Friday, November 29, 2013
Kazim Elias pendakwah bebas kepada pendakwah UMNO.
YB Azmin Ali tertidur di DUN?????
YB Azmin Ali sewaktu Rang Undang-undang saraan wakil rakyat DUN Selangor dibentangkan beliau berada dalam dewan.Sebaik keluar dewan wakil rakyat itu pula tidak bersetuju.Sepatutnya berbahaslah ,sekurang-kurangnya ada bukti dalam hansard DUN Selangor.
Thursday, November 28, 2013
YB BN cabar Nizar ulang tuduhan di luar Dewan
![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengulangi dakwaan yang diucapnya ketika membahas Bajet 2014 negeri Perak yang menyentuh persempadanan semula kawasan pilihan raya di luar persidangan itu.
Datuk Mohd Khusairi Mohd Talib (BN-Slim) berkata Mohammad Nizar bersikap tidak bertanggunggjawab apabila membuat dakwaan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku membuat persempadanan semula semata-mata untuk meneruskan kuasa Umno dan parti PAS menjadi mangsa terhadap langkah itu.
"Saya harap ADUN Changkat Jering dapat mengulangi kenyataan di luar persidangan supaya tindakan dapat diambil oleh pihak yang dituduh iaitu bekas pengerusi SPR yang telah menyatakan rasa terkilan dan kesal terhadap tuduhan (Yang Berhormat) Changkat Jering.
"Ini kerana kita (ADUN) tahu di dalam ini (DUN) kita mempunyai kekebalan, boleh kata apa sahaja tanpa risau dikenakan tindakan undang-undang," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 negeri Perak di persidangan DUN di Ipoh semalam.
Beliau berkata dakwaan ketua pembangkang yang dibuat Selasa lepas itu satu tohmahan yang cukup tidak bertanggungjawab, fitnah dan satu niat buruk.
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di luar persidangan DUN, Mohammad Nizar berkata dakwaan itu dipetiknya daripada laporan media sosial termasuk portal berita Malaysian Insider yang melaporkan Abdul Rashid mahu melangsungkan pemerintahan Umno.
"Saya cuma menyatakan apa yang dilaporkan, saya bukan nak sahut cabaran dia (Mohd Khusairi). Saya cuma ulang apa yang saya terbaca, maka jika yang saya baca tidak betul, dia perlu saman surat khabar, media sosial atau Abdul Rashid sendiri boleh buat sedemikian," katanya.
Mohammad Nizar mendakwa persempadanan kawasan pilihan raya memang untuk BN meneruskan kuasa kerana tiada pertambahan kerusi bagi DUN Kelantan, Kedah dan Terengganu.
"Mana-mana tempat yang ramai pengundi Melayu memang sengaja SPR tidak tambah bilangan kerusi. Kalau SPR tambah kerusi seperti di Baling, kita ada 90,000 pengundi, kalau dibuat dua kerusi sudah tentu PAS akan bertanding dengan Umno dan PAS menang," dakwanya.
- Bernama
Patutlah berebut jadi Penyelaras DUN,dapat RM3,630 sebulan.
![]() |
Satu lagi salah guna kuasa Najib Razak.Duit rakyat digunakan untuk membayar gaji Penyelaras DUN sebanyak RM3,630 sebulan dan Penyelaras Parlimen RM5,680 sebulan.Duit rakyat digunakan. Kawasan BN kalah di DUN dan Parlimen sudah ada wakil rakyat,kenapa perlu penyelaras DUN/Parlimen .Ini dinama makan gaji buta. |
Pendidikan Moral SPM Didiskriminasikan
Ahli Parlimen Batu Gajah-DAP, V.Sivakumar mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cuba mewujudkan diskriminasi kaum apabila mengubah format peperiksaan SPM bagi subjek Pendidikan Moral baru-baru ini tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada guru dan pelajar terbabit.
Wednesday, November 27, 2013
Ibu bapa tidak tahu anak mereka"tikus makmal"
![]() |
SP PBS di Malaysia hendak dibandingkan dengan Finland atau Australia,seperti langit dengan bumi. |
![]() |
https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan |
JIKA MAHU TERUSKAN IKUT LANGKAH INI ATAU MANSUHKAN.
> Ibubapa tidak tahu bahawa anak-anak mereka dijadikan TIKUS MAKMAL. Ini Fakta bahawa di Malaysia, nisbah guru dengan murid ialah 1:40++.
>Adakah anda mahu perkara ini berterusan? Sokong kami wahai ibubapa di luar sana. Kita mahu generasi anak-anak kita mendapat perhatian yang setimpal.
DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA SEDANG MEROSAKKAN ANAK-ANAK KITA.
Tuesday, November 26, 2013
Syukurlah YB ini umur muda,kalau tak.......
Bagus Zambry Kadir bagi peruntukan RM3000 kepada ADUN.
.
Monday, November 25, 2013
Esok pengurusan kes 13 OKZ,laporan tak siap.
Esok 27 November hanya berlangsung pengurusan kes 13 OKZ di Mahkamat Tinggi Taiping. Laporan Kehakiman Mahkamah Sesyen ,Kuala Kangsar masih belum siap.Namun begitu 13 OKZ diwajibkan hadir.
Ops Bubar:27 November sebut kes,13 OKZ wajib hadir.
![]() |
Peguam-peguam yang diketuai Haji Asmuni dijangka mewakili 13 OKZ pada 27 November ini. |
Pada hari Rabu ini ,27 November ,9.00 pagi bertempat di Mahkamah Tinggi Taiping , Kes 13 OKZ yang membantah rampasan kuasa kerajaan kudeta Zambry Kadir akan disebut.
Sehubungan dengan itu 13 OKZ diminta hadir untuk mendengar sebutan kes.
Berapa banyak tanah rakyat diambil?-DS Nizar.
Sunday, November 24, 2013
Bajet Zambry Kadir pagi ini,adakah retorik?
Pada pagi hari ini 25 November ,bermula sidang DUN dengan pembentangan bajet Kerajaan BN Perak,diikuti jawapan lisan dan perbahasan. DS Nizar,dijangka berucap pada hari esok 26 November sebagai Ketua Pembangkang.
"Saya nak tengok Datuk Seri Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri"-Husam
SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS ke-59 sekali lagi menyaksikan sokongan ahli parti itu kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam berkata, ahli parti itu perlu yakin dan berusaha untuk memberi pengiktirafan kepada Abdul Hadi walaupun PAS menjalinkan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan.
"Saya nak tengok Datuk Seri Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sebelum dia mati walaupun cuma satu hari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, Ahad.
Tegas Husam, yang berjaya mengekalkan kedudukan Naib Presiden PAS bagi penggal kedua pada pemilihan kali ini, ahli parti itu perlu elak daripada dikelirukan kononnya PAS akan meninggalkan dasar perjuangannya demi menuju Putrajaya.
Menurut beliau, kenyataan negatif seperti itu boleh melemahkan ahli PAS untuk melihat parti itu mencapai kejayaan di peringkat Persekutuan.
"Kata-kata bahawa PAS mungkin akan meninggalkan dasarnya di pintu Putrajaya semata-mata untuk memerintah negara perlu dielakkan," katanya.
Kenyataan itu sebagai reaksi kepada perbahasan perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden apabila menyuarakan kebimbangannya sekiranya PAS akan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan perjuangan Islam demi mencapai matlamat mentadbir Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Saturday, November 23, 2013
Pemilihan PAS:43 perwakilan berdaftar tidak mengundi .
8 undi rosak ,tidak undi Mat Sabu atau Nik Amar.
Tuan Haji Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya Timbalan Presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.Keputusan diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Tuan Haji Asmuni Awi.
Haji Mohamad Sabu mendapat 588 undi manakala Ustaz Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Haji Mohamad Sabu berjaya menangkis cabaran Ustaz Nik Amar
Haji Asmuni menyatakan , 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Changkat Jering dipilih AJK PAS.
Ahli jawatan kuasa PAS yang dipilih oleh perwakilan.
1) Idris Ahmad 927
2) Mazlan Aliman 840
3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688
4) Datuk Amiruddin Hamzah 679
5) Dr Hatta Ramli 649
6) Nasruddin Hassan 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627
8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626
9) Dzulkefly Ahmad 610
10) Hanipa Maidin 604
11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562
12) Khalid Samad 547
13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518
14) Syed Azman Syed Ahmad 476
15) Riduan Mohd Noor 469
16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455
17) Dr Siti Mariah Mahmud 437
18) Nuridah Salleh 424
1) Idris Ahmad 927
2) Mazlan Aliman 840
3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688
4) Datuk Amiruddin Hamzah 679
5) Dr Hatta Ramli 649
6) Nasruddin Hassan 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627
8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626
9) Dzulkefly Ahmad 610
10) Hanipa Maidin 604
11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562
12) Khalid Samad 547
13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518
14) Syed Azman Syed Ahmad 476
15) Riduan Mohd Noor 469
16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455
17) Dr Siti Mariah Mahmud 437
18) Nuridah Salleh 424
Friday, November 22, 2013
PBS di sekolah kerana makhluk asing.
Kolsultan luar itu makhluk asing:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak kerajaan Umno-BN yang menggunakan konsultan luar yang dianggapnya sebagai "makluk asing" untuk menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan kos RM20juta.
Katanya, tindakan itu tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu pendidikan secara umum termasuk pendidikan Islam dalam negara.
"...(Ia) memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri tanpa peduli pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain.
"Menggunakan 'makhluk asing' untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi ujian mereka sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati pagi ini.
Abdul Hadi berkata lanskap pendidikan tinggi juga perlu mengalami perubahan sturuktur yang ketara dan ia perlu ditangani secara berkesan kepada perubahan persekitaran, institusi pengajian tinggi diberikan lebih autonomi dalam berbagai sudut tertentu.
Katanya, ia bertujuan untuk meningkatkan kesarjanaan tulen dan bukan pengampu politik yang berselindung di sebalik jubah akademik.
"Autonomi ini perlu seimbang dengan tanggungjawab sosial melahirkan manusia berilmu dalam masyarakat dengan rangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas dan jaminan bahawa dana awam digunkan denga bijak dan betul untuk mencapai cita-cita dan matlamat negara.
"Oleh yang demikian satu sistem kawalan kewangan yang proden diperlukan untuk memantau dan mengawal perbelanjaan dalam autonomi institusi pengajia tinggi," katanya.
Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menggesa rakyat Malaysia supaya menentang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dirunding secara rahsia dan tidak wajar sama sekali rakyat menyokongnya.
Menurutnya, perjanjian yang didakwa akan memberi mudarat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat yang isi kandungan perbincangan perjanjiannya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.
"PAS mengajak rakyat Malaysia supaya jangan membiarkan kerajaan menggadaikan generasi anak cucu dan kedaulatan negara keapda kuasa imperalis bentuk baru yang mahu terus menjajah negara-negara lain.
"Sepatutnya kita berjuang di peringkat antarabangsa kepada hubungan perdagangan yang adil terhadap semua pihak," katanya.
Ulama jadilah jurubicara jamaah ,rujuk al-Quran,as Sunnah,ijma dan qiyas
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.
Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.
Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:
1.Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
2.Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
3.Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.
4.Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.
5.Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.
6.Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.
7.Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.
8.Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.
9.Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.
10.Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.
Thursday, November 21, 2013
Tahniah Suhaizan,usah kelihatan tua sebelum masanya.
Mat Sabu tak hadir perasmian Muktamar PAS,esok
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Haji Mohamad Sabu agar bicara Saman Fitnah SPR ke atasnya ditangguhkan.
Dengan ini Mat Sabu dan Peguam beliau Hanifa Maidin sebagai Peguam Haji Mohamad Sabu tidak hadir mendengar ucap utama Presiden PAS,Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang.
Menjadi satu sejarah Timbalan Presiden PAS tidak mendengar ucap utama Presiden PAS pada perasmian muktamar
Ulamak sudah dakwah DHPP ke?
![]() |
Mr Abeh minta mereka didakwahkan. |
Wednesday, November 20, 2013
Dakwah kita,kita mau jadi anak soleh dan beriman- Mr Beh
Kita batuk ,bersin menangis semua orang perhati-Mat Sabu
Pas sekarang jadi perhatian, kata Mat Sabu
PETALING JAYA - "Kita batuk, bersin, menangis, semua orang perhati," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu. Menurutnya, Pas menjadi perhatian kerana parti itu sudah hebat dan besar. "Pas sekarang dah jadi perhatian. Kita batuk, bersin, nangis semua orang perhati. "Sebab Pas berada di persada politik antarabangsa dan Malaysia bersama Pakatan...disebut 'kerajaan menunggu'," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini. Katanya, menjelang Muktamar Pas kali ini, pelbagai cerita disebar baik berbaur sokongan mahupun kritikan. "Menjelang muktamar, laman web, Facebook dan sebagainya pelbagai ulasan...pro, sokong, bantai, kritik semua itu tak lain tak bukan kerana kita semakin kuat. "Kalau kecil, tak ada orang peduli kerana kita parti yang hebat dan besar," katanya
Apa maksud wacana ini dibuat serentak perasmian muktamar???
Tuesday, November 19, 2013
Timbalan Ketua UMNO masuk sekolah jual nama JASA.
![]() |
UMNO masuk sekolah guna nama Pegawai Jasa.Mohd Kamaruddin Abu Bakar merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Apa salah dijemput wakil rakyat kawasan ini merasmikan Hari Anugerah ini. |
Bukan 10 budak hitam,tapi 4 pemuda yang berani.
![]() |
Pada malam ini saksikan empat tokoh calon pimpinan pemuda PAS berhujah.Program bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Jade Hall ,Medan Istana Ipoh. |
Monday, November 18, 2013
Ustaz Atiqullah Othman ,pensyarah yang cerca Dr Mujahid.
![]() |
Ustaz Atiqullah Othman ,tokoh yang dikatakan" ulamak" telah menghentam Dr Mujahid dan Dr Dzulkefly dalam Liqa Fikri Pas Perak.Liqa Al-Fikri Perak dijadikan tempat oleh Naqib-naqib jemputan untuk "menghentam" pimpinan AJK PAS seperti Khalid Samad,dan Husam Musa.Liqa alFikri ini berlangsung pada minggu pertama ,Hari Jumaat setiap bulan.Kehadirannya bukan terhad kepada AJK Harian Kawasan tetapi bukan ahli pun boleh turut serta.Timbul pertanyaan kenapa musim pemilihan pada kali ini Liqa Al-Fikri PAS Perak dijadikan tempat untuk 'Kempen' tidak sihat.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pensyarah-disiasat-kerana-cerca-pemimpin-pas-dalam-kempen |
Injunksi Mahkamah - halang Adun UMNO masuk sidang Dun PERAK.
Sunday, November 17, 2013
Mungkinkah ada ulama yang kempen supaya Asmuni Awi kalah di Dun Manjoi.????
Wakil Rakyat Cina berbaju kurung.
YB Chua Yee Ling, berbaju kurung sudah menjadi kebiasaan apabila pergi menyantuni penduduk |
YB Chua Yee Ling,ADUN Kuala Sepetang(Parlimen Bukit Gantang) tidak kekok berbaju kurung.Beliau mengena pakaian berdasarkan majlis.Walaupun beliau suka memakai seluar jeans tetapi keistimewaan beliau akan memakai pakaian mengikut majlis. Baju kurung merupakan pilihan utama YB Chua Yee Ling.Pejabat beliau bertempat di Pekan Kuala Sepetang dan pejabat bergerak setiap Selasa bermula 6.30 petang- 8.00 malam di Pasar Malam Taman Kota Jaya ,Simpang. |
Saturday, November 16, 2013
YB Bagan Serai ,Wakil Rakyat "one man show".
![]() |
Foto YB Dr Noor Azmi dan Adun Selinsing YB Haji Husein Din dari PAS ziarah penduduk yang meninggal dunia. Dr Noor Azmi Ghazali Ahli Parlimen Bagan Serai kelihatan bergerak bersendirian. Beliau seolah-olah dipinggirkan oleh Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mohd Sahat.Wakil rakyat ini lebih dikenali wakil rakyat one man show. Bertambah pula beliau pula tidak dilantik sebagai Ahlijawatankuasa Bahagian Bagan Serai. Wakil Rakyat ini akan dipanggil jika perlu sahaja dalam mesyuarat Bahagian UMNO Bagan Serai. |
Friday, November 15, 2013
Lori terbakar ,orang kampung nak tau puncanya.
Wacana ,siapa calon Ketua Pemuda yang berani hadir di Ipoh.
![]() |
Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur dan Batu Gajah akan menganjurkan satu Wacana bertajuk Hala Tuju Dewan Pemuda PAS pada 19 November ini.Program bermula 8.30 malam bertempat di Jade Hall,Medan Istana Ipoh. |
Thursday, November 14, 2013
Mat Sabu dituduh Syiah kerana SB bagitau.
Sudahkah polis siasat kes Ustaz Kazim diugut bunuh?
Wednesday, November 13, 2013
Ketua UMNO Bukit Gantang jumpa budak sekolah untuk kalahkan Nizar.
Baguslah Ustaz Nasruddin Tantawi tak bertanding.
Baguslah Ustaz Nasruddin Tantawi tak bertanding mempertahan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Kalau tidak ,jadi roti canai parti ini.
Tuesday, November 12, 2013
Pemilihan PAS:Zulhazmi Shariff baru jadi calon sudah diuji .
![]() |
Facebooker "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" @ Ulama Pemimpin Kami disyaki merupakan orang yang sama. InsyaAllah lambat laun pemilik akaun ini akan diketahui identitinya.Kempen paling keji dalam kempen pemilihan PAS pada kali ini. Bersabarlah Sdr Zulhazmi ,untuk menjadi pemimpin perlu diuji.Baru menjadi calon Ketua Pemuda sudah diuji dengan begitu teruk,apabila menang ,lagi teruk ujian yang ditempoh. Zulhazmi peguam Anti-AES.Mungkinkah mereka yang menyokong saman AES yang membuat kerja jijik dan hina ini. |
Monday, November 11, 2013
Wakil Rakyat seluar jeans.
![]() |
YB ziarah penduduk meninggal dunia,jelas seluar jeans yang dipakai. |
![]() |
Ziarah rakyat,seluar jeans juga yang disarung. |
![]() |
Ziarah penduduk wanita,seluar jeans yang dipilih. |
Menunggu keputusan Mahkamah petisyen DUN Perak.
Pada Rabu ini 13 November akan berlangsung sambungan rayuan petisyen 5 Dun Perak di Mahkamah Persekutuan,di Putrajaya. Mahkamah dijangka bersidang pada pukul 9.00 pagi. Bagi mereka yang berdekatan atau berkelapangan bolehlah ke sana memberi sokongan.DS Nizar dijangka turut hadir.
Sunday, November 10, 2013
Apabila hendak derma panggil Mat Sabu ceramah.
Saturday, November 9, 2013
Pakatan Rakyat takkan rampas kerajaan Perak cara lompat parti.
Zambry Kadir sudah menafikan terdapat dua Adun Perak lompat parti untuk menyokong PKR .DS Zambry Kadir sudah menjelaskan tak usah layan perkara nakal ini.Bagi penulis kita pun tak perlu suka sangat.
Biarlah membentuk kerajaan melalui undi pilihanraya ,bukannya kerana mahu jadi Menteri dan Exco beralih arah sokong PR.Pembentukan kerajaan melalui rampasan kuasa ,tidak demokratik,Kerajaan Kudeta budaya UMNO/BN bukan perjuangan Pakatan Rakyat.
Berita ADUN BN lompat parti hanya khabar angin.
PBS:.Presiden Kesatuan Guru akhirnya ada taring.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) akhirnya bersuara untuk membela nasib hampir 400,000 guru yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).Presiden Hashim Adnan baru menyedari beban tugas guru yang semakin meningkat.(KPPK gesa Kementerian Pendidikan mansuhkan PBS)
Friday, November 8, 2013
Pemilihan PAS: Calon-calon disemak dengan Jabatan Insolvensi ,pastikan tidak bankrap.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS ,Tuan Haji Asmuni Awi sudah memberi nasihat agar tidak ada majlis memburukkan calon yang bertanding.Pihak berkenaan seharusnya ambil berat dan tindakan. Peristiwa menjadikan Liqa Al-Fikri negeri sebagai medan untuk "menghukum" pimpinan tidak berlaku lagi.Pemimpin PAS mesti matang dan tidak terpengaruh dengan budaya UMNO.
Sementara itu Haji Asmuni Awi juga menyatakan calon-calon yang bertanding akan disemak dengan Jabatan Insolvensi untuk memastikan status bankrap atau tidak.Jika bankrap, mereka calon hilang kelayakan untuk bertanding.
Otak Ketua UMNO Bahagian sama saja.
Doakan Nik Amar tarik diri,moga Mat Sabu menang tanpa bertanding.
Thursday, November 7, 2013
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia solat hajat bersama ribuan Pemuda UMNO.
Wednesday, November 6, 2013
Ada ulamak ,sumber maklumatnya SB.
Pening kepala ,apabila segelintir ulamak menjadikan SB sumber maklumat.Pening kepala juga apabila mereka yang pergi mendengar perbicaraan isu Syiah dituduh Syiah.Pening kepala juga apabila Tuan Lawyer yang menjadi peguambela sesuatu kes dituduh juga terlibat dalam kes itu.Jika peguam itu bela orang yang didakwa membunuh,dia juga dituduh pembunuh.Apabila ditanya siapa pemberi maklumat ,jawapannya SB?
Pening kepala juga apabila profesional tidak boleh menjadi pemimpin,jika begitu baik pinda sahaja perlembagaan.Dari Presiden hingga ke Ketua Cawangan dan AJK ,perlunya lulusan agama yang memimpin.Tak payah "kenen-kenen" lagi kami nak ulamak untuk jadi Ketua,sebab sudah ada dalam perlembagaan.
Akan tetapi,beranikah untuk meminda Perlembagaan PAS ,"Hanya Ulamak Boleh Jadi Pemimpin(Ketua).
Jangan ada lagi Liqa-alFikri menghentam AJK PAS
Liqa Al-Fikri PAS Perak pada Jumaat minggu pertama Disember ini ,sudah tentu mempunyai pimpinan PAS yang baru dipilih pada 22 November 2013.
Naqib pun tidak ada lagi akan menghentam pimpinan PAS Malaysia yang dipilih oleh perwakilan.Sebelum ini terdapat Naqib yang dijemput Lajnah Tarbiyyah PAS Perak menghentam AJK PAS Pusat.
Mula-mula menghentam YB Khalid Samad.Bulan berikut menghentam YB Husam Musam.Bulan November lalu menghentam YB Dr Mujahid dan Dr Zulkifli Ahmad.Semua pimpinan itu dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar pada tahun 2011 untuk bertugas memimpin PAS 2011-2013.
Dengan kehadiran pelbagai pihak dalam Liqa al-Fikri PAS Perak itu ,tidak sewajarnya isu sensitif mengkritik pimpinan dijadikan "modal Naqib".Walhal pimpinan yang dikritik tidak berpeluang untuk membela diri.
Harap-harap bulan depan tidak ada lagi Naqib di Liqa al-Fikri PAS Perak dijadikan medan untuk menghina dan menghentam pimpinan yang dipilih perwakilan Muktamar PAS Malaysia.
Tuesday, November 5, 2013
Pemuda PAS kekasih baru-Dr Raja Iskandar
Monday, November 4, 2013
Daerah Mengundi Selengkoh yang kalah tiada bangunan sendiri.
Harga gula sekilo seringgit , PAS menang juga.
![]() |
Sebaik keputusan diumum oleh SPR .YB Ustaz Mohd Azam bergerak terus bertemu pengundi dan petugas.YB Ustaz Mohd Azam melambaikan untuk bergerak ke Bilik Operasi Induk PAS Sungai Limau. |
Dari Bilik Oerasi PAS sah PAS menang 1084.
Subscribe to:
Posts (Atom)