Tuesday, June 7, 2011

Antara Mahathir dan Karpal Singh siapa dahulu yang bertaubat!

Kita menunggu dengan penuh sabar untuk Dr Mahathir bertaubat.Seperti mana Karpal menasihatkan Mahathir untuk bertaubat.Namun setakat ini Mahathir tidak pernah menyesal atas kelemahan dan kesilapan sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

YB Karpal meminta , Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” kata Karpal.

“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”kata Karpal.

Mahathir menyindir Karpal kini tidak perlu dilangkah mayatnya kerana PAS bercita-cita untuk membangunkan sebuah kerajaan berkebajikan.

Mahathir lupa kisah silam menggugut TG Nik Aziz supaya tidak melaksanakan hudud.Bagaimana sewaktu menjadi Sang Penguasa Mahathir memberi amaran untuk menjadikan Kelantan Kerajaan Mageran.

No comments:

Post a Comment