Penduduk kampung sekitar Sungai Petai dan Changkat Ibol berpuashati dengan ucapan bernas daripada Artis Hairi Osman. Mereka kagum dan senang dengan saguhati yang diberi oleh penganjur.Hairi Osman pun tidak berkira. Rupanya mudah berkira dengan Hairi Osman,cukup dengan panggilan telefon .Terus sahaja berurusan dengan beliau. Syabas Hairi Osman.
Friday, October 5, 2012
Maaf kami hendak DUN Changkat Jering dan tiada tukar-tukar.
Maaflah PKR ,kami hendak Changkat Jering.Janganlah nak bagi Changkat Jering dengan bersyarat.PAS mesti bertanding di DUN Changkat Jering dan tiada sebarang pertukaran kerusi.PAS kawasan kena peka dan sensitif ,jangan kerusi sekarang ditukar ganti.
Hormatilah perasaan orang lain. Jangan guna kita lawan UMNO .soal kerusi dan calon soal kedua, untuk berhujah.
PAS dari dulu dah bertanding lebih kerusi. 1994 dan 2004 kita dah bertanding banyak.PRU12 PAS bagi peluang bertanding di kerusi tradisi PAS.Tapi hangpa khianat.
Sorry lah .
Thursday, October 4, 2012
Polis sama orang kampung didakwa pukul budak umur 15 tahun.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang menerima aduan rakyat. Aduan pula datang dari Kg Padang Stang,Kerunai Gerik,Perak.
Penduduk yang melihat kejadian itu memberitahu budak 15 tahun yang akan mengambil PMR tahun ini dikatakan dibelasah orang kampung dan didakwa dua anggota polis juga terlibat memukul sama.Budak itu diikat dan dituduh mencuri getah skrap. Budak lelaki 15 tahun itu menafikannnya.Dia tetap mempertahankan dia tidak mencuri,tetapi sebaliknya dipijak,dipukul malah akan diugut lokap jika tidak mengaku.
Penjaga budak itu didakwa telah membuat laporan polis.Namun begitu orang kampung dan dua anggota polis itu didakwa telah meminta penjaga budak itu menarik balik laporan polis.
Pak Wahab keluhannya tidak dipeduli Exco Hamidah Osman
Sdr Rahim Ismail, NYDP Bukit Gantang melihat kesedihan Pak Wahab.Ahli UMNO yang berjuang untuk kesehateraan anak cucu tetapi Pemimpin UMNO Bukit Gantang hanya untuk perut. |
Kg Dew, habitat kelip-kelip kini terjejas teruk.Exco pelancongan YB Hamidah Osman tidak peduli. DO LMS pun tidak peduli .Yang peduli DS Nizar. Pak Wahab bersabarlah Pakatan Rakyat jadi Kerajaan Perak,nasib Pak wahab dan orang Kampung Dew ini akan dibela.Percayalah.!!!!!
Kes Saman Fitnah Nizar TV3, 2 Januari 2013.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili Mohammad Nizar dan peguam Lim Qi Si mewakili pihak TV3.
Lim, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneruskan perbicaraan kes itu walaupun Mohammad Nizar bersedia untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan 10 Disember untuk pengurusan kes tersebut. Mohammad Nizar memfailkan saman itu terhadap TV3 kerana menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
Sementara itu, bagi saman berjumlah RM50 juta yang difailkan Mohammad Nizar terhadap Utusan Melayu berkaitan pernyataan fitnah yang sama, mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk mendengar permohonan Utusan Melayu bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang diperintah oleh mahkamah pada 8 Ogos lepas.
Mohd Fitri memberitahu pemberita bahawa pendengaran kes itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof. Pada 10 Julai lalu, Mohammad Nizar memfailkan dua saman tersebut secara berasingan (terhadap Utusan Melayu dan TV3) dan dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan.
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor. - Bernama
Wednesday, October 3, 2012
Tuan OCPD ,Dato Fauzi Shaari mai tempat kami.
Esok Jumaat Tuan Fauzi Shaari dan Hairie Othman mai Bukit Gantang untuk menyampaikan mesej-Mesejnya Mesej Tolak UMNO.
Tuesday, October 2, 2012
Pemimpin PKR mau pi Negara Mozambique jika kalah PRU 13
![]() | ||
Dr Mohamad Nor Manuaty sedang berucap mewakili PKR dalam Seminar Persiapan PRU 13,baru-baru ini,30 September. |
Baru-baru ini penulis pergi ke Seminar Persiapan PRU 13 ,Pakatan Rakyat. Tapi berasa kecewa dan hampa dengan kenyataan seorang penalis PKR. Bagaimana seorang penalis yang dulunya UMNO kemudian dipecat dan masuk PKR untuk bersama rakyat .Tetapi boleh buat ucapan jika kalah PR dalam PRU 13 ini mahu lari ke negara Mozambique untuk cari makan.Beliau sudah beritahu isteri dan anak-anak ,jika kalah beliau tak boleh cari makan di Malaysia.
Langsung tiada semangat patriotik dan nampak betul seolah-olah berjuang untuk perut.Kita orang harap, DS Wan Azizah,jangan pilih "dia" sebagai calon PRU 13 .Bikin malu saja...
Subscribe to:
Posts (Atom)