Showing posts with label hj nizar. Show all posts
Showing posts with label hj nizar. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Karpal Singh kena denda RM4000

Pemimpin PR dan penyokong memberi sokongan kepada Karpal Singh pagi tadi.Nizar MB Perak yang dirampas kerajaan melalui YB pengkhianat turut hadir memberi sokongan kepada Karpal Singh. 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk membayar denda RM4,000 kerana mempersoalkan perlucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan hujah daripada kedua-dua pihak dan faktor khusus yang melibatkan keadaan kesihatan Karpal.(klik)

Monday, March 10, 2014

Nizar bela Karpal Singh

DS Nizar pihak yang dibela YB Karpal Singh ,bersama Setiausaha Agung PAS ,Datuk Mustafa Ali turut memberi sokongan kepada YB Karpal Singh,Pengerusi DAP Kebangsaan.Foto DS Nizar menunggu Karpal Singh di Mahkamah Tinggi ,Kuala Lumpur. Karpal Singh peguam yang mempertahankan hak sah kerajaan pimpinan DS Nizar.Malang tindakannya dianggap menghasut.(klik info lanjut).Kes DS Nizar merupakan bahan akademik untuk tajuk perlembagaan sesebuah negeri.

Thursday, March 6, 2014

Peguam Nizar ,kena turun naik mahkamah lagi, TV3 tak mahu bayar saman.

Peguam DS Nizar ,nampaknya kena turun naik mahkamah lagi.TV 3 tak mahu bayar saman kes nombor pendaftaran kenderaan  WWW1.
PUTRAJAYA: Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memfailkan permohonan agar Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya yang mendapati stesen televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membabitkan tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
Notis usul itu, yang disokong afidavit Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah, difail di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini oleh Tetuan TH Liew & Partners.
Pada 25 Feb lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan Mohammad Nizar dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi selepas memutuskan TV3 bertanggungjawab memfitnah beliau.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.
Dalam saman itu, Mohammad Nizar menamakan TV3 dan penerbit Buletin Utama Rohani Ngah sebagai defendan.
Notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Feb lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum keranan seorang daripada anggota panel yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes berkenaan berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti PAS.
TV3 mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.
Stesen televisyen berkenaan juga memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain. - BERNAMA

Wednesday, February 12, 2014

Kerajaan Zambry belum selamat ,ada 4 DUN Perak dalam proses Mahkamah Persekutuan.


Changkat Jering-Menurut DS Nizar ada rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan untuk petisyen pilihanraya bagi dun Lubuk Merbau dan 2 saman pemula (OS) bagi dun Rungkup dan Manong, Sementara itu untuk dun Manjoi saman pemula juga akan di buat filing di Mahkamah Tinggi Ipoh beberapa hari lagi. Jadi kesemuanya di Perak masih ada 4 kes pilihanraya yang tertangguh di peringkat Mahkamah Persekutuan hanya menunggu perbicaraan serta pengisytiharan mahkamah bagi kes saman pemula

Zambry Kadir sila dapatkan buku Fenomena Nizar

Dapatkan buku  Wan Ji Wan husin dan Saifulamri  bertajuk  Fenomena Nizar di kedai buku berhampiran..Nizar sampai sekarang orang UMNO   cukup benci kepada beliau..

Tuesday, February 11, 2014

Anwar layak jadi MB:Nizar

Bacalah sendiri kenyataan DS Nizar ini.Anwar layak jadi MB:Nizar.UMNO lagi susah hati kerana Nizar sudah cakap macam ini.

Sunday, January 19, 2014

Harga barang naik kalau tak tuduh kerajaan ,tuduh nyamuk-Nizar

Kerajaan UMNO/BN  sudahpun menggesa rakyat supaya jangan menuduh  kerajaan BN menyebabkan kenaikan harga barang.Kerajaan BN yang melihat  harga  barang naik memberi kesan kepada rakyat cuba menyalahkan "orang tengah"  pula yang bersalah .

Mengulas isu ini DS Nizar,Adun Changkat Jering  secara sinis telah bertanya .Kalau tak tuduh kerajaan BN,tuduh siapa pula?Tuduh nyamuk.

Wednesday, December 11, 2013

Zambry Kadir dendam dengan Nizar sampai pencen jadi YB?

DS Zambry Kadir jelas masih berdendam dengan DS Nizar.Hal ini kerana kerajaan pimpinan  DS Zambry Kadir tidak memberi peruntukan kepada DS Nizar sebagai Ketua Pembangkang.

Monday, December 9, 2013

Dua Adun BN akan kena injunksi Mahkamah-DS Nizar

Foto DS Nizar pada 8 Disember 2013 ,menghadiri jemputan walimahtul urus  anak Tuan Imam Jamaluddin Othman di Taman Kaya.
Changkat Jering,8 Disember- DS Nizar dalam Tazkirah Maghrib di Surau Kg Ulu Cheh,Bukit Gantang  8 Disember (Ahad)memberitahu jemaah surau ,Pakatan Rakyat akan membuat dua injunksi untuuk menghalang dua ADUN BN daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

Pengurusan kes dijangka akan didengari oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada bulan Februari 2014.DS Nizar menegaskan peguam PR Perak sudah bersedia dengan bahan bukti atas salah laku dua ADUN BN itu semasa PRU 13.

Dua ADUN UMNO kini panas punggung.

Sunday, December 8, 2013

Ketua Hakim Negara dan 4 hakim akan dengar rayuan petisyen-Nizar

Changkat Jering- Menurut DS Nizar ,pada 9.30 pagi  esok ,10 Disember,Ketua Hakim Negara dan empat hakim lain akan mendengar rayuan petisyen  empat DUN Perak. Petisyen itu Lubok Merbau,Manjoi,Manong dan Pasir Panjang.Menurut DS nizar jika Ketua Hakim Negara dan empat hakim menerima rayuan ini,perbicaraan petisyen ini akan bermula di Mahkamah Pilihanraya Ipoh atau Batu Gajah.

Sementara itu untuk Dun Selama dan Rungkup rayuan petisyen Hakim lain pada pukul 2.30 petang.DS Nizar mengharapkan penyokong PR terus berdoa dan bermunajat agar Ketua Hakim dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan,Putrajaya menerima afidavit rayuan Pakatan Rakyat. 

Friday, December 6, 2013

Isu nombor plat WWW 1,Mahkamah tolak rayuan Utusan.

Utusan tetap kena  bayar saman kepada DS Nizar.Mahkamah Rayuan  Putrajaya menolak rayuan Syarikat Utusan untuk membatalkan hukuman ke atas saman fitnah DS Nizar  oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .DS Nizar di Mahkamah Tinggi menang saman fitnah itu atas isu WWW 1.

Thursday, November 28, 2013

YB BN cabar Nizar ulang tuduhan di luar Dewan


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengulangi dakwaan yang diucapnya ketika membahas Bajet 2014 negeri Perak yang menyentuh persempadanan semula kawasan pilihan raya di luar persidangan itu. 
    
Datuk Mohd Khusairi Mohd Talib (BN-Slim) berkata Mohammad Nizar bersikap tidak bertanggunggjawab apabila membuat dakwaan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku membuat persempadanan semula semata-mata untuk meneruskan kuasa Umno dan parti PAS menjadi mangsa terhadap langkah itu.
    
"Saya harap ADUN Changkat Jering dapat mengulangi kenyataan di luar persidangan supaya tindakan dapat diambil oleh pihak yang dituduh iaitu bekas pengerusi SPR yang telah menyatakan rasa terkilan dan kesal terhadap tuduhan (Yang Berhormat) Changkat Jering.
    
"Ini kerana kita (ADUN) tahu di dalam ini (DUN) kita mempunyai kekebalan, boleh kata apa sahaja tanpa risau dikenakan tindakan undang-undang," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 negeri Perak di persidangan DUN di Ipoh semalam.
    
Beliau berkata dakwaan ketua pembangkang yang dibuat Selasa lepas itu satu tohmahan yang cukup tidak bertanggungjawab, fitnah dan satu niat buruk.
    
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di luar persidangan DUN, Mohammad Nizar berkata dakwaan itu dipetiknya daripada laporan media sosial termasuk portal berita Malaysian Insider yang melaporkan Abdul Rashid mahu melangsungkan pemerintahan Umno.
    
"Saya cuma menyatakan apa yang dilaporkan, saya bukan nak sahut cabaran dia (Mohd Khusairi). Saya cuma ulang apa yang saya terbaca, maka jika yang saya baca tidak betul, dia perlu saman surat khabar, media sosial atau Abdul Rashid sendiri boleh buat sedemikian," katanya.
    
Mohammad Nizar mendakwa persempadanan kawasan pilihan raya memang untuk BN meneruskan kuasa kerana tiada pertambahan kerusi bagi DUN Kelantan, Kedah dan Terengganu.
    
"Mana-mana tempat yang ramai pengundi Melayu memang sengaja SPR tidak tambah bilangan kerusi. Kalau SPR tambah kerusi seperti di Baling, kita ada 90,000 pengundi, kalau dibuat dua kerusi sudah tentu PAS akan bertanding dengan Umno dan PAS menang," dakwanya.
    
- Bernama

Monday, November 25, 2013

Berapa banyak tanah rakyat diambil?-DS Nizar.

Soalan Lisan Adun Changkat Jering ,YB Dato Seri Nizar  berkenaan dgn Projek Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Changkat Jering. 

Kerajaan Negeri Perak memaklumkan bahawa anggaran kos pembinaan lebuhraya ini secara keseluruhan ialah RM5.04 bilion, dimana yang melibatkan kawasan Perak dianggarkan RM2.94 bilion.

YB DS Nizar telah mendesak supaya pengendalian pengambilan tanah dan pampasan perlu diselesaikan dengan sebaiknya. Harap projek ini dapat dijalankan mengikut jadual dan tidak sentiasa ditundakan supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat Perak.


Thursday, October 24, 2013

Nizar rakam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Norazita yang mati ditembak.

DS Nizar turut serta memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarhamah Puan Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ambank yang dibunuh kejam oleh Pengawal Keselamatan "haram" sebentar tadi.
Jenazah Allahyarhamah Puan Norazita selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Air Itam Labu, Kampar Perak.

Sanak saudara,sahabat handai dan jiran tertangga turut menzahirkan perasaan simpati .Memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhaman Puan Norazita Abu Talib di tanah perkuburan Kg Air Itam Labu,Kampar,Perak.
Kampar,24 Oktober-Dato'Seri Nizar Adun Changkat Jering,merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada suami,anak-anak dan kaum keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib.DS Nizar mengharapkan mereka yang bersalah dihukum .Beliau juga mendoakan semoga roh Allahyarhamah Norazita Abu Talib ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.

Saturday, October 5, 2013

Nizar:Failkan injuksi mahkamah untuk halang wakil rakyat UMNO masuk dewan


PAS akan memfailkan injunksi dalam masa terdekat ini ke atas seorang wakil rakyat Umno di Perak yang didakwa meraih kemenangan dengan menyalahi peraturan Akta Pilihan Raya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (gambar).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, injunksi tersebut adalah antara empat daripada lapan tuntutan petisyen pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang bakal dibawa ke Mahkamah Persekutuan bagi proses rayuan setelah ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya, Kuala Kangsar sebelum ini.
"Kita akan failkan tuntutan kita ke atas wakil rakyat Umno tersebut. Kita mahu mahkamah memberikan injuksi kepada dia untuk melarangnya masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak kerana telah melanggar undang-undang pilihanraya di mana sebelum ini kita mempunyai tempoh masa bantahan selepas PRU namun tidak pada (PRU13)," katanya dalam satu forum Jelajah Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad, Selangor.
Nizar berkata antara lain rayuan petisyen pilihanraya itu turut mengemukakan beberapa bukti wujudnya rasuah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Umno.
"Semua bukti mengenai penipuan ketika (PRU13) telah kita kumpul termasuk daripada rakaman video, rasuah  siapa petugas (SPR) dan wakil Umno yang memberi rasuah termasuk catatan masa dan alamat. Semuanya lengkap, kerana itu kita mengharapkan rayuan diterima bagi mendapat perbicaraan penuh terhadap kes tersebut. Jika tidak dapat semua, kita berharap hakim menerima dua daripada petisyen itu," katanya.
Nizar turut mendedahkan alasan pertukarannya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang kepada DUN Changkat Jering semasa PRU13 lalu.
"Saya menang di DUN Pasir Panjang pada PRU12, namun apa yang dilakukan oleh Umno, mereka menukarkan  kerusi daripada MIC kepada lubuk Umno. Kemudiannya menambah pengundi baru di DUN Pasir Panjang sebanyak 11,000 orang. Tidak cukup dengan itu, SPR juga menambah 3,000 pengundi tegar Umno dari Lumut untuk didaftarkan di Pasir Panjang selain memindahkan 800 penggundi dari DUN Pasir Panjang ke DUN Setiawan," katanya.
Dalam PRU13 lalu, Nizar memenangi DUN Changkat Jering dengan jumlah undi 14,495, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Husin dengan undi sebanyak 13,325. - 5 Oktober, 2013.

Tuesday, September 24, 2013

DS Nizar dituduh saudara Chin Peng.


IPOH  – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

 Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

 "Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu  juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

 “Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula” katanya tersenyum.

 Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

 Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

 Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.sumber

Tuesday, August 27, 2013

DS Nizar turut beri penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Sarjan Rosdi,anggota Malbatt 5.

Ipoh - Jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Sarjan Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan tentera di Lubnan, selamat dikebumi sebentar tadi,7.30 malam di Tanah Perkuburan Tambun,,berdekatan Ulu Kinta ,Ipoh..DS Nizar turut memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Sarjan Rosdi Mohamad Zan

    

Sebaik jenazah sampai di tanah air jenazah Allahyarham telah  disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang.
    
Jenazah kemudian diterbangkan ke Ipoh, Perak dengan pesawat C130 dari Pangkalan TUDM Subang.Selamat tiba di Lapangan Terbang ,Sultan Azlan,Ipoh, 5.30 petang.
    
Semalam upacara penghormatan terakhir telah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Lubnan pada pukul 4 petang (9 pagi waktu Malaysia)
DS Nizar  bersongkok dan berbaju hijau turut  memberi penghormatan terakhir  ke atas jenazah Allahyarham  Rosdi.
sumber foto/berita:Amran Harun

Saturday, August 24, 2013

DS Nizar menerima menantu.

DS Nizar mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir majlis perkahwinan anak-anak beliau.

Thursday, July 4, 2013

Nizar berada di Australia,kenduri tunggu Nizar balik dulu.

DS Nizar menang kes saman syarikat utusan atas isu nombor pendaftaran plet WWW1.Ramai yang mengucap tahniah.Ramai yang bertanya bila hendak adakan kenduri kesyukuran.DS Nizar minta RM50 juta,tapi mahkamah hanya beri  RM250 ribu.

Peguam DS Nizar,  Mohd Fitri Haji Asmuni  telah mengesahkan  bahawa mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi am dan teladan selepas Hakim Rosnaini Saub mendapati Utusan memfitnah  DS Nizar .Tetapi DS Nizar tidak mendapat gantirugi teruk

Sebelum ini DS Nizar dalam program beliau di Bukit Gantang semasa menjadi Ahli Parlimen  menyatakan beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran jika menang saman FITNAH ke atas Utusan Malaysia. 

DS Nizar kini berada di Australia bersama dengan pimpinan PAS Pusat dalam program PAS bersama masyarakat antarabangsa.

Sunday, May 12, 2013

Wanita UMNO Bukit Gantang meluahkan perasaannya kepada DS Nizar

Satu-satunya wanita UMNO yang berani  berdebat dengan DS Nizar. Beliau   cukup berani  tidak seperti DS Zambry Kadir .Syabas wanita ini,paling kurang dapat meluahkan perasaan kepada DS Nizar dan DS Fatimah..