Monday, March 18, 2013

UMNO tanding di Aulong,MIC tanding di Changkat Jering.?


MIC PERAK  mengalami krisis.MIC Perak sudah bergolak. Ketua mereka tidak lagi dihormati.Palanivel ,Presiden MIC yang juga Ketua MIC Perak tidak dianggap penting oleh Zambry Kadir,Menteri Besar Mahkamah.Soal kerusi untuk ditandingi oleh MIC ,seperti perbincangan melepaskan batuk ditangga.

Justeru itu, apabila MIC Perak ditawarkan kerusi DUN Aulong,Parlimen Taiping oleh BN Perak.MIC terpaksa  akur. MIC tidak punya kerusi selamat untuk mereka. DUN Behrang dan Hutan Melintang ,MIC tidak boleh diterima.

MIC minta untuk bertanding di Dun Kuala Sapetang,Parlimen Bukit Gantang ,kawasan yang dikatakan selamat untuk mereka. Tapi Gerakan tolak mentah-mentah.Akhirnya  MIC dapat  kerusi Gerakan di  DUN Aulong.Satu kerusi yang pengundinya majoriti Cina diberi kepada MIC .Rakan-rakan India beranggapan ,BN ingin "bunuh MIC" di DUN Aulong .

Seorang India yang dikenali ,memberi pandangan  pertukaran kerusi antara UMNO dan MIC.Sama ada UMNO bertanding di DUN Aulong atau MIC bertanding di Trong atau Changkat Jering. 

UMNO mau kerusi selamat untuk mereka, MIC juga mahu kerusi selamat untuk mereka. 

No comments:

Post a Comment