Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) akhirnya bersuara untuk membela nasib hampir 400,000 guru yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).Presiden Hashim Adnan baru menyedari beban tugas guru yang semakin meningkat.(KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuhkan PBS)
Saturday, November 9, 2013
Friday, November 8, 2013
Pemilihan PAS: Calon-calon disemak dengan Jabatan Insolvensi ,pastikan tidak bankrap.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS ,Tuan Haji Asmuni Awi sudah memberi nasihat agar tidak ada majlis memburukkan calon yang bertanding.Pihak berkenaan seharusnya ambil berat dan tindakan. Peristiwa menjadikan Liqa Al-Fikri negeri sebagai medan untuk "menghukum" pimpinan tidak berlaku lagi.Pemimpin PAS mesti matang dan tidak terpengaruh dengan budaya UMNO.
Sementara itu Haji Asmuni Awi juga menyatakan calon-calon yang bertanding akan disemak dengan Jabatan Insolvensi untuk memastikan status bankrap atau tidak.Jika bankrap, mereka calon hilang kelayakan untuk bertanding.
Otak Ketua UMNO Bahagian sama saja.
Doakan Nik Amar tarik diri,moga Mat Sabu menang tanpa bertanding.
Thursday, November 7, 2013
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia solat hajat bersama ribuan Pemuda UMNO.
Wednesday, November 6, 2013
Ada ulamak ,sumber maklumatnya SB.
Pening kepala ,apabila segelintir ulamak menjadikan SB sumber maklumat.Pening kepala juga apabila mereka yang pergi mendengar perbicaraan isu Syiah dituduh Syiah.Pening kepala juga apabila Tuan Lawyer yang menjadi peguambela sesuatu kes dituduh juga terlibat dalam kes itu.Jika peguam itu bela orang yang didakwa membunuh,dia juga dituduh pembunuh.Apabila ditanya siapa pemberi maklumat ,jawapannya SB?
Pening kepala juga apabila profesional tidak boleh menjadi pemimpin,jika begitu baik pinda sahaja perlembagaan.Dari Presiden hingga ke Ketua Cawangan dan AJK ,perlunya lulusan agama yang memimpin.Tak payah "kenen-kenen" lagi kami nak ulamak untuk jadi Ketua,sebab sudah ada dalam perlembagaan.
Akan tetapi,beranikah untuk meminda Perlembagaan PAS ,"Hanya Ulamak Boleh Jadi Pemimpin(Ketua).
Jangan ada lagi Liqa-alFikri menghentam AJK PAS
Liqa Al-Fikri PAS Perak pada Jumaat minggu pertama Disember ini ,sudah tentu mempunyai pimpinan PAS yang baru dipilih pada 22 November 2013.
Naqib pun tidak ada lagi akan menghentam pimpinan PAS Malaysia yang dipilih oleh perwakilan.Sebelum ini terdapat Naqib yang dijemput Lajnah Tarbiyyah PAS Perak menghentam AJK PAS Pusat.
Mula-mula menghentam YB Khalid Samad.Bulan berikut menghentam YB Husam Musam.Bulan November lalu menghentam YB Dr Mujahid dan Dr Zulkifli Ahmad.Semua pimpinan itu dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar pada tahun 2011 untuk bertugas memimpin PAS 2011-2013.
Dengan kehadiran pelbagai pihak dalam Liqa al-Fikri PAS Perak itu ,tidak sewajarnya isu sensitif mengkritik pimpinan dijadikan "modal Naqib".Walhal pimpinan yang dikritik tidak berpeluang untuk membela diri.
Harap-harap bulan depan tidak ada lagi Naqib di Liqa al-Fikri PAS Perak dijadikan medan untuk menghina dan menghentam pimpinan yang dipilih perwakilan Muktamar PAS Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)


