Sunday, August 4, 2013

Dewan Muslimat beri bonus RM500.00 kepada Guru-guru Pasti

YB Ustaz Idris Ahmad,Ahli Parlimen Malaysia,Kawasan Bukit Gantang mewakili Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Pas Kawasan Bukit Gantang  menyampaikan  "bonus" atau duit raya bernilai RM500.00

Sebahagian 30 orang guru Pasti Kawasan Bukit Gantang bergambar  bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad. 
Changkat Jering,3 Ogos- PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Dewan Muslimat,Dewan Pemuda dan Lajnah Kebajikan Kawasan telah memberi sedikit saguhati atau imbuhan bernilai RM500.00 untuk 30 orang guru Pasti ,Kawasan Bukit Gantang.

Program yang dinamakan Semarak Kasih,Jalinan Budi diadakan buat kali ke 3.Para dermawan telah membantu menyumbangkan kewangan untuk memberi tanda ingatan ke atas pengorbanan para guru PASTI.

No comments:

Post a Comment