Friday, June 14, 2013

Dengan bank pun kita nak akaun Islamik,inikan politik-Muhammad Taib.

TS Muhammad Taib  bersama Ustaz Mohd Nordin,YDP PAS Bukit Gantang  sedang mendengar ucapan YB Ustaz Idris Ahmad,pada malam kelmarin.
Bukit Gantang-"Kita hendak berurusan dengan bank-bank, sekarang ini perlu dengan bank yang ada sistem perbankan Islam. Kalau kita ada akaun di bank yang mengamalkan konvensional, pasti kita akan pindahkan ke bank ada ada 'Islamic'....."kata TS Muhammad Taib.

"Sama juga kita berpolitik atau berparti, kita nak ada Islamik, Oleh itu kita perlu kena berpindah."ujar Muhammad Taib,mantan MB Selangor.

" Saya lihat dan kaji hanya PAS sahaja yang ada semua ini. Lihat organisasinya dari Majlis Syura yang ada ulamak-ulamak hebat memimpin dan mampu menegur atau menasihati ahli-ahli nya tak kecualai Presiden pun hingga kebawah."kata TS Muhammad Taib

" Hanya PAS yang dapat menjaga Agama Islam ini dan sekali gus menjamin keutuhan dan kestabilan bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya."tegas TS Muhammad Taib dalam ceramah beliau di Kg Pauh ,Bukit Gantang.

UMNO buat semua ,tapi tak berpegang Al Quran dan Hadis- Muhammad Taib.

TS Muhammad bin Taib  dalam ceramahnya sebentar tadi di Kampung Pauh ,Bukit Gantang  menjelaskan ,UMNO telah buat semua kecuali  tak hendak berpegang  kepada Al Quran dan hadis.PAS berpegang kepada Ai Quran dan Hadis. Bagi TS Muhammad Taib, Islam tidak menyentuh bangsa,Islam lebih ke arah manusia  ,ke arah manusia yang beriman
Dahulu TS Muhammad Taib terlibat dengan perjuangan bangsa.Selama 40 tahun duduk dalam UMNO."Dulu saya yang ketua"Hidup Melayu!"kata TS Muhammad Taib.

"Saya terlibat dengan pembangunan,"ucap TS Muhammad Taib."11tahun jadi Menteri Besar."Pembangunan bukan semata-mata buat jalan"kata Muhhamad Taib."Pembangunan,pembangunan dalaman,pembangunan roh"tegas TS Muhammad Taib .

"Pembangunan kepada bangsa tak ke mana-mana"ujar TS Muhammad Taib.

Thursday, June 13, 2013

Atas permintaan orang UMNO ceramah TS Muhammad Taib ditukar tempat

Atas permintaan orang UMNO tempat ceramah terpaksa ditukar ke kampung orang UMNO. Dalam kata lain ceramah di lokasi asal,tempat kubu PAS di titukar  kei kubu kuat UMNO,Kampung Pauh,Jalan Changkat Jering -Kuala Kangsar  Permintaan orang-orang UMNO ini PAS Kawasan Bukit Gantang penuhkan.

Biarkan Najib terus jadi Perdana Menteri.

Biarkan Najib terus menjadi Perdana Menteri.Dengan Najib menjadi Perdana Menteri,beliau akan membawa masalah yang sama sehingga PRU14.Pada masa itu PR sudah menjadi semakin kukuh dan rakyat sudah lebih mengenali PR.

Terdapat pihak yang tidak suka Najib.Lalu jadikan adik Najib,Nazir timbul masalah Najib.Penasihat Najib yang kalah PRU ,salah menasihati Najib, semua isu itu dimainkan supaya TS Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Mutakhir ini timbul pula isu Tengku Razaleigh(Ku Li) yang akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri,sedangkan beliau bukan Presiden Parti UMNO.

Jadi jika Najib terus menjadi Perdana Menteri,tidak ada isu atau wawasan baru yang boleh dikemukakan  .Keyakinan rakyat juga akan pudar akhirnya.Lainlah jika Perdana Menteri orang baru .

Pentaksiran Berasaskan Sekolah,Australia pun sudah guna sistem lama.

TS Muhyiddin sudah menjadi Menteri Pelajaran sekali lagi.Kajian tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah entah ke mana .Sebelum PRU 13 kerajaan berjanji untuk tambah baik PBS.

Menurut satu rencana dalam makalah NUTP terkini 2013,Australia yang dulunya cuba menggunakan kaedah PBS di sekolah mereka dikhabarkan sudah kembali kepada sistem lama.

Banyak kelemahan PBS di sekolah,antara  laman sesawang yang "slow",menambah kerja perkeranian kepada guru,guru kena melanggani broadband,masa lewat malam sehingga ke pagi untuk "key in" markah.Eviden perlu dihabiskan sedang sukatan pelajaran masih belum habis. 

Wednesday, June 12, 2013

Tiada lesen portal,untuk selamatkan anonymous "UMNO"?

Keputusan kerajaan untuk tidak mewajibkan pengendali portal berita memiliki lesen untuk beroperasi membuktikan sikap keterbukaan BN dalam menyahut semangat hak kebebasan media dan kebebasan bersuara rakyat di negara ini.(lagi)

Sebenarnya keputusan ini lebih ke arah menyelamatkan anonymous cybertrooper UMNO daripada kena saman. 

Anonymous UMNO lebih banyak membuat fitnah berbanding penyokong-penyokong PR yang mengemukakan hujah berdasarkan fakta bukan auta.

Tak pernah dengar pula  facebooker dan bloger penyokong PR disaman fitnah.Kenyataan Menteri UMNO selalu flip-flop.

Anuar tak berani.