Wednesday, July 3, 2013

Sheikh Al- Azhar digunakan untuk gulingkan Presiden Mursi.


Diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar digunakan untuk menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Kita baca pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dibawah.
  
Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir. 

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. 

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Kuala Besut,PAS perlu pilih calon boleh menang.

                                                  Puan Napisah calon PAS PRU 13 lalu.

Pilihanraya kecil(PRK) berbeza dengan pilihanraya umum,(PRU).PRK calon perlu  lebih mesra pengundi.Memandang Dun Kuala Besut ,pengundi banyak nelayan dan kakitangan kerajaan sewajarnya PAS mesti membuat pilihan yang tepat untuk menentukan siapa yang seharusnya mewakili PAS.

Tuesday, July 2, 2013

Surau Ahmadiah ,surau bapa Mufti Pulau Pinang terbakar.

                Surau Ahmadiah ,Kg Sungai Petai,Changkat Jering terbakar pada malam kelmarin(2 Julai 2013),kemungkinan litar pintas.

Surau yang telah diasas oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj Ahmad ( ayahanda kpd YB AF Ust Idris, Ahli Parlimen Bkt Gantang ). Tempat mula diadakan Ijtimak Bulanan bagi Kawasan Bukit gantang dan Taiping. sekarang masih diteruskan oleh anak-anak Al-Marhum spt Tuan Guru Dato Hj Hassan, TG Dato Hj Salleh, AF Ust Zakaria dan tokoh-tokoh ulamak yang lain termasuk Al-Marhum Toh Paduka Indera TG Hj Mohd Saman Kati.Berkat gigih dari surau ini telah banyak melahirkan ilmuan-ilmuan diserata negeri. Orang ramai iaitu penuntut ilmu dari surau ini terdapat beribu-ribu orang disamping orang tempatan. Itulah jasanya ulamak yang tersohor itu, Al-Marhum TG Hj Ahmad yg sempena nama surau ini dengan nama Surau Ahmadiah.

 Surau yang diasaskan oleh bapa Ahli Parlimen Bukit Gantang,Ustaz Idris Ahmad hampir 50 tahun. Ijtimak Bulanan  pada hari Ahad minggu pertama. Hampir 100 tahun oleh Tuan Guru Hj Ahmad  Bagi mereka yang bersimpati bolehlah  menghulur bantuan  ke dalam AKAUN. Ahli Parlimen Malaysia Kswasan Bkt Gantang 558051300273 MAYBANK.

R.U.U Seksyen 107(b) Pentadbiran Agama Islam,menguji YB Nik Abduh.

Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam .Seksyen 107(b) ini sudah menjadi panas kerana komponen BN dan NGO bukan Islam sudah menentang,usul yang dikemukakan di Parlimen.Setakat ini Ahli Parlimen UMNO diam membisu.Wakil Rakyat muda PAS pun belum bersuara.

 Ahli Parlimen PAS  seperti YB Nasruddin Hasan ,Ketua Pemuda PAS dan YB Ustaz Nik Abduh ,Timbalan Ketua Pemuda PAS masih tidak bersuara.Adakah mereka sedang diberi taklimat oleh JUHAM(Lajnah undang-undang Dewan Pemuda PAS) atau mereka tidak berani menanggung risiko.

Kebijaksanaan wakil rakyat PAS dalam membahaskan R.U.U ini, akan menunjukkan kematangan politik mereka.Diharap mereka akan berhujah tentang Rang undang-undang Seksyen 107(b) 
 dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 dengan penuh bijaksana  dan bukan emosi. 

Pemimpin yang tolak Himpunan Blackout 505 jangan benarkan berkempen di Kuala Besut.

Datuk Paduka Husam Musa antara nama yang dicadangkan sebagai  Pengarah Operasi Induk  Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut.Dengan Kuala Besut dianggap sebagai sebuah Republik,kerana bahasa dan budaya yang hampir dengan masyarakat Kelantan Datuk Husam Musa merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan.

DatukHusam Musa sebagai Pengarah Operasi Induk,boleh menapis tenaga utama yang perlu turun ke Dun Kuala Besut. Pemimpin yang menolak Himpunan Blackout 505 baru-baru ini jangan benarkan berkempen di Dun Kuala Besut.Pemimpin itu tidak tahu denyut nadi rakyat.

Monday, July 1, 2013

Kuala Besut,peluang cerah kakitangan kerajaan dapat bonus sebelum raya.

Pilihanraya kecil  Dun Kuala Besut ,Terengganu peluang cerah bagi penjawat awam menerima bonus sebelum menyambut Aidilfitri.Pengundi DUN Kuala Besut juga termasuk  kakitangan kerajaan seperti cikgu, dan tentera.

Semasa PRK Kuala Besut inilah sewajarnya Cuepacs memberi tekanan kepada kerajaan.Untung sabut timbul.

Kekejaman Tentera Presiden Basyar lebih teruk daripada Israel ,dakwa Husam Musa.

Sdr Imad Abdullah dari negara Syria  menerima sumbangan derma daripada  Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihah semasa Program Gerhana 2013(Blackout 505) pada 30 Jun lalu.Raut wajah Imad menggambarkan kesengsaraan rakyat Syria yang dibunuh oleh Tentera Bashar Asad.Pemuda Syria ini memberitahu kini terdapat ribuan anak yatim.Rakyat yang menderita hanya memakan pasir dan rumput untuk hidup.

Sementara menurut Datuk Husam Musa sewaktu berucap dalam Himpunan Gerhana Muslimat PAS Perak mendakwa kekejaman Presiden Bashar dan  tentera Syria lebih teruk daripada tentera Israel yang membunuh rakyat Palestin atau lebih teruk daripada tentera Serbia yang membunuh penduduk Bosnia.