Saturday, March 2, 2013

Isu ditutup ,manifesto Pakatan Rakyat,orang tak tau!!!

Ustaz Idris Ahmad terus menyantuni  masyarakat. Petang kelmarin 2 Mac, beliau bersama  Pasukan Khidmat Ahli Parlimen  menyantuni pesakit dari Parlimen Bukit Gantang di Wad 4 C ,Hospital Taiping.  

Awal petang ,2 Mac menyantuni Pak Long ,di Kampung Matang Gelugor,Matang.Dua Kuala Sapetang.
foto Ustaz Idris  Ahmad.
PAS Kawasan Bukit Gantang terus menyantuni masyarakat.Dua foto di atas antara aktiviti berterusan yang dibuat oleh PAS Bukit Gantang sejak dulu lagi. Jika diambil contoh perkhidmatan wakil rakyat,sejak PAS menang PRU12 pada 8 Mac 2008 lagi,kerja menyantuni penduduk terus dibuat.

UMNO Bukit Gantang tidak risau ,jika PAS buat ceramah penerangan.Tapi UMNO boleh",lumpuh" di Bukit Gantang jika PAS terus menyantuni masyarakat.

PAS Bukit Gantang berkeyakinan isu sempadan bolos dan projek pemberian kerakyatan dengan mudah tanpa tapisan itu  tetap dalam pengetahuan penduduk.

Manifesto atau janji Pakatan Rakyat jika menang PRU,cuba ditutup oleh UMNO/BN melalui media mereka.
Janji orang kampung tidak bincang lagi, anak mereka sudah mudah balik kampung kerana harga minyak turun dan tol telah dimansuhkan.Janji orang kampung tidak bincang lagi bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM550.00 tidak diketengahkan.Janji orang muda tidak bincang isu harga kereta serendah RM25,000.

Sementara kes Lahad Datu,isu kematian yang ditonjolkan,isu keselamatan rakyat,khususnya tidak diulas.Sempadan bocor ,Najib masih boleh "pusing-pusing" Perlis.

No comments:

Post a Comment