![]() |
Zahid Hamidi sengsara lagi apabila Haji Mohamad Sabu menjadi Pesuruhjaya Pulau Pinang. |
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Monday, December 16, 2013
Sengsara lagi Zahid, Mat Sabu jadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Thursday, December 12, 2013
Setelah Hishamuddin gagal,Zahid Hamidi digunakan untuk hancurkan PAS.
Zahid pernah cakap tembak dulu ,baru siasat.
KENYATAAN AKHBAR Mohamad Sabu
12 Disember 2013, jam 850 malam
Langkawi
--------
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada sidang akhbar khas petang tadi berkaitan bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan Syiah terhadap saya adalah bersifat fitnah terhadap diri saya. Kenyataan beliau adalah lanjutan dari kenyataan Naib Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO.
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab. Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'.
Kenyataan berulang kali oleh Naib Presiden UMNO berjawatan Menteri Dalam Negeri ini juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.
Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya.
Sekian,
Mohamad bin Sabu
Timbalan Presiden PAS

Monday, December 9, 2013
Mat Sabu dituduh Syiah, YB Pas tak usah layan suratkhabar.
Saturday, November 23, 2013
8 undi rosak ,tidak undi Mat Sabu atau Nik Amar.
Tuan Haji Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya Timbalan Presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.Keputusan diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Tuan Haji Asmuni Awi.
Haji Mohamad Sabu mendapat 588 undi manakala Ustaz Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Haji Mohamad Sabu berjaya menangkis cabaran Ustaz Nik Amar
Haji Asmuni menyatakan , 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.
Thursday, November 21, 2013
Mat Sabu tak hadir perasmian Muktamar PAS,esok
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Haji Mohamad Sabu agar bicara Saman Fitnah SPR ke atasnya ditangguhkan.
Dengan ini Mat Sabu dan Peguam beliau Hanifa Maidin sebagai Peguam Haji Mohamad Sabu tidak hadir mendengar ucap utama Presiden PAS,Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang.
Menjadi satu sejarah Timbalan Presiden PAS tidak mendengar ucap utama Presiden PAS pada perasmian muktamar
Wednesday, November 20, 2013
Kita batuk ,bersin menangis semua orang perhati-Mat Sabu
Pas sekarang jadi perhatian, kata Mat Sabu
PETALING JAYA - "Kita batuk, bersin, menangis, semua orang perhati," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu. Menurutnya, Pas menjadi perhatian kerana parti itu sudah hebat dan besar. "Pas sekarang dah jadi perhatian. Kita batuk, bersin, nangis semua orang perhati. "Sebab Pas berada di persada politik antarabangsa dan Malaysia bersama Pakatan...disebut 'kerajaan menunggu'," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini. Katanya, menjelang Muktamar Pas kali ini, pelbagai cerita disebar baik berbaur sokongan mahupun kritikan. "Menjelang muktamar, laman web, Facebook dan sebagainya pelbagai ulasan...pro, sokong, bantai, kritik semua itu tak lain tak bukan kerana kita semakin kuat. "Kalau kecil, tak ada orang peduli kerana kita parti yang hebat dan besar," katanya
Friday, May 24, 2013
Zahid bukan pemimpin berani,sebab guna polis- Mat Sabu.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.
Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.
"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.
Zahid dilaporkan memberi kenyataan amaran kepada mereka yang berhasrat untuk menghadiri himpunan anjuran NGO esok.
Katanya, pasukan polis akan mengambil tindakan tegas biarpun terpaksa "membayar dengan harga yang mahal".
Sementara itu, Mohamad mengesahkan akan hadir esok sebagai peserta himpunan tersebut. sumber
Sunday, April 7, 2013
Mengundi 13 Mei,untuk kaitkan peristiwa 13 Mei?
Papan Tanda Huru-hara yang dipasang diseluruh negara. Papan tanda ini terdapat di Pekan Simpang Taiping. |
"Kini papan-papan tanda itu diletakkan diseluruh negara," kata Haji Mohamad Sabu,lagi.
Monday, October 8, 2012
Himpunan 3 November tangguh,ke Januari tahun depan-Mat Sabu
![]() |
Add caption |
Mat Sabu ,menegaskan sebagai ganti, satu perhimpunan besar-besaran akan dibuat di Negeri Sembilan pada 3 November ini.Himpunan 3 November ini ditangguhkan kerana Stadium Nasional,Bukit Jalil akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF bermula November ini.
Sunday, September 30, 2012
Tak puas dengar ceramah Mat Sabu, 7 Oktober ,Mat Sabu datang lagi.
Wednesday, July 25, 2012
Syabas untung atas angin. diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.
Kaum kerabat kami pun banyak dekat Lembah Klang.Jadi kami pun terasa dengan tindakan rakus BN hendak merampas Selangor dari Pakatan Rakyat. Terima kasih Mat Sabu ,kita ajar kerajaan BN dengan demontrasi air.
KUALA LUMPUR: Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," katanya.
Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh menghalang perkara itu berlaku.
"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.
Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syabas.
"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.
"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi ditindas dalam isu air itu.
"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau menyebelahi Syabas," katanya.
Mohamad mengecam tindakan kerajaan Umno BN yang membuat skrip dan menjadi pengarah wayang krisis air di Selangor.
"Apabila kerajaan Umno BN berkata catuan air dibatalkan setelah mereka tertekan dengan keputusan kerajaan Selangor, terbuktilah kerajaan Umno BN membuat wayang krisis air itu," katanya.
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno BN itu tidak bertanggungjawab kerana sanggup menganiaya rakyat lebih-lebih lagi melibatkan air yang menjadi salah satu keperluan asasi mereka yang utama.
Kerajaan seperti itu, kata Mohamad, amat zalim dan mesti dihukum habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang.
Berdasarkan perjanjian dengan kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu, Syabas diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.
Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).
Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.
Bagaimanapun, kerakusan itu dihalang oleh kerajaan PR yang memerintah Selangor selepas pilihan raya umum 2008

Tuesday, June 19, 2012
Terima kasih Mat Sabu bela DS Nizar.
Add caption |
(Gambar fail: Sidang media Nizar tentang isu WWW 1)
KUALA LUMPUR: Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun.
"Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.
Menurut Mohamad, kenyataan Nizar yang menyebabkan polis bertindak itu adalah kenyataan umum dan terbuka yang tersiar dalam laman Twitternya.
"Kenyataan itu tersiar dalam laman sosial yang boleh dilihat oleh semua orang.
"Nizar bukan buat ucapan dalam video conferencing sulit atau perhimpunan bawah tanah di alam maya, dia buat teguran terbuka. Apa yang polis hendak korek lagi dalam telefon dan komputernya?" kata Mohamad sambil menyifatkan tindakan polis itu tidak munasabah.
Nizar sebelum itu memberitahu bahawa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabat dan rumahnya semalam.
"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," kata bekas Menteri Besar Perak itu di Twitter.
Sambil menyifatkan tindakan itu seperti tindakan gestapo, Mohamad yakin apa yang berlaku itu akan memarakkan lagi api kemarahan rakyat.
"Saya yakin rakyat semakin marah. Mereka akan balas dendam terhadap Umno," katanya.
Mohamad berkata, pihaknya boleh menerima jika teguran Nizar itu dikecam atau dimarahi oleh pihak yang merasa marah.
"Ini negara demokrasi. Boleh balas teguran Nizar terhadap plat kereta Sultan Johor itu tidak kiralah melalui kecaman, kemarahan atau demontrasi sekalipun walaupun kita sangat yakin semua itu menyebabkan rakyat semakin meluat dan berdendam.
"Tetapi, kalau sampai ke peringkat rampas telefon dan komputer, itu sudah melampau," katanya.
Tambalan pula, kata Mohamad lagi, Nizar sudah memohon maaf jika tegurannya itu tidak disenangi.

Friday, June 1, 2012
Mudah saja nak sebut ke Putrajaya-Mat Sabu
ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir.
PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.
"PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.
"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.
.
Thursday, March 22, 2012
Polis jaga keselamatan rakyat bukan jaga UMNO-Mat Sabu
Pada 17 Mac lalu Hj Mohamad Sabu sepetang bersama penduduk Changkat Jering.Sambutan cukup menarik.Walaupun musim cuti kahwin ,orang Melayu tetap hadir untuk mendengar nasihat dan penerangan Abang Mat Sabu.
Dua perkara yang menarik ,bagi penulis yang perlu ditulis. Pertama Haji Mohamad Sabu meminta pihak polis menjaga keselamatan rakyat bukannya keselamatan parti UMNO.
Mengulas isu National Feddlot Corporation(NFC) ,Mohamad Sabu mendakwa Pengerusi NFC,suami Shahrizat,hanya doktor falsafah dalam bidang budu.Pengerusi NFC bukannya pakar dalam penternakan lembu.
Dalam pada itu Mat Sabu mendakwa, suami Shahrizat juga yang mengurus Taman Pertanian Bukit Cerakah di mana projek itu gagal.

Sunday, October 30, 2011
Aziz Bari baru 3 hari kena maki, tak sehebat Mat Sabu,16 hari kena maki.

Wednesday, October 26, 2011
Seorang anggota polis derma RM12.00 untuk tabung bela Mat Sabu.
Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 19 hingga 23 Dis ini untuk perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Dis ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.
Pada 21 Sept lalu, Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.
Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka

3 R ,racial,religion and royal,senjata UMNO- Mat Sabu
Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja ) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.
Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.
“Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Monday, October 24, 2011
Lawatan Mat Sabu:Perkasa Bukit Gantang bukan macam Perkasa Negeri Sembilan.

Setakat ini tidak ada unsur provokasi pihak lawan. Perkasa Bukit Gantang bersikap matang dan tidak seperti Perkasa Negeri Sembilan yang tidak suka kehadiran Mat Sabu ke kawasan mereka.
Hj Mohamad Sabu melawat parlimen Bukit Gantang atas kapasiti Timbalan Presiden.Lawatan kerja untuk melihat perkembangan PAS Kawasan Bukit Gantang dan jentera pilihanraya.
Berita Terkini:Jumpa Mat Sabu esok 25 Oktober di Bukit Gantang

Esok 25 Oktober ,Selasa,Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Bukit Gantang akan menganjurkan satu sesi taklimat penerangan PRU 13.Penerangan daripada Haji Mohamad Sabu.
Program bermula pada pukul 5.30 petang,bertempat di Markaz PAS Negeri,Air Kuning Taiping.
Peserta terbuka untuk AJK PAS semua peringkat,janji petugas parti.Jika ahli pun boleh turut hadir untuk mendengar siri penerangan Timbalan Presiden PAS,Tuan Haji Mohamad Sabu. Petugas PAS atau ahli PAS yang berdekatan seperti Taiping,Bagan Serai,Larut,Padang Rengas dan sudah tentu Bukit Gantang dijemput hadir.
Sementara pada sebelah malam,jamuan bersama HJ MAT SABU,kupon derma RM30.00,bertempat di Sungai Tinggi,Jln Pantai Remis,dalam DUN Trong.

Subscribe to:
Posts (Atom)