Monday, January 20, 2014

Menunggu Rosmah Mansor telefon Perdana Menteri Sweden ,untuk bebaskan rakyat Malaysia.

Pasangan rakyat Malaysia Azizul raheem dan Shalwati Norshal masih ditahan oleh pihak berkuasa Sweden sejak  18 Disember 2013 lalu.Pasangan rakyat Malaysia didakwa telah mendenda anak mereka supaya berdisiplin dalam soal waktu  solat.Namun di Sweden itu dianggap satu kesalahan.
Sementara itu ,PAS memberi perhatian serius berhubung masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri Malaysia di Sweden termasuklah berusaha agar empat orang anak mereka ditempatkan di dalam jagaan keluarga muslim.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS melalui Islamic Community Of Sweden yang diwakili oleh Dr Abdel Rizk dan Dr Yusuf akan cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga ini melalui hujah dan perbezaan budaya.

"Kita telah berhubung dengan sahabat-sahabat di Sweden termasuk ahli parlimen dan badan bukan kerajaan di sana," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, PAS akan berjumpa dengan pihak kedutaan Sweden dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

No comments:

Post a Comment