JARI anggota tentera yang dakwatnya hampir hilang."Buat kata DS Nizar,SPR ini suka tak mengaku kelemahan dia" Anngota tentera bernama Fauzi ini tidak mahu disiarkan fotonya. |
Tuesday, April 30, 2013
Dakwat hilang,SPR bukan nak mengaku salah-Nizar.,
Ketua UMNO bahagian akan bagi undi protes.
Monday, April 29, 2013
Pelajar MARA yang tidak percaya dengan VCD lucah UMNO.
DS Nizar melihat Puteri UMNO belajar buat kek coklat.
DS Nizar melihat seorang pensyarah jemputan dari Pulau Pinang mengajar membuat kek coklat kepada Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang.DS Nizar sempat beramah mesra dengan mereka. |
Orang Australia pun cari DS Nizar,bukan Zambry Kadir.
Bersabarlah , jangan pedulikan provokasi.
Kepada petugas Pakatan Rakyat khususnya di Parlimen Bukit Gantang,tingkatkan kesabaran. Provokasi UMNO semakin banyak. Kita tangani dengan bijaksana. Jangan ikut jejak UMNO. Mereka ikut bapak mereka,Najib Razak sanggup bermandi darah untuk mempertahan kuasa.
Kita perlu yakin Polis akan bertindak profesional. Mereka bukan anggota BN. Begitu juga tentera mereka juga bukan anggota BN.
Kita perlu kuasa untuk menyelamatkan Malaysia.Di sini mana-mana kita pergi ,majoritinya sudah menolak UMNO.
Sunday, April 28, 2013
Hindraf sudah serang Changkat Jering
Budak sekolah 9 tahun diikat kerana didakwa bakar bendera BN.
Changkat Jering,28 Oktober- Seorang bapa berasa kesal anak beliau diikat dan dikurung dalam sebuah rumah oleh seorang wanita bernama Mak Lang Sariah."Jika anak saya bersalah,saya sedia meminta maaf"kata bapa Mohd Faez."Tapi anak saya tak buat,mana boleh koyak bendera baru"kata bapa Mohd Faez. Sementara itu seorang penduduk menerangkan macamana boleh bakar bendera waktu siang.
Sementara itu keluarga Mohd Faez bercadang untuk membuat laporan polis dan tindakan.
Sementara itu keluarga Mohd Faez bercadang untuk membuat laporan polis dan tindakan.
Friday, April 26, 2013
Pemuda UMNO didakwa bakar bendera sendiri kerana duit tak masuk.
![]() |
DS Nizar disenangi semua orang.Menyantuni penduduk di Pasar Pagi,Simpang Taiping. |
Changkat Jering- Bilik operasi PRU PAS mendapat maklumat dari sumber mendakwa terdapat pemuda UMNO yang bakar bendera sendiri kerana tak dapat duit lagi.Sumber juga mendakwa ,terdapat pihak pula cuba mengaitkan peristiwa bakar bendera dengan PAS.
Thursday, April 25, 2013
Nizar cabar Zambry Kadir dedah nama pemimpin PAS terima tanah.
Wednesday, April 24, 2013
Tak mau PTPTN dimansuhkan,otaknya dimasuki air,Ustaz Idris Ahmad
Tuesday, April 23, 2013
Tukang kempen UMNO cakap Nizar tak boleh buat longkang.
![]() |
DS Nizar menyantuni penduduk di Pasar Malam ,Bt 2 1/2,Jln Simpang-Taiping |
![]() |
Siap bergambar,mereka tidak percaya dengan kempenUMNO. |
Changkat Jering- Daripada Zambry Kadir,Nazri Aziz sehingga anak buah mereka menuduh DS Nizar tak boleh buat longkang.Setakat ini isu tak boleh buat longkang dilontarkan oleh penceramah UMNO di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.Mereka lupa Ahli Parlimen,hanya membuat dasar. Mereka lupa adun mereka dulu si Osman Pengkhianat,mereka lupa ahli majlis orang UMNO,mereka lupa JKKK orang UMNO.Kalau masalah longkang,lampu jalan ,banjir dan sampah tak boleh selesai,apa guna ada YDP MPT dan juga D.O Taiping..Banggang punya tukang kempen.
UMNO sewa Dewan Orangramai daripada Jkkk- Pegawai Daerah.
Changkat Jering- Apabila pasukan Pemantau Spr daripada Parti Pas membangkitkan salahguna kuasa UMNO terhadap Dewan Orang Ramai,pegawai daerah kata tak salah."JKKK sewakan kepada Umno"kata Dato'Harun Rawi,Pengurus Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang yang juga Pegawai Daerah LMS.
Pada 6 Mei ini ,kerajaan baru memerintah PERAK,rakyat berhak tahu akaun JKKK.Berapa UMNO Bukit Gantang bayar sewa penggunaan dewan kepada JKKK?
Monday, April 22, 2013
Najib Razak dipanggil Zambry untuk serang Nizar
Haram Jadah,Zambry sudah marah.
![]() |
Polimik perkataan haram jadah. MB Mahkamah Zambry Kadir sudah marah. |
"Haram jadah" merupakan ungkapan yang pernah dihamburkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sejak Mei tahun lalu.
DS Najib menghamburkannya kata-kata itu ke atas golongan peneroka Felda yang yang menentang penyenaraian FGV Holdings tetapi menerima durian runtuh RM15,000.
Haram Jadah,Zambry sudah marah!!11
Bekas YB PKR ditawar sejuta ringgit untuk jadi calon bebas.
Sunday, April 21, 2013
Bilik Gerakan Rela ,juga bilik Gerakan UMNO
Siapa menunggang siapa. UMNO atau Rela.Siapa peralat siapa. |
Ds Nizar bakal Menteri Besar Perak,kata DS Anwar.
Orang UMNO mahu pancung DS Nizar.
Changkat Jering,21 April- Bilik Operasi Induk Parlimen Bukit Gantang mendapat maklumat terdapat segelintir orang UMNO mahu pancung DS Nizar. Ada dua makna dengan perkataan pancung ini.Pertama untuk tamatkan karier politik DS Nizar dengan mengalahkan DS Nizar.Kedua untuk bunuh DS Nizar. Bilik operasi mengambil maksud pertama ,orang UMNO sedang kempen berhabisan ,wang ringgit dan benda untuk menarik sokongan rakyat.,dengan itu DS Nizar dapat dipancung . Jika untuk memancung DS Nizar orang UMNO tidak akan menuturnya di khalayak ramai.
Saturday, April 20, 2013
Calon UMNO Changkat Jering derhaka dengan guru.
Pencadang calon Bebas Changkat Jering didakwa ditaja UMNO sendiri.
![]() |
Calon-calon PR dan BN serta Bebas sewaktu pengumuman Calon Parlimen Bukit Gantang pada pagi tadi.Berjubah tengah.calon Bebas, Ustaz Zul PPRT yang didakwa pencadang beliau dibiayai orang UMNO. |
Taiping- Penulis mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, Calon Bebas Dun Changkat Jering, Ustaz Zulkifli ditaja oleh pihak UMNO sendiri.Sementara itu calon PAS Parlimen Bukit Gantang,Ustaz Idris Ahmad memberitahu penulis ,pencadang kepada calon Bebas ,Ustaz Zulkifli yang juga dikenali Ustaz Zul PPRT mendakwa mereka ditaja oleh orang UMNO.Orang-orang UMNO kecewa Datuk Rosli Husin boleh dipilih sekali lagi.Sedangkan banyak tokoh UMNO Bukit Gantang yang layak.
Friday, April 19, 2013
Orang UMNO taja calon Bebas lawan Ds Nizar dan Datuk Rosli.
Provokasi bukan budaya Pakatan Rakyat,kita solat hajat dulu.
Polis tolong dedahkan maklumat siapa nak buat kecoh.
IPOH: PAS Perak hari ini menggesa pihak polis agar mendedahkan maklumat individu di Perak yang disyaki akan menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Perkara tersebut merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akhbar Berita Harian 11 April lalu.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, pihaknya sangat kesal dengan kenyataan ini kerana ianya telah menimbulkan ketakutan kepada rakyat.
Menurutnya, pihak polis seharusnya membuat tindakan pencegahan segera dan bukannya membuat kenyataan sedemikian yang memberikan gambaran seolah-olah terdapat masalah serta krisis keselamatan semasa proses pilihanraya ini.
“Polis perlu mendedahkan maklumat identiti yang dikatakan akan menimbulkan kekecohan dan bukannya hanya menimbulkan keraguan kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Jelas beliau, kenyataan sedemikian sudah tentu membimbangkan masyarakat yang sangat mengharapkan tiada sebarang kekecohan berlaku.(perakite)
DAP guna logo PAS.
![]() |
DAP putuskan guna logo PAS di Semenanjung Malaysia.Allah s.w.t yang mengetahui hikmahnya. |
![]() |
Calon PAS .Lim Kit Siang lawan Ghani Othman |
Thursday, April 18, 2013
Hindraf Bukit Gantang sokong Pakatan Rakyat.
Plan Lokasi Penamaan Calon ,tempat berkumpul Pakatan Rakyat di Taiping.
Wednesday, April 17, 2013
Calon UMNO,Changkat Jering di "boo " di kubu kuat UMNO.
![]() |
Calon BN Datuk Rosli Husin ,Cangkat Jering,,Dr Zabry Wahid,Dun Trong ,JP Low,Gerakan Kuala Sepetang dan Ismail Sapian ,Parlimen Bukit gantang.UMNO mengganggap inilah barisan terkuat mereka. |
Changkat Jering- Teman-teman UMNO di Kg Pauh,daerah mengundi Bukit Gantang memberitahu calon mereka Datuk Rosli Husin kena boo di sini.Mereka tidak berpuashati Datuk Rosli Husin yang bertanding. Bagi mereka,Rosli Husin,bukan buat kerja pun di Dun Trong.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Naib Ketua tidak bertanding,Najib hina wanita.
SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.
Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.
“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.
Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.
Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.
“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.
“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.
Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.sh
UMNO gadai tanah di Perak.
Ismail Sapian Kg Kubu lawan Idris Ahmad Sungai Petai
IPOH: AJK PAS Pusat Idris Ahmad optimis mampu mempertahankan kemenangan di kerusi parlimen Bukit Gantang yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Menurutnya, pengalaman bertanding di Dun Changkat Jering disamping pernah menggalas tugas sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan itu selama dua penggal menyebabkan beliau tidak kekok dengan masyarakat di sini.
Anak Jati Bukit Gantang itu berkata, rekod baik ahli parlimen PAS terdahulu iaitu Allahyarham Ustaz Roslan Shaharom sebelum diganti oleh DatUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perkhidmatannya kepada masyarakat ternyata menjadi penyumbang utama kekuatan sokongan rakyat kepada PAS.
“Saya hadir untuk meneruskan perkhidmatan baik delegasi bekas YB itu Allahyarham Ustaz Roslan Shaharom serta Datuk Seri Nizar Jamaluddin itu sendiri,” katanya ketika ditemui Harakah di Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak di sini, semalam.
Anak kelahiran Sungai Petai itu berkata, kekuataan jentera disemua peringkat terutama pemuda dan muslimat sangat mantap dan mereka sudah melakukan gerak kerja sejak awal lagi.
“Saya bersama jentera kerap turun berjumpa masyarakat di semua peringkat umur dan kaum sejak awal lagi selepas diamanahkan oleh parti untuk bertanding di situ.
“Respon masyarakat dari pelbagai kaum khususnya orang Melayu dan kaum Tionghua sangat baik dan ini memberi petanda positif kepada PAS,” jelasnya lagi.
Katanya, peluang yang diberikan oleh kepimpinan untuk bertanding disambut baik dan beliau akan melaksanakan amanah itu dengan mempertahankan kemenangan di Bukit Gantang.
Pada pilihanraya 2008 lalu, calon PAS, Ustaz Roslan Shaharom menang di parlimen ini apabila menewaskan calon BN, Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1566 undi.
Ustaz Roslan menghembuskan nafas yang terakhir pada 9 Februari 2009 dan diganti oleh Nizar apabila menang pada pilihanraya kecil parlimen ini dengan mengalahkan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.
Tuesday, April 16, 2013
Pejabat Pelajaran Daerah didakwa tayang video lucah.
Bukit Gantang,16 April- Datuk Mahfuz Omar dalam ceramahnya malam tadi mendakwa PPD dan agensi kerajaan seperti MARA dan BTN menayang video lucah kepada kakitangan mereka. Datuk Mahfuz Omar mendakwa,pengetua,penolong kanan dan beberapa guru daripada sekolah-sekolah dipanggil ke PPD untuk menonton video lucah yang memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.
Pelajar-pelajar universiti juga ditunjukkan video lucah oleh pihak berkenaan.dakwa Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz Omar akan ulas isu VCD lucah malam ini.?
Monday, April 15, 2013
Rosli Husin,Ketua Bahagian yang berani lawan DS Nizar.
Senarai terkini calon BN dalam PRU 13.
N.01 PENGKALAN HULU: AZNIL IBRAHIM
N.05 SELAMA: DATO' MOHD DAUD MOHD YUSOF
BAGAN SERAI: DR NOR AZMI GHAZALI
KUALA KANGSAR: DATO' WAN MOHD KHAI-RIL
KAMPAR: DATO' LEE CHEE LEONG
TAPAH: DATO' M. SARAVANAN
GERIK: DATO' HASBULLAH OSMAN
N.01 PENGKALAN HULU: AZNIL IBRAHIM
N.02 TEMENGGOR: SALBIAH MOHAMED
LENGGONG: DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH
N.03 KENERING: DATO MOHD TARMIZI HJ IDRIS
N.04 KOTA TAMPAN: DATO'SAARANI MOHAMAD
LARUT: DATO' HAMZAH ZAINUDDIN
N.05 SELAMA: DATO' MOHD DAUD MOHD YUSOF
N.06 KUBU GAJAH: HASBULLAH ALIAS
N.07 BATU KURAU: DR MOHD AMIN ZAKARIA
PARIT BUNTAR: MOHD GHADAFFI
N.08: TITI SERONG ABU BAKAR MAT ALI
N.09 KUALA KURAU: MOHD SALLEH MAT DISA
BAGAN SERAI: DR NOR AZMI GHAZALI
N.10 ALOR PONGSU: DATO' SHAM MAT SAAD
N.11 GUNUNG SEMANGGOL: ZULKARNAIN BIN ISMAIL
N.12 SELINSING: SHAHARUDDIN BIN AHMAD
BUKIT GANTANG: DATO' ISMAIL SAFIAN
N.13 KUALA SEPETANG: LOH SWEE ENG
N.14 CHANGKAT JERING: DATO' ROSLI HUSIN
N.15 TRONG: DR ZABRY ABDULWAHID
TAIPING: DATO' TAN LIAN HOE
N.16 KAMUNTING: DATO' MOHD ZAHIR BIN ABDUL TALIB
N.17 POKOK ASAM: DATO' HOCHENG WANG
N.18 AULONG: SOO KAY PENG
PADANG RENGAS: DATO' SERI MOHD NAZRI ABDUL AZIZ
N.19 CHENDEROH: ZAINON MOHD NOOR
N.20 LUBUK MERBAU: DATO' SITI SALMAH MAT SUJAK
SUNGAI SIPUT: DATO' SK DEVAMANY
N.21 LINTANG: DATO' DZULKIFLY HJ HARUN
N.22 JALONG: LIEW YEU AW
TAMBUN: DATO' SERI AHMADHUSNI HANADZLAH
N.23 MANJOI: MOHD ZIAD DATO HJ MOHD
N.24 HULU KINTA: DATO' AMINUDDIN HJ MAT HANAFIAH
IPOH TIMOR: CATLINE WONG MEI YEN
N.25 CANNING: CYLIN TEI WEI LONG
N.26 TEBING TINGGI: TONY FOO BON CHEW
N.27 PASIR PINJI: DATO' KONG FAH CHONG
IPOH BARAT: DR. CHENG WEI YEE
N.28 BERCHAM: LIEW WEI SHANG
N.29 KEPAYANG: CHANG KONG ONG
N.30 BUNTONG SILVARAJ A/L CHANDRAN
BATU GAJAH: LOH TENG TAK
N.31: MORGAN AL/SUBRAMANIAM
N.32 MENGLEMBU: LOW GAH YAN
N.33 TRONOH: LIP TZE CHAI
KUALA KANGSAR: DATO' WAN MOHD KHAI-RIL
N.34 BUKIT CHANDAN: MASLIN SHAM RAZMAN
N.35 MANONG: MOHD KAMIL DATO SHAFIE
BERUAS: DATO' CHANG KO YOUN
N.36 PENGKALAN BAHARU: DATO' ABDUL MANAF YASSIN
N.37 PANTAI REMIS: FOH SIOW YUN
PARIT: DATO' MOHD ZAIM ABU HASSAN
N.38: BELANJA MOHD NIZAR ZAKARIA
N.39 BOTA: DATO' NASARUDDIN HASHIM
KAMPAR: DATO' LEE CHEE LEONG
N.40 MALIM NAWAR: CHANG BO CHIANG
N.41 KERANJI: DANIEL WA WAI HOU
N.42 TUALANG SEKAH: NOLEE ASHILIN DATO' MOHD RADZI
GOPENG: DATO' TAN CHI MENG
N.43: SUNGAI RAPAT DATO' HAMIDAH OSMAN
N.44 SIMPANG PULAI: DATO' CHANG KO YUN
N.45 TEJA: YUE SAW KAM
TAPAH: DATO' M. SARAVANAN
N.46 CHENDERIANG: DATO' DR MAH HAN SON
N.47 AYER KUNING: DATO' SHAMSUDDIN ABU HASAN
PASIR SALAK: DATO' TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
N.48 SUNGAI MANIK: DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN
N.49 KAMPUNG GAJAH: ABDULLAH FAUZI AHMAD RAZALI
LUMUT DATO' SERI KONG :CHONG HA
N.50 SITIAWAN: TIM KAI FOOK
N.51 PASIR PANJANG: RASHIDI IBRAHIM
N.52 PANGKOR: DATO' SERI ZAMBRY ABDUL KADIR
BAGAN DATOH: DATO' SERI ZAHID HAMIDI
N.53 RUNGKUP: DATO' SHAHROL ZAMAN YAHYA
N.54 HUTAN MELINTANG :SUBRAMANIAM A/L RAMANI
TELUK INTAN: DATO' MAH SEW KEONG
N.55 PASIR BEDAMAR: DATO' M. KEYVEAS
N.56 CHANGKAT JONG: MOHD AZHAR JAMALUDDIN
TANJUNG MALIM: DATO' ONGMKA CHUAN
N.57 SUNGKAI: GOH KIM SWEE
N.58 SLIM: DATO' KHUSHAIRI ABDUL TALIB
N.59 BEHRANG: DATO' RUSNAH KASSIM
Gantung poster dan manisfesto,UMNO Bukit Gantang sudah kalah.
PAS Bukit Gantang kini sedang mendahului dari sudut poster dan tawaran manifesto.UMNO Bukit Gantang asyik pasang bendera.
UMNO sudah ketandusan idea,hanya laporan polis yang boleh dibuat. Politik mereka di padang yang tidak sama rata.UMNO semua boleh,PAS pula dianggap langgar peraturan(klik).
UMNO sudah ketandusan idea,hanya laporan polis yang boleh dibuat. Politik mereka di padang yang tidak sama rata.UMNO semua boleh,PAS pula dianggap langgar peraturan(klik).
Sunday, April 14, 2013
Fitnah UMNO menjadi-jadi,kita adu ke hadrat Allah s.w.t.
Calon Expired Date lawan Nizar di Changkat Jering.
Saturday, April 13, 2013
Antara DS Zamby Kadir dengan Datuk Rosli siapa jumpa bomoh???????
![]() |
Foto hiasan: Antara DS Zambry dengan Cikgu Rosli siapalah yang jumpa bomoh untuk dipilih jadi calon??? |
Dato'Ismail Sapian ,takut lawan DS Nizar,lari ke Parlimen.
![]() |
Foto :Rumah YB Rosli Husein di Kg Banggol Pasir ,Changkat Jering .Sampai sekarang rumah pun tak berseri dengan bendera kati. |
Changkat Jering- Sudah heboh di Parlimen Bukit Gantang,soal calon UMN0 di sini belum lagi selesai.Datuk Rosli Husein ,Ketua Bahagian,dikatakan tidak ada nama lagi.Dengar cerita Datuk Rosli Husein melobi mahu bertanding Changkat Jering untuk berlawan dengan DS Nizar. Sementara calon UMNO Trong pun tak tau siapa lagi?
Dalam pada itu,Ismail Sapian,anak emas DS Najib mahu bertanding di Parlimen Bukit Gantang.Beliau didakwa takut "badi" Prk 2009 ,kalah kepada DS Nizar. Jalan selamat berlawan dengan Ustaz Idris Ahmad peringkat parlimen. Ustaz Idris Ahmad belum dijuji lagi.Ismail Sapian beranggapan ,Ustaz Idris Ahmad boleh dikalahkan.
Friday, April 12, 2013
Doa Najib dan Muhyiddin, ini kalilah insyaAllah ,tidak dimakbulkan.
Ustaz Idris Ahmad sedang memimpin solat hajat di POS Pru Pemuda Jelutong,dalam DUN Changkat Jering. |
Subscribe to:
Posts (Atom)