Showing posts with label Pas Bukit Gantang. Show all posts
Showing posts with label Pas Bukit Gantang. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Berjuang kalimah ALLAH,tapi kepala lutut pun nampak.

Tokoh inilah (Kamaruddin Abu Bakar) Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang merasmikan mesyuarat PIBG dalam kawasan Bukit Gantang. Merekalah yang  kononnya berjuang  kalimah ALLAH.Merekalah kononnya berjuang membangunkan Islam di Bukit Gantang.Realitinya mereka suka  dedah aurat.

Saturday, March 1, 2014

Ibu bapa meluat Ketua UMNO Bahagian rasmi mesyuarat PIBG.

UMNO Bukit Gantang masih boleh masuk sekolah.Pimpinan mereka silih berganti merasmikan mesyuarat PIBG.Terbaru ,Timbalan Ketua Bahagian,Kamaruddin Abu Bakar merasmikan mesyuarat PIBG SMK Simpang,Taiping.
Rata-rata ibu bapa yang menjadi ahli PIBG sekolah-sekolah  dalam Parlimen Bukit Gantang tidak suka dengan senario ini."Kami akan hukum UMNO dalam PRU14" kata ibu bapa ."Kami sudah meluat.

Friday, February 28, 2014

Pendapatan 40 nelayan terjejas,kenapa UMNO Bukit Gantang diam sahaja?

.
Nelayan  Sungai Sepetang,Kg Dew,Taiping menunjukkan sejumlah udang galah yang mati akibat sungai tercemar.Dianggarkan 125 kg udang galah mati.Menurut  satu sumber udang galah didakwa  mati akibat  lepasan sisa  toksid projek kolam ikan  kepunyaan  sebuah koperasi. Kolam udang yang didakwa kepunyaan sebuah koperasi  itu dikatakan diusahakan berdekatan dengan sungai .(Klik) 40 orang nelayan terancam pendapatan mereka.Berita terdahulu DS Nizar lihat dan tinjau kolam udang haram.Berita berkaitan,buat projek bawah kabel bervoltan tinggi.


Sungai Sepetang Tercemar.Sungai yang kualanya dekat dengan Kuala sepetang(Dun Kuala Sepetang-Parlimen Bukit Gantang)Jurutera Daerah Larut Matang dan Selama, Mahidi Mahamood berkata, situasi itu dikesan, berdasarkan pemantauan dan penyelidikan awal yang dijalankan anggotanya ke lokasi, semalam.(JPS sahkan).


Foto udang galah yang mati kesan pencemaran Sungai Sepetang.

Pendapatan 40 orang nelayan terjejas.

Friday, February 21, 2014

Projek Pangsapuri di Changkat Jering,langkah UMNO kalahkan Nizar.

Kelmarin Kerajaan BN menyerahkan kunci rumah kepada penduduk yang layak untuk menduduki Rumah Pangsapuri Simpang Perdana,Jalan Simpang,Taiping.Kedudukan ini baik untuk rakyat yang tidak mempunyai rumah.Namun begitu hal ini boleh menjejaskan PAS dari sudut undi.

UMNO dijangka mengambil kesempatan untuk memindah pengundi Melayu atau India dari DUN-DUN lain  seperti Aulong dan Pokok Asam(Parlimen Taiping) ke Daerah Mengundi  JKR Bt 2 1/2 (Dun Changkat Jering) bagi mengalahkan DS Nizar.Kedudukan ini juga boleh menjejaskan peluang PAS menguasai Parlimen Bukit Gantang dalam PRU14 nanti.

Justeru PAS perlu menyantuni penduduk Rumah Pangsapuri Simpang Perdana,Jalan Simpang agar mereka menyokong PR dalam PRU 14 .

Friday, February 14, 2014

Najib datang Taiping pun Sin Chew tak buat coverage sampai 10 muka surat.

Sin Chew news coverage on Pakatan Rakyat Bukit Gantang CNY Open House today 15/2/2014
星洲大霹雳社区报报道 15/2: 武吉甘当民联团拜,《老鼠娶亲》搬上场!
Suratkhabar Sin Chew  memuatkan satu muka surat penuh sambutan tahun baru Cina Pakatan Rakyat  Bukit Gantang.


Taiping- Suratkhabar Sin Chew  memberi liputan satu muka surat kepada program Sambutan Tahun Baru Cina PR Bukit Gantang.Hendak mengharapkan Utusan atau Berita Harian tunggu sampai UMNO kalahlah.

Liputan satu mukasurat ini memberi pengiktirafan kepada PR Perak. Jawabnya UMNO Bukit Gantang marah lagilah dengan PAS Bukit Gantang.Najib datang Taiping  pun Sin Chew tak buat coverage   sampai 10 muka surat.

Sunday, September 29, 2013

Perwakilan Bukit Gantang masih beri mandat kepada pimpinan sesi lalu.

YB Datuk Paduka Husam Musa sedang berucap di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bukit Gantang kali 46.

Changkat Jering, 29 Sept- Mesyuarat  Agung PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke 46 menyaksikan tiga jawatan utama menang tanpa bertanding. YDP masih disandang Ustaz Nordin Jaafar,NYDP Sdr Rahim Ismail dan Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Jamnul Azizol Mulkan(menang tanpa bertanding-muka baru) .Sementara itu untuk jawatan TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad berjaya mengekalkan jawatan .Untuk jawatankuasa kawasan 16 pemegang sesi 2011-2013  masih diberi mandat oleh perwakilan mesyuarat agung PAS Kawasan Bukit Gantang.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih.
1. Mohd Fadhil Idris
2.Abd Rahman Adam
3. Mohd Kerull Ismail
4.Nizam Abdullah
5.Shimah Kasim
6.Bad Ali Mat Noor
7.Nordin Abd Rahman
8.Abdullah Sani
9.Hassan Ahmad
10.Zainuddin Hamzah
11.Jamaluddin Othman
12.Muhyiddin Ismail
13.Jiaranah Yahya
14.Idris Zakakria
15.Mustaffa Wahab
16.Ahmad Shaharuddin Ahmad 

Wednesday, September 25, 2013

Jenazah Allahyarham Ustaz Azizan dijadual dikebumikan pada 5.30 petang ini.

Salam takziah daripada PAS Kawasan Bukit Gantang  diatas pemergian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak , Bekas Menteri Besar Kedah yang  telah menghembus nafas terakhir  di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 11.15 pagi tadi.Insya'Allah Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh orang soleh dan beriman. 
Untuk ziarah bolehlah pergi ke Kompleks PAS Kedah,Pokok sena dan solat jenazah di Masjid Kompleks PAS pokok sena(Langgar) pada waktu  Asar dan dikebumikan jam 5.30 petang di Muassasah Darululum.Alfatihah.

Friday, September 6, 2013

DS Najib ingatlah siapa saudara kamu.

Ustaz Nordin Jaafar ,YDP Pas Bukit Gantang sedang membaca talkin untuk orang hidup pada pagi Jumaat tadi..Antaranya beliau menerangkan ,siapa tuhan kamu,siapa rasul ikutan kamu,apa kitab kamu ,dan siapa saudara kamu?

Tuesday, August 13, 2013

Welcome!

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar  menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga  ke Majlis Rumah Terbuka  Pas Kawasan dan Wakil Rakyat pada 15 Ogos bermula 8 malam.Majlis berlangsung di  Dewan MPT Changkat Jering.  

Sunday, August 4, 2013

Dewan Muslimat beri bonus RM500.00 kepada Guru-guru Pasti

YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Malaysia,Kawasan Bukit Gantang mewakili Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Pas Kawasan Bukit Gantang  menyampaikan  "bonus" atau duit raya bernilai RM500.00

Sebahagian 30 orang guru Pasti Kawasan Bukit Gantang bergambar  bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad. 
Changkat Jering,3 Ogos- PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Lajnah Kebajikan Kawasan telah memberi sedikit saguhati atau imbuhan bernilai RM500.00 untuk 30 orang guru Pasti ,Kawasan Bukit Gantang.

Program yang dinamakan Semarak Kasih,Jalinan Budi diadakan buat kali ke 3.Para dermawan telah membantu menyumbangkan kewangan untuk memberi tanda ingatan ke atas pengorbanan para guru PASTI.

Sunday, May 19, 2013

Jamuan Kesyukuran menang 3-1 , 5000 orang hadir.

YB Ustaz  Idris Ahmad, YB DS Nizar ,YB Chua Yee Ling dan YDP Ustaz Nordin Jaafar meraikan petugas dan pengundi. PAS Kawasan Bukit Gantang   menyedia 3 ekor lembu,seekor kerbau dan 200 ekor ayam untuk majlis kesyukuran rakyat kemenangan rakyat di Bukit Gantang. Dianggarkan 5000 orang hadir meraikan kemenangan rakyat di sini.Jamuan berlangsung di Tapak Fun Fair,Simpang,Taiping. Turut hadir,PJ Pas Perak, Ustaz Abu  Bakar Husein,TPJ Hj Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan, Dr Muhaimin Sulam. 
Antara ribuan rakyat yang berbaris untuk mengambil" jamuan rakyat." 

Tuesday, May 7, 2013

SPR tidak membenarkan DS Nizar untuk berucap di dewan.

Ahli dan Penyokong PR meraikan kemenangan PR .Yang Berhormat yang baru dipilih  ini tidak dipanggil oleh R.O atau Pengurus Pilihanraya untuk naik ke Pentas Utama.

DS Nizar meminta kebenaran R.O atau Pengurus Pilihanraya Kawasan Bukit  Gantang  yang juga Pegawai Daerah LMS. untuk berucap  .DS Nizar ingin berucap untuk merakamkan perasaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam  PRU 13. Tapi .Dato Haron Rawi tetap menyatakan peraturan SPR tidak membenarkan ucapan.Di samping itu Haron Rawi  bersikap  kurang sopan   langsung tidak memanggil  wakil rakyat yang menang naik ke pentas .   Akhirnya ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dibuat di luar dewan R.O sendiri menyuruh DS Nizar dan wakil rakyat lain berucap di luar dewan.

Sunday, May 5, 2013

Terima kasih Bukit Gantang ,lain kalilah kita ke Putrajaya.

Terima kasih pengundi Parlimen Bukit Gantang yang berjaya mempertahankan Bukit Gantang dan mengekalkan Kuala Sepetang dan merampas kembali Changkat Jering.

Bagi pihak YB Ustaz Idris Ahmad,YB DS Nizar dan YB Chua Yee Ling  ,mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas dan pengundi. Semoga pengorbanan masa,tenaga dan wang ringgit dikira sebagai amal soleh.


Keputusan Parlimen.

Parlimen Bukit Gantang,Dun Kuala Sepetang PKR mendahului.

Keputusan tidak rasmi di Dun N13, Kuala Sepetang,Parlimen Bukit Gantang. PKR 2632 ,BN 2581 ,Bebas  118 dan rosak 1111. Keputusan lain masih dalam perjalanan .


7 2.40 pm ,right now Kuala Sepetang : PKR leading majority 1520.PKR 5427, BN 3907, Bebas 178, Rosak 191

Calon PAS mendahului di Parlimen Bukit Gantang.

Setakat ini  calon Parlimen Pas Ustaz Idris Ahmad  dan calon Dun Changkat Jering DS Nizar  masih mendahului .Dijangka jam lapan malam  pengumuman siapa yang menang akan diketahui.

Penjumlahan masih berlangsung sehingga ini ,bermula 6 petang tadi.

Saturday, May 4, 2013

Samseng UMNO sudah mengganas di Bukit Gantang.

Kereta seorang penyokong PR Bukit Gantang diketuk oleh sekumpulan samseng UMNO di hadapan Pejabat UMNO Bukit Gantang dekat Simpang,Taiping.

Kereta kemek dipukul dengan besi oleh sekumpulan samseng UMNO.

Kereta cermin depan juga diketuk.

Changkat Jering- Kereta seorang penyokong PR Bukit Gantang dipecah cermin di hadapan Pejabat UMNO  Bukit Gantang,,Simpang Taiping lewat malam  tadi.Beliau bersama keluarga tidak berani keluar sewaktu keretanya diketuk sekumpulan orang samseng didakwa  ahli UMNO.

Sementara itu pula didakwa  terdapat ahli UMNO dan SB yang menyamar sebagai ahli PAS didakwa turut serta dalam konvoi malam tadi.Ahli UMNO dan SB ini masuk dalam kumpulan pemuda PAS hanya untuk membuat kacau.

Flashmob di siang hari,malam jangan benarkan vcd lucah diedar UMNO.

Flashmob peringkat Parlimen Bukit Gantang di Simpang,Dun Changkat Jering. Anak muda "geng kita".Bilik operasi mendapat maklumat UMNO akan edar risalah"haram" memburukkan DS Nizar selepas 12 tengahmalam.Di samping risalah haram tentang DAP dan DS Anwar Ibrahim ,memburukkan PR .Jadi diharap petugas keselamatan akan bertugas sepenuh masa.Pastikan individu atau kumpulan yang mengedar risalah fitnah dan lucah ditangkap.

Thursday, May 2, 2013

Harakah Palsu sedang diedarkan.

Petugas sedang mengedarkan akhbar  Inikalilah.Akhbar ini tulen,bukan palsu.
UMNO sudah tahu mereka makin ditolak rakyat. Bilik operasi PRU Bukit Gantang mendapat maklumat Harakah Palsu sedang diedarkan di seluruh Perak. Mereka cuba edar di kawasan awam. Jadi jika berjumpa ambil dan beri laporan kepada bilik operasi di Bilik Gerakan . Jikalau Bukit Gantang beri kepada Bilik Operasi ,yang berada di Markaz Negeri.Jika nampak siapa  yang edar ,tangkap dan serah kepada polis.

Wednesday, May 1, 2013

Malam ini di Changkat Jering,PAS bermunajat,Mahathir cerita lama, VCD lucah.

Munajat Perdana  pada malam ini. UMNO sibuk sebar fitnah dan vcd lucah.. PAS mesti teruskan usaha mengadu  ke hadrat Allah s.w.t. Bertambah kemuncaknya Dr Mahathir kempen di Dun Changkat Jering malam ini.Sudah tentu Dr Mahathir juga bawa isu lapuk dan finah.

Sunday, April 28, 2013

Budak sekolah 9 tahun diikat kerana didakwa bakar bendera BN.

DS Nizar bersama Mohd Faiz ,9 tahun  ,pelajar SK Bendang Siam,Jln Trong  yang didakwa bapa dan bapa saudaranya diikat dan dikurung  oleh seorang wanita ahli UMNO ,Mak Lang  Sariah.DS Nizar memberi motivasi kepada "angah" gelaran Mohd Faeez.DS Nizar berasa kesal kejadian ini berlaku."Budak ini baru balik sekolah,dia berada di tempat bendera BN dikoyak,dia pula dituduh"kata DS Nizar.    

Bapa saudara  Mohd Faeez menerangkan kepada DS Nizar ,pada hari itu dia agak lewat mengambil anak saudaranya itu.Dia mengetahui   Mohd Faez diikat dan dikurung  didalam rumah Mak Lang Sariah."Itupun diberitahu jiran-jiran yang mengambil anak mereka"kata beliau kepada DS Nizar."Anak saudara beliau didakwa koyak dan bakar bendera BN.
Changkat Jering,28 Oktober- Seorang bapa berasa kesal anak beliau diikat dan dikurung dalam sebuah rumah oleh seorang wanita bernama Mak Lang Sariah."Jika anak saya bersalah,saya sedia meminta maaf"kata bapa Mohd Faez."Tapi anak saya tak buat,mana boleh koyak bendera baru"kata bapa Mohd Faez. Sementara itu seorang penduduk  menerangkan macamana boleh bakar  bendera waktu siang.

Sementara itu keluarga Mohd Faez bercadang untuk membuat laporan polis dan tindakan.