Monday, June 10, 2013

Petisyen SPR sudah bersedia untuk lawan.


SPR dan pasukan Peguam Negara sudah bersedia untuk berdepan dengan petisyen yang dikemukakan oleh semua parti politik yang bertanding pada PRUI13.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, tempoh untuk menghantar petisyen akan berakhir esok.


“Semua peguam di bawah Jabatan Peguam Negara sudah dilantik, termasuk penasihat undang-undang di setiap kementerian juga sudah bersedia.


“Perkara ini perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan di Mahkamah Tinggi, selepas itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan, jadi semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya

.Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.



Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan pada 22 Mei lalu.sumber

No comments:

Post a Comment