| CCTV lapangan terbang KLIA mengesan 2 suspek guna pasport curi.Bukan sahaja ada pengundi hantu semasa pilihanraya ,penumpang hantu pun ada di Malaysia.Penumpang hantu itu pula ada ciri-ciri orang Asia."Saya masih hairan mengapa (pegawai-pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Orang Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," kata Ahmad Zahid |
Showing posts with label pandang sisi.. Show all posts
Showing posts with label pandang sisi.. Show all posts
Sunday, March 9, 2014
CCTV di KLIA kesan penumpang "hantu"
Saturday, March 8, 2014
DS Najib,suruhlah rakyat Malaysia Solat Hajat.
Arahan Solat Hajat Mohon Keselamatan & Kejayaan Operasi Menyelamat Pesawat MAS Hilang
1. Dewan Ulamak PAS Pusat berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.
2. Untuk itu Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan seluruh ahli Dewan Ulamak memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas isya' malam ini memohon kepada Allah keselamatan dan kejayaan operasi mencari pesawat yang hilang.
3. Dalam masa yang sama Dewan Ulamak mengharapkan seluruh ahli keluarga yang terlibat sama ada rakyat Malaysia atau rakyat asing bersabar atas ujian yang berlaku.
Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Mac 2014 jam 6.30 ptg
Ada 3 warga Amerika Syarikat,FBI kerah ejen siasat kehilangan pesawat MH370
| Menteri KDN, Hishamuddin kata jangan buat spekulasi. Ketua Polis Negara minta mana-mana pihak tidak buat spekulasi. Dalam pada itu,FBI pula kerah ejen dan pakar teknikal untuk siasat kehilangan pesawat Boeing 777-200. Timbul persoalan orang ramai kerana pesawat ini pula antara terbaik di dunia.Sementara itu Kapten Zaharie Ahmad Shah,53, mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam.Jadi kerajaan kena akautabiliti,telus dan intergriti dalam kes ini.Jika tidak akan timbul spekulasi. |
Warga Itali Luigi Maraldi ,tiada dalam kapal MAS,siapa yang menyamar ini???
Kerajaan Malaysia bertindaklah profesional.Biar telus dan tidak berselindung dengan kejadian kapal MH370 hilang itu.
Jika berselindung.Rakyat makin bingung dengan peristiwa itu.
Warga Itali Luigi Maraldi, 37, yang dikatakan salah sorang penumpang MH370 itu berada di Thailand dan passport dia hilang pada1 Ogos tahun lepas..
Siapa yang menyamar naik flight itu guna pula passport dia?.Pihak berkuasa macama mana tak dapat kesan ?(lagi berita)
Bab nyawa,Perdana Menteri hanya muncul 7 malam.
![]() |
| Perdana Menteri muncul lewat petang.#PrayForMH370 |
![]() |
| .Bab nyawa ,Menteri muncul pada 2.30 petang. Perdana Menteri muncul lewat petang.#PrayForMH370 |
Thursday, March 6, 2014
"Ultraman The Ultra Power" ,budak sekolah jangan beli,nanti masuk lokap.
| Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku "Ultraman The Ultra Power".Buku berbahasa Melayu itu terbitan Resign Publications dan pencetaknnya Network Printers.Budak-budak sekolah yang memiliki buku ini menjadi satu kesalahan .Termasuklah mencetak,mengimport dan menghasilkan buku ini.Warta larangan berkuatkuasa 18 Februari lalu.,mengikut Seksyen 7(1) ,Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Penggunaan kalimah Allah didakwa komik ini diharamkan.(klik) |
Wednesday, March 5, 2014
Foto Presiden MCA dihimpit susu.
![]() |
| Foto Liow Tiong Lai dihimpit susu.Musim kempen Pilihanrayakecil Dun Kajang,pelbagai perkara boleh berlaku.Contoh ketara betapa sukanya Presiden MCA,Liow Tiong Lai dihimpit dengan wanita UMNO.Wanita UMNO pun tumpang gembira. Dekat Teresa Kok marah sangat. Dulu Presiden MCA(Chua Soi Lek) hina Islam ,haram buat tak tahu.Lagi satu berebut kalimah Allah,peraturan Allah tak mau ikut. |
Vincent Tan disiasat Liga England kerana beri bonus bernilai RM20.24 juta.
Budaya Malaysia yang dibawa oleh Vincent Tan,beri bonus tanpa ikut syarat,satu kesalahan dalam Liga Perdana Inggeris.Kelab Cardiff City bakal berdepan dengan siasatan Liga Perdana Inggeris selepas pemilik kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan menawarkan bonus bernilai £3.7 juta (RM20.24 juta) sebelum aksi kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada Ahad lalu.
Sportsmail mendedahkan Tan melanggar peraturan Liga Perdana, yang mana setiap pasukan perlu menyediakan jadual bonus sebelum musim bermula, namun Tan memberi insentif kepada pemain-pemainnya bagi mengelak pasukannya terkeluar dalam saingan liga.(klik)
Tuesday, March 4, 2014
Sebutan kes pemimpin politik ,janda anak tiga,khalwat 19 Mac.
Pemimpin wanita yang ditangkap khalwat rupanya janda tiga anak.Pemimpin wanita itu berumur 34 tahun,pasangan lelakinya 47 tahun ,dari Terengganu.Pasangan khalwat itu ditangkap pada 1.30 pagi,dalam bilik di hotel.
Hasil serbuan itu lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala dan kemeja T semasa membuka pintu manakala wanita itu pula memakai baju lengan panjang dan berkain batik berada di atas katil.
Kedua tertuduh telah dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM2,500 setiap seorang.
Pasangan itu kini dibebaskan setelah membayar wang jaminan tersebut sementara menunggu kes berkenaan disebut di mahkamah.Sebutan kes khalwat 19 Mac ini di Mahkamah Syariah,Kangar.
Jelas beliau, keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis yang membawa kepada denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.(Sumber)
Zahidi Hamidi minta Muhyiddin Yassin banteras salahguna dadah di sekolah.
![]() |
| Foto hiasan.Kanak-kanak sekolah dijadikan pusher oleh pengedar dadah.Muhyiddin Yassin gagal? |
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegiatan penyalahgunaan dadah kini mula menyusup masuk ke sekolah-sekolah dengan kanak-kanak sekolah kini sering dijadikan 'pusher' oleh pengedar dadah.
"Kita hendak tekankan kekhuatiran kita kerana pengedar (dadah) telah mula cari pasaran baharu apabila kita laksanakan operasi cegah jenayah melalui penyalahgunaan dadah ini.
"Kita tidak dapat terima bila pengedar dadah secara runcit ini telah sasarkan kumpulan anak-anak sekolah rendah seawal 10 tahun," katanya pada sambutan Hari Antidadah 2014 di Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Kajang dekat sini Selasa.
Zahid Hamidi berkata sehubungan itu, pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah dan ibu bapa perlu melakukan sesuatu agar kegiatan ini dapat dibanteras lebih awal.
Zahid berkata pada 2010, hanya 173 klien remaja mendapatkan perkhidmatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia namun jumlah itu meningkat kepada 863 orang pada 2011, dan pada 2012 kepada 1,180 orang dan (1,209) tahun lepas.
"Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh klien remaja ini, hampir keseluruhan daripada mereka terlibat dengan dadah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba dengan rokok adalah bahan awal yang diambil oleh mereka sebelum terlibat dengan penagihan dadah," katanya.sumber
Pemimpin wanita berkain batik, ditangkap khalwat ,dekat Perlis.
![]() |
| Foto hiasan Ahli Puteri UMNO. |
Kangar: Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam.
Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai tuala dan baju-T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.
Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan polis.(sumber)
Penjenayah itu ada niat bunuh Koperal Raja Aizam
![]() |
| Semoga roh Allahyarham Raja Aizam bersama orang beriman dan soleh.Allahyarham meninggal dunia kerana diserang penjenayah warga asing. |
Petaling Jaya: Empat suspek warga asing termasuk tiga wanita dan seorang lelaki ditahan polis berhubung serangan ke atas dua anggota polis di Klang.
Sebilah parang dan pisau rambo turut ditemui di tempat kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Selasa.
Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Seorang anggota polis ditikam sehingga mati dan dua warga asing ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan lima warga asing di Taman Sentosa, Klang, awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.
Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika sedang membuat pemeriksaan.
Difahamkan dalam pergelutan yang berlaku, pistol milik Raja Aizam telah dirampas suspek yang cuba menembak Mohd Aidil tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas Mohd Aidil dan kemudian menembak dua suspek.
Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Mohd Aidil masih menerima rawatan di hospital sama.(sumber)
Monday, March 3, 2014
Sebelum pilihanraya SPRM sibuk dakwa,selepas PRU ,dakwaan cacat.
Fitnah khalwat di Kajang,Badrul Amin kena "report"polis.
![]() |
| Seorang Facebooker Afiq KLtown II telah membuat satu post fitnah ke atas Dr Badrul Amin.Dia telah menuduh "Badrul Amin kena tangkap malam tadi di Kajang bersama wanita berumur 30an oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Ustaz Badrul Amin kena buat "report" polis.Ust Dr Badrul Amin kena failkan saman fitnah ke atas facebooker ini. Boleh minta RM800 ribu macam DS Anwar Ibrahim dapat dari Papa Gomo. Musim pilihanraya macam-macam boleh berlaku. |
Sunday, March 2, 2014
Najib dan Mukhriz yang selfie.
![]() |
| Selfie.Anak Tun Razak dan anak Tun Mahathir.Kedua-duanya dari kecil sudah naik kapalterbang.Anak orang bangsawan mana tahu denyut nadi rakyat.Harga padi tidak naik-naik mereka tidak tahu(klik).Harga getah sudah jatuh mereka tidak peduli.Kuasa beli sudah rendah,mereka mana ambil kisah.Yang mereka tahu naikkan harga seperti petroleum,bil eletrik,bil air ,tarik balik subsidi.Sepatutnya hasil negara yang banyak dimanfaatkan kepada golongan marhaen. |
Pada 6 Mac ini pelancaran Gerakan Suara Orang kampung.Bertjuan membela petani,penternak dan Nelayan.Bertempat dekat Jalan Ampang,berhadapan KLCC.
Berilah peluang Dr Kassim Ahmad bertaubat.
Saturday, March 1, 2014
Tarik sokongan Cina ,nak jadi konstabel polis cukup lulus BM
![]() |
Hendak jadi konstabel polis.Telah berlaku kelongkaran syarat kepada orang Cina.Adakah kerana untuk dapat undi di PRK Kajang.? Atau untuk menarik sokongan rakyat Cina kepada MCA atau BN?Kelonggaran syarat bagi kaum Cina hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.Adakah kini Bahasa Kebangsaan sudah tidak penting untuk menjadi anggota polis?
Kuala Lumpur, 1 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.
Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.
"Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas," katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, hari ini.
Beliau berkata bilangan kaum Cina berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.
Mohd Bakri berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menarik penyertaan kaum Cina, yang akan menjalankan program penerangan mengenai kerjaya dalam PDRM kepada kaum itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Bukit Aman ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata sesi pertama pengambilan konstabel baharu tahun ini akan dibuka mulai Isnin ini.
Katanya, kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
"Syarat kemasukan sebelum ini buat kaum Cina iaitu perlu kepujian Bahasa Malaysia jadi kita mempertimbangkan keadaan (kelonggaran) ini khas untuk kaum Cina," katanya dalam sesi wawancara Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel bagi Mengalakkan Penyertaan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM Tahun 2014, di sini.
Menurut Saiful, kelonggaran itu harus dibuat kerana nisbah keanggotaan PDRM ketika ini tidak seimbang antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.
"Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya lain-lain kaum," katanya.
Beliau berkata kekurangan kaum Cina dalam PDRM didorong beberapa sebab antaranya gaji dianggap masih rendah dan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka menyertai PDRM.
"Diikutkan kajian, ramai daripada mereka tidak tahu gaji konstabel kini boleh mencecah RM3,000 sebulan termasuk semua elaun," katanya.
Bagi pengambilan bermula Isnin ini, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang telah lengkap diisi dihantar ke balai-balai polis berdekatan atau ke Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman.
BERNAMA
Friday, February 28, 2014
Ranking Blog Pakatan Rakyat terkini,Anak Sungai Derhaka nombor 1.
Ranking Blog Pakatan Rakyat terkini .Untuk tarikh 1 Mac ini blog Anak Sungai Derhaka mendapat ranking pertama.Blog Sisi Bukit masih jauh ketinggalan, ranking nombor 20.Blog Cenangau yang membuat kerja baik ini di rangking ke 7.(klik untuk info)
Kenapa Dato' Tuan Ibrahim tak rasmi Munaqasyah PAS Perak?
![]() |
| Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat Perak akan berlangsung esok, 1 Mac 2014.Tentatif program bermula pada 8 pagi.Pembentang Dr Hatta Ramli dan Sdr Suhaizan Kaiat. |
![]() |
| Esok juga berlangsung ceramah perdana Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS. |
Taiping-Esok akan berlangsung dua program seperti tertera di atas.Esok juga akan menguji pimpinan Dewan Harian Kawasan Tambun antara mendengar ucapan Dato'Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau mengikuti program Munaqasyah PAS Perak.
Thursday, February 27, 2014
Adakah UMNO akan tolong bayar saman Papa Gomo?
Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu. Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo..(berita lanjut) Di sini timbul pertanyaan ,adakah UMNO akan tolong bayar duit saman berjumlah RM800 ribu itu? Mungkin Papa Gomo boleh bayar duit kos mahkamah RM50 ribu,sahaja? |
Subscribe to:
Posts (Atom)













