Showing posts with label pas malaysia. Show all posts
Showing posts with label pas malaysia. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Video fitnah Mat Sabu bekal perempuan pemuas nafsu.

Video Ceramah Ustaz Datuk Shamsul Najmi yang mendakwa Mat Sabu pembekal pemuas nafsu semasa pemilihan Timbalan Presiden 2011.
Dalam siri kempen UMNO di Kajang pada 2 Mac 2014.Timbalan Presiden Pas difitnah.Beria-ria menceramah ini mendakwa Haji Mohd Sabu  membekal perempuan untuk meuaskan hawa nafsu perwakilan Muktamar PAS. (KLiK)


Petikan ceramah yang turut memfitnah Mahfuz Omar.

"Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT" 

Tuesday, March 4, 2014

Naskhah Al-Quran di buang dalam tandas di masjid ,dekat Besut.

Mungkinkah orang kurang waras yang buang  Al -Quran ke dalam lubang tandas.?Orang yang waras tidak mungkin buat begini ? Tandas Masjid Limbungan,Besut.

Jika mereka yang gila yang buat kerja ini,mereka perlu dirawat .Jika kumpulan sesat dan yang suka mencetus ketegangan kaum dan agama,tindakan tegas berdasarkan undang-undang perlu diambil 
Kumpulan mana yang "sesat"ini ,yang langsung tidak percaya dengan mukjizat ayat suci Allah s.w.t . 

Kawasan dalam masjid yang dicemari.


Laporan polis dibuat oleh PAS Kawasan Besut melalui YDP Pas ,Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad ,berasa sedih dan kesal.Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang menghina al Quran dan Islam. Tiga buah masjid dicemari dengan salaklaku buang naskhah al -Quran.Siasatan yang telus lagi akauntabiliti diperlukan. Dalam pada itu Jabatan Amal bersedia membuat kawalan ke atas masjid di daerah Besut.

Sunday, March 2, 2014

Zalimnya kerajaan UMNO Sabah ,40 ekar tanah penduduk di Pulau Sipadan,lesap

                                     
Pulau Sipadan kini sah milik Malaysia.Namun pewaris tanah di Pulau Sipadan sebanyak 70 keluarga dinafikan hak milik mereka.Tanah milik mereka seluas 40 ekar,tidak boleh diusahakan.





Sdr Mazlan Aliman,AJK PAS Malaysia, menerima dokumen dari Tuan Hj Abd Raup bin Mahajud, mewakili pewaris tanah di Pulau Sipadan, Sabah.


Terdapat 70 keluarga yang memiliki tanah di Pulau tersebut seluas 40 ekar.


Semasa perbicaraan di ICJ, sebahagian dokumen milik Hj Raup di guna menentang Indonesia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan. Malangnya apabila Malaysia menang, hak tuan tanah dinafikan. Ketika ini Pulau Sipadan dikawal melalui Majlis Keselamatan Negara. Tuan tanah sendiri tidak dibenarkan mendekati Pulau tersebut.

Berbagai usaha telah dilakukan. Menurut anak Hj Raup, sdr Nasir, baru-baru ini, mereka menemui wakil Istana Negara membuat rayuan dan tuntutan hak atas Pulau Sipadan.

Sdr Mazlan Aliman telah menyerahkan dokumen bukti tanah milik penduduk kepada Tuan Lawyer Hamid Ismail, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah untuk membuat penelitian, sebelum tindakan susulan dilakukan.(sumber fb mazlan)

Saturday, March 1, 2014

Zahid Hamidi , jangan jadikan hologram untuk kaut untung jual Al-Quran.


KUALA LUMPUR:  Dewan Pemuda PAS Malaysia (PPM) menasihatkan kerajaan agar jangan mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui penguatkuasaan pelekat hologram pada setiap naskhah Al-Quran. 

Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) telah tampil membantah tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dengan sebab-sebab yang munasabah. 

“Kami dimaklumkan, pelekat hologram yang diselaraskan oleh kerajaan itu dikenakan caj yang tinggi,” ujar Bendahari DPPM, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar) .

Katanya, pengeluar mendakwa, harga yang dikenakan itu sangat tidak munasabah sedangkan kos serta kualiti pencetakan pelekat hologram itu tidaklah tinggi.

Bagi PPM, ujar beliau kerajaan mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk melaksanakannya namun kerajaan seharusnya berbincang secara terperinci dengan mengambil kira pandangan semua pihak terutama pengeluar bagi mengenalpasti pro dan kontra penggunaan pelekat hologram itu sebelum ianya dikuatkuasaan. 

Namun, katanya Pemuda PAS melihat tiada kewajarannya untuk melaksanakan sistem pelekat hologram ini oleh kerana Kementerian Dalam Negeri mempunyai ahli panel penilai dan penyemak yang bertauliah. 

“Ramai pengeluar mengadukan pelbagai rungutan kepada pihak kami tentang pengeluaran hologram yang telah menjejaskan perniagaan mereka apabila mengalami kemerosotan kadar jualan kira-kira 30 peratus dan peniaga juga menanggung kerugian kerana terpaksa memulangkan semula naskhah yang tiada hologram kepada penerbit selepas diberi surat amaran oleh penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri,” katanya lagi.

Justeru, tambahnya DPPM berpendapat, kerajaan tidak seharusnya membebankan lagi pengeluar Al-Quran yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk pelekat hologram itu ditambah lagi kos pengurusan dan perusahaan semakin tinggi ketika ini disebabkan pelbagai kenaikan yang dibuat oleh kerajaan termasuklah harga minyak petrol dan tarif elektrik. 

Justeru, ujar beliau kerajaan jangan mengambil satu tindakan yang tidak wajar hingga menjejaskan pengeluaran Al-Quran dalam kalangan rakyat dengan meluas. 

Katanya, kerajaan perlu tahu, Al-Quran bukanlah satu benda yang boleh dijual demi meraih keuntungan yang tinggi sebaliknya ianya perlu dijual dengan kadar munasabah dan penjual sangat mematuhi perkara tersebut. 

“Kami menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaan hologram sebaliknya memantapkan dan menambah baik sistem yang ada,” katanya lagi.(sumber)

Thursday, February 27, 2014

Kenyataan Media Peguam Haji Asmuni Awi kes saman fitnah RM2 juta.

Kenyataan Media peguam Hj Asmuni Awi berkaitan kes saman fitnah RM 2 juta terhadap Tuan Guru Presiden PAS di lobi Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu pada 27 Feb 2014.(klik untuk tonton )

Mahkamah tetapkan 30 Mac,dengar kes ketepi perintah saman RM2 juta.

Peguam PAS ziarah Tuan Guru Haji Abdul Hadi .Peguam PAS , Tuan Haji Asmuni Awi,Tuan Mohd Fitri dan Setpol Tuan Guru bergambar di rumah Tuan Guru Haji Abdul Awang seusai pemfailan mengetepikan perintah kehakiman ingkar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu- Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Samsuri mengiringi peguam Dato' Seri Presiden, Tuan Haji Asmuni Awi dan pasukannya untuk menfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar bagi kes saman fitnah oleh Mohd Shamsul Mat Amin,bekas calon PKR Dun Bukit BesiTurut serta Ketua Penerangan Pas Terengganu,YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.


Mahkamah telah menerima permohonan dan memutuskan untuk mendengar kes ini pada 30hb Mac 2014.

Wednesday, February 26, 2014

Tuan Ibrahim Tuan Man,bahasa mantiknya tinggi.

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

 Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

 "...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?. "...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?

 "...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

 "...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya.

Kes Haji Hadi kena saman RM2 juta,jangan salahkan Haji Asmuni Awi.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi(foto) kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.



MENJAWAB FITNAH KONONNYA PEGUAM CUAI DI DALAM KES PENGHAKIMAN INGKAR 
TERHADAP PRESIDEN PAS, YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS. 

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini . Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk ‘JID for Dummies.’ Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS. 

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah. 

Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu :
1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini, 
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.

Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu. Alamat penerima yang tertera di dalam surat ini jelas membuktikan bahawa peguam Plaintif tidak menghantar Writ Saman tersebut ke pejabat peguam Haji Asmuni Awi yang terletak di Ipoh, Perak. Maka, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan Tuan Haji Asmuni Awi di atas penghakiman ingkar yang dimasukkan ke atas Presiden PAS tersebut.

Manakala berdasarkan kepada kad AR yang disertakan bersama dengan surat dan Writ Saman tersebut bagi tujuan merekodkan bukti penghantaran dan penerimaan, surat bersama Writ Saman tersebut telah diposkan oleh Peguam Plaintif pada 9 Januari 2014. Kad AR yang sama seterusnya menunjukkan bahawa Writ Saman tersebut telah diterima pada 16 Januari 2014 di alamat Presiden PAS sebagaimana yang tertera di dalam surat iringan tersebut. Bahkan terdapat cop Pejabat Pos Marang di atas Kad AR tersebut sebagai menunjukkan bahawa kiriman Writ Saman tersebut telah sampai ke Marang dan diproses oleh Pejabat Pos Marang sebelum diserahkan ke alamat Presiden PAS di Marang.

Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes. Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS.

Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014. 

Dalam hal ini, memandangkan writ saman ini tidak diserahkan oleh Peguam Plaintif kepada Tuan Haji Asmuni selaku peguam kepada Presiden PAS dan pada masa yang sama Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri mengesahkan bahawa Pejabat Presiden PAS juga tidak dapat mengesan Writ Saman tersebut, di mana asas dan logiknya Tuan Haji Asmuni dituduh sebagai leka dan lembap sedangkan beliau, sama seperti Presiden PAS dan juga Setiausaha Politik Presiden PAS, tidak mengetahui akan wujudnya Writ Saman tersebut?

Saya dimaklumkan bahawa pejabat Haji Asmuni hanya memperolehi salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014. Merujuk kepada fakta ini, ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 17 Februari 2014 tersebut direkodkan di mahkamah pada tarikh Pengurusan Kes yang diadakan 23 Februari 2014 , maka ianya jelas kecuaian di pihak Haji Asmuni memandangkan Haji Asmuni telah menerima Writ Saman tersebut terlebih awal iaitu pada 11 Februari 2014. JUHAM ingin menegaskan bahawa pandangan ini jelas adalah salah dan tidak mengikut undang-undang.

Suka saya menjelaskan bahawa pada ketika Haji Asmuni menerima salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014, ianya sudah melewati had masa 14 hari bagi Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran yang dikira bermula dari tarikh 16 Januari 2014 iaitu tarikh penerimaan Writ Saman secara rasmi sebagaiman yang direkodkan di dalam Kad AR yang dilampirkan di dalam affidavit Plaintif. Dari segi undang-undang terutamanya peruntukan-peruntukan di dalam Rules of Court 2012, selepas dari tamatnya tempoh 14 hari tersebut, Defendan tidak lagi boleh memfailkan Memorandum Kehadiran dan Plaintif berhak untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Pada saat ini tiada apa yang boleh dilakukan Defendan meskipun Defendan menghantar satu ‘batalion’ peguam sekalipun ke mahkamah pada tarikh 23 Februari 2014 yang lalu untuk menyekat penghakiman ingkar tersebut. Pilihan yang ada bagi Defendan sekarang ialah memfailkan Notis Permohonan untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam tulisan bertajuk ‘JID for Dummies’ yang lalu. JUHAM dari awal lagi memberikan komitmen untuk mengerahkan segala kekuatan yang ada untuk membantu membela Presiden PAS di dalam kes ini.

Satu lagi cerita dongeng yang disebarkan ialah kononnya Penghakiman Ingkar tersebut yang memerintahkan Presiden PAS untuk membayar gantirugi sebanyak RM2 juta kepada Plaintif bakal mengakibatkan Presiden PAS hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dan akan menyebabkan berlangsung pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Pandangan sebegini juga adalah salah, penuh dengan imaginasi serta berbahaya kerana mereka ini tidak dapat membezakan di antara kes sivil dan kes jenayah. Kes saman yang dihadapi Presiden PAS ialah kes sivil. Ianya bukan kes jenayah yang membawa pelbagai hukuman seperti hukuman gantung, penjara, sebat atau denda. Berdasarkan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan, antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ialah apabila dia disabitkan dengan satu kesalahan jenayah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2 ribu ringgit. Di sini jelas, kes saman sivil yang membabitkan Presiden PAS atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun tidak akan menjejaskan status mereka selaku Ahli Parlimen.

JUHAM juga ingin memberikan respon terhadap tulisan terbaru Ustaz Zaharudin Muhammad bertarikh 26 Februari 2014 di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa, “Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?”

Sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau perlu terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan “Plaintif”, “Saman” dan apakah yang dimaksudkan dengan “Defendan”. Di dalam kes ini, yang menyaman adalah Plaintif dan Defendan di dalam kes ini ialah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, Plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat Defendan yang difikirkan sesuai bagi Plaintif. Dari segi undang-undang, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat Defendan di dalam Saman yang difailkan oleh Plaintif. Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Hj Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara Defendan memohon agar sebarang Writ Saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa Peguam Defendan sekiranya pihak Plaintif tetap ingin menyerahkan Saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang. Justeru, Hj Asmuni sebagai Peguam Defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak Plaintif meletakkan alamat Defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak Plaintif.

Sebagai menjawab kepada soalan yang kedua dan yang ketiga yang dibangkitkan di dalam posting Facebook Ustaz Zaharuddin, ianya telah pun dihurai secara panjang lebar di atas bermula dari fakta bahawa Peguam Defendan hanya menerima Saman tersebut pada 11 Februari 2014 iaitu telah pun melangkaui lebih 14 hari tarikh penerimaan di Marang.

Sebagai kesimpulan, JUHAM berharap agar pihak-pihak tertentu yang sedang giat menabur fitnah dan menyebarkan cerita-cerita palsu berkaitan kes ini supaya berhenti dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini. JUHAM amat kesal dengan situasi yang berlaku ini yang seolah-olah meletakkan hukuman kepada seluruh jentera Peguam PAS yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membela PAS serta pimpinan dan ahli-ahlinya. JUHAM khuatir situasi sebegini akan mengundang gelak-ketawa pihak musuh di luar sana.

Dalam hal ini, JUHAM bersedia untuk bersemuka dengan siapa sahaja yang inginkan penjelasan JUHAM berkaitan perkara ini. Moga segala kekalutan dapat dijernihkan dan kita semua dapat menumpukan kepada agenda perjuangan yang lebih besar.

Yang benar,

NOORAZMIR ZAKARIA
Pengarah Jabatan Undang-Undang &
Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, February 25, 2014

Inilah Mohd Shamsul yang menang kes saman RM 2 juta

Naib Presiden PAS ,Datuk Husam Musa bersedia untuk menjernihkan keadaan  antara Mohd Shamsul Mat Amin,bekas calon PKR Dun Bukit Besi,Terengganu.Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa bersedia menjadi orang tengah kes saman ingkar RM2 juta antara Haji Abdul Hadi ,Prsedien PAS dengan Sdr Mohd Shamsul Mat Amin.(Klik)

Sementara itu Peguam PAS sudah memfailkan  kes untuk ketepikan saman Sdr Mohd Shamsul Mat Amin.(Klik)

Jawapan Mahfuz Omar jawapan Ahli Parlimen yang matang.

Jawapan YB Datuk Mahfuz Omar ini amat bertepatan dengan parti PAS yang mengutarakan "Rahmat Untuk Semua".Jawapan yang menyenangkan semua pihak,bukan sahaja orang PAS tetapi orang di luar PAS.YB Datuk Mahfuz Omar ,wakil rakyat yang matang.  Terima kasih YB,jawapan yang tidak menghukum.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan MUNAJAT agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sunday, February 23, 2014

Rombak kabinet,tukar Muhyiddin Yassin,jangan jadikan Menteri Pendidikan

"Muhyiddin tidak lagi berkredibiliti untuk mengendalikan sektor pendidikan"kata YB Datuk Mahfuz Omar,Ketua Penerangan PAS Malaysia.
YB Mahfuz Omar meminta  DS Najib menggantikan dengan orang lain untuk menjadi Menteri Pendidikan.Bukti kegagalan Muhyiddin Yassin  tidak berjaya menyelesaikan masalah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Menurut YB Mahfuz Omar"Sepatutnya serah kepada orang lain yang lebih berkemampuan serta berupaya memahami hal-hal berkaitan dengan soal pendidikan,sama ada segi pendidikan, kokurikulum,pengurusan dan psaikologi murid itu sendiri"

"Kita nampak menteri sekarang tidak ada kemampuan untuk menerajui Kementerian Pendidikan,jadi eloklah ditukarkan kepada orang lain"ujar YB Mahfuz Omar. 

Wednesday, February 19, 2014

Isu Kassim Ahmad:Lantaran itu wujudnya istilah seperti jahil murakab-Tuan Ibrahim

oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Pelbagai pihak melahirkan kritikan terhadap kenyataan tidak beradab serta bertentangan dengan prinsip Islam yang dikeluarkan oleh Kassim Ahmad.


Kenyataan beliau bukanlah perkara baru, bahkan buku beliau turut diharamkan dan diyakini boleh membawa kerosakan akidah.


Pelbagai fatwa serta kecaman telah dilakukan sebelum ini, nampaknya ia tidak berkesan untuk mengubah pendirian dan kefahaman salahnya terhadap ajaran Islam.


Melihat latar belakang beliau, pandangannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.


Lantaran itu wujudnya istilah seperti jahil murakab, iaitu seseorang yang tidak menyedari bahawa ia tidak mengetahui. Atau dalam bahasa biasa "dia tidak tahu yang dia tidak tahu.”


Kalaulah ia hanya sekadar Kassim Ahmad, mungkin tidaklah besar sangat untuk diulas dan diberi perhatian.


Namun bilamana pemikiran salah ini diterima dan dibahas sebagai suatu pemikiran yang dianggap hebat, maka ia akan menjadi masalah.


Ia ibarat bongkah ais di atas permukaan laut, walau yang kelihatan hanya seketul ais yang kecil, namun di bawahnya jauh lebih besar dari apa yang dilihat.


Apa perlu dibuat?


Pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya, dan majlis agama Islam negeri mesti melihat isu ini secara serius untuk diatasi.


Sekadar mengeluarkan fatwa sahaja tanpa tindakan hanya akan menjadikan ia satu bahan ketawa masyarakat.


Kalau ajaran al-Arqam diburu sehingga akar umbinya, maka sepatutnya ajaran yang menyimpang ini juga mesti diatasi.


Saya melihat serangan dan kecaman tidak akan menyelesaikan masalah. Kefahaman salah beliau perlu diperbetulkan melalui perbincangan dan diskusi yang penuh hikmah.


Memang pelik pemikiran beliau, akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi.


Ambil contoh gesaan beliau agar al-Quran ditafsir semula, dan pentafsirannya mestilah berdasarkan al-Quran sahaja, bukan Hadis dan bukan pandangan para sahabat atau para alim ulama.


Persoalannya, kalau beliau menolak Hadis, bagaimana beliau boleh beriman dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan Baginda membacakan al-Quran ini?


Umpamanya, di dalam al-Quran, Allah memerintahkan sujud, bagaimana kita nak tahu cara perbuatan sujud tersebut kalau bukan melalui cara yang ditunjukkan Rasullulah?


Demikian juga puasa, zakat dan seluruh ajaran al-Quran. Kalaulah Rasulullah bukan pentafsir kepada al-Quran, apakah kita lebih layak mentafsirnya?


Kassim Ahmad, dan orang-orang Islam yang lain yang jelas dilihat keliru perlu dipanggil, diperbetulkan dan diberi kefahaman sebenar terhadap kekeliruan tersebut.


Seandainya beliau telah dipanggil dan diberi penjelasan, maka jangan pula ada penganjur yang merasai hebat pemikiran salah beliau sehingga sanggup menganjurkan wacana pemikiran beliau.


Lebih dukacita beberapa orang mufti dan pemimpin agama yang biasa cepat mengeluarkan pandangan yang melibatkan pembangkang terus diam membisu tidak mengeluarkan kenyataan kecaman sebagaimana biasa.



Apakah ini membuktikan politik melebihi segalanya termasuk isu akidah bagi mereka ini? Wallahu a'lam.


Yang dikhuatiri PAS ialah tindakan mereka yang sudi membisu dalam hal ini akan dilihat oleh orang yang jahil bahawa apa yang disebut Kassim Ahmad boleh diterima.


JAKIM perlu memanggil penganjur dan mendapatkan keterangan, bahkan pihak berwajib perlu bertindak kerana pelbagai pihak telah membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.


Monday, February 3, 2014

Polemik Kajang,jangan heret PR bincang isu Menteri Besar-Suhaizan Kaiat


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun membantu PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang atas semangat kebersamaan dalam Pakatan Rakyat.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Tegasnya dalam hal ini, Pemuda PAS tidak akan memberi kemenangan percuma kepada BN dalam PRK itu nanti.

"Kita menghormati muafakat Pakatan Rakyat yang memberi hak mengurus Dun kepada parti yang menang dalam pilihan raya lepas. Justeru kami meminta agar mana-mana komponen Pakatan Rakyat tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Malaysia mendesak agar isu Menteri Besar Selangor dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.

"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret Pakatan Rakyat membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang baru, kerana ia akan menjejaskan isu kebajikan rakyat," tegas Suhaizan.

Jelasnya, kesediaan Pemuda PAS untuk bersama-sama turun di Kajang tidak bermakna ianya turut menyokong sebarang perubahan di dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor khususnya kerusi menteri besar.

Pemuda PAS Malaysia juga katanya telah bersetuju untuk melantik Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor Hairul Nizam Tohar sebagai Ketua Penyelaras Pilihan Raya Kecil N25 Kajang.

Suhaizan turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pilihan raya dengan bersih, adil dan saksama.

"Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mengelakkan pembaziran berlaku. Kerajaan Pusat dan Selangor perlu mengelakkan projek-projek 'mee segera' yang akan mengorbankan wang rakyat," katanya.

Beliau juga percaya rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang akan menghukum mana-mana pihak yang dilihat membazir. 

Monday, January 20, 2014

Menunggu Rosmah Mansor telefon Perdana Menteri Sweden ,untuk bebaskan rakyat Malaysia.

Pasangan rakyat Malaysia Azizul raheem dan Shalwati Norshal masih ditahan oleh pihak berkuasa Sweden sejak  18 Disember 2013 lalu.Pasangan rakyat Malaysia didakwa telah mendenda anak mereka supaya berdisiplin dalam soal waktu  solat.Namun di Sweden itu dianggap satu kesalahan.
Sementara itu ,PAS memberi perhatian serius berhubung masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri Malaysia di Sweden termasuklah berusaha agar empat orang anak mereka ditempatkan di dalam jagaan keluarga muslim.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS melalui Islamic Community Of Sweden yang diwakili oleh Dr Abdel Rizk dan Dr Yusuf akan cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga ini melalui hujah dan perbezaan budaya.

"Kita telah berhubung dengan sahabat-sahabat di Sweden termasuk ahli parlimen dan badan bukan kerajaan di sana," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, PAS akan berjumpa dengan pihak kedutaan Sweden dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

Thursday, December 19, 2013

Referendum untuk tentukan PBS -YB Nasrudin Hassan

SHAH ALAM  - Kerajaan dinasihatkan tidak mengetepikan pandangan guru-guru berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan, berpendapat, referendum perlu diwujudkan sebagai satu mekanisme untuk mendapatkan pandangan dalam usaha menambah baik pelaksanaan itu.

“Jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.

“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku 'flip flop' dan merugikan banyak perkara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) melahirkan rasa kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) berhubung kepincangan PBS dan SPPBS tidak dilayan sehingga kini.

Sehubungan itu, Pas mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan referendum bagi menimbang kekecewaan yang dialami tenaga pendidik terhadap PBS dan SPPBS.

Menurutnya, sistem pendidikan sedia ada itu lemah dan membebankan dari aspek operasi serta pelaksanaannya.

“Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun daripada aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka.

“Sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita lihat banyak pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa ‘task force’ yang membantah pelaksanaan tersebut. PBS sangat menyusahkan sehingga kemudaratannya jauh lebih banyak daripada manfaat yang dijangka,” dakwanya.

Sunday, December 15, 2013

Kembalinya Tukang Urut Dato'Mahfuz Omar.

Foto kenangan    bertarikh 18 November 2013 ,DS Nizar datang ke rumah (kini Allahyarham)Pak Cik Ismail Ahmad untuk mengurut.DS Nizar  merupakan individu yang terakhir diurut oleh arwah.Pak Cik Mail meninggal dunia subuh tadi(16 Demsember)dan selamat dikebumikan pada 2.30 petang. Solat Jenazah berlangsung pada 2.00 petang di Masjid Jame'Changkat Jering.Pak Cik Mail ditengah-tengah. Kanan Haji zainuddin Hamzah,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bukit Gantang.
Changkat Jering,16 Disember- Pak Cik Ismail Ahmad ,ahli veteran PAS Changkat Jering kembali menghadap Allah s.w.t subuh tadi.Allahyarham terkenal juga tukang urut. Pak Cik Mail  semasa hayat pernah mengurut Haji Mahfuz Omar sebaik Haji Mahfuz Omar dibebaskan daripada Penjara Kajang atas isu kriket pasukan Israel tahun 1990an.Arwah juga pernah mengurut Dato'Ismail Kamus sewaktu Dato Ismail Kamus datang ke Bukit Gantang dan banyak lagi.Di samping beliau sempat mengurut DS Nizar pada 18 November lalu. 
Al-fatihah.

Pemimpin pun perlu ditegur-Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan sewaktu menyampaikan ceramah di DUN Kamunting,Taiping pada 13 Disember lalu.
Taiping,14 Disember-Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Kuliah Dhuha di Masjid Lama Taiping memberitahu para jemaah  pemimpin pun perlu ditegur. "Rasulullah S.A.W pun ditegur oleh Allah s.w.t "kata Ustaz Tuan Ibrahim.Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man ,imam solat pun boleh ditegur makmum di belakang jika berbuat silap.Jadi tidak menjadi halangan untuk menasihat pemimpin supaya bertindak dengan betul dan adil.

Friday, December 13, 2013

"Allah laknat mereka , kejutkan fitnah daripada tidur"-Tuan Ibrahim Tuan Man

Foto  13/Disember/2013:Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YDP PAS Taiping,Ustaz Ahmad Fakharudin Abdul Aziz sebelum program ceramah di DUN Kamunting.
Taiping- Dato' Tuan Ibrahim Tuan sewaktu berkhutbah Jumaat di Masjid Telekom menjelaskan jangan kejutkan fitnah yang sedang tidur."Allah melaknat sesiapa sahaja yang mengejutkan fitnah daripada tidur"tegas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu berkhutbah Jumaat di Masjid Telekom,Taiping.Naib Presiden PAS itu juga menerangkan,sekarang merupakan zaman fitnah.Beliau mengharapkan kita sebagai masyarakat Islam tidak menjadi alat untuk menyebarkan fitnah.Ustaz Tuan Ibrahim meminta masyarakat tidak menjadi media baru seperti facebook untuk menyebarkan berita fitnah dan pornografi.

"Mungkin mereka yang menulis cerita fitnah itu telah bertaubat"ujar Ustaz Tuan Ibrahim."Jadi kita mungkin berdosa kerana meneruskan  berita itu walaupun benar"nasihat Tuan Ibrahim Tuan Man.

Thursday, December 12, 2013

Solat ghaib untuk assyahid Syeikh Abdul Kadir Mullah.

Sebentar tadi bersama jemaah Masjid Telekom ,Taiping solat ghaib untuk assyahid Syeikh Abdul Kadir Mullah diimamkan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS.

Syeikh Abdul Kadir Mullah, pimpinan utama Jamaat Islami Bangladesh menemui Tuhannya apabila di hukum gantung oleh Kerajaan Bangladesh.

Yang menghukum, yg menjatuhkan hukuman dan yg menolak rayuan hukuman semuanya adalah org2 Islam sebangsa dgn beliau...

Beliau sempat bertemu isteri dan ahli keluarganya memberikan kata terakhir dan digantung dlm penuh ketenangan pada 12.01 mlm tadi.

Semoga Allah menggolongkannya di kalangan orang-orang yang mati syahid

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun

Al Fatihah

Monday, October 21, 2013

Jika kalah di Dun Sungai Limau,jangan mimpi ambil semula Kedah-Mat Sabu

BIODATA CALON PILIHANRAYA KECIL N 20 SUNGAI LIMAU (PAS)

NAMA : USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT

UMUR: 37 TAHUN

KELAHIRAN : DI KAMPUNG GELAM 2, DAN DIBESARKAN DI PONDOK BUKIT BESAR

TEMPAT TINGGAL: NO 1, TAMAN MARKISA, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN.

STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK

PENDIDIKAN: -SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR.
- SEKOLAH MENENGAH AGAMA AN-NAHDZAH.
- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH.
- IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.
- PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA. 
- DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM (KPLI)

PENGALAMAN : - PENOLONG SETIAUSAHA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 
(PMRAM)
- PANEL PENGUBAL SOALAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) .
- KETUA PEMERIKSA STAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI BAWAH 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
- PENCERAMAH BAGI MATAPELAJARAN PEPERIKSAAN STAM.

PEKERJAAN: PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA, 
AN-NAHDZAH, BUKIT BESAR

PENGLIBATAN DALAM PAS : 1- KETUA PEMUDA PAS JERAI, 2- EXCO PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DARUL AMAN, 3- PENGARAH JABATAN PASTI PAS KEDAH (2007-SEKARANG)

LATAR BELAKANG KELUARGA :

- Calon merupakan cucu kepada 3 orang Tokoh Ulama Besar Kedah. Datuk beliau Haji Abdul Hamid Bin Ibrahim (Dikenali Pak Mid Bukit Besar) adalah adik kepada Tuan Guru Haji Aziz Pendang, dan juga Tuan Guru Haji Abd Razak (Haji Daq)

- Datuknya Pak Mid Bukit Besar adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai. Pernah bertanding di DUN Sala pada PRU pertama 1959.

- Ayah beliau, Abd Samat Bin Abd Hamid pernah menjadi aktivis peringkat cawangan manakala ibunya, Mariani Binti Haji Hamid juga merupakan aktivis Muslimat PAS Cawangan Bukit Besar.