Monday, June 6, 2011

Polis conteng tubuh wanita Cina ,orang Cina amat sensitif-;Mat Sabu.



Harian Cina seperti Sin Chew amat sensitif terhadap hak asasi manusia berbanding surat khabar berbahasa Melayu.Contohnya kes Ahmad Sarbani dan Adik Aminulrashid.

Taman Melewar,5 Jun:-Dalam ucapan penggulungannya kelmarin di Muktamar PAS 57, Hj Mohamad Sabu menerangkan perbezaan budaya orang Melayu dan orang Cina.Bagi pandangan Mat Sabu orang Cina atau suratkhabar berbahasa Cina amat sensitif dengan hak asasi manusia.

Orang Melayu atau akhbar perdana berbahasa Melayu tidak berminat untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Mat Sabu memberi contoh kes Ahmad Sarbani dan beberapa kes lain.

Orang Cina amat sensitif,contohnya kes Teoh Beng Hock hampir dua tahun isu itu tetap diingati.Kes terbaru wanita Cina yang diconteng dan dirantai atas kesalahan yang belum diketahui.

No comments:

Post a Comment