Friday, October 5, 2012

Baguslah Mazlan Aliman,hang tak takut dengan Ahmad Maslan

oleh Mazlan Aliman

ANAK akan terus dedah salahguna kuasa!

Felda buat rombongan ke Belanda dari 29 jun hingga 3 julai 2012. Salah seorang anggota rombongan ialah Faizoull Ahmad. Ikut sama ialah isteri Faizoull, Azizah. 

Best International College yg mengurus perjalanan atas nama Latihan Kemahiran telah menuntut bayaran kepada Faizoull selaku Timbalan Pengarah Besar Felda(Pembangunan Komuniti Felda) pada waktu itu.

Faizoull arah buat pembayaran kepada bhg Kewangan Felda termasuk kos perjalanan isterinya seperti dlm invois yg dilampirkan. Adakah betul dan beramanah, lawatan rasmi Felda tapi kos isteri ditanggung sekali?

Ada banyak lagi korup Faizoull yang saya akan terus dedahkan. Kalaupun Polis dan SPRM tidak bertindak apa2 sebab dia dah jadi Pengarah Besar, sekurang2nya rakyat tahu.

Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia(sisipan Felda), kata Faizoull, ' melalui Felda kita bukan sahaja membangunkan tanah ladang tetapi juga membangunkan MODAL INSAN'
Terima amanah(jawatan Pengarah Besar) dengan rasa penuh rendah diri dan penuh keinsafan'.

Muhasabah diri banyak2 Faizoull kalau nak bercakap pasal modal insan.....

Kalau Ahmad Maslan hentam saya dan kata saya buat fitnah saya tidak hairan sebab beliau hanya berani berkokok saja. Dua kali saya cabar dia debat, tak berani pun. Dia pulak cabar saya dialog, saya setuju, dia juga yg penakut. Saya ada bukti surat2 dan sms yg saya hantar pada dia mengenai debat dan dialog.

Kalau debat dan dialog pun tak sedia, tak payah nak berkokok lah wahai Ahmad Maslan!
Dia ugut nak saman saya bukan sekali dua, banyak kali dah. Kalau dia heret saya ke Mahkamah, lebih mudah saya dedah bagaimana korupnya Najib, Isa Samad, Ahmad Maslan, Faizoull dan Sabri Ahmad dengan bukti2nya sekali. 

' Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu'- maksud Firman Allah.

Alumni bekas Kakitangan Felda telah dilancarkan di Temerloh baru2 ini. Ada bekas pegawai kanan, pengurus Felda dll staf jadi ahli. Insyaallah, tidak lama lagi akan masuk beberapa bekas pegawai kanan Felda dlm alumni ini sekaligus mengistiharkan penyertaan dlm PAS.

Beberapa pemimpin Majlis Belia Felda Kebangsaan juga akan masuk PAS. Saya sedang dapatkan tarikh Presiden PAS utk majlis bersejarah kemasukan tokoh2 penting Felda dlm PAS.
Bukan itu shj, tokoh2 ini akan buat road show di seluruh Tanah Rancangan Felda dalam kempen ' KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA'

Penyelewengan dan salahguna kuasa yg selama ini Pakatan Rakyat dan ANAK dedahkan; akan dibantu pula secara agresif oleh tokoh2 penting Felda. Gandingan dan kombinasi ini dilakukan demi menyelamatkan Felda dari hancur oleh perasuah dan parasit. Tunggu, pasti gempakkkkk!

1 comment:

  1. Salam,

    Maaf kalau saya mencelah. Apa yang saya perhatikan dan lihat, sdr asyik nak menyalah dan mencari kesalahan orang lain. Felda yang saya kira mempunyai 90% peneroka dan kakitangan adalah berbangsa Melayu beragama Islam. Dan organisasi ini lah yang sdr nak musnahkan hanya untuk mendapatkan undi dalam PRU13 nanti? Kalau benar ada kepincangan dan ketirisan, di Felda sahaja kah yang berlaku? Bagaimana dengan begitu banyak organisasi bangsa asing yang melakukan perkara yang sama? Saya pasti sdr tau tentang perkara ini. Adakah bangsa mereka telah dan akan membuat perkara yang sama sebagaimana yang sdr lakukan terhadap Felda, sebuah organisasi yang dipunyai, diterajui dan dihuni oleh kaum bumiputra Islam seperti sdr? Jawapannya pasti tidak. Saya tidak hairan jika suatu hari nanti nama Felda akan hilang di mata dunia disebabkan oleh sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh sdr dan rakan-rakan sdr yang tidak mau melihat kesenangan dan keharmonian para peneroka dan kakitangan yang telah ujud sekian lama. Pada ketika itu saya pasti sdr sudah tak ada dimuka bumi ini lagi dan yang akan kecewa dan menderita nanti tiada sesiapa kecuali anak cucu sdr juga. Anak dan cucu sdr mazlan Aliman tidak berkecuali kerana beliau berasal dari Felda juga. Membesar dan menjadi bijak pandai hasil titik peluh orang tua beliau yang menghuni tanah bertuah tanah rancangan Felda. Oleh itu berpada-pada lah dalam melakukan dan berkata sesuatu, jangan asyik nak mengejar kuasa yang akhirnya tidak kemana, sdr yang merana dan menderita. Apapun yang pasti, "SESAL TAK PERNAH DATANG DULU".

    ReplyDelete