![]() |
Pengurus Kempen Calon PAS di Dun Sungai Limau diharap tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kecil. Masa berbaki tiga hari ini gunakanlah dengan bijak dan berstrategik. |
Thursday, October 31, 2013
Tiga hari lagi,Pengurus Kempen Ustaz Azam kena cerdik.
Wednesday, October 30, 2013
Memburu pembunuh pegawai bank nombor satu,bukannya sebar gambar mangsa yang dicari.
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Okt lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.
Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.
"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Rabu.
Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.
Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini.
Tuesday, October 29, 2013
Susu krimer tamat tempoh,pemimpin UMNO cuba khianat Mukhriz.
Ketua Pemuda dan Timbalan jadilah Ketua untuk anak muda Malaysia bukan PAS sahaja,
![]() |
Salman Salleh salah seorang calon yang menawar diri untuk menjadi Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak .Beliau merupakan salah seorang Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak. |
Taiping- Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak,YB Ustaz Abu Bakar Hussin dalam Konvensyen PAS Perak baru-baru ini,"Pemimpin di peringkat negeri perlu berperanan sebagai pemimpin negeri yang di bawahnya mengandungi pelbagai lapisan masyarakat,agama,usia dan kaum.
Menurut Ustaz Abu Bakar lagi,pemimpin usah terkurung pada tahap pemikiran pemimpin membangkang sahaja yang asyik berkubu dalam markaz sendiri.Garang dalam kelompok sendiri tapi gagal menyerlah di tengah-tengah masyarakat.
Ku Is kerabat diraja Perak bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS
Monday, October 28, 2013
Langkah tarik balik foto calon, langkah bijak .
Tindakan perlu diambil ke atas mereka yang terlibat dalam teknik super impose calon PAS.
YAN - Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.
"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.
Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.
Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.
Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.
Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.
Katanya Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.
Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen Pas, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."
Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun Sungai Limau.
Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.
Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.
Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.
Katanya Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh Pas hari ini.
PRK Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azam dan calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim. - Bernama

Hero-Muhkriz mahu jadikan Sungai Limau sebagai kubur PAS bukannya kubu PAS.
Ipoh- Menurut Datuk Mahfuz Omar ,Mukhriz Mahathir akan melakukan apa saja untuk menang dalam PRK Dun Sungai Limau.Jelas Datuk Mahfuz Omar lagi,Mukhriz mahu menunjukkan kerana dia Kedah dapat ditawan dan kerana dia Sungai Limau dapat ditawan."Mukhriz ,mahu tunjuk dialah hero"kata Datuk Mahfuz Omar. Untuk jadi hero,Muhkriz mahu jadikan Sungai Limau sebagai kubur PAS bukannya kubu PAS.
Sunday, October 27, 2013
Shafie Afdal jumpa pengundi bagi duit RM200.00 ,dakwa Mahfuz Omar.
Saturday, October 26, 2013
Nak kuat seks jangan makan gula lebih kata Najib.
Sementara Timbalan Perdana Menteri bertindak biadap dan tidak berakhlak boleh menghina Allahyarham TS Ustaz Azizan."Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang Almarhum (Azizan).Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong."Kata TS Muhyiddin.
Friday, October 25, 2013
Muhyiddin Yasin apa sudah jadi,tiada lesen boleh dapat tender jaga sekolah.
![]() |
30,000 jaga haram. Muhyiddin Yasin kena bertangungjawab,syarikat tiada lesen boleh mohon tender kawalan keselamatan di sekolah.Hanya pandai kempen pilihanraya ,tangan bahu tahi tak tahu? |
Bajet,mana pergi penasihat ekonomi Tuan Guru Haji Abdul Hadi.?
Maaf sekadar ingin bertanya,mana perginya penasihat ekonomi DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi,ulasan Tok Guru mengenai bajet amat ringkas berbanding ulasan DS Anwar Ibrahim. Sepatutnya penasihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi kena beri input kepada Tok Guru kita. Cuba baca dua pandangan yang dipetik melalui harakahdaily.
Pandangan Tuan Guru Abdul Hadi.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.
Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok.
"Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat," katanya ditemui di lobi Parlimen.
Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600.
Pandangan DS Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku.
Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.
“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan,” ujarnya dipetik Selangorku.
Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian.
Tambahnya, GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.
“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, semalam.
Perdana Menteri dari golongan bangsawan, GST padahnya.
![]() |
Perdana Menteri umur tiga tahun sudah naik kapalterbang.Mana tau kesusahan rakyat.Peritnya ikat perut ,mana Najib Razak tau. |
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.
"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.
Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.
"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."
Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.
Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".
Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
Ahli Parlimen PAS tumpu sidang Parlimen tak payah sangat Sungai Limau.
Thursday, October 24, 2013
Nizar rakam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Norazita yang mati ditembak.
Kampar,24 Oktober-Dato'Seri Nizar Adun Changkat Jering,merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada suami,anak-anak dan kaum keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib.DS Nizar mengharapkan mereka yang bersalah dihukum .Beliau juga mendoakan semoga roh Allahyarhamah Norazita Abu Talib ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.
Pembunuh Norazita Abu Talib jaga haram .
![]() |
30,000 jaga haram terdapat di Lembah Klang,kalau seluruh Malaysia berapa pula?Siapa tuan punya syarikat kawalan keselamatan ini?Mungkinkah orang kuat UMNO,yang mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Dalam Negeri. |
Wednesday, October 23, 2013
30,000 jaga haram,Lembah Klang sudah tidak selamat
Rentetan seorang Pegawai Bank mati ditembak oleh Pengawal Keselamatan ,Lembah Klang juga dilaporkan mempunyai 30,000 jaga haram. (kes pegawai bank mati ditembak)"Tembakan dari jaga yang tak diketahui identiti itu mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," "Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod. |
Pegawai Bank mati ditembak ,pengawal keselamatan sendiri.
Slmt mlm tuan.kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.
Berita 2:
SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.
Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.
Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.
Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.
Foto Ahli Parlimen Malaysia tidur .
Tuesday, October 22, 2013
Sungai Limau, gambar Presiden MCA , MIC juga Hishamudin tak perlu ada.
Dua Penjuru di DUN Sungai Limau.
YAN: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu.
Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Ustaz Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Ustaz Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.
Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.
Mesej dari Mahfuz Omar kekalkan yang ada.
Berita Harian cuba matikan kerjaya politik Husam Musa.
"Bagi saya, ia tindakan penakut tidak amanah dan tidak beretika apabila seorang sumber dalaman PAS yang cuba menyerang dengan secara terbuka ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kamarul yang mempunyai Ijazah Sarjana melalui tesis “PAS di bawah Kepimpinan Ulama” berkata, perbuatan sumber mendedahkan perjumpaan yang berlaku hari ini kepada media juga disifatkan pendedahan berat sebelah yang tidak adil.
“Dalam laporan tersebut sumber cuba mengkritik Husam dengan berkata Husam sebagai bekas Exco kanan negeri sepatutnya lebih memahami dan mengikut prosedur teguran ketika dalam Sidang Dewan Rakyat (DUN).
“Namun adakah sumber itu sendiri mengikut prosedur yang betul mendedahkan perjumpaan tanpa kebenaran pemimpin parti kepada media?” soalnya.
Pengkaji politik itu berkata lagi, laporan tersebut cuba memberi gambaran buruk dan memusnahkan kerjaya politik Husam seolah-olah pemimpin itu melakukan kesalahan dan bakal dihukum kerana kritikan terbuka.
"Pada pendapat saya Husam cuba membawa pembaharuan bersuara dengan lantangnya demi kebaikan, itu perkara biasa dan ia mencerminkan ketelusan pentadbiran.
"Mungkin kerana budaya kita yang tidak biasa begitu, bila kita cuba mengkritik meluahkan kebimbanga mereka akan anggap kita menentang tapi saya pasti niat Husam ingin meningkatkan lagi kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri namun ia telah disalah anggap," katanya.
Kritikan terbuka Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) ke atas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi dan ia tidak seharusnya diperbesarkan dan digambarkan secara negatif, kata pengkaji politik Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Kamarul membidas laporan Berita Harian yang mengatakan kononnya Husam diminta memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PAS ekoran kenyataannnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam satu perjumpaan hari ini.
Malah kata Kamarul sumber juga tidak amanah kerana dengan beraninya mendedahkan kandungan perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 10 Oktober lalu biarpun tidak diberikan mandat untuk berbuat perkara demikian.
Hari ini dalam laporan akhbar Berita Harian bertajuk "PAS minta penjelasan Husam: Kritikan terbuka Adun Salor terhadap Kerajaan Kelantan cetus kontroversi" memetik sumber yang berkata Husam telah diminta untuk membuat penjelasan dalam perjumpaan khas hari ini di Kota Bahru di mana ia akan diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Nada suaranya (Husam) seolah-olah beliau menjadi ketua pembangkang, parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah dengan cara lebih berhemah," katanya.
Sumber berkata lagi, serangan secara terbuka bekas Exco kanan kerajaan negeri itu merupakan kecaman pertama oleh pemimpin sendiri sejak PAS memerintah negeri itu selama 32 tahun.
Pada 8 dan 9 Oktober Husam dikatakan mengkritik kerajaan negeri secara lantang ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulunggan pada sidang DUN.
Beliau menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1,400 hektar tanah di Hutan SImpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya rakyat, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri.
Kamarul pernah menulis tesis bertajuk "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama, 1982-2004" manakala untuk tesis master beliau bertajuk "PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982". – sumber 22 Oktober, 2013.
Raja,Ketua DHPP Bukit Gantang cedera kemalangan jalanraya.
![]() |
Kelihatan anggota bomba sedang membantu menenangkan keadaan. |
![]() |
Sdr Raja dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan.Beliau kini ditempatkan Di Wad 14,Hospital Taiping,Perak |
Kes sarjan tertembak budak,Ketua Polis Negara tak minta maaf pun.
IPOH – Mangsa peluru sesat, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua atau tiga hari selepas melalui pembedahan mengeluarkan peluru di kerongkongnya, kelmarin.
Bapanya, Mohd Azizi Abdullah, 48, bagaimanapun memberitahu, anak bongsunya itu masih trauma.
“Kami gembira apabila dia selamat menjalani pembedahan. Doktor nasihat Mohd Amar diberi air dingin supaya tidak menjejaskan luka dalaman.
“Kami ahli keluarga pun tidak banyak bertanya mengenai kejadian itu, tetapi memberi dia semangat supaya cepat pulih,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Pada masa sama, menurutnya, dia kecewa apabila tiada seorang pun wakil anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes itu menemui keluarganya untuk menyatakan rasa simpati atau meminta maaf.
Dalam kejadian14 Oktober lalu, seorang polis berpangkat sarjan didakwa sedang membersihkan pistol di tangga rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, dipercayai tertekan picu senjata itu dan pelurunya mengenai Mohd Amar yang berada kira-kira 40 meter dari tempat tersebut.
Sementara itu, sekumpulan doktor pakar diketuai Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgeri, Dr Cheang Chee Keong dilaporkan menggunakan kaedah ‘endoscope’ bagi mengeluarkan peluru berkenaan.
Dr Chee Keong berkata, Mohd Amar perlu memakai pendakap leher selama beberapa bulan akibat terdapat retakan pada tulang lehernya.
“Mohd Amar perlu buat rawatan susulan dan pemantauan berterusan dalam masa dua bulan bagi menstabilkan lehernya. Saya jangka tiada pembedahan diperlukan selepas ini.
“Keadaan Mohd Amar dilihat masih trauma. Semua pihak diminta untuk tidak mengganggunya," katanya pada sidang media dikendalikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Nolee Ashilin Mohd Radzi, di sini.
Menurutnya, kejayaan pembedahan berisiko tinggi melibatkan beberapa pakar dari Jabatan Neurosurgeri dan Otorinolaryngiologi (ENT) serta Anaestesiologi, diadikann sebagai satu kajian (study case).(sumber sh)

Monday, October 21, 2013
Jika kalah di Dun Sungai Limau,jangan mimpi ambil semula Kedah-Mat Sabu
Banjir ,UMNO Bukit Gantang guna duit YBU,PAS guna duit rakyat.
Sunday, October 20, 2013
Rayuan petisyen Dun Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau ,hari ini.
![]() |
DS Nizar sudah sampai di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar petisyen DUN Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau. |
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Oktober ,hari ini untuk mendengar secara serentak rayuan enam petisyen pilihan raya.
Petisyen itu ialah bagi kerusi Parlimen Machang dan Ketereh di Kelantan manakala empat lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak iaitu Pasir Panjang, Manong, Selama dan Lubok Merbau.
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Razlan Hadri bagi menangguhkan pendengaran rayuan petisyen bagi Machang yang dijadualkan hari ini(Berita terdahulu)
Datuk Syed Hussin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang,PAS mesti bijak.
Thursday, October 17, 2013
Haji Mat Sabu jumpa penduduk Taiping 21 Oktober ini.
Cabul pelajar,guru dibebaskan oleh Mahkamah Majistret
PETALING JAYA: Seorang guru sekolah rendah sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan mencabul pelajar apabila Mahkamah Majistret di sini membebaskan beliau atas alasan keraguan yang munasabah.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid memerintahkan Mohd Radzi Misran, 57, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Mohd Radzi didakwa mencabul seorang pelajar berusia lapan tahun di sebuah sekolah di Subang Jaya pada 29 Mac 2011.
Mahkamah mendapati bukti saksi pendakwaan tidak menyokong keterangan mangsa kerana ia adalah berdasarkan semata-mata atas apa yang mangsa katakan kepada saksi lain.
"Bagaimanapun, bukti mangsa masih bercanggah dengan kenyataan saksi lain, terutamanya bagaimana dia dicabul," kata Ahmad Solihin.(sumber)
Kalimah Allah isu utama UMNO di Sungai Limau?
Wednesday, October 16, 2013
Kerana undi Naib Presiden-Kaum Cina yang terlibat kasino,4D,Toto dan rumah urut.
Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.
Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.
Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.
"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.( lagi sumber)
Zaman Tunku Rahman,pemain minum pun dibuang,sebab tu boleh masuk Olimpik.
Subscribe to:
Posts (Atom)