Showing posts with label petikan berita. Show all posts
Showing posts with label petikan berita. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

10 budak sekolah mati akibat denggi.

PUTRAJAYA: Seramai 10 pelajar sekolah maut akibat demam denggi sejak sesi persekolahan dibuka pada Januari lalu.

 Timbalan Menteri Pelajaran II P. Kamalanathan berkata, daripada 18,165 kes demam denggi yang dilaporkan sejak Januari hingga 2 Mac, sebanyak 3,571 (19.6 peratus) kes melibatkan pelajar sekolah.

"Kementerian melihat jumlah itu sesuatu yang membimbangkan dalam peningkatan kes denggi yang serius. Oleh itu kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan keadaan terkawal," katanya selepas merasmikan Program Patrol Denggi 2014 pada hari Rabu.

Beliau berkata, selain mengekalkan kebersihan di dalam kawasan sekolah, kawasan sekitar di luar sekolah juga perlu sentiasa bersih daripada tempat pembiakan denggi. Daripada 10 kematian denggi yang melibatkan pelajar sekolah, empat terdiri daripada murid sekolah rendah manakala selebihnya pelajar sekolah menengah.

Friday, February 14, 2014

Subky Latif dituduh nyanyuk kerana elak berbalah dengan Anwar.

Sumber FB Subky Latif:Gara2 tulisan(klik -mengapa saya elak berbalah dengan Anwar) saya tak mahu berbalah dgn Anwar & angkat dia sikit ramai kata saya nyanyuk. Mungkin betul. Kita tak tahu kita nyanyuk. Yg tahu orang lain. Nyanyuk memang hal orang tua. Yg muda pun ada. Tua nyanyuk biasa, muda nyanyuk teruk. Orang nyanyuk tak layak jadi saksi. Cakapnya tak boleh dipakai. Ddakwa pun tak laku. Bunuh pun tak salah. Siapa layan orang nyanyuk, dia pun nyanyu juga.Sekalipun nyanyuk saya perlu komen sesuatu. Jangan tak nyanyuk anguk aapa orang kata. Kalau nak nyanyuk biarlah tua. Jangan muda lagi sudah nyanyuk. Saya rasa saya nynayuk2. Nyanyuk2 tak nyanyuk. Macam gila, gila2 tak gila

Wednesday, February 5, 2014

Surat Palsu YB,Devamany,Speaker Perak ada intergriti.


"Tindakan itu mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak boleh dipermainkan. Badan Eksekutif, Kehakiman dan Dewan Undangan Negeri merupakan tiga elemen kerajaan yang penting, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mencabar sistem demokrasi yang kita dukung," kata Devamany (kanan) kepada pemberita di Ipoh hari ini.

    Oleh yang demikian, Devamany berkata beliau telah mengarahkan pembantu tadbir dan beberapa pegawainya membuat laporan polis  hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

    
"Saya berharap insiden seperti ini tidak menimbulkan spekulasi negatif memandangkan kerjasama antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang ketika ini amat baik dalam usaha memajukan Perak," katanya.

Tuesday, February 4, 2014

UMNO boleh guna darurat untuk rampas Selangor,

PKR menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor supaya tidak memandang rendah dengan apa yang boleh lakukan oleh Umno sambil mengingatkan mereka bahawa pada 1977 parti Melayu itu menggunakan kuasa darurat untuk merampas kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Justeru, menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ADUN di Selangor adalah penting bagi menghalang Umno bagi mewujudkan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu.

Sunday, February 2, 2014

Video Pertengkaran antara JDT dengan T-Team.



Seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor malam semalam, diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.


Astro Arena malam semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".



Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di laman Facebook Media Soccer News menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.


Sebelum pergaduhan tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri dan keluar daripada bingkai lensa kamera.



Kamera itu kemudiannya turut menggerakkan ke kiri bagi merakam kekecohan dan pergaduhan itu tetapi tidak jelas siapa yang mengasari siapa.



Tiba-tiba kemudiannya lensa kamera bergerak ke kanan menunjukkan lelaki berjambang itu beredar dengan dikelilingi beberapa lelaki lain.sumber

Thursday, January 30, 2014

Kajang:Ancaman dan sabotaj UMNO,Anwar perlu campur tangan-Khalid Samad

Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.
"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.
Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.
"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.
Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.
Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.
Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.
"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.
Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.
"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.
"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. – 30 Januari, 2014.SUMBER.iklan

Wednesday, January 29, 2014

DUN Kajang PAS tak kan boikot-Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya,  Lee Chin Cheh dua hari lepas.sumber

Rayuan untuk batalkan keputusan DUN Lubuk Merbau.

IPOH 27 Jan. - Seorang pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang sekali lagi menolak petisyennya untuk membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di DUN berkenaan, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.
Notis rayuan itu difailkan Mohd. Ridzuan Asit, 48, menerusi peguam yang mewakilinya, Chan Kok Leong di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini tengah hari ini.

Mohd. Ridzuan yang juga penyokong Pas ketika ditemui selepas itu berkata, rayuan itu dibuat atas alasan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Abdul Rahman Sebli telah terkhilaf dalam penghakimannya.
Pada 16 Januari lalu, Hakim Abdul Rahman menolak petisyen yang difailkan oleh Mohd. Ridzuan pada 12 Jun 2013 setelah memutuskan petisyen berkenaan mempunyai banyak kecacatan.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd. Ridzuan membayar kos RM60,000 iaitu masing-masing RM30,000 kepada Siti Salmah selaku responden pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) responden kedua.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu, DUN Lubuk Merbau dimenangi Siti Salmah yang menewaskan calon Pas, Mohd. Zainudin Mohd. Yusof dengan majoriti 53 undi.

Mohd. Ridzuan memfailkan petisyen itu bagi membatalkan keputusan PRU-13 kerusi kawasan berkenaan kerana mendakwa berlaku pelanggaran peraturan pilihan raya termasuk kegiatan rasuah.

Bagaimanapun, Hakim Abdul Rahman menolak dengan kos petisyen itu pada 13 Ogos tahun lalu selepas mendapati petisyen tersebut tidak mematuhi kaedah-kaedah pilihan raya iaitu cara penyampaian petisyen kepada responden.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya membenarkan rayuan yang dibuat pempetisyen dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Pilihan Raya.sumber



Monday, January 27, 2014

Saman RM230 juta,Kelantan selamat tiada kontrak ditandatangani


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menjelaskan tidak ada apa-apa kontrak ditandatangani dengan syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) bagi membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, syarikat terbabit hanya diberi surat tawaran sahaja sebelum ini.

Malah katanya, syarikat terbabit juga telah dihantar surat pada 15 Mei 2013 bagi menjawab sama ada masih berminat meneruskan projek terbabit atau sebaliknya.

“Bagaimanapun sehingga 15 Jun 2013 syarikat itu tidak jawab apa-apa sama ada setuju atau tidak dengan projek berkenaan.

“Jadi kerajaan negeri menganggap syarikat itu tidak lagi berminat sehingga akhirnya dibuat keputusan menamatkan tawaran awal yang diberi sebelum ini,” katanya di sini.

Semalam DHI memfailkan saman terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan atas dakwaan gagal memenuhi perjanjian pembinaan lebuh raya terbabit.

Projek lebuh raya rakyat dirancang kerajaan negeri ekoran kerajaan pusat menyinsihkan projek tersebut sejak Rancangan Malaysia Kelima.

Ekoran itu pecah tanah projek tersebut dilakukan pada 28 Mei 2012 di Machang. Lebuh raya berkenaan sejauh 68 km dirancang kerajaan negeri membabitkan kos kira-kira RM1.8 bilion.

Sebelum ini pada 30 Disember 2009 kerajaan Kelantan diperintah membayar sebanyak RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd ekoran pembatalan kawasan pembalakan di hulu Kelantan pada 1974.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan supaya kerajaan Kelantan membayar RM800 juta termasuk melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika itu, banyak pihak menyerang kerajaan Kelantan kerana gagal mematuhi perjanjian yang ditandatangani.

Bagaimanapun katanya, pada 23 Julai 2012 Mahkamah Rayuan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta syarikat Timbermine.

Minggu lepas kerajaan  negeri menjelaskan 50 syarikat berminat terhadap projek lebuh raya rakyat. Dan sejak tender dibuka bermula 15 Januari lalu 15 daripada 50 syarikat terbabit telah mengemukakan permohonan mereka.

Sunday, January 26, 2014

Lebuhraya rakyat,saman RM230 juta,boleh bankrapkan Kelantan.?

Mengharap jasa Husam Musa untuk selesaikan masalah saman syarikat Dae Hanguru Infra sdn Bhd(DHI)  ke atas Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)  .

KOTA BAHARU: Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.


Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Okt 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012.SUMBER

Thursday, January 23, 2014

Nursyafiqah Abdullah ,2 tahun yang mati dibunuh,telah selamat dikebumikan.


PAKA, TERENGGANU: Jenazah Nursyafiqah Abdullah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Nibong, Paka.


Menurut bapa saudara mangsa, Mohd Nor Mamat, jenazah dikebumikan selepas solat Maghrib pada Rabu.



Terdahulu, ibu bapa mangsa, dibenar melawat jenazah di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah kira-kira jam 12:30 tengah hari.



Ibunya yang merupakan suspek kes bunuh tersebut bersama bapa yang sedang menjalani hukuman penjara di Marang diberi tempoh 20 minit untuk berada di sisi jenazah mangsa sebelum dibawa kembali ke lokap dan penjara.


Nursyafiqah Abdullah, 2, ditemui mati di dalam sebuahrumah kosong  di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu selepas dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu.


Mayat mangsa ditemui ditemui seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang pada Selasa.



Susulan itu, polismenahan  ibu Nursyafiqah dan  teman lelakinya serta dua rakan yang lain.



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Friday, January 10, 2014

Petisyen Lubok Merbau 16 Januari keputusan bantahan awal.

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini menetapkan 16 Januari bagi keputusan bantahan awal petisyen yang difailkan seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau untuk membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).




Hakim Abdul Rahman Sebli menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak responden.



"Saya memerlukan masa untuk menimbang hujahan responden dan bantahan oleh pempetisyen mengenai isu Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili responden kedua iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.



Pada prosiding hari ini, pempetisyen, Mohd Ridzuan Asit, yang duduk di galeri awam bangun membangkitkan isu berhubung notis pelantikan Alice kerana didakwa tidak mematuhi peruntukan Kaedah 34, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.



"Mengikut kaedah 34, Alice tidak layak mewakili SPR kerana notis pelantikan bagi SPR ditandatangani oleh individu lain (Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan) bukan Alice," kata Mohd Ridzuan.



Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Norazmi Narawi yang mewakili SPR berkata merujuk kepada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.



"Kaedah 34 tidak terpakai untuk peguam persekutuan sebaliknya hanya terpakai untuk peguam bela bagi suatu firma guaman kerana peguam persekutuan terikat dengan Akta Prosiding Kerajaan," katanya.



Anggota Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak selaku responden pertama diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad dan Abu Bakar As Sidiq, manakala SPR selaku responden kedua diwakili Norazmi dan Alice.



Pada 23 Disember lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.



Pada PRU-13, Siti Salmah, calon Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu. - BERNAMA



Thursday, January 9, 2014

"Saya juga takut kemurkaan Allah"-Hakim Mahkamah Pilihan Raya.

Ipoh-Mahkamah Pilihan Raya di sini menolak permohonan pempetisyen supaya hakim yang mendengar perbicaraan petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau menarik diri daripada mendengar kes itu.
Hakim Abdul Rahman Sebli semasa membuat keputusan itu berkata adalah tidak wajar Mohd Ridzuan Hasif mengemukakan permohonan itu kerana keputusan yang dibuat pada prosiding terdahulu iaitu pada Ogos lepas adalah berlandaskan tafsiran undang-undang yang berkaitan.
"Mengenai pertimbangannya (pempetisyen) kata saya tidak akan berlaku adil, sebagai orang Islam saya juga takut kepada kemurkaan Allah kalau saya bertindak demikian. Saya berjanji untuk berlaku seadil-adilnya pada beliau," katanya.
Terdahulu, Mohd Ridzuan memohon kepada mahkamah supaya Abdul Rahman menarik diri bagi mengelak berlakunya berat sebelah dalam perbicaraan petisyen itu dan meminta dia dibenarkan untuk mewakili dirinya dalam perbicaraan itu.  
"Saya mahu keadilan...sekiranya Yang Arif menarik diri, integriti Yang Arif dipandang tinggi oleh orang ramai," katanya.
Pada prosiding sebelah petang, peguam yang mewakili responden pertama iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak, yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad dan Abu Bakar As Sidiq mengemukakan empat alasan utama dalam bantahan awal mereka mengapa petisyen itu perlu ditolak.
Firoz Hussein berkata Seksyen 35 (A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengkehendaki semua perbicaraan petisyen pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat daripada tempoh enam bulan selepas difailkan.
"Mengikut peruntukan tersebut tarikh luput bidang kuasa mahkamah ini ialah pada 11 Disember tahun lepas. Begitu juga tarikh petisyen ini difailkan telah lewat 10 hari dari tarikh  yang sepatutnya kerana mengikut Seksyen 38 akta sama ia perlu dibuat dalam tempoh 28 hari dari tarikh 5 Mei 2013 sedangkan petisyen ini difailkan pada 12 Jun," katanya.
Abu Bakar pula berkata kandungan petisyen tersebut juga tidak diperincikan dan dinyatakan dengan jelas termasuk kesalahan rasuah yang didakwa selain pemberi dan penerima wang berkenaan.
"Timbul kekeliruan amat besar apabila dalam akaun penerimaan petisyen itu ia telah ditandatangani oleh orang lain iaitu Misbahul Munir Masduki sedangkan petisyen itu difailkan Mohd Ridzuan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada responden kemungkinan wujud dua petisyen," katanya.
Hakim Abdul Rahman menetapkan esok untuk sambung perbicaraan.
Petisyen itu difailkan bagi membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.
Siti Salmah yang mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu dinamakan sebagai responden pertama, responden kedua ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan responden ketiga, Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lubok Merbau Abdul Halim Hamed.
Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang. - Bernama, 9 Januari, 2014.

Petisyen Lubuk Merbau:Mahkamah Pilihanraya tolak peguam untuk mewakili Ridzuan Asit

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak permohonan seorang peguam untuk membenarkannya mewakili seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau yang mahu membatalkan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.
    
Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif dan hujahan pihak responden.
    
Pada prosiding semalam, Datuk Firoz Hussein Ahmad yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak berkata  pada peringkat awal perbicaraan petisyen itu 13 Ogos lepas, mahkamah itu turut menolak permohonan peguam Chan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen berikutan kegagalannya mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Menurutnya perintah itu hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya untuk memfailkan petisyen pilihan raya, dan bukannya firma guaman.

"Mereka (pempetisyen) kemudian membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan petisyen ini diarah untuk dibicarakan semula di sini hari ini.

Namun, pada peringkat itu langsung tidak timbul berkenaan permintaan Kok Leong untuk mewakili pempetisyen dalam perbicaraan hari ini," katanya.

Siti Salmah selaku responden pertama diwakili empat peguam diketuai Firoz dan Abu Bakar As Sidiq, responden kedua ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan responden ketiga, Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lubok Merbau Abdul Halim Hamed.
    
Abdul Rahman kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar perbicaraan penuh petisyen itu.
    
Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Lubok Merbau diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
    
Pada PRU13, Siti Salmah, calon Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi bagi kerusi itu. - Bernama

Saturday, January 4, 2014

Sudah 10,000 Evangeline sunting untuk Wikipedia

Evangeline letak standard tinggi sebagai penyunting Wikipedia
Evangeline Han anak gadis yang hebat menjadi penyunting untuk Wikipedia.Sudah 10,000 yang disunting.

KUALA LUMPUR: Kebanyakkan daripada kita hanya akan melawat laman sesawang Wikipedia untuk mengetahui tentang sesuatu yang kita tidak tahu atau belajar perkara yang baru.

Namun, bagi Evangeline Han, seorang anak tempatan yang kini pelajar universiti, beliau melawat laman sesawang itu untuk memperbetulkan tatabahasa dan fakta sesuatu artikel yang diterbitkan dalam Wikipedia.

Ini adalah kerana Evangeline merupakan penyunting untuk Wikipedia dan telah menyumbangkan servisnya kepada portal itu sejak usianya 15 tahun lagi.

Evangeline yang ditemuramah di dalam portalblog Wikimediaberkata adalah penting untuk orang muda sepertinya menyunting Wikipedia.

Walaupun begitu, Evangeline sendiri menghadapi cabaran untuk berbuat demikian apabila terpaksa mendapatkan kebenaran daripada ibu-bapanya, iaitu salah satu syarat untuk menjadi Wikipedian.

Evangeline yang bersekolah di rumah berkata, ibu-bapanya tidak menghalang penglibatannya di Wikipedia selagi kerja sekolahnya disiapkan dan beliau tidak menyunting sewaktu mengulangkaji pelajaran.

Minat Evangeline terhadap Wikipedia bermula kerana minatnya yang mendalam dalam membaca dan menulis.

Beliau juga mempunyai sebuah blog buku yang tercetus daripada minat membacanya.

Apabila tiada kerja rumah yang banyak, Evangeline akan selesai membaca satu buku setiap hari.

"Ibu bapa saya menggalakkan saya untuk membaca buku-buku klasik, terutama buku-buku yang memenangi anugerah dan saya mempunyai kurikulum berasaskan buku-buku. Itulah sebabnya saya membesar dengan minat mendalam terhadap membaca,” katanya.

Evangeline menjadi begitu mahir dalam menyunting artikel dalam Wikipedia sehingga beliau dilantik menjadi duta Wikipedia di bawah Program Pendidikan Wikipedia oleh Yayasan Wikimedia.

Digelar Duta Wikipedia, beliau menjadi mentor sukarelawan untuk menasihati pelajar universiti yang mahu menyunting Wikipedia.

"Saya akan memeriksa semua artikel dan pastikan sumber yang digunakan adalah sahih, memberi nasihat jika mereka memerlukan bantuan dan juga mengkaji semula artikel mereka,” katanya.

Evangeline yang sedang menuntut di Universiti Baptist Oklahoma, sudah menyiapkan hampir 10,000 suntingan setakat ini.

Tuesday, December 31, 2013

DSP,ASP dan sarjan antara 40 polis disiasat pengubahan wang haram.

Seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah antara 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia, sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memperluaskan siasatannya termasuk pengubahan wang haram dan amalan rasuah oleh beberapa dozen anggota polis di seluruh negara."Mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, dan sekurang-kurangnya rasuah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Anggota polis ini boleh didakwa kerana sebab-sebab tersebut. Bergantung kepada bukti yang kita kumpul," tambah sumber itu.
Sumber lain pula berkata operasi pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan dikesan selepas beberapa peristiwa tembak menembak antara polis dengan penjenayah pada tahun 2013 di mana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama.
"Kami sedang menyiasat hubungan antara tembak menembak ini dengan operasi pengubahan wang haram," kata sumber itu.
Pada 26 Disember, SPRM mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' telah memberikan satu kenyataan, berkaitan kes pengubahan wang haram yang bernilai lebih RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali  berkata, pegawai polis berkenaan telah memberi kenyataan di pejabat SPRM Putrajaya seminggu sebelum ini.
"Sebenarnya, kita telah memanggil pegawai kanan polis itu untuk mengambil kenyataan dan dan merakam perbualan.
"Beliau memberi kerjasama dengan baik dan kami mencatatkan kenyataan itu. Tiada tangkapan telah dibuat," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama.
Mustafa yang enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ia berkaitan dengan siasatan kes rasuah kerana wang telah ditemui di rumah pegawai itu dan berkemungkinan pegawai polis yang lain akan dipanggil untuk membantu dalam siasatan kes itu.
Sebuah akhbar melaporkan minggu lepas bahawa seorang pegawai kanan polis telah dipanggil untuk memberi kenyataan bagi  membantu SPRM dalam siasatan terhadap tiga pegawai polis berhubung kes pengubahan wang haram.
Pada bulan November, akhbar harian itu juga melaporkan bahawa ketiga-tiga pegawai polis, berpangkat DSP, ASP dan Sarjan, ditahan secara berasingan oleh SPRM dan semasa penangkapan itu, SPRM menjumpai RM500, 000 dalam bentuk wang tunai, tiga jam tangan Rolex dan juga barang kemas.
Dua daripada pegawai ditangkap itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan katanya, sambil menambah bahawa salah seorang pegawai telah disyaki terlibat dalam pengubahan RM1.7 juta wang haram dan RM4.3 juta. – 1 Januari, 2014.(sumberMI)

Komputer riba ganti buku teks itulah janji Muhyiddin.

Tahun hadapan komputer riba ganti buku teks,itulah janji TS Muhyiddin Yassin untuk menyakinkan pengundi untuk memilih kerajaan BN.Akan tetapi habuk pun tak dak.Semua janji BN hanya retorik. (sumber)

Friday, December 27, 2013

Rakyat sokong naik harga kata Datuk Seri Hasan Malek.

Otak menteri BN semua sama.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.
"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.
Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa.
"Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."
Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya membuat aduan.
"Kita merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi," katanya.
Mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga, Hasan berkata, beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan pandangan itu.
"Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik."
Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline kementerian di 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.

Wednesday, December 25, 2013

Dua wakil rakyat UMNO Perak ,tidak jadi rakyat Perak semasa hari mengundi.

Dua wakil rakyat dari UMNO  di Perak semasa hari pengundian PRU 13 ,5 Mei lalu tidak menjadi rakyat Perak.Justeru dua ADUN UMNO,iaitu ADUN Manong dan ADUN Rungkup didakwa tidak layak untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.Kedua-dua wakil rakyat UMNO telah melanggar Artikel 30 ,Perlembagaan Negeri Perak. Berita lain dibawah yang dipetik dari akhbar portal MI

Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.
Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.
Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.
“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman.
Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang dengan majoriti 613 undi.
Dalam tuntutan saman, plaintif Jamil dan Misbahul Munir berkata, Adun BN tersebut tinggal di luar Perak dan alamat di MyKad mengesahkan mereka bukan penduduk tetap negeri itu.
Plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan Adun BN tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat.
Mereka juga menggesa mahkamah mengeluarkan arahan bagi menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, Adun berkenaan berkata, penyingkiran seseorang wakil rakyat perlu dibuat melalui petisyen pilihan raya.
Jamil dan MIsbahul Munir dalam kenyataan balas berkata, mereka tidak mencabar keputusan pilihan raya tetapi kelayakan dua Adun tersebut.
Semasa pilihan raya umum lalu, BN berjaya mengukuhkan penguasaannya di Perak selepas menang 31 kerusi DUN sementara Pakatan Rakyat (PR) memenangi 28 kerusi dengan DAP 18 kerusi, PAS (4) dan PKR (6).
Selepas PRU13, PAS memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya di kawasan DUN Pasir Panjang, Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup dan Manjoi.
Selain Lubuk Merbau, petisyen tersebut gagal dibicarakan atas alasan teknikal.
Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengarahkan hakim pilihan raya mendengar semula petisyen Lubuk Merbau.
The Malaysian Insider difahamkan permohonan sama difailkan terhadap Adun Manjoi dari BN kerana tidak menjadi penduduk tetap Perak.
Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi itu selepas menewaskan Asmuni Awi dengan majoriti 132 undi. – Berita MI-25 Disember, 2013

Monday, December 23, 2013

Zahidi Hamidi lupakan isu Syiah untuk lawan petisyen Parlimen Bagan Datoh.

Zahid Hamidi tak perlu tunggu saman Mat Sabu.Petisyen untul membatalkan kemenangan beliau di Parlimen Bagan Datoh diterima oleh Mahkamah Persekutuan.
Empat Petisyen Pilihan Raya Akan Didengar Semula Di Mahkamah
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin memerintahkan empat petisyen pilihan raya, bagi kerusi Parlimen Tapah dan Bagan Datoh, di Perak dan Ketereh di Kelantan serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau, diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel lima anggota terdiri daripada hakim-hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, berkata mahkamah mengetepikan keputusan yang dibuat mahkamah pilihan raya yang menolak petisyen itu.
Dalam keputusannya, Md Raus menegaskan sesiapa saja boleh memfailkan petisyen dan pempetisyen tidak perlu hadir untuk memfailkan sendiri sesuatu petisyen itu.
Pada pilihan raya umum Mei lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memenangi kerusi Bagan Datoh; Datuk M. Saravanan (Tapah); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubok Merbau).
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan bagi empat kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah menolak rayuan oleh dua pengundi, Mat Ismail Nasir (Sungai Besar)dan Muhammad Rashid Muhammad Kasim (Kuala Selangor), berhubung keputusan mahkamah pilihan raya, sekali gus mengekalkan kemenangan Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor) daripada Barisan Nasional (BN).
Dalam keputusan sebulat suara, Md Raus berkata mahkamah tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan mahkamah pilihan raya yang telah menolak petisyen itu.
Mahkamah turut memerintahkan dua perayu, Mat Ismail dan Muhammad Rashid, supaya membayar sejumlah RM60,000 kepada enam responden, Noriah, Irmohizam, Suruhanjaya Pilihan Raya (bagi kedua-dua kes) dan dua pengawai pengurus pilihan raya.
Berhubung rayuan bagi kerusi parlimen Batu dan Lembah Pantai, Md Raus berkata mahkamah berpandangan petisyen itu kekurangan fakta material dan tiada kuasa tindakan terhadap responden.
Mahkamah menolak rayuan berhubung petisyen pilihan raya yang difailkan alon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk membatalkan kemenangan Chua Tian Chang (Tian Chua) daripada PKR dan pengundi parlimen Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan untuk membatalkan kemenangan Nurul Izzah Anwar, juga daripada PKR. - BERNAMA