Showing posts with label ehsan harakah. Show all posts
Showing posts with label ehsan harakah. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Menteri kantoi SPRM,tapi tiada tindakan.

Harakahdaily, 25 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Sunday, August 16, 2009

Intergrasikan jentera 3 parti Pakatan - Lim Guan Eng

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: Semasa melancarkan jentera DAP di Permatang Pasir semalam, Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu semua parti komponen Pakatan bersatu berkempen habis habisan memenangkan calon PAS, Ustaz Salleh Man

Namun jelasnya, skuad pemantau isu yang ditubuhkan DAP akan mengkaji kesesuaian pendekatan baru yang akan diambil supaya seIni kerana kemenangan Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Permatang Pasir sangat penting bagi ketiga-tiga parti Pakatan samaada PAS, PKR atau DAP. Selain untuk mengekalkan survival politik parti masing masing, keputusan pilihanraya Permatang Pasir ini juga penting kerana ianya bakal mencerminkan sejauh mana keutuhan dan muafakat yang terjalin antara ketiga tiga parti Pakatan setelah cuba dirobek dengan pelbagai cara oleh Umno Barisan Nasional.

Melihat kepada kesan besar itu, Lim Guan Eng mengharapkan pilihanraya kecil ini adalah medan pembuktian muafakat kesemua parti pakatan dengan menggunakan pendekatan mengintegrasikan kesemua jentera parti.

"Kita akan cuba integrasikan gerak kerja masing-masing di sini. Kita pernah guna strategi integrasi kempen semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding; semasa Dr. Mansor Othman bertanding; dan sekarang kita perkasakan sekali lagi untuk calon kita, Salleh Man," ujarnya semalam.

Kesemua komponen parti Pakatan katanya mempunyai kelebihan masing-masing dan jika ianya digunakan secara strategik, ia mampu membuahkan kejayaan yang lebih besar dari apa yang pernah dicapai.

"Kita akan buat bersama dan juga mengikut aktiviti parti-parti. Kita perlu faham bahawa ada beberapa kerja-kerja perlu dilakukan bersama dan mengikut parti secara fleksibel," tambahnya lagi

Sementara itu Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Pulau Pinang berkata pendekatan kempen DAP pada Pilihanraya Umum yang lalu serta beberapa pilihanraya kecil di negeri itu akan digunalaras dengan pendekatan kempen PAS dan realiti pengundi setempat.