Showing posts with label fikir-fikirkan. Show all posts
Showing posts with label fikir-fikirkan. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Umi Hafilda dan zikir "dajal"



Pada malam tadi bertempat di Taman Kaya,Taiping teman-teman kita dari UMNO memberitahu mereka ditipu oleh Umi Hafilda.

Apabila sepanjang ceramah memaki hamun DS Anwar dan menggelar Tok Guru Nik Aziz dengan Serban Sebakul yang tiada cahaya nur di muka,teman-teman UMNO tadi marah.

Mereka cukup meradang sepanjang ucapan Umi Hafilda hampir 2 jam itu mencaci dan memanggil DS Anwar dajal."Dajal Anwar " menjadi sebutan si Umi Hafilda.

Teman-teman UMNO bertambah meluat ,apabila si ummi tadi berbangga dengan baca surah yassin ,dia selalu dilindungi Allah s.w.t.

Pendengar yang datang untuk mendapat maklumat terkini isu nasional yang lebih menguntungkan rakyat berasa tertipu.Dalam Pru 13 mereka tadi berjanji untuk menyokong Pakatan RAkyat.

Tuesday, June 7, 2011

Antara Mahathir dan Karpal Singh siapa dahulu yang bertaubat!

Kita menunggu dengan penuh sabar untuk Dr Mahathir bertaubat.Seperti mana Karpal menasihatkan Mahathir untuk bertaubat.Namun setakat ini Mahathir tidak pernah menyesal atas kelemahan dan kesilapan sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

YB Karpal meminta , Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” kata Karpal.

“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”kata Karpal.

Mahathir menyindir Karpal kini tidak perlu dilangkah mayatnya kerana PAS bercita-cita untuk membangunkan sebuah kerajaan berkebajikan.

Mahathir lupa kisah silam menggugut TG Nik Aziz supaya tidak melaksanakan hudud.Bagaimana sewaktu menjadi Sang Penguasa Mahathir memberi amaran untuk menjadikan Kelantan Kerajaan Mageran.

Wednesday, June 1, 2011

Orang muda atau orang tua jangan jadi Yes Man penguasa!

Selagi orang muda dan orang tua hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka.

.
Orang dewasa dan anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian semua lapisan masyarakat harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

Orang dewasa dan anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi ‘tukang angguk’ atau ‘yes man’ kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

Masyarakat dan anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama “undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan.

Untuk mencapai matlamat itu, pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia dan orang dewasa bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Anak muda PAS mesti menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan jika boleh anak muda PAS mengajar orang dewasa untuk celik IT.

Anak muda PAS seharusnya bukan menjadi kelompok menjatuhkan hukum. Kebijaksanaan perlu untuk menangani masalah pemerintahan di negeri PR.Rakyat telah diasuh selama hampir 54 tahun dan mereka telah dididik Pertubuhan Kebangsaan Melayu untuk tidak memahami Islam.Jadi orang muda PAS berlu mempunyai kesabaran tinggi untuk mendidik rakyat.

Tuesday, May 24, 2011

Pembekuan jawatan dan pemansuhan jawatan kerajaan.

Kerajaan membekukan dan memansuhkan pengambilan jawatan kerajaan. Kita pun hairan sewaktu Najib Rosmah ke luar negara dikeluarkan pekeliling ini.Kemudian hasil pertimbangan Najib ,pekeliling ini akhirnya ditarik balik.Akhirnya surat khabar porno pun membuat liputan,Najib PM terbaik!

http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Pak Jabit Hantu Kak Limah Balik Rumah tak takut digam Rais Yatim.

Sembang Santai bersama Pak Jabit ,turut serta Ustaz Akmal Kamarudin dan Ustaz Nordin Jaafar di Taman Kuning Sari ,Taiping.

Pak Jabit nama watak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid tidak takut digam Rais Yatim.

Dalam rumusan akhirnya sebentar tadi ,Pak Jabit yang juga pernah berlakon dalam filem Man Laksa,Zombie Kampung Pisang menegaskan rezki beliau bukan kerana manusia.

Pak Jabit menjelaskan rezki dia bukan ditangan Najib,DS Anwar,Lim Kit Siang atau Tuan Guru Haji Hadi Awang."Rezki saya datang dari Allah" tegas Man Kadir.

Friday, May 20, 2011

Wartawan RTM minta dihalau,tak mahu tanggung dosa lagi.

Sebentar tadi kita bertemu dengan Dr Mohd Nor Manuaty,Ketua Penerangan PKR secara kebetulan. Beliau berhenti untuk minum susu panas di Restoran Bismillah,Taiping.

Kita bersama-sama teman juga sedang minum.Dr Mohd Nor minum di meja sama dengan kita.Kita berbincang-bincang isu semasa,dari soal DS Anwar hingga harga barang naik.

Satu perkara yang menarik,beliau menyebut dalam satu program seminar Maqasaid Syariah di Pahang,terdapat wartawan RTM yang meminta mereka dihalau.

Jika dihalau ,mereka mempunyai alasan untuk tidak mengikuti seminar itu.Mereka tak mahu menanggung dosa untuk membuat fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim.

Wartawan RTM itu tahu kebenaran dan mereka tidak sanggup untuk bersengkongkol dengan pembawa fitnah.

"Halau kami,kami boleh beri alasan untuk tidak membuat liputan."minta wartawan .

Wednesday, May 11, 2011

Terima kasih P & P seperti biasa.

Kita pun tak tau kenapa pada tahun ini tiada lagi sambutan hari guru di LMS.Pada 16 Mei ini P & P seperti biasa.

Budak sekolah pun terkejut. Guru yang nak bersara pada tahun ini ,untuk sambut hari guru buat kali terakhir,lagi terkejut beruk.

Arahan siapa tiada sambutan hari guru peringkat sekolah,pun kita tidak tahu ? Zaman naik harga barang ini, jasa guru kian dilupakan.

Sambutan hari guru- hari guru telah mati.

Kita diberitahu teman-teman guru ,hari guru pada tahun ini tiada sambutan seperti biasa.Hari guru pada 16 Mei ini, persekolahan seperti biasa.

Malahan sepanjang kita mengajar ,kita melihat sambutan hari guru tetap meriah. Para pelajar yang mengendalikan sambutan bersama PIBG.Sementara itu pihak sekolah hanya memantau.

Tapi pada 16 Mei ini,tarikh itu telah ditetapkan untuk para pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun.Tarikh itu kini bukan satu tarikh yang keramat untuk para guru.

Terdapat teman-teman guru yang memberitahu 16 Mei ini,jika UMNO yang mengaturkan kerja untuk propaganda mereka sudah tentu perayaan 16 Mei ini tetap berlangsung. Namun setakat ini sambutan hari guru sekadar mendengar perutusan.

Tahun ini hari guru telah mati.

Sunday, May 8, 2011

Wau!Utusan Malaysia jumlah edaran sehari sejuta naskhah.


Utusan Malaysia kini dikatakan mencecah sejuta naskhah sehari dijual.Syarikat yang mencetak dan mengedar Utusan Malaysia(UM) tersenyum sampai nampak gigi.UMNO tumpang seronok kerana syarikat yang dia ada "share" untung besar.

Untung besar ,boleh digunakan lawan DS Anwar Ibrahim,Tok Guru Haji Hadi dan Lim Guan Eng.

Utusan kini hanya mahu orang Melayu berjiwa UMNO yang baca "paper" dia.Dia tak peduli rakyat Malaysia lain.Dia tak peduli Melayu PAS atau PKR.UM juga tak mahu Cina MCA baca utusan.Dia lagi benci Cina DAP.

Hebatnya UM kerana Hishamuddin suka.Rais Yatim syok,jerat dia kena.Rais cita-cita hendak tanding Naib Presiden UMNO.Nampak gayanya Muhyiddin lebih cepat naik Presiden Umno.

Rupanya edaran Utusan sejuta sehari ,mimpi di siang hari.Bagai menunggu Sang Kucing bertanduk.

Thursday, May 5, 2011

Budak sekolah pun tak percaya Osama terbunuh.

Budak sekolah pun tak percaya Osama dibunuh Amerika. Tak dak bukti mereka pun tak percaya.Budak sekolah pun tahu Amerika Syarikat(USA) jahat dan tidak boleh dipercayai.

"Cikgu,itu USA tipu punya orang"kata budak sekolah kepada kita."Kalau Osama sudah mati,mana gambar dan postmortem"kata budak Cina itu kepada kita.


Friday, April 29, 2011

Eskay ketawa seronok Tuhan tak masuk dia neraka.

Sumpah Eskay rupanya untuk diri sendiri.Eskay tidak guna kata ganti diri"kami"untuk merujuk Rahim dan Shuib.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim.
Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."(petikan sumpah Eskay)

Buat kata DS Nizar malam tadi.Mereka ingat balasan Tuhan ini segera atau kejap itu.Jadi kerana tidak ada apa-apa,mereka kononnya bersih dan selamat.

Sementara itu rata-rata penduduk Bukit Gantang memberitahu kita ,buat fitnah video lucah
masuk neraka dan mempersendakan hukum Allah s.w.t dengan berlakon sumpah laknat pun masuk neraka.

Dalam pada itu peniaga surat khabar berbangsa India beragama hindu ,memberitahu."itu orang tak dak takut dosa punya"

Eskay,Rahim dan Shuib takut ditembak bukan takut hukum Qazaf

Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May.

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.


Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.


Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.sumber MI

Wednesday, April 27, 2011

Video lucah buat rakyat benci dengan polis.

Video lucah buat rakyat benci dengan polis.Mereka yang terlibat dengan penayangan video lucah tidak diambil tindakan.Jelas ada akta berkaitan filem atau video porno ini.Budak sekolah pun tau.

Buat kata Saifuddin Nasution pihak polis bersekongkol dengan Datuk T untuk memfitnah DS Anwar.

Kita baca berita dibawah,pandangan YB Saifuddin Nasution,polis dan video lucah.

SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.



Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.



Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.



" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.



" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.



Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.



" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.



Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.



Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.



Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.



Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .



Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.



Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.



Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.



" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.



Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.



" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.



Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.



Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.

Tuesday, April 26, 2011

Saman ekor:Terima Kasih YB Mahfuz Omar

Hari ini kita hidupkan cukai jalan van kita. Kita mempunyai dua saman ekor.Kedua-duanya kena sewaktu mengambil anak ,pada tahun 2010.

Sewaktu kempen suruh bayar saman oleh kerajaan Barang Naik,kita tidak mahu bayar.Kita mahu lawan mahkamah jika tidak dapat menghidupkan cukai jalan.

Kempen anti saman ekor yang diketuai YB Mahfuz Omar memberi kita semangat untuk tidak mahu bayar saman.Kita yakin PR menang PRU 13,saman ekor mansuh.

Kita masih untung tak perlu perlu keluar duit RM600.00 untuk dua saman ekor.Jika kita bayar dulu,sudah tentu kita ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Barang Naik.(BN).Dengan enam ratus ringgit kita boleh beli insuran dan hidup cukai jalan untuk 6 bulan.

Tekanan NGO Kase,pimpinan YB Mahfuz Omar,kerajaan Barang Naik menanguhkan dulu saman ekor.Hasilnya kita boleh perbaharui cukai jalan.Terima kasih YB Mahfuz Omar.(KLIK)

Sunday, April 24, 2011

Selamat tinggal UMNO,



Malam tadi 24 April, berlangsung peristiwa bersejarah mesyuarat agung penubuhan Kg Setia,Jln Simpang-Kg Dew,dalam kawasan Bukit Gantang.

Dalam kampung yang kuat UMNO nya,Pas berjaya menubuhkan cawangannya di sini.Seramai 37 orang ahli Pas cawangan Kg Setia,dalam DUN Kuala Sapetang berasa bersyukur ,kerana mereka kini boleh bergerak dalam satu cawangan yang sah.

Mereka yang ditemui menyatakan PAS sahaja parti yang boleh mempertahankan Islam.



Bergambar kenangan bersama YDP Ustaz Nordin Jaafar dan NYDP Ustaz Zulkifli Ahmad."Hidup mati kami kini dengan PAS".

Saturday, April 23, 2011

Boikot Utusan: Jangan langgan lagi Utusan di Sekolah

Bermula 25 April sekolah -sekolah di Malaysia jangan lagi berlanggan surat khabar tunggang-langgang Utusan Malaysia.Akhbar milik UMNO.Akhbar suara UMNO.

Khususnya sekolah kelolaaan kerajaan negeri dan juga institusi pengajian kerajaan Pakatan Rakyat,pusat sumber kelolaan kerajaan negeri PR jangan lagi membeli menyimpan dan mempromosi Utusan Malaysia. Pihak pentadbir tidak perlu tunggu pekeliling.Utusan sememangnya akhbar pemecahbelah masyarakat.Ayuh,pulaukan Utusan Malaysia!

Suratkhabar itu jelas bercanggah dengan sunnah Allah s.w.t yang meminta hambanya saling kenal dan tidak membenci sesama sendiri.Fahaman assobiyah ini fahaman jahiliah yang jelas bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w.
foto:malaysiakini

Friday, April 22, 2011

Kesan solat hajat: Ketua Polis Negara tiba-tiba rebah ,nak pitam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.
Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.sumber mk
#DiGiSenang2Menang?! Honda City and iPad up for grabs!

Nota sejarah:Kesan solat hajat, sudah ada sejarah KPN yang tumbuk DS Anwar dipenjara dan hilang pencen.

Wednesday, April 20, 2011

Sarawak: tiga cara calon PAS boleh dibeli BN!

Jika kita melihat pilihanraya Sarawak terdapat tiga cara calon boleh dibeli oleh wakil BN.Di sini kita ambil contoh di DUN Muara Tuang,calon kita di Muara Tuang boleh dibeli BN secara sedar atau tidak.

Pertama BN akan menawarkan duit juta-juta ringgit untuk tarik diri sebagai calon.Hal ini tidak berlaku .Cara kedua ambil duit ,tinggalkan Sarawak ,juga tidak berlaku.

Namun begitu cara ketiga ,telah berlaku dan mungkin berlaku.Calon jangan keluar berkempen.Berkempen sahaja pengsan,demam,lembik dan tidak bermaya.

Calon kononnya telah disihirkan dan pembantu calon juga secara psikologi telah ditakutkan.Hal ini perlu dilihat secara terbuka. Mungkin mereka yang berada di Dun Muara Tuang lebih banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama untuk kita berjaga-jaga di PRU 13, UMNO tidak mengguna kaedah yang sama. ads.senang.menang

Sekolah kelolaan kerajaan budak bergaduh rupanya!

Rupanya banyak betul peristiwa berlaku di sekolah kelolaan kerajaan.Terjun bangunan,mencabul ,edar dadah dan macam-macam lagi.


Kalau sekolah kelolaan kerajaan tak bising sangat.Selalunya tutup mulut.Media pun lapor agak lembut.


Kalau sekolah kerajaan MEDIA penyambung lidah syaitan pun diam membisu.Semuanya menyatakan kes terpencil.Contoh jika kes pelatih mati di PLKN ,kes terpencil.Pelatih polis mati kena kencing tikus,kes terpencil.


Sekolah kelolaan swasta,riuh satu Malaysia.Sampai peringkat supaya ditutup institusi itu.Berikut contoh pergaduhan budak-budak dekat sekolah yang Menteri Pelajarannya Tan sri Muhyiddin yassin.


SHAH ALAM, 20 April – Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini selepas terbabit dalam satu pergaduhan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob dipetik Bernama Online berkata, pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.


Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian.


Zahedi berkata demikian elepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.


Katanya, polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

Monday, April 18, 2011

Kesan solat hajat: Eskay Video Lucah sudah terasa bahang.

Kini Shazryl Eskay Abdullah sudah kepanasan.Mungkin sukar untuk tidur .Mungkin tempias juga sudah kena kepada anak-pinak..Beliau sanggup memikul beban fitnah. Kini mengaku dia merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks —kononnya lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia pada hari ini memberitahu media bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.Panas,panas dan tak senang duduk.Eskay kini semakin libang-libu.Kesan menuduh DS Anwar.Belum lagi kena hukum Qazaf.


“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.


Kes sudah lekat,jika kita mengikuti kenyataan pihak polis.


"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata Acryl.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.


Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.


Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

*********How can I last a day without the Internet? THE HORROR! I need to hook myself with #P14G today! Do click for more info.****