Wednesday, November 13, 2013

Ketua UMNO Bukit Gantang jumpa budak sekolah untuk kalahkan Nizar.

Kelihatan Dato Syed Husein .Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang  memberi sedikit " duit hadiah galakan" kepada murid sekolah SK Pengkalan Aor,Taman Kaya,Taiping(DUN Changkat Jering) sempena Hari Kantin sekolah. Turut  kelihatan Kamaruddin Abu Bakar,Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang.UMNO Bukit Gantang sudah mula masuk sekolah untuk menarik pengundi muda(budak sekolah) untuk mengalahkan YB DS Nizar pada PRU 14 nanti 

Baguslah Ustaz Nasruddin Tantawi tak bertanding.

Baguslah Ustaz Nasruddin Tantawi tak bertanding mempertahan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Kalau tidak ,jadi roti canai parti ini.

Tuesday, November 12, 2013

Pemilihan PAS:Zulhazmi Shariff baru jadi calon sudah diuji .

Facebooker  "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" @ Ulama Pemimpin Kami  disyaki  merupakan orang yang sama. InsyaAllah lambat laun pemilik akaun ini akan diketahui identitinya.Kempen paling keji dalam kempen pemilihan PAS pada kali ini. Bersabarlah Sdr Zulhazmi  ,untuk menjadi pemimpin perlu diuji.Baru menjadi calon Ketua Pemuda sudah diuji dengan begitu teruk,apabila  menang ,lagi teruk ujian yang ditempoh. Zulhazmi peguam Anti-AES.Mungkinkah mereka yang menyokong saman AES yang membuat kerja jijik dan hina ini. 

Monday, November 11, 2013

Wakil Rakyat seluar jeans.

YB ziarah penduduk meninggal dunia,jelas seluar jeans yang dipakai.

Ziarah rakyat,seluar jeans juga yang disarung.

Ziarah  penduduk wanita,seluar jeans yang dipilih. 

Wakil Rakyat UMNO Dun Trong dalam Parlimen Bukit Gantang dipanggil oleh  penduduk Trong,YB seluar jeans. YB Dr Zabry Abdul Wahid ini ke mana sahaja ,akan memakai seluar jeans.Baik aktiviti santai  atau  aktiviti agak formal. Sehingga ada penduduk mendakwa wakil rakyat ini jika ziarah orang meninggal dunia pun ,seluar jeans menjadi keutamaan.Tak macam bekas YB dulu Datuk Rosli Husein,berjubah dan kemas.

Menunggu keputusan Mahkamah petisyen DUN Perak.

Pada Rabu ini 13 November akan berlangsung sambungan  rayuan petisyen 5 Dun Perak di Mahkamah Persekutuan,di Putrajaya. Mahkamah dijangka bersidang pada pukul 9.00 pagi. Bagi mereka yang berdekatan atau berkelapangan bolehlah ke sana memberi sokongan.DS Nizar dijangka turut hadir.

Sunday, November 10, 2013

Apabila hendak derma panggil Mat Sabu ceramah.

Haji Mohamad Sabu  Timbalan Presiden PAS ,bersedia untuk mempertahan jawatan  yang beliau pegang sejak 2013.Haji Mohamad Sabu atau Mat Sabu sering dipanggil  berceramah.Beliau mampu menarik kehadiran ramai .Beliau mampu menarik pendengar untuk menderma.PAS kawasan jika ingin mengutip derma untuk  dana pilihanraya sudah tentu Haji Mohamad Sabu  yang dipanggil.  

Saturday, November 9, 2013

Pakatan Rakyat takkan rampas kerajaan Perak cara lompat parti.

Zambry Kadir sudah menafikan terdapat dua Adun Perak lompat parti untuk menyokong PKR .DS Zambry Kadir sudah menjelaskan tak usah layan perkara nakal ini.Bagi penulis kita pun tak perlu suka sangat.

Biarlah membentuk kerajaan melalui undi pilihanraya ,bukannya kerana mahu jadi Menteri dan Exco  beralih arah sokong PR.Pembentukan kerajaan melalui rampasan kuasa ,tidak demokratik,Kerajaan Kudeta budaya UMNO/BN bukan perjuangan Pakatan Rakyat. 

Berita ADUN BN lompat parti hanya khabar angin.