Tuesday, February 12, 2013

Cikgu kenapa tampar budak ini???

Budak ini ,budak Parlimen Bukit Gantang. Kenapa cikgu mudah sangat "tampar" budak ini.Ikuti luahan Encik Omar Yusof,dari Taman Kaya Taiping. 

'Kenapa tampar anak saya?’

Omar bersama anak bongsunya ketika ditemui, di sini.
TAIPING – Tindakan seorang guru menampar pipi kiri anak perempuan bongsunya dengan alasan tidak munasabah, menimbulkan kekesalan di hati seorang bapa, di sini.

Omar Yusof, 55, berkata, dia dimaklumkan insiden itu berlaku pada 30 Januari lalu dan mendakwa tindakan guru itu menyebabkan anaknya, Nur Natasha Aziera, 11, malu untuk ke sekolah.

Menurut Omar, insiden itu dikatakan berlaku ketika Nur Natasha Aziera memohon untuk keluar sebentar dari kelasnya tetapi tidak dibenarkan oleh guru terbabit.

“Memang tidak salah tindakan diambil terhadap murid yang melakukan kesalahan. Namun ia harus dengan cara yang betul agar tidak timbul perasaan benci.

“Saya sendiri tidak pernah memukul anak-anak di bahagian muka jika mereka melakukan kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, Nur Natasha meminta kebenaran daripada guru berkenaan untuk keluar sebaik tamat sesi kelas kerana terikat dengan jadual ko-kurikulum pada sebelah petang.

Namun, tindakan itu tidak disenangi guru berkenaan sebelum menampar murid tahun lima itu di hadapan rakan sekelas lain.

Omar berkata, selepas kejadian, dia cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak sekolah menyebabkan guru berkenaan tampil dan memohon maaf.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang bapa, dia kesal dengan kejadian itu dan menanggap tidak seharusnya berlaku, hanya disebabkan masalah kecil.

“Pada hari kejadian memang saya ada di sekolah untuk menghantar makanan, tetapi agak terkejut apabila anak saya datang dalam keadaan menangis dengan kesan merah di pipi.

“Saya kalau boleh nak selesai cara baik dan cuma minta pihak sekolah atau guru terbabit keluarkan satu surat mohon maaf atas tindakan tersebut,” katanya.sumber sinar harian.

No comments:

Post a Comment