Thursday, March 1, 2012

Tanah SJKT Gunung Rapat ,Ipoh diberi kepada PAFA.

Apa dah jadi ni TS Muhyiddin Yassin ,tanah yang dijanjikan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kepada SJK(T) Gunung Rapat,Ipoh telah didakwa diberi kepada PAFA(Persatuan Bolasepak Perak).Janji ini diberikan oleh Dato' Bandar .


Sebaliknya apa yang berlaku tanah seluas tiga ekar itu dekat Ampang ,Ipoh telah diberi kepada PAFA.PAFA pula didakwa telah menjualkan tanah yang dianugerahkan itu kepada pihak swasta. Sebelum ini tanah PAFA yang diberikan di Meru Raya juga telah dijual kepada syarikat yang sama.

Dalam pada itu,Muhyiddin Yassin datang ke Perak baru-baru ini 11 Februari lalu,TS Muhyiddin telah berjanji akan memberi peruntukan RM2.5 juta untuk membina bangunan baru di tapak yang telah dijual oleh PAFA itu.

Sementara itu Pemuda PAS Perak melalui Timbalannya, Dr Raja Ahmad al Hiss ,meminta SPRM dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menyiasat isu tanah seluas tiga ekar itu ,yang menimbulkan persoalan .Bagaimana sekolah rendah yang sepatutnya dapat ,tetapi boleh bertukar tuan punya kepada PAFA.

No comments:

Post a Comment