Sunday, March 2, 2014

Raja Nazrin sudah rasmi LTSAS,tapi masih tak boleh guna.

DYTM Raja Dr Nazrin  merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah(LTSAS) pada 21 Mei 2013.Sayang kos naik taraf sejumlah RM42 juta itu ,satu pembaziran.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,melalui Ketua Pemuda ,Raja Dr Ahmad Iskandar al-Hiss,_ mendesak semua Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak meletak jawatan ekoran kegagalan menyelesaikan siasatan terhadap Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS). Sudah lebih sebulan laporan kajian keselamatan landasan LTSAS tiada perkembangan dan ini sedikit sebanyak mencacatkan usaha untuk menarik pelancong asing pada Tahun Melawat Malaysia (TMM) kali ini. Ianya juga telah melepasi lebih tiga bulan kempen TMM tahun ini, sudah tentu dalam tempoh tersebut mencatatkan menurunan pelancong asing ke Perak.

Bagi Pemuda PAS Perak, PAC Perak perlu bertanggungjawab di atas amanah dan tanggungjawab besar yang dipikul oleh kerana ianya melibatkan nama baik dan imej negeri Perak. Ianya bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan, tetapi ianya melibatkan Institusi DiRaja di Perak khasnya. Amatlah memalukan dan mengecewakan, apabila Pemangku Seri Paduka Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah mencemar duli merasmikan naik taraf LTSAS pada 21 Mei 2013 yang lalu tetapi ianya tidak boleh digunakan. Malangnya juga, nama lapangan terbang LTSAS yang menjadi kebangggaan rakyat Perak tercalar dan menghampakan berikutan apa yang berlaku.

Bagi kami, sudah tiba masanya juga satu laporan kepada pihak Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak. Ianya bagi menyiasat pihak manakah punca menyebabkan kegagalan fungsi LTSAS sehingga sekarang ini. Siapakah yang bersalah jika berlaku penyelewangan atau salahguna kuasa di atas projek menaik taraf LTSAS tersebut. Kerajaan Negeri Perak perlu menunjukkan keseriusan dan kesungguhan bagi mengatasi punca utama masalah yang berlaku di LTSAS. Ianya kerana seolah-olah berlaku ‘sabotaj’ dan ‘unsur khianat’ menyebabkan LTSAS tidak berfungsi sepenuhnya sepertimana yang diharapkan!

No comments:

Post a Comment