Tuesday, September 4, 2012

UMNO guna macam-macam isu untuk pecahkan DAP dengan PAS-Nizar.


Bukit Gantang-DS Nizar dalam program Liqa-alfikri Kawasan  PAS Bukit Gantang sebentar tadi menjelaskan UMNO  akan guna macam-macam isu untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat  khususnya antara PAS dan DAP.

Mereka gunakan isu kalimah Allah,tetapi gagal. PAS dan DAP tetap bersatu.Umno guna isu negara Islam ,yang kini PAS guna ke atah Nnegara Berkebajikan,juga gagal memecahkan PAS dengan DAP.Kini UMNO guna isu hudud ,untuk membuat DAP dan PAS bergaduh,tetap juga gagal.

Jadi menurut DS Nizar sehingga PRU 13 ,UMNO akan guna macam-macam isu untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Menurut Nizar pada Pru 12 tiada pakatan rakyat, tetapi kini dengan adanya Pakatan Rakyat ,kita akan dapat menawan Putrajaya.

Selain itu,DS Nizar meminta pimpinan cawangan terus sabar dan istiqamah dalam menghadapi pelbagai isu yang akan dibawa UMNO sehingga PRU13.

No comments:

Post a Comment