Monday, July 29, 2013

Pelajar SMK Tengku Menteri,Changkat Jering maut digelek lori treler.

Motosikal EX5 ditunggangi pelajar SMK Tengku Menteri,Changkat Jering,digelek lori treler,terseret sehingga beberapa meter. 

Mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.

Jenazah pelajar SMK Tengku Menteri,Changkat Jering ditutupi . Allahyarham didakwa  Muhammad Hafiz bin Azhari,pelajar Tingkatan  4.
sumber foto/berita: fee tree

Pengasas AmBank Group,Hussain Ahmad Najadi mati ditembak,

Pengasas AmBank Group,Hussain Ahmad Najadi mati ditembak.Ditembak pula waktu tengahari. Selamatkah kita,jika senjata seperti pistol mudah didapati? 



KUALA LUMPUR:

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin
Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.
Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.
Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.
Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group.mStar

Sunday, July 28, 2013

Jeneral Mesir ,Abdul Fattah al -Sisi berketurunan Yahudi .

Siapakah dia si anak kecil ini.yang sedang memberi bunga kepada Presiden Kerajaan Kudeta..?Anak ini mungkin berumur 4 atau 5 ketika gambar ini diambil.Budak ini dari dulu lagi meminati Presiden Mesir ,Jamal Nasir yang menggulingkan Raja Mesir,King Farouk.

Anak kecil ini ialah anak kepada seorang wanita Mesir. Ibunya adalah wanita dari keturunan Yahudi Morocco. Manakala bapa saudaranya adalah seorang anggota Pertubuhan Yahudi yang terlibat dalam projek menjajah negara Palestin pada tahun 1948.


Anak kecil ini amat meminati Presiden Jamal Abdul Nasir, yang merupakan Presiden Mesir yang pertama setelah Jamal Abdul Nasir berjaya menggulingkan Raja Farouk Mesir.Jamal Nasir merupakan guru al-Sisi dalam menggulingkan kerajaan yang sah pada 1952

Sekarang anak kecil yang telah dewasa ini 61 tahun kemudian   telah mencipta satu sejarah  hitam yang baru buat negaranya.

Siapakah nama anak kecil ini ?

Apakah posisi yang beliau pegang sekarang?

Bagaimanakah dia dilatih dan disusun sehingga sampai ke tahap ini ?

Dialah Ketua Kudeta" General Abdul Fattah Al Sisi" 


Saturday, July 27, 2013

Spekulasi Amin Iskandar tentang Haji Hadi tanpa bukti ,ia kekal sebagai fitnah.

Kehebatan Anak & Menantu dalam PAS
 oleh YB Ustaz Nasrudin bin Hassan



1. Sebentar tadi saya menerima e -mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredebiliti ulama' tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Hj Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga di serlahkan dengan ketara.] Saya memilih untuk respon artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba - tiba sahaja nama Al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

4. Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.

5. Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi saw yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [ Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw. ]

6. Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.

7. Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam UMNO yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis - habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke 13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan. 

8. Ertinya kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana - mana pihak dalam UMNO mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri. Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam UMNO dan BN.

9. Jika teori konspirasi ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka. Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi ?

10. Saya tidak percaya Tuan Guru Hj Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.

11. Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam UMNO membuatkan saya tertanya - tanya dan tercari - cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu ? dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi kelak ?

12. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara olehNya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah. 

13. Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafi kebenarannya bahkan ia adalah satu tohmahan yang tidak berasas. Jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh berbuat demikian tetapi mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.


Kanak-kanak menangis tangan tersepit.

GAMBAR - Bomba mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan Mohd Uqshah yang tersepit di mesin adun kuih di Muar. - Foto Fairul Asmaini Mohd Pilus



Muar: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli, turut luka dan berdarah pada mulut disepit mesin berkenaan ketika sedang bermain berhampiran alat itu yang diletakkan di atas lantai.

Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata dia sedang bekerja dan tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu sebelum Uqshah tiba-tiba menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu.

“Badannya turut bergerak mengikut mesin itu yang berpusing sehingga mengakibatkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

“Walaupun suis dimatikan, tangan anak saya masih tersepit di antara bekas tepung dan bahagian utama mesin.

“Usaha menarik keluar tangannya tidak berhasil. Saya menghubungi bomba yang menghantar tiga anggota kira-kira jam 11 pagi dan mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan anak saya.

“Uqshah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
Pemilik kilang, Norhadidah Harun, 43, berkata ketika kejadian, dia berada di tingkat atas premis itu sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit dan bernasib baik kerana seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk

Polis buka kertas siasatan kes ugut bunuh guru besar.

Polis sudah  membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Siksaan kerana ugutan jenayah selepas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana tampil membuat laporan polis.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ,Superintendan Junaidi Bujang menyatakan pihak polis kini sedang menyiasat kes berkenaan selepas guru terbabit membuat laporan polis.

Friday, July 26, 2013

Video penyokong Dr Mursi sejauh 12 kilometer.


Sebuah video menunjukkan  gelombang pendukung pro Mursi dari Ramses Square menuju ke  Medan Rab’ah Al-Adaweyah.Orang muda juga bersama Dr Mursi,ulamak juga bersama Dr Mursi,Muslimat juga bersama Dr Mursi.
Tindakan provokasi Jeneral al- Sisi menyebabkan kemarahan menyeluruh rakyat Mesir.
Jelas dalam video tersebut gelombang Pro Mursi mengalir bagaikan air dan tidak terputus, jarak antara Ramses Square sampai Medan Rab’ah sepanjang lebih dari 12 kilometer.(eramuslim)

PAS Perak jangan rugi petisyen RM30,000.


Petisyen yang dilakukan Pas untuk Dun Kawasan Parlimen  dijelaskan oleh Tuan Hakim  adalah tidak munasabah berdasarkan alasan yang diberikan menyebabkan ia ditolak oleh  Mahkamah Pilihan Raya.

Di dakwa petisyen yang dibawa PAS  tidak munasabah.Antara  alasan dalam petisyen itu ialah mengenai pemberian air kepada pengundi tentera, alasan kononnya pengundian tentera tidak telus dan alasan mengenai tong yang dibawa ke balai polis ia tidak dikawal.


PAS terpaksa membayar kos bicara kepada responden sekurang-kurangnya  RM30,000 bagi setiap kawasan .Justeru itu diharap PAS Perak bersedia dengan fakta dan bukti tanpa keraguan.Jika tidak sudah tentu PAS akan terpaksa membayar kos bicara untuk 6 kawasan pilihanraya yang dipetisyen.

Namun sejarah ,hanya DUN Likas sahaja keputusan pilihanraya di batal dan satu DUN Sanglang  di Perlis kerana silap umum keputusan. 

Thursday, July 25, 2013

Kenapa perlu bunuh Guru Besar SK Seri Pristana ini?


Keadilan untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana,Saujana Utama ,Sungai Buloh,Selangor.Mengapa mahu bunuh guru besar ini?Kesalahan beliau bukannya membunuh orang.Hanya masalah teknikal,berkaitan tempat makan untuk budak-budak.Jangan hukum guru besar ini atas dasar marah,hukum berdasarkan setelah siasatan dibuat dan memang beliau"cuai". Ambil tindakan ikut Perintah AM kerajaan,bukannya dendam dan marah.
 
 
KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas.
   
Mohd Nasir Mohd Noor, 57,  berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
   
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).
   
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
     
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
   
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
   
"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada  ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
   
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Fatwa Yusuf al Qaradawi : Larang Rakyat Mesir Ikut demontrasi sokong Al Sisi


Qaradawi Urges Sunnis for Syria Jihad
Sheikh Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa mendesak rakyat Mesir untuk mengabaikan panggilan komandan  militer mereka untuk demonstrasi untuk mendukung tindakan keras terhadap “terorisme ikhwan.”

Ketua Gerakan  Ulama Muslim sedunia itu mengeluarkan fatwa pada  Rabu malam untuk “melarang rakyat Mesir dari menyahut  setiap panggilan yang mengarah ke perang saudara atau mengambil tindakan kekerasan militer terhadap pihak manapun, atau menghasut pemberontakan.


”Panglima Tentera  Jenderal Abdul Fattah al-Sisi pada Rabu lalu  menyerukan demonstrasi secara besar-besaran pada hari Jumat (esok)untuk menyokong kerajaan"haram"mereka dan supaya mereka disokong untuk mengambil tindakan keras(zalim) terhadap kononnya Ikhwanul Muslimin itu  terorisme dan perlunya   para demonstrasi Ikhwanul Muslimin dihukum.

Himpunan Aman Bantah Kudeta Kerajaan Mesir.

Himpunan Aman bantah kudeta tentera Mesir ke atas kerajaan Ikhwanul Muslimin.

Kuala Besut,PAS perlu tambah cawangan dan ahli.


BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.
PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi manakala calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.
BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.Calon PAS PRU 13, Napisah Ismail mendapat undi 6,375.Dengan ini undi PAS merosot 679.Sementara BN merosot undi sebanyak 521,kerana pada PRU 13 ,UMNO mendapat 8809.

Wednesday, July 24, 2013

Abdul Fattah As -Sisi,desak ada demontrasi tanda kudeta Mesir gagal.


beltagy
Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin   Islam Mesir, Muhammad Beltagy, telah membuat rumusan ucapan Ketua Tentera Mesir,merangkap Menteri Pertahanan Kudeta  As-Sisi, satu tanda kegagalan kudeta..Ucapan  As-Sisi pada hari kelmarin supaya penduduk Mesir bangun menyokong kerajaan pada Jumaat ini adalah pengakuan secara langsung akan kegagalan Kudeta 30 Jun lalu..

Muhamad Beltagy menyata As-Sisi seolah menyatakan kepada rakyat Mesir, “Kudeta kami telah gagal, dan kami menyerukan semuanya untuk menyokong  kembali kudeta yang telah gagal.” Kata nya dalam sebuah pernyataan kepada Al-Jazeera.
Beltagy mempesrsoal ,” dimana Mursi sekarang? Kita tidak tahu apakah ia sekarang sedang ditekan dan dipaksa untuk menandatangani pernyataan pengunduran dirinya atau sedang diracuni dengan menggunakan  makanannya?”
,"Setelah pidato As-Sisi, semua semakin jelas bagi dunia bahawa ini adalah benar-benar Kudeta.” 
Beltagy menjelaskan,” mengapa As-Sisi menyerukan untuk diadakan demonstrasi padahal As Sisi menguasai agensi  negara dan pertahanan dan dia bukanlah presiden sementara Adly Mansour ? tidak lain ini adalah seruan kepada perang sivil, dan saya tidak yakin rakyat Mesir akan melakukan ini.” (hr/im) As-Sisi telah khianat kepada negara Mesir,ingin memerangi Ikhwanul Muslimin.

Bantuan khas RM500,Najib kalah kepada Khalid Ibrahim.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis), sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.
Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - BERNAMA

Bonus ,Khalid Ibrahim mendahului Najib.


Khalid Ibrahim cukup berbincang dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk meluluskan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.Najib kena tunggu kajian,baru nak umum.Tahniah kerajaan Selangor sering mendahului Kerajaan Malaysia. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. 

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. 

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. 

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

PRK Kuala Besut: 3 petang 12,207 atau 73.93 peratus mengundi.

  • PRK Kuala Besut : 12,207 pengundi atau 73.93 peratus keluar mengundi sehingga 3 petang
  • PRK Kuala Besut: Pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup pada 3 petang
  • PRK Kuala Besut: 66.98 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang
  • PRK Kuala Besut : 56.21 peratus keluar mengundi sehingga 1 petang
  • PRK Kuala Besut : 54.57 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari - SPR

Tuesday, July 23, 2013

Tengku Zaihan tunjuk kertas undi,ini sudah langar undang-undang.

国阵候选人东姑再翰今早在把他的选票投进票箱前,公开展示他的选票,这已经触犯选举法令,若其对手投诉举报,国阵候选人的选举资格有可能被取消。

2013年4月12日《光明日报》报道:选举委员会吉州主席祖哈力强调,选民是不可在投票中心内拍照,更不可公开选票,一旦触犯条规,分分钟会被当局提控。他强调,投票是秘密的,若选民公开选票就是触犯法令,这会否遭提控则交由总部去决定。不过,他呼吁选民不可公开选票。他说,该委会已指示所有工作人员提高警惕,除注意选民举止及检查是否属于合法选民外,也促请选民不可用手机拍选票。

 BN telah melanggar undang-undang pilihanraya . Beliau dengan bangga  menunjukkan kertas undi siapa yang beliau pangkah.Hal ini boleh menyebabkan beliau boleh  hilang kelayakan sebagai calon?Calon UMNO ni kalau nak berlakonpun ,biarlah letak kertas undi di tong undi.

Pelajar Tingkatan 2,SMK Klian Pauh,Taiping mati dibunuh.


IPOH – “Rasa pilu ketika melihat anak tidak bernyawa dengan baju sekolahnya dipenuhi darah selain luka di leher dan kedua-dua tangannya. Tidak dapat bayang penderitaan yang dihadapinya,” demikian kata bapa mangsa bunuh, M Nathaniel, 14, yang di temui dalam semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, kelmarin.

A Manimaran, 46, berkata, dia dimaklum oleh rakannya mengenai penemuan mayat tersebut.

“Kami sekeluarga memang terkejut dengan keadaan dia ditemui dengan banyak kesan luka. Siapa yang sanggup membunuh dia kerana setahu saya, dia tidak pernah bergaduh dengan sesiapa. Dia anak baik dan periang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam.  

Katanya, dia diberitahu oleh salah seorang rakan anaknya yang ternampak mangsa berbual dengan tiga lelaki tidak dikenali pada hari dia didapati hilang.

“Dia ingatkan rakan anak saya jadi dia terus pulang tanpa mengesyaki apa-apa. Lagipun, tiada sebarang pergaduhan atau jeritan ketika itu,” katanya  yang kali terakhir bertemu ketika keluar bekerja pada pagi hari kejadian.

Namun, Manimaran berkata, mangsa ada perselisihan faham dengan tiga lelaki selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal, Isnin minggu lalu.

“Hanya itu sahaja masalah yang dihadapinya sebelum kejadian dan tidak menolak kemungkinan kejadian ini berlaku mungkin disebabkan perselisihan faham itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan terhadap kes tersebut.

Katanya, hasil laporan bedah siasat yang dibuat ke atas mangsa akan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian semalam melaporkan remaja malang berkenaan ditemui mati di kawasan semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, kelmarin.

Mangsa dipercayai dibunuh dengan kesan kelar di beberapa bahagian di badan dan siasatan pihak polis dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.sumber

Monday, July 22, 2013

Penduduk dapat habuan,apabila wakil rakyat meninggal dunia.

Pengundi Dun Kuala Besut pun cerdik. Mereka akan makan umpan tetapi tidak makan mata kail.Mereka pun tau wakil rakyat meninggal ,baru mereka dapat-dapat macam. Semasa wakil rakyat hdup,semua projek dalam kajian.

 PR tidak akan menggunakan politik wang untuk meraih undi warga Kuala Besut.

PAS khususnya  akan berubah program kepada 16-16. PAS tidak akan menggunakan pendekatan menggunakan wang yang dilakukan segelintir pihak.

PAS  lebih gunakan teknik untuk rakyat berfikir melalui maklumat yang disampaikan.

Menteri-menteri boleh tabur macam-macam dekat DUN Kuala Besut.Pengundi yang akan menentukan. Pengaruh rakyat Kelantan  akan memberi motivasi pengundi sejumlah lebih 17,000 itu untuk mengundi PAS.Che Long pilihan mereka.

Tembak menembak sudah biasa di Taiping.

Beberapa hari lepas seorang penduduk Simpang,Taiping nyaris maut ditembak seorang lelaki tidak dikenali menunggang motosikal.Penduduk bekerturunan India itu sewaktu kejadian  dalam usaha menghantar anak perempuannnya untuk ke sekolah di Bandar Taiping.

Kereta kalis peluru beliau menyebab  penembak itu gagal untuk mengena sasaran. Penduduk berketurunan India  itu berjaya menyelamatkan diri ke Balai Polis Simpang.

Sejak beberapa bulan ini peristiwa tembak menermbak sudah menjadi seperti perkara biasa.Apakah kini pekan Simpang,Taiping kini sudah tidak selamat?

Pihak polis sewajarnya membuat sesuatu agar keselamatan penduduk Taiping terjamin.

Thursday, July 18, 2013

70 peratus persetubuhan ibu bapa ditonton anak-anak.


Satu lagi kegagalan UMNO mengurus rakyat.

 Menurut  Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Intergriti Malaysia(IIM) Puan Rohana Yaacob,  70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar  perlakuan seks mereka ditonton oleh anak-anak.Penemuan fakta ini hasil kajian Sosiobudaya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

"Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat  perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah  rumah mereka terutama golonngan miskin tidak mempunyai bilik tidur"kata Rohana Yaacob seperti yang dilaporkan.

Amat menyedihkan apabila pihak berkuasa khususnya Baitulmal  atau Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak boleh membantu,keluarga miskin ini.

Amnesty International :Penyokong Mursi Ditahan, Disiksa oleh Tentera Mesir


Ratusan pendukung dan penyokong Dr Mohamed Mursi yang ditangkap di Mesir telah dianiaya dan dipukul serta didera dalam tahanan, menurut laporan Amnesty International.
Dalam sebuah laporan yang bocor pada hari Khamis, organisasi hak asasi manusia itu menyatakan lebih dari 660 pendukung Presiden Mohamad Morsi telah ditahan sejak Dr Mursi digulingkan dari kekuasaan tiga minggu lalu.
Menurut Amnesty International, beberapa tahanan yang telah dibebaskan mengatakan bahwa mereka ditutup matanya, dipukul, bahkan dipukul dengan bontot senapang dan didera dengan cas eletrik..
Banyak tahanan, tidak diberikan hak akses bertemu peguam
Satu demonstrasi akan dilakukan lagi secara besar besaran pada hari Jumat,hari ini setelah Solat Jumaat. 

Wednesday, July 17, 2013

Peguam UMNO,Datuk Hafarizam diperintah bayar RM10,000 kepada Dun Selangor.


Selalunya peguam UMNO ,Datuk Hafarizam Harun menang kes,pada kali ini dia kena bayar kos mahkamah Rm10,000 kepada DUN Selangor.
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memerintahkan rayuan yang dikemukakan Dun Selangor dan dua yang lain berkaitan saman yang dikeluarkan terhadap peguam Datuk Hafarizam Harun supaya menjawab tuduhan menghina mahkamah, diteruskan di Mahkamah Rayuan.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel lima anggota, menolak permohonan Hafarizam agar persoalan berkaitan perlembagaan diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Panel itu turut dianggotai presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
Arifin juga memerintahkan Hafarizam membayar kos mahkamah RM10,000 kepada Dun Selangor, Setiausaha Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Selangor, Mohamad Yasid Bidin dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Selangor.
Hafarizam memohon agar tujuh persoalan perlembagaan berkaitan Perlembagaan Negeri Selangor, diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. 
Antara persoalannya ialah sama ada mahkamah boleh mendengar perkara berkaitan pengeluaran saman supaya seseorang itu menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan undangan negeri bagi menjawab tuduhan menghina.
Pada 1 April 2011, Hafarizam dan anak guamnya bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, dirujuk kepada jawatankuasa itu kerana dituduh menghina Dewan.
Dun Selangor meluluskan usul untuk merujuk mereka kepada jawatankuasa itu setelah mereka dikatakan mendesak bekas Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim supaya melunaskan bayaran RM40,000 atau menghadapi tindakan muflis.
Pada 19 jan 2011, Chang Khim mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong dengan mendakwa Badrul Hisham tidak menghadiri persidangan dewan tanpa cuti selama enam bulan berturut-turut. Bagaimanapun, pada 18 Februati 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengubah perintah itu dan memerintahkan Chang Khim membayar kos mahkamah sebanyak RM40,000 kepada Badrul Hisham.
Pada 12 April 2011, saman dikeluarkan kepada Hafarizam, 41, supaya menghadap jawatankuasa tersebut bagi menjawab pertuduhan menghina dewan kerana menghantar sepucuk surat kepada peguam yang mewakili Chang Khim, Tetuan Tommy Thomas bagi menuntut bayaran RM40,000, sejajar dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah.
Beliau dituduh menghantar surat itu dengan menggunakan bahasa yang boleh dianggap lucah, biadab dan mengancam.
Pada 31 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan Hafarizam mengemukakan saman sivil bagi mengetepikan saman yang dikeluarkan terhadapnya.
Mahkamah itu memutuskan bahawa saman yang dikemukakan Dun Selangor terhadap Hafarizam supaya menghadap jawatankuasa berkenaan bagi menjawab tuduhan menghina dewan adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dun Selangor, Mohamad Yasid Bidin dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Selangor memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Rayuan itu dijadual dibawa bagi pengurusan kes pada 1 Ogos.

Pada perbicaraan hari ini, Abdull Hamid mempersoalkan sama ada wajar bagi Mahkamah Persekutuan menentukan persoalan berkaitan undang-undang kerana rayuan berhubung perkara itu belum diputuskan Mahkamah Rayuan.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Hafarizam, menjawab dengan berkata Mahkamah Persekutuan tidak terhalang daripada melaksanakan kuasanya untuk memutuskan persoalan berkaitan undang-undang.  

Katanya terdapat isu penting dari segi perlembagaan berhubung kekebalan, yang bukan sahaja memberi kesan terhadap Selangor, tetapi juga negeri lain.

"Adalah sesuatu yang amat besar manfaatnya jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang perkara ini secara muktamad dan menyelesaikan kes ini," katanya.
Peguam Chan Kok Keong, yang mewakili responden pula berkata beliau membantah permohonan Hafarizam agar mahkamah persekutuan membuat keputusan tentang persoalan undang-undang kerana perkara itu sepatutnya didengar Mahkamah Rayuan. - Bernama

Tuesday, July 16, 2013

Cuepacs harap kerajaan beri bonus 10 hari sebelum raya.


SHAH ALAM – Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar bonus raya yang dicadangkan kongres pada 9 Julai lalu adalah berpatutan dan hanya melibatkan kenaikan setengah bulan sahaja berbanding yang diberikan kerajaan pada tahun lepas.

“Tahun lepas kerajaan sudah beri dua bulan bonus, jadi kami harap tahun ini dapat diberikan sedikit kenaikan kepada penjawat awam memandangkan harga barangan keperluan semakin naik, sekali gus dapat meringankan beban mereka khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan golongan pesara.

“Hal itu bukan saja berita gembira buat penjawat awam ini bahkan akan beri sedikit keceriaan kepada peniaga di luar sana yang kita dapati kurang dapat sambutan penjawat awam yang masih menunggu bayaran bonus itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang mengatakan kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

Omar berharap kerajaan dapat merealisasikan pemberian bonus Aidilfitri itu sepuluh hari atau seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya, bulan depan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga barangan keperluan hari raya supaya tidak mengambil kesempatan jika penjawat awam bila penjawat awam diberikan bonus raya nanti.

Sebaliknya golongan peniaga patut berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka melariskan barangan jualan mereka yang kini masih suram daripada pengunjung baik di pasaraya mahupun bazar Ramadan.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.sumber

Monday, July 15, 2013

Petisyen ,25 Julai tarikh bantahan awal DUN Manjoi.


DS Nizar menyatakan ,keyakinan beliau petisyen yang dibuat oleh PAS Perak  akan berjaya. Menurut DS Nizar peluang untuk pilihanraya kecil Perak cerah. 
BATU GAJAH: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Isnin menetapkan tarikh untuk mendengar bantahan awal oleh pempetisyen dan responden terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 25 Julai sebagai tarikh untuk mendengar bantahan awal bagi kawasan DUN Manjoi dan 29 Julai bagi kawasan DUN Manong serta DUN Pasir Panjang.
Abang Iskandar menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili semua pihak terbabit dan peguam kanan persekutuan yang mewakili pegawai pilihan raya (RO) bagi setiap kawasan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketika ditemui pemberita, peguam yang mewakili Barisan Nasional (BN) Badrul Hishah Abdul Wahab berkata Hakim turut menetapkan 17 dan 18 Julai ini untuk responden dan pempetisyen memfailkan hujahan bertulis.
Peguam Kanan Persekutuan Muhamad Anas Mahadzir dan peguam mewakili PAS Aminuddin Zulkifli turut hadir di kamar Hakim pada Isnin.
Pada Jun lepas, calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) memfailkan petisyen untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan pilihan raya umum bagi DUN Manjoi, DUN Manong dan DUN Pasir Panjang.
Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dengan majoriti 132 undi di DUN Manjoi.
Bagi DUN Pasir Panjang, calon BN Rashidi Ibrahim menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan dengan majoriti 304 undi manakala Mohamad Kamil Shafie daripada BN menang kerusi DUN Manong apabila mendapat majoriti 231 undi sekali gus mengalahkan calon PAS Jamil Dzulkarnain.- BERNAMA

Ulamak Al Azhar Mesir demontrasi sokong Dr Mursi.


Foto-foto ulamak Al-Azhar menyokong Dr Mursi dan memprotes    Syeikh Azhar Dr. Ahmad Tayyib yang menyokong kudeta tentera. Kumpulan ulamak itu mahu Sheikh Dr Ahmad Tayyib  berundur.(sumber)
Front Ulama Azhar menolak kudeta militer
azhar ke 17
azhar ke 15
azhar ke 18
azhar ke 11
azhar ke 9
azhar ke 7
azhar ke 5
azhar ke 1

azhar ke 4
azhar ke 3
azhar ke 6
azhar ke 8
azhar ke 10
azhar ke 13
azhar ke 14
azhar ke 16
azhar ke 12