Showing posts with label CERAMAH. Show all posts
Showing posts with label CERAMAH. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Rakyat Semakin Jelas Agenda Jahat UMNO/BN

Berita bergambar di Program Ceramah Isu Semasa anjuran DPPNP dan Kawasan Bukit Gantang.Rata-rata pendengar berazam untuk memastikan Pakatan Rakyat berkuasa di Putra Jaya.(gambar sumber blog Adun Gunung Semanggol)

Monday, February 1, 2010

CERAMAH KUDETA KERAJAAN RAKYAT PERAK


Ceramah Ulangtahun Kudeta kerajaan Perak berlangsung pada malam ini.Ceramah anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu bertempat di Markaz Pas Larut Tin Dalam DUN Cangkat Jering.
Masyarakat cintakan keadilan dan menolak kebatilan dijemput hadir.Hebahkan kepada jiran,kaum keluarga dan pencinta demokrasi.

Tantatif program seperti berikut:

2 Februari 2010
9.15 malam - Ceramah Kudeta

Penceramah: DS Nizar Jamaluddin Speaker
YB Sivakumar

Tn Hj Ismail Yusof


Tempat: Markaz Pas Larut Tin

Wednesday, November 25, 2009

Bajet Perak Bajet Penyamun Tarbus:Dato'Mahfuz Omar


Dato Mahfuz Omar menyindir Adun BN Perak kerana membahaskan bajet negeri Perak dalam masa 20 minit.Beliau berasa hairan bajet negeri bernilai 800 juta hanya dibentang dalam tempoh 20 minit tanpa membahaskannya.

YB Dato Mahfuz Omar menyatakan demikian semasa berucap dalam ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang.

''Mesyuarat Persatuan Pinggan Mangkuk peringkat kampung pun memakan masa paling
kurang 1 jam"sindir YB Dato' Mahfuz Omar.

Beliau percaya wakil rakyat UMNO pun tidak mengetahui isi belanjawan negeri Perak. YB Mahfuz Omar juga menyatakan bajet kerajaan pusat pun sehingga kini masih belum selesai dibahaskan.Tetapi kerajaan haram Zambry langsung tidak membahaskannya.

Dato' Mahfuz mengibaratkan bajet Perak seperti bajet Penyamun Tarbus.Sambil menyindir beliau menyatakan pembentangan bajet Perak seperti orang bermain judi di tepi pokok buluh.

"Main judi pok,tepi pokok buluh,takut dengan polis"kata Mahfuz Omar."Bila polis sampai semua cabut lari" bidas YB Mahfuz lagi.

Begitu juga Zambry,membentangkan bajet ringkas,mereka takut dengan DS Nizar terpaksa membentangkan bajet dalam tergesa-gesa.

YB Mahfuz juga meminta masyarakat menolak UMNO/BN yang kini tidak lagi menjaga kebajikan rakyat.

DS Mahfuz Omar menjelaskan bahawa Kerajaan UMNO Kedah telah menyalahgunakan peruntukan Tabung Kebajikan Orang Miskin,Ibu Tunggal,OKU untuk membuat program untuk orang kenamaan.Contohnya semasa pemerintahan Pak Lah, Papan Tanda Besar dibuat untuk mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri mengunakan duit orang miskin.

"Apabila sambut orang kenamaan,mereka bagi VIP Pin Klip"jelas Dato Mahfuz Omar."Duit siapa,duit orang miskin"tambah YB Mahfuz.

Beliau juga menyentuh laporan Ketua Audit Negara yang menjelaskan ketirisan duit kerajaan sebanyak lebih kurang 20 ribu bilion.

Contohnya Dato Mahfuz menyatakan sebuah komputer riba/laptop bernilai lebih 40 ribu ringgit ,sedangkan harga sebenar hanya sekitar RM4,500.oo

Begitulah UMNO yang kini perlu ditolak rakyat Perak dalam pilihanraya kecil atau PRU umum.























Tuesday, November 24, 2009

ISU TERKINI BERSAMA YB DATO' MAHFUZ OMAR MALAM INI

Masyarakat sekitar Kamunting dan kawasan berdekatan berpeluang untuk mendengar penerangan isu-isu semasa dan terkini pada malam ini.

Satu ceramah anjuran Lajnah Penerangan Kawasan Bukit Gantang akan berlangsung pada malam ini.,25 November 2009.

Ceramah bertempat di Kampung Kurnia Jaya,Kamunting pada pukul 9.00 malam.

Penceramah utama YB Dato' Mahfuz Omar ,Naib Presiden Pas dan juga YB Ustaz Ramli Tusin,Adun Gunung Semanggol.

DS Nizar dijangka turut hadir jikalau tiada halangan.

Sehubungan dengan itu penduduk sekitar bolehlah hadir beramai-ramai untuk mendapat maklumat terkini.

Sunday, November 22, 2009

CERAMAH ISU SEMASA

TARIKH: 25 NOVEMBER 2009
HARI: RABU
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: KG KURNIA JAYA ,KAMUNTING


PENCERAMAH:1. YB DATO MAHFUZ OMAR
NAIB PRESIDEN PAS

2. YB USTAZ RAMLI BIN TUSIN
ADUN GUNUNG SEMANGOL

3.USTAZ MOHD NORDIN JAAFAR
YDP PAS BUKIT GANTANG