Showing posts with label cikgu din. Show all posts
Showing posts with label cikgu din. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Memburu pembunuh pegawai bank nombor satu,bukannya sebar gambar mangsa yang dicari.


SHAH ALAM: Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Okt lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Rabu.

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini.

Monday, August 29, 2011

Ucap Selamat Raya Dari Bukit Aman

Satu SMS mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.Dengan mohon maaf zahir dan batin.Anggota polis berpangkat ASP dari unit UTK itu juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali -54.



Beliau yang kita kenal melalui PRK Bukit Gantang 2009,sudah tiga kali raya, ASP dari Unit UTK itu menghantar SMS.



Bagi kita hubungan silaturrahim perlu diteruskan.Walaupun kita tahu ,ASP itu bekerja untuk kerajaan BN.



Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kemerdekaan. Dengan harapan anggota polis terus bersikap adi,telus dan akauntabiliti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,mudah-mudah Hari Raya Terakhir di bawah Kerajaan BN



Penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.InsyaAllah dengan doa rakyat Kerajaan Baru dipimpin Pakatan Rakyat pada tahun 1433 hjirah nanti.

Friday, September 10, 2010

Balik Kampung Jumpa Kaum Kerabat

Anak-anak bergambar bersama Tok Wan mereka di Taiping.Maaf yang empunya blog dan isteri tiada dalam gambar.


Kelmarin lagi sudah balik kampung bertemu bonda tersayang dekat Ipoh,di Kampung Ahmad Said,Sg Kati. Sempat untuk bertemu opah yang tinggal bersama Wan Chu dekat Sg Tapah.

Hari ini masih tidak ke mana-mana.Letiih makan lemang dan ketupat.Namun teman -teman semasa kecil dan sekolah tidak ketemui lagi sehingga kini.

Masing-masing beraya di rumah mertua masing-masing.Alhamdulillah masih sempat berblog.

Saturday, August 14, 2010

Marilah kita meringankan beban Ahli Parlimen

Bulan Ramadhan yang masih berbaki 25 hari ini,marilah kita jadikan bulan keazaman kita untuk meringankan beban kewangan Ahli Parlimen dan tugas Ahli Parlimen.

Kita terpaksa menulis kerana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat peruntukan mereka dirampas oleh Ketua Umno Bahagian.Semua peruntukan terletak di Pejabat Daerah bahagian pembangunan.

Kita sebagai petugas parti atau jentera parti boleh meringan tugas Ahli Parlimen.Cawangan Pas perlu mencari dana untuk kegunaan masyarakat di lokaliti masing-masing.Kenapa sebelum kita mempunyai wakil rakyat,kita mampu membantu masyarakat dengan duit kocek rakyat.Masyarakat terus memberi derma kepada kita untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Bulan ini sahaja kita menerima permintaan penduduk untuk disampaikan kepada DS Nizar.Malang sekali untuk memanggil DS Nizar berbuka puasa di Surau atau Masjid, mereka meminta Ahli Parlimen memberi sedikit sumbangan.Lalu kita menjawab terlalu ramai orang yang ingin menjamu DS Nizar.Jika tidak berminat kita akan bawa DS Nizar ke tempat lain.Pihak mereka yang memanggil DS Nizar ,DS Nizar pula yang kena memberi sumbangan.Kita katakan gunakan kekuatan dan kelebihan cawangan untuk meringankan beban tugas Ahli Parlimen kita.

Begitu juga terdapat surau yang kita kuasai dan urus memohon beberapa keperluan untuk masyarakat.Dahulu semasa kita tidak menang di Bukit Gantang,kita pandai mencari duit sendiri,pada PAS pun mereka tidak minta.Era kuatnya Pakatan Rakyat mereka mula meminta peruntukan Ahli Parlimen,walhal mereka tahu yang memegang duit Ketua UMNO bahagian.

Petugas kita seolah lupa, duit kita dikocek rakyat marhaen dan dermawan.Budaya dari parti lain tidak perlu di bawa,meminta-minta .Meskipun kita tahu cawangan dan organisasi kita banyak duit.

Sekali lagi kita merayu marilah kita ringan tugas Ahli Parlimen dengan tidak meminta-minta,sedangkan kita berduit dan mampu.

Tunjukkan kita tetap sama ,kerana kita selalu meringan parti dalam menyantuni masyarakat.

Wednesday, August 4, 2010

Saman ekor:Khairy Bela Golongan Pemodal

Ketua Pemuda Umno Si Khairy kelmarin menggesa kerajaan menghapuskan terus saman ekor kerana ia dilihat sebagai satu hukuman yang tidak adil dan membebankan pengusaha pengangkutan awam di negara ini.


Kita bersetuju dengan Khairy jika semua pemegang saman ekor juga dilupuskan notis itu.Khairy sepatutnya tidak memilih dalam mengeluarkan kenyataan.

Khairy Jamaluddin menjelaskan kepada pemberita , konsep saman ekor yang dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep keadilan sosial kerana denda tersebut perlu dibayar oleh pengusaha syarikat pengangkutan awam dan bukannya oleh pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.

"Saya melihat saman ekor ini bukan sahaja membebankan pemilik kenderaan malah pengusaha-pengusaha pengangkutan awam di negara ini."ujar Khairy Jamaluddin.


Aduhai ,Khairy nampak saman ekor ini zalim setelah menerima aduan pengusaha bas!.Sepatutnya Khairy berhujahlah dalam Majlis Tertinggi UMNO,minta Jemaah Menteri mansuhkan saman ekor itu .


Khairy agak lambat betindak,namun begitu tahniah kerana berani bersuara .Suaranya pun pula seolah-olah membela golongan pemodal bukannya golongan rakyat marhaen.


Nizar:Bulan Ramadhan Memenuhi Permintaan Penduduk

Bulan Ramadhan semakin hampir.Bagi kita di Pusat Khidmat menyusun jadual DS Nizar yang boleh memenuhi harapan rakyat amat rumit.

Nizar pimpinan nasional dan antarabangsa.Beliau perlu bertemu banyak orang selaku Pengerusi Pakatan Rakyat dan AJK Pas Malaysia.

Jadi kita di Bukit Gantang amat beruntung kerana DS Nizar Ahli Parlimen kita.Justeru itu kita yang membantu Sekretariat Parlimen menyusun jadual DS Nizar memahami pengaruh DS Nizar ke atas rakyat.

Penduduk kampung ingin DS Nizar memenuhi jadual atau program mereka mengikut kehendak masyarakat mereka.Izin Allah Nizar akan memenuhinya.Bagi pimpinan kampung yang faham jadual aktiviti Nizar tidak berapa kisah dengan tarikh yang diberi.Tetapi terdapat segelintir pimpinan yang ingin DS Nizar mengikut tarikh mereka.Kadang-kadang program tangguh kerana DS Nizar memenuhi program parti dan PR.Kebanyakannya tidak mahu diganti.

"Kami mahu DS Nizar"kata penduduk."Kami ikut masa DS Nizar"minta mereka. Kita pula akan menyusun program semula untuk memenuhi aktiviti masyarakat setempat.

Bulan Ramadhan datang lagi,kita mula menyusun jadual DS Nizar bertemu masyarakat.Jadual DS Nizar pada 15 Ogos ini atau mungkin 5 Ramadhan ini.

Jadual padat dari Solat Zohor sehinggalah Tazkirah selepas Solat Taraweh.Jadual akan datang kita sedang berusaha membuatnya .Pihak penduduk hanya boleh memilih satu program dan masa yang berbeza.Jika mereka bersetuju,kita sedaya upaya cuba"set" jadual DS Nizar.

Namun begitu untuk memuaskan semua pihak amat payah.Silap maklumat dan penerangan kita pula dituduh pilih kasih.

Kita mengharapkan penduduk Parlimen Bukit Gantang bersabar untuk bersama DS Nizar.Mereka juga punya pilihan untuk bersama YDP Pas Ustaz Nordin Jaafar.Tetapi bersediakah mereka?

Saturday, July 31, 2010

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok

Memang benar apa yang dikata Menteri Pengajian Tinggi,Khaled Nordin,Pemuda UMNO jangan berkokok di luar sahaja.Jika mempunyai idea dan cadangan kemukakan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi.(rujuk)

Khairy Jamaluddin mesti berani,terdapat Menteri Kabinet yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden ditipu hidup-hidup oleh Ling Leong Sik.

Khairy sepatutnya usah bergaduh hujah dengan Ibrahim Ali,orang kuat Perkasa. Menghabiskan boras sahaja.

Lebih baik hujah membela rakyat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,bertambah pula menteri yang jadi Ahli Mesyuarat bodoh,mudah ditipu.?Siapa yang menipu Ling Leong Sik.

Lagi satu Khairy usahlah menipu diri sendiri,menghentam Pakatan Rakyat khususnya DS Anwar Ibrahim.Khairy sepatutnya bekerjasama dengan PR membela rakyat.Isu perkauman usah ditimbulkan.Jelaskan kepada rakyat UMNOlah yang mengkhianat orang Melayu.

Mana rakyat diutamakan,sedang harga barang naik.Kalau setakat isu pasir di Selangor riuh -rendah , lebih baik bantulah Khalid Ibrahim dengan menasihat kerajaan Selangor jangan menghampiri rasuah.Kelak diazab api neraka!

90 peratus Rogol Orang Melayu-Itu Bukti Umno Gagal

Kita membaca petikan laman portal secara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu.


Menurut Kamal Afandi Hashim berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.


Namun bagi kita ,selagi UMNO memerintah Malaysia ,selagi itulah masalah sosial orang Melayu tidak dapat dicegah.


Kita lihat penyalahgunaan dadah,UMNO masih gagal.Orang Melayu yang menagih bertambah.Pintu sempadan masih bolos.Dadah masih boleh diedar.


Marilah kita bersama-sama bekerja keras untuk memenangkan Pakatan Rakyat.Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat di Malaysia,insyaAllah kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia lebih terjamin.


Ayuh,kita cari pengundi muda untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Friday, July 30, 2010

Dua Ceramah Malam Esok- Zambry dan Nizar pilihan siapa.

Esok 1 Ogos terdapat dua ceramah.Satu anjuran UMNO dan Kerajaan BN Perak di Pekan Bukit Gantang. Zambry Kadir akan dijangka berceramah dalam program mereka.Program mereka Rapat 1 Malaysia.

Ceramah anjuran PKR bertempat di Pejabat PKR Taman Molek Simpang pada 1 Ogos ini menampilkan DS Nizar dan Dato' Zaid Ibrahim.

Kita akan melihat sambutan rakyat terhadap dua ceramah ini.Satu tempat mempunyai agensi kerajaan membantu UMNO.Satu tempat lagi di Perkarangan Pejabat PKR Cabang Bukit Gantang.Kita akan melihat sambutan rakyat.

Siapakah MB yang masih popular dalam kalangan rakyat. UMNO mahu melihat tanda aras sokongan rakyat terhadap mereka.

Jom penyokong Pakatan Rakyat kita mendengar Ceramah MB Rakyat DS Nizar esok 1 Ogos.Kita turun ramai-ramai beri sokongan.

Cerita Budak Sekolah Kabinet Malaysia Kabinet Bodoh.


Budak sekolah memberitahu kita,Kabinet BN betul-betul Kabinet orang bodoh.Semua Menteri kena tipu hidup-hidup.

Seorang penduduk Tionghua beritahu kita, Anugerah Tun menyebabkan Ling Liong Sik tidak akan disiasat berhubung aset yang beliau miliki.

Menurut seorang penduduk Kampung Air Kuning ,Changkat Jering.Tindakan dakwa Ling Leong Sik sebaik sahaja Najib PM satu Malaysia bercuti ke luar negara.Akhirnya lepas begitu sahaja.Lihat Eric Chia dan Kasitah Gadam bicara dan dakwa bagai nak rak sebelum PRU 12,tetapi akhirnya tiada bukti untuk dihukum.Mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah.


Kini Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri

Bekas presiden MCA itu didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.


Ling juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.


Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.


Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sekali lagi kita boleh melihat sejarah.Adakah sejarah berulang lagi?


Betul-betul hebatnya Malaysia sebab Jemaah Menteri kena tipu.Yang menipu pula mendapat anugerah TUN.

Thursday, July 29, 2010

YB Hamidah Osman Exco Perak Beri Rakyat Beras Hancur 15 %?

Kita mendapat maklumat Ketua Penerangan Batu Gajah,YB Hamidah Osman Exco Perempuan Kerajaan Mahkamah memberi bantuan rakyat miskin dalam Dun Sg Rapat,Parlimen Gopeng.

Seronoknya orang miskin tetapi akhirnya mereka pun tak sudi menerimanya.Penduduk yang mempunyai maruah tadi menolak pemberian kepada mereka.

Dikatakan YB Hamidah Osman,orang kesayangan Zambry Kadir itu menghina penduduk miskin dengan memberi bantuan beras hancur 15 pratus.

Jadi orang kampung tadi menyindir Hamidah,setakat beras hancur mereka pun tak ingin.Mereka pun makan beras hancur 5 peratus.Dakwa mereka Hamidah Osman punya kedekut,kedekut tahi hidung masin.

Bantu rakyat guna duit rakyat,tetapi bantu pula beri beras hancur 15 peratus bersubsidi.

Heboh Kuda Tunggangan Osman Jailu Ingin Masuk Pas

Kita dikhabarkan teman-teman Dun Changkat Jering terdapat anggota pengkhianat yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ingin menjadi ahli PAS.

Individu itu bercadang menjadi ahli UMNO di sebuah cawangan dalam Dun Changkat Jering tetapi ditolak UMNO Cawangan itu.Jadi pilihan dia hanya PAS,sebab ahli PKR dan UMNO memang membenci beliau.

Namun Pas Bukit Gantang ,pada pandangan kita tidak akan menerima pengkhianat yang menjatuhkan sebuah kerajaan sah rakyat di Perak.Dosa orang suruhan Osman itu tetap diingati.

Pimpinan UMNO cawangan yang mengenali kita ,memberitahu "budak suruhan Osman " itu bermasalah ,jika UMNO cawangan terima dia menjadi ahli UMNO cawangan itu akan mati.Ahli-ahli UMNO akan boikot.

Kita diminta pandangan,kita memberitahu kita akan menentang kemasukan budak Osman Jailu menjadi Ahli Pas kerana beliau memang bermasalah.Mana mungkin bersekongkol dengan Osman Jailu menjatuhkan kerajaan rakyat.

Bagi Osman Jailu,sepah perlu dibuang,kerana madu sudah didapati.Bagi budak Osman itu,kepentingannya untuk mendapat hadiah dan habuan Osman Jailu,tetapi kini Osman tidak percaya dengan dia lagi.Untuk menyelamatkan diri pilihan dia hanya PAS.

Kita pun melihat budak Osman yang bercita-cita hendak menjadi Ahli Pas itu keseorangan.

Sementara itu seorang teman memberitahu kita Budak Suruhan Osman Jailu itu mungkin diupah untuk menjadi Ahli Pas untuk merosakkan hubungan Pakatan Rakyat Bukit Gantang. Mereka juga menegaskan untuk merosakkan PAS Bukit Gantang.

Saturday, July 24, 2010

PLKN wujud, kes buang bayi dan anak luar nikah makin banyak?

Kewujudan PLKN sejak tahun 2003 kelihatan tidak memberi kesan kepada anak muda.Kes pembuangan bayi dan anak luar nikah pula semakin meningkat seolah-olah seperti bencana negara.

Setiap tahun kerajaan membazirkan RM 500 juta untuk program PLKN. Apa yang kita diberitahu program ini disertai banyak remaja yang bermasalah ,merekalah yang lebih berani untuk merempit apabila tamat tempoh PLKN.

Tempoh tiga bulan untuk membangkitkan patriotisme pemuda-pemudi menjadi tidak berkesan.Tiga bulan mana mungkin membentuk semangat nilai positif diri pelatih.Jika PLKN ditubuh untuk membentuk semangat integrasi kaum,nampak benar selama 11 tahun mereka di bangku persekolahan Kementerian Pelajaran tidak berjaya merubah golongan muda.

Program PLKN menguntungkan mereka yang rapat dengan pemerintah.Syarikat pembekal makanan,pembekal pakaian seragam,pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem dan selenggaraan kem.

Alangkah baik peruntukan RM500 juta itu diberi kepada persatuan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam,Kadet Remaja Sekolah,Pasukan Pengakap,Pasukan Bulan Sabit Merah,Pasukan Pandu Puteri,St John Ambulans dan Pasukan Kadet Polis .

Sudah tentu ,Unit Uniform itu mampu membina jati diri pelajar dan mengatur pelbagai program mendidik generasi muda dengan mempunyai peruntukan atau dana daripada kerajaan.

Kita rasa PLKN perlu dimansuhkan,kerana kita tidak melihat objektif PLKN ini telah tercapai .

Friday, July 23, 2010

DS Nizar programnya selalu ditanya SB?

Semasa kita menjadi sebahagian Pasukan Sekretariat Ahli Parlimen Bukit Gantang Allahyarham Hj Roslan Shaharum,kita langsung tidak ditanya pihak berkenaan khususnya SB pergerakan Allahyarham.

Tetapi apabila kita membantu Pasukan Sekretariat Ahli Parlimen di bawah DS Nizar,pergerakan DS Nizar menjadi minat pihak berkenaan.

Seringkali bertanya aktiviti DS Nizar di Bukit Gantang.Kadang-kadang soalan bentuk perangkap dan kita biasanya meminta mereka bertanya YDP Bukit Gantang,Ketua Kita Ustaz Nordin Jaafar.

Kita tahu mereka menjalankan tugas, kita juga menjalankan tugas parti dan membantu pihak Sekretariat mengurus DS Nizar bertemu rakyat.

Setakat hari ini perkembangan amat menarik ,orang Melayu khususnya dalam Parlimen Bukit Gantang masih bersama kita.Walaupun UMNO membuat fitnah tentang Nizar,isu Melayu,penduduk di sini tidak termakan.Mereka tahu siapa yang jual Kilang Simen Perak Hanjong,Padang Rengas ,mereka juga tahu siapa yang hadiah pulau Pangkor Laut dekat Vincent Tan,Mereka juga tahu tanah Malay Reserve dekat Segari yang belum berganti.

Terima kasih kepada agensi kerajaan masih terus bersikap profesional meringgankan beban kerja Ahli Parlimen.

Tuesday, July 20, 2010

Zambry Ngelabah Program Tak Dapat Sambutan.

Kita diminta menulis berkenaan Zambry MB Mahkamah yang telah berkampung di Sungai Kerang dalam Dun Trong.

Seorang penduduk sanggup bertemu kita sewaktu ceramah di Sungai Tinggi baru-baru ini,semata-mata hendak bercerita sambutan rakyat dengan Zambry.

"Cikgu tau tak Qiamulail baru-baru ini di Masjid Permatang Raja,banyak sejadah dan tiang"kata seorang Pak Cik.Masjid Permatang Raja terletak dalam DUN Trong dan berwakil rakyat Rosli Husein.

Kita baru tahu sahaja setelah Pak Cik itu menjelaskannya.Rupanya Qiamulail di Masjid Permatang Raja tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.Menenuhi masjid pagi itu pada 15 Julai hanya orang kanan Zambry dan beberapa orang penduduk yang rajin ke masjid.Kita diberitahu orang UMNO pun memboikot.Mungkin juga mereka boikot Zambry kerana berbapa angkat Imam Ahli Pas.Zambry menidakkan kemampuan Imam UMNO.

Lagi satu orang Melayu UMNO marah semasa jamuan makan bersama rakyat,nilai makanan orang Melayu satu kepala RM4.00 sedang orang Cina RM 20.00 satu kepala.Zambry betul-betul buat rakyat kampung marah.

Bertambah marah pegawai kerajaan datang membantu rakyat semasa Zambry datang,Zambry tak datang,jumpa rakyat pun tak mahu.Penduduk Sg Kerang kini menyedari UMNO hanya membantu rakyat bermusim dan kroni pula.

Zambry ngelabah PAS dan Pakatan Rakyat semakin menghampiri Putrajaya.Jadi akhir hayat Tok Mufti Harussani perlu dikerah.

Monday, July 19, 2010

Tamsil: Usah Dera Kami Budak Sekolah

Gambar ihsan,menunjukkan seorang budak berlakon memesin rumput.Budak ini seolah-olah menyindir Kerajaan BN jangan mendera rakyat dengan menaikkan harga asas bahan api.

Budak ini memberi satu tamsil kepada UMNO,usah menzalimi rakyat jika ingin terus berkuasa.Jika budak ini bekerja untuk memotong rumput,sudah tentu terdapat juak-juak UMNO riuh sekampung.Tetapi ini semata-mata lakonan . Najib bukan berasal daripada keluarga susah,beliau tidak tahu denyut nadi rakyat.

Harta negara tidak dikembalikan kepada rakyat,hasilnya duit kita macam duit zaman Jepun.Duit banyak untuk mendapatkan jumlah yang cukup untuk makan-minum.

gambar:sumber blog ahli parlimen.

Sunday, July 18, 2010

Bersabarlah Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Tahniah dan syabas Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang berjaya menghadapi asakan UMNO .

Tuan hanya baru memerintah 2 tahun lebih sudah membawa banyak manfaat kepada rakyat Selangor.Dalam keadaan kerajaan persekutuan tidak memberi subsidi kepada rakyat .Tuan telah berjaya bersama teman-teman Pakatan Rakyat meringankan kehidupan rakyat.

Bersabarlah Tuan dengan karenah Umno pengkhianat rakyat Perak.Sampai anak cucu kami akan ingat zalimnya Najib dan UMNO.

Tuan bersabarlah dengan Pegawai Kerajaan Negeri,yang mereka kebanyakannya ahli UMNO,sukusakat mereka berketurunan Dato' ,mereka sudah mangli dengan rasuah dan habuan.Mereka bekerja bukan kerana asas perjuangan rakyat tetapi berkiblatkan UMNO.Pegawai Tuan yang menjadi Ahli UMNO inilah selalunya menggangu tugas Tuan untuk menjaga kebajikan rakyat.Bersabarlah Tuan dengan mereka.

Mungkin Tuan boleh menubuhkan Biro Tata Negeri yang mempunyai kurikulum berdasarkan dosa pahala.Pegawai Tuan yang menjadi api dalam sekam ini bolehlah diajarkan perkara asas dosa pahala dalam bekerja.

Bersabarlah Tuan dengan mereka,lihat kesabaran Tok Guru Nik Aziz mentadbir Kelantan.Letihnya Tok Guru kerana melawan jentera UMNO.

Saturday, July 17, 2010

Maaf Maya Karin Kami Juga Bersedih



Pelakon Maya Karin,31, telah bercerai talak satu dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose.


Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain telah mengesahkan perceraian Maya Karin dangan Muhammad Ali selepas pasangan tersebut hadir di hadapannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.


Maya dan Muhammad Ali berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.


Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.


Kami juga turut bersedih dengan Maya yang kini telah bertudung.Dalam keadaan bertudung Maya telah becerai dengan Muhammad Ali.


Kita mengharapkan bekas suami Maya akan terus mendalami agama Islam .Dengan cantuman dua nama besar dalam Sirah Nabi,nama sempena nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali dapat memberi kekuatan kepada Muhammad Ali.Moga-moga dapat isteri soleha.Begitu Maya agar dapat juga bertemu jodoh dengan orang yang soleh dan beriman.


Maaf Maya kami juga bersedih yang amat sangat.Amat sedih kerana kerajaan seperti Penyamun Tarbus merompak pada waktu malam.Mengumumkan kenaikan harga minyak pada lewat 12.01 tengah malam.Waktu itu kami sedang nyenyak tidor.


Maaf Maya kami juga bersedih denganmu,tetapi kesedihan kami amat panjang.Kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga barang dalam persidangan parlimen baru -baru ini.


Maaf Maya kami juga turut bersedih ,keranamu tidak mempunyai zuriat untuk mendapat biasiswa kerana lulus sPM 9A+.Kami berbangga kerana SEORANG anak bangsa kami di SMK Matang dalam DUN Kuala Sapetang dapat biasiswa JPA.


Maaf Maya kami tidak bersamamu untuk mendengar berita perpisahan itu.Tetapi kami lagi bersedih dalam saat untuk menghadapi bulan Ramadhan Almubarak ,kerajaan memberi hadiah kepada kami"kenaikan harga barang"


Namun, mu Maya boleh berhujah di Mahkamah Syariah,kami, wakil rakyat kami DS Nizar tidak boleh berbahas untuk mengemukakan usul menolak kenaikan harga barang di Parlimen.


Maaf,Maya Karin kami juga bersedih.


Barang Naik- Seorang Pelajar SPM 9A+ Dapat Biasiswa.Bagusle tu...

Subsidi untuk barang terkawal telah dapat dikumpulkan sebanyak RM 750 juta.Banyak naik harga bahan api dan harga gula , dengan itu ramai penduduk Bukit Gantang dapat biasiswa.

Seorang teman di PPD menerangkan penduduk Bukit Gantang Melayu yang dapat hasil daripada kenaikan harga minyak ini hanya seorang sahaja.

Menurut teman tadi,hanya seorang pelajar Melayu dapat 9 A + ,itupun di SMK Matang. Pimpinan UMNO Bukit Gantang kini meminta pimpinan cawangan mereka memberitahu betapa baiknya Najib ,dapat membantu orang Melayu mendapat biasiswa.

Pimpinan UMNO juga sudah lupa dalam perlembagaan terdapat Fasal 151 dan Fasal 152 memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan pribumi.