakkan lampu isyarat dan sebagainya,” katanya.

Pelanggan merungut

Seorang lagi peniaga, S Sitarama, 56, berkata, selepas laluan berkenaan ditutup, ramai pelanggannya merungut kerana mereka terpaksa membelok dalam jarak jauh untuk ke pasar.

“Kadang-kadang disebabkan masalah tersebut, orang ramai bertindak tidak mahu membuat pusingan U, tetapi sebaliknya terus untuk ke pasar Taiping,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini masalah tersebut telah berlarutan dalam tempoh setahun dan peniaga rasa tertekan kerana perniagaan merosot.

“Masalah ini bukan hanya melibatkan saya seorang tetapi keseluruhan peniaga di Pasar Simpang,” katanya.

Sementara itu, Madam Chua, 50, berkata, dia telah berniaga di kawasan pasar sejak 15 tahun lalu dan kini perniagaannya sedikit merosot dan ia adalah berpunca daripada penutupan jalan di kawasan berkenaan.

“Walaupun dalam tempoh setahun, kita semua peniaga di sini sudah mula rasa perniagaan menurun dan sedikit demi sedikit merosot kerana orang tidak mahu datang,” katanya.

Gesa kaji semula

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menggesa satu kajian perlu dilakukan terhadap keberkesanan pembahagi jalan di kawasan itu.

Menurutnya, beberapa jalan penyelesaian lain juga perlu dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah secara menang-menang antara kedua belah pihak.

“Ada cadangan mungkin antara alternatif yang boleh diambil ialah dengan membuka laluan berhadapan dengan premis makanan segera Simpang, jadi orang ramai tidak perlu memusing jauh.

“Sebelum ini jalan itu ditutup untuk mengurangkan kadar kemalangan, namun mungkin ada cara lain yang boleh dilakukan bagi memastikan peniaga di sini tidak tertekan dengan situasi yang alami,” katanya.

1 comment:

  1. the MAJORITY CHINESE rejected voting BN so why NOT BN reject these CHINESE majority? you reap what you sown or in this you VOTE?

    ReplyDelete