Friday, March 1, 2013

Kes Lahad Datu:Najib,Hishamudin dan Zahid hanya dapat Band 1,dalam PBS.

Menteri lembam!!!

Jika Perdana Menteri tak mahu letak jawatan akibat terbunuhnya anggota keselamatan Malaysia  dalam  Kes Pencerobohan Lahad Datu,Menteri Pertahanan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kena melepaskan jawatan.

Baik Zahid,Hishamudin dan DS Najib,mereka hanya layak dapat Band 1,jika diambil kira dalam sukatan pelajaran berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)

Rakyat kena beri mandat kepada  DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 7 untuk memulihkan intergriti   polis dan tentera.
Sayonara DS Najib,anda gagal jadi Perdana Menteri,kerana negara kita boleh dibolosi dan diceroboh.  

PEKAN: Perdana Menteri mengesahkan dua anggota keselamatan terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, Sabah.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan bersenjata Filipina telah keluar sejauh 1.5 kilometer dari kawasan berkurung mereka dan melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan Malaysia.
"Saya amat sedih atas kejadian itu kerana apa yang kita mahu untuk elakkan, iaitu pertumpahan darah, sebenarnya telah berlaku.
"Sekarang tidak ada tempoh lagi bagi kumpulan itu untuk pergi.
"Saya telah memberi mandat penuh kepada komander bertugas, iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu," katanya.
Sementara itu, di Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan bersenjata Sulu.
Bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui.
Pada sidang media pada pukul 6 petang, Hamza berkata, pertelingkahan bermula pada 9.59 pagi Jumaat dan selepas 30 minit kemudian lima anggota elit PGA elit bergeak untul mengawal ketat sekitar kampung Tanduo di mana terdapat kira-kira 180 orang termasuk 30 lelaki bersenjata Sulu yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram yang menceroboh kawasan itu sejak 9 Februari.
“Anggota kami cedera apabila beberapa penceroboh menembak mereka, memaksa pihak kami untuk melepaskan tembakan," katanya sambil menambah bahawa pasukan keselamatan kini mengawal kawasan itu dalam radius 10 kilometer persegi.
Beliau berkata, polis berjaya mendapatkan beberapa senjata milik kumpulan Sulu.

No comments:

Post a Comment