Tuesday, March 4, 2014

Sebutan kes pemimpin politik ,janda anak tiga,khalwat 19 Mac.

Pemimpin wanita yang ditangkap khalwat rupanya janda tiga anak.Pemimpin wanita itu berumur 34 tahun,pasangan lelakinya 47 tahun ,dari Terengganu.Pasangan khalwat itu ditangkap pada 1.30 pagi,dalam bilik di hotel.

Hasil serbuan itu lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala dan kemeja T semasa membuka pintu manakala wanita itu pula memakai baju lengan panjang dan berkain batik berada di atas katil.

Kedua tertuduh telah dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM2,500 setiap seorang.

Pasangan itu kini dibebaskan setelah membayar wang jaminan tersebut sementara menunggu kes berkenaan disebut di mahkamah.Sebutan kes khalwat 19 Mac ini di Mahkamah Syariah,Kangar.

Jelas beliau, keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis yang membawa kepada denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.(Sumber)

No comments:

Post a Comment