Thursday, January 31, 2013
Kalau tak betul Zambri bagi tanah dekat kroni,saman -Nizar.
DS Nizar mencabar Zambry dan nama yang beliau sebut dalam ceramah di Bukit Jana ,Kamunting ,saman beliau jika tidak betul.
DS Nizar menamakan tiga individu, Hanafiah Man,Ketua Pemuda UMNO Perak dan Ketua Pemuda Ipoh Timor yang dapat tanah seluas 32 ekar dekat Kamunting Raya(Dun Kuala Sapetang).
Orang kampung nak minta tapak rumah pun susah.Mereka yang tiada pengalaman buat perumahan diberi tanah yang luas.Buat kata Nizar mereka faraid tanah sebelum kerajaan BN ,jadi sejarah selepas PRU 13 ini.
Wednesday, January 30, 2013
PRU 12, Bukit Gantang bukan dalam senarai UMNO untuk kalah.
Nizar sampai takzirah,esok timbul boneka Cina.
Foto Nizar dengan Aiskrim Hok Paling Sempoi
Tuesday, January 29, 2013
Nizar sudi dengar pandangan KS Bawani.
![]() |
DS Nizar mendengar pandangan Bawani dalam satu program di DUN Pasir Panjang kelmarin(29 Januari).Bawani berjuang untuk pendidikan percuma untuk rakyat. |
Kesatuan Eropah(EU) akan sokong kerajaan rakyat-DS Nizar.
Foto hiasan menarik ini dirakam di warung Pak Salleh,Bt 6 Changkat Jering,baru-baru ini,pada 16 Januari lalu.Orang Melayu tetap menjadikan DS Nizar,ikon mereka. |
DS Nizar memberitahu kepada penulis, kerajaan EU atau Kesatuan Eropah akan menyokong kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.EU,menurut DS Nizar tidak akan menyokong kerajaan yang menipu dalam pilihanraya.
"EU takkan beri kerjasama,dengan kerajaan yang menolak keputusan pilhanraya"tegas DS Nizar kepada penulis.DS Nizar memberitahu,baru-baru ini Ahli Parlimen PR Bertemu dengan wakil-wakil negara EU.
Bawani punya pasal tempat ceramah ditukar?
Pada malam ini sepatutnya ceramah Memperingati Allahyarham Mat Indera mati dihukum gantung oleh penjajah Inggeris pada pukul 11malam ,29 Januari 1953,60 tahun lalu berlangsung di Tapak Pasar Minggu Kamunting.Tetapi atas nasihat OCPD ditukarkan ke Pusat Tarbiah ,Bukit Jana.
Mungkinkah pertukaran itu kerana tiada mendapat kelulusan pihak berkenaan atau kerana takut pengaruh wanita bernama Bawani.?
Aktivis pelajar Adam Adli, adik Mat Indera, Dr Muhaimin penulis buku ,Dr Zuhdi dan Peguam Aminuddin serta wakil KERABAT Sdr Zulkifli dijangka turut berceramah.Justeru itu jom kita bersama menjayakan program diBukit Jana ,Kamunting malam ini 29 Januari 2013.
Monday, January 28, 2013
Kakitangan Kerajaan jangan takut kerajaan baru 60 hari lagi.
UMNO semakin meroyan.Fitnah semakin menjadi-jadi.Semuanya kerana sudah sampai bulan,cuma tak nampak tarikh lagi. Najib sudah ikut cara Barrack Obama dalam berkempen.Lagaknya"Wira Dunia",semuanya untuk menutup diri yang gundah gulana. Bukan lama paling kurang 60 hari lagi kita semua mendapat kerajaan baru.InsyaAllah segala isu basi yang dimainkan UMNOBN tidak meninggalkan bekas. Bagi kakitangan kerajaan jangan takut kita mempunyai Perdana Menteri baru tidak sampai 60 hari lagi. |
Promosi "free" dari NGO Taiping untuk Mat Indera .
UMNO Taiping menghina rakyat Johor dengan 13 laporan Polis membantah majlis memperingati pejuang Mat Indera(klik).,pada malam ini 29 Januari dekat Tapak Pasar Malam,Kamunting Taiping.
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) goreng Zambry Kadir.
"Kita bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan dan kita duduk di kawasan itu, kita tahu siapa pembangkang dan siapa penyokong," Yang DiPertua Mubarak Perak Datuk Saharuddin Abdul Jabar ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-11 Mubarak Perak di sini hari ini.(cerita lanjut di sini)
Setahu penulis Datuk Saharudin Jabar pernah jadi ADUN Trong dan tak tinggal pun di Dun Trong seperti YB Rosli Husein yang duduk di DUN Changkat Jering.
Orang Trong bagitau,Shaharudin Jabar pada masa jadi ADUN rumah dia dekat Kg Jambu, Parlimen Taiping Taiping.Jadi betul-betul dia goreng sama DS Zambry Kadir ,kononnya penduduk Bukit Gantang sudah mula bersama UMNO.
Selamat Datang DS Anwar ke Perak, 29 Januari.
Jadual DS Anwar Ibrahim Bakal PM ke 7 Ke Perak esok:
29 Januari 2013 (Selasa)
1) 7.00 - 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi: Asrama Anak Yatim Nurul Ikhsan, Kg Talang Tengah, Sungai Siput
2) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat Lokasi: Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan
3) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Lokasi: Kampong Temoh Stesen, Tapah
Sunday, January 27, 2013
Puan Rohawati Abidin calon PAS di Pasir Panjang???
![]() |
Puan Rohawati Abidin (baju hijau) bersama DS Nizar dalam program menyantuni rakyat. |
Zambry didakwa jumpa Pegawai Hutan,tanya siapa bagi maklumat kepada Nizar..
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai Zambry Kadir didakwa telah pergi ke Pejabat Hutan Negeri untuk mendapat maklumat siapa yang membocorkan maklumat tentang pemberian konsesi balak kepada Jonathan Chong ,28 tahun itu. Zambry Kadir didakwa hairan bagaiman DS Nizar boleh mendapat maklumat beliau beri konsesi balak kepada pemuda bukan Melayu itu.
Sumber yang boleh dipercayai juga beritahu mendakwa Zambry Kadir marah-marah kepada Pegawai Hutan di Ipoh.Seorang pun tak mahu mengaku mereka memberi maklumat kepada DS Nizar.
Saturday, January 26, 2013
UMNO kalah,DYMM Agong dibawa dengan helikopter- DS Nizar.
Benamkan UMNO- Datuk Rahman Maidin
Aku jawab DS Anwar setuju Nizar tanding Changkat Jering.
Thursday, January 24, 2013
Zambry Kadir ,perairan Pangkor,10 tahun untuk pulih.
Pengusaha ikan bilis dan nelayan menunjukkan kawasan yang menjadi ancaman projek pembinaan di laut.
Pulau Pangkor Adunnya Zambry Kadir. Tapi projek pembinaan dan pengorekan dasar laut menggangu habitat spesies ikan bilis.Zambry Kadir sudah menerima memorandum tapi setakat ini ,tiada tindakan.Mungkinkah faktor ini juga menyebabkan Zambry Kadir takut berdebat dengan DS Nizar.
LUMUT- Industri ikan bilis Pulau Pangkor mengalami kemerosotan berpunca daripada projek pembinaan dan pengorekkan dasar laut di kawasan yang kaya dengan hasil laut berkenaan.
Hasil tangkapan ikan bilis merosot sehingga 60 peratus disebabkan projek yang dijalankan di perairan terlibat.
Seorang pengusaha, Beh Cho Huat, 54, berkata, kerja pengorekkan laut itu menyebabkan lapisan selut terhasil dan keadaan itu mendatangkan masalah kepada nelayan.
“Ia menyebabkan pukat yang digunakan tersangkut pada selut itu dan ia akan koyak ataupun hilang,” katanya.
Tambahnya, kawasan yang dikorek itu adalah kawasan yang menjadi penyumbang terbesar hasil tangkapan ikan bilis di Pulau Pangkor.
“Bagi mengelakkan masalah berlarutan, dkami telah menghantar memorandum bantahan kepada menteri besar dan Ahli Parlimen Lumut supaya segera campur tangan dalam perkara ini.
“Kami mahu pihak berkenaan memastikan kerja pembinaan di perairan ini tidak menggangu ekosistem dan kawasan tangkapan ikan bilis,” katanya.
Chan Chin Sock,61, pula berkata, sejak kerja pembinaan dijalankan di kawasan itu pendapatan nya turut merosot begitu ketara.
“Sebelum ini jumlah tangkapan purata yang mampu diperoleh ialah sebanyak 15 tan sebulan, namun kini hanya sekitar empat tan sahaja.
“Apa yang paling menyedihkan, ada kalanya kami terpaksa berputih mata kerana pulang dengan tangan kosong apabila pukat koyak tersangkut lumpur atau besi pembinaan di kawasan itu,” katanya.
Tambahnya, kerajaan perlu memastikan aktiviti pembinaan di perairan itu tidak menganggu aktiviti nelayan di situ.
Tekong bot ikan bilis, S Jayakrishnan, 58, berkata daripada pengalaman bekerja di laut, kawasan itu akan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk kembali pulih seperti sedia kala.
“Saya berharap keadaan ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan mata pencarian kami," katanya.sumber SH
Menteri kantoi SPRM,tapi tiada tindakan.
Harakahdaily, | 25 Jan 2013 |
Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.
Memperingati 60 tahun Mat Indera mati digantung.
Wednesday, January 23, 2013
Nizar bertanding di kerusi Changkat Jering?
Dua Datuk 'Selamatkan Malaysia"
![]() |
Para penduduk Bukit Gantang,DS Nizar akan jelaskan isu "Debat" tak jadi itu pada hari esok 25 Januari ,Jumaat,9.30 malam ,di Kampung Kubu Bukit Gantang.Ayuh kita bersama mendengar pandangan DS Nizar. |
Zambry & the gang tak datang .
Tuesday, January 22, 2013
Siapa terlondeh Nizar atau Zambry.
Tarik balik saman AES-Peguam
KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Beliau yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.
Malah jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan.
"Hari ini merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum bersedia.
"Malah pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih terdapat masalah teknikal," jelasnya kepada Harakahdaily.
Zulhazmi yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh yang lain.
Tarik balik saman
"Kalau pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik balik.
"Malah alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera," katanya.
Tambah beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak boleh dilaksanakan.
Zulhazmi turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.
"Sebab itu kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.
"Apa yang kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut," tambah beliau lagi.
Sebanyak 21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan juga Kajang.
Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah. sumber harakah HD
Ketua cawangan MIC ,tidak takut bergambar dengan Nizar
Rafizi Ramli perlu diberi peluang.
Monday, January 21, 2013
Heboh satu pekan Bota,Pengetua pukul pelajar.
Penulis menerima maklumat daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Malaysia,Kawasan Bukit Gantang mendakwa terdapat seorang Pengetua Sekolah Menengah di Perak Tengah telah memukul pelajar tingkatan dua.
Budak itu didakwa oleh pemberi maklumat telah mendapat rawatan dan ditahan di Hospital .Dua laporan polis telah dibuat oleh penjaga budak itu. Setakat ini pihak PIBG dan pihak PPD dikatakan sedang membuat perundingan dengan penjaga budak itu.
Hebat betul Tuan Pengetua ini,budak Form 2 dijadikan" mangsa?. Bualan di Pekan Bota,Pengetua pukul budak sekolah sudah kedengaran.
Isu ini dikatakan telah selesai dan telah diadakan perdamaian.,Tapi "moral of the story" kena tanya TS Muhyiddin .
Isu ini dikatakan telah selesai dan telah diadakan perdamaian.,Tapi "moral of the story" kena tanya TS Muhyiddin .
Nizar lawat sekolah,Muhyiddin lawat USSA
DS Nizar seusai melawat sekolah SJKC dekat Kuala Sapetang,pada 16 Januari lalu.TS Muhyiddin pergi USA telah menganugerahkan kontrak untuk melatih 1000 guru -guru sukan di USSA melalui IDPESS dengan nilai RM22.9 juta.DS Nizar datang ke sekolah ini menyampaikan sedikit bantuan untuk membeli minyak diesel sebanyak RM3000,oo untuk kegunaan generator sekolah..(Berita Nizar lawat sekolah). |
Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek
Kerajaan Selangor buat rumah ,bazir saja!!!
Kompleks ini dimanfaatkan oleh kerajaan PR dengan menyewa kepada NGO atau badanbadan tertentu . |
Mansuh Tol, apa jadi dengan kakitangan PLUS.
Sunday, January 20, 2013
Tuanku Abdul Rahman bagi bapa Mahathir kerakyatan.
![]() |
Dr Mahathir sepatutnya tak boleh marahkan Almarhum Tengku,kerana Almarhum beri kerakyatan pada masa itu atas kontrak :"jus soli". Sejuta orang yang didakwa Mahathir diberi kerakyatan itu,termasuklah bapa Mahathir. (Apa kata Dr Aziz Bari kelihatan seperti jenayah.) foto King Jason Ayah Mahathir Pendatang Asing... Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala. Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed. (Apa kata Dr Aziz Bari kelihatan seperti jenayah.) foto King Jason |
Syabas untung BN menang- YB Khalid Samad
Awas waktu PRU,di Selangor air dicatu.
Kerajaan Selangor mesti menyelesaikan fitnah isu air itu dengan segera. Jika tidak pada waktu PRU 13 atau pada waktu mengundi nanti,air mungkin dicatu. Pada masa itu baru hendak selesai isu air ,sudah terlambat. Buat kata Rafizi Ramli,isu air dekat dengan hati nurani rakyat. BN boleh buat apa saja untuk rampas Selangor.Najib akan terjejas teruk jika Selangor kalah,walapun masih jadi PM.
Kajian, Terengganu dikatakan tidak sumbang kerusi ke Putrajaya.
Biar betul PRU 13 ,PR dikatakan mendapat 124 kerusi Parlimen dan sementara BN mendapat 78 kerusi parlimen.
Apa yang menarik dalam PRU 13 itu didakwa oleh kajian NGO , PR Terengganu hanya menyumbangkan satu kerusi Parlimen sahaja .Dalam pada itu negeri Perlis langsung tidak menyumbang kerusi.Mungkinkah kerusi itu ,hanya kerusi Parlimen Marang .Kerusi tradisi PAS,kerusi tradisi TG Hj Hadi.
Untuk Sabah menurut kajian NGO itu menyumbang 24 kerusi Parlimen. Negeri Sabah menyumbang 14 kerusi dan Sarawak 11 kerusi.
Bagi negeri Perak ,PR didakwa akan mendapat 18 kerusi. Dengan Kuala Kangsar dengan calon PAS yang berwibawa membantu PAS menambah kerusi Parlimen.
Kebanyakan kajian yang dibuat langsung tidak memberi peluang PR menambah kerusi di Terengganu. Justeru itu PAS Malaysia perlu berbuat sesuatu.
Dengan melihat senario DS Anwar dan TG Hj Hadi didakwa langsung tidak pernah duduk bersama dipentas sama untuk berceramah ,tidak seperti negeri lain. PAS Terengganu kena bersikap lebih realistik. PGU silih berganti tapi kajian NGO sebalik. Kajian NGO itu boleh diterima pakai.jika melihat peratus keluar mengundi di Terengganu yang tingi.
Thursday, January 17, 2013
Guru Besar tak boleh halau,DS Nizar jurutera bertauliah
![]() |
Ambil foto,meter "GESAN". |
![]() |
Aksi DS Nizar ,Ahli Parlimen Bukit Gantang . |
![]() |
GESAN ini hasil usaha DS Nizar membangkitkan dalam sidang Parlimen. Semasa YB Tan Lian Hoe,atau Fadhil Che Wan pun "UMNO /BN " pandang sebelah mata dengan budak sekolah dekat sini.(ini sekolah dia) |
SMS DS Nizar ,bagitau bubar Parlimen 22 Februari.
Sebentar tadi,penulis mendapat SMS dari DS Nizar berekenaan satu SMS. Ini berita bertarikh 9/1/13
"Brother,Pagi tadi sumber dari pejabat Peguam Negara ternampak cadangan untuk membubarkan Parlimen pada hari Jumaat 22 .2.Hari penamaan calun 16.3 dan Pengundian 30.3"
Sumber SMS DS Nizar dari seorang bergelar Datuk,pernah jadi Menteri .
Jom kita terus menyantuni rakyat. Ubah sekarang,Selamatkan Malaysia.
Jom kita terus menyantuni rakyat. Ubah sekarang,Selamatkan Malaysia.
Wednesday, January 16, 2013
Jangan masuk paper Nizar mari sekolah-
![]() |
Lawatan Kerja DS Nizar ,Ahli Parlimen Malaysia ke sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina dalam Parlimen Bukit Gantang.Murid-murid mengucap"Selamat Pagi Dato Seri" |
![]() |
Melihat guru mengajar. |
![]() |
Turut sama dalam lawatan Ustaz Idris Ahmad,bakal calon Parlimen Bukit Gantang. |
Tuesday, January 15, 2013
Raja Kubu Gajah,awat hang jumpa taukeh ni???
PDRM profesional,negara aman-DS Nizar
Berikut tweet DS Nizar yang memuji pasukan polis.Bagi DS Nizar tanpa campurtangan UMNO/BN PDRM akan berjaya jaga keamanan dan keselamatan rakyat.
- Menjemput semua anggota pdrm&keluarga mrk utk tolak umno bn dlm pru13 nanti, dah lama jadi alat umno bn kini terbukti PR memerdekakan pdrm
- Umno bn jangan lagi ganggu rakyat menggunakan pdrm kerna pdrm trbukti bolih menjamin keamanan bila bebas dari campurtangan pimpinan umno bn!
- Syabas dan tahniah pd pdrm tabik spring krna enggan jadi khadam umno bn pd 12 Jan, HKR. Dibawah PR diPutrajaya,PR tidak akan ganggu pdrm!
- Pdrm dapat melaksanakan tanggungjawab mrk semasa HKR dgn baik dan professional pabila tiada campurtangan pimpinan umno bn dlm pntadbiran mrk
- Bila pdrm berhenti menjadi pencacai umno bn negara akan aman, jenayah dapat diatasi kerna pdrm akan tmpu jaga keselamatan rakyat dan negara!
- Pru13 semua anggota pdrm,tentera & rela hendaklah tolak umno bn kerna terbukti atas arahan mrklah negara dan rakyat jadi harubiru,HKR ok je
- Bila polis bebas dari gangguan umno bn, maka rakyat slamat dan himpunan tenteram, tapi bila pdrm jadi khadam umno bn maka huruhara jadinya
- Sekalung bunga mawar merah buat smua anggota pdrm smasa mngendalikan HKR pd 12 Jan brjalan lancar aman tiada fru tiada gas tiada pancut asid
- Sempat bertegur sapa dgn bebrapa anggota pdrm semasa HKR,mrk benci dgn umno bn, la ni tiada campurtangan pimpinan umno elok je aman damai
- Trbukti aman damai HKR pd 12 Jan,pimpinan umnolah kaki kacau& ganggu rakyat krna campurtangan dlm pntadbiran pdrm sbelum ini dlm BERSIH2&3.0
Subscribe to:
Posts (Atom)