Showing posts with label Jadual Hj Nizar. Show all posts
Showing posts with label Jadual Hj Nizar. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Nak tahu tentang Audit Negara dan Bajet PRU jumpa DS Nizar malam ini.

Hendak tahu komen dan ulasan DS Nizar berkenaan Audit Negara ,jumpa beliau pada malam ini .DS Nizar akan menyampaikan ceramah pada malam ini 26 Oktober 2011,bertempat di Kg Setia,Jln Simpang-Bagan Serai dalam DUN Kuala Sapertang.

Ceramah di Kubu Kuat UMNO,kini PAS mempunyai cawangan.

Saturday, January 1, 2011

Bersama DS Nizar 3 Januari ini.



Bagi penduduk sekitar Kg Changkat Tualang,Kota Baru(Parlimen Kampar) boleh bertemu DS Nizar pada 3 Januari 2011.DS Nizar akan berceramah .

Banyak isu yang akan dikupas DS Nizar. Satu ceramah ke arah Putra Jaya. Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia.

Wednesday, May 19, 2010

Jom Bersama DS Nizar.-Untuk tahu Isu Prk Sibu dan judi bola!

Jom Bersama DS Nizar.-Untuk tahu Isu Prk Sibu dan judi bola!


DS Nizar dijangka berada dalam Parlimen Bukit Gantang esok 20 Mei 2010.DS Nizar dijadual akan berada sekitar DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sapetang.

Aturcara DS Nizar 20 Mei 2010:

-Solat Asar di Masjid Simpang,Simpang.
-Ziarah Rakyat
-Tazkirah Maghrib-Surau Kg Senduk,Bt 8,Jln Changkat Jering-Trong.(sumber Sekretariat Parlimen)

Wednesday, February 10, 2010

Bertemu kita dengan Menteri Besar ke 10 Pilihan Rakyat!

DS Nizar akan brceramah di Parlimen Bukit Gantang pada 12 Februari 2010.

Ceramah bermula 9.15 malam di Markaz PAS KG AIR PUTIH,Jln Simpang-Bagan Serai.


Masyarakat sekitar dijemput hadir memberi sokongan Menteri Besar ke 10 pilihan rakyat.

Thursday, January 28, 2010

DS Nizar bertemu rakyat-29 Januari 2010

DS Nizar dijadualkan berada di Dun Changkat Jering untuk bertemu penduduk pada hari Jumaat 29 Januari 2010.

DS Nizar dijadualkan bersolat JUMAAT di Masjid Kg Cheh ,Bukit Gantang untuk bersama rakyat .

Pada 3.30 petang untuk memberi TAZKIRAH kepada muslimat Pekan BUKIT GANTANG bertempat di Markaz Bersama Pas Pekan Bukit Gantang.

Masyarakat sekitar dijemput hadir beramai-ramai untuk bertemu DS Nizar.Kehadiran kita tanda kita memberi sokongan ke atas MB sah Perak itu.


Friday, January 22, 2010

DS Nizar bersama penduduk Bukit Gantang 23 Januari-SABTU

DS Nizar hari ini berada dalam parlimen beliau.DS Nizar dijadual akan berada di dua tempat pada malam ini.

DS Nizar akan menyampaikan Tazkirah Maghrib ,di Surau Taman Damai/Ria ,Simpang.Selepas itu DS Nizar akan menjadi ahli panel Forum Rakyat bertempat di Masjid Nurul Al Hidayah,Sg Bemban,Kuala Trong.Ahli Panel lain Cikgu Azmi Hamid(TERAS) dan Ustaz Kamal Asyaari.

Sehubungan dengan itu orang-ramai dijemput hadir.
sumber

Thursday, January 14, 2010

DS Nizar di Bukit Gantang 15 Januari

DS Nizar akan bersolat Jumaat di Masjid Matang Gelugor.Kita difahamkan oleh Sdr Amran Haron Setpol DS Nizar ,DS Nizar akan bersolat Jumaat dalam parlimen beliau.

Jadi kita susun DS Nizar solat Jumaat dalam Dun Kuala Sapetang.Selepas Solat Jumaat beliau dijadualkan berada di Sekolah Darul Mulkan untuk jamuan makan tengahari bersama pelajar sekolah agama itu.

Pada 5.30 petang DS Nizar bertemu dengan pimpinan Pas Kawasan,Urusan Ulamak Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.Pertemuan berlangsung di Markaz Negeri.

DS Nizar akan kuliah Magrib di Surau Sg Kerang dan berceramah di Markaz Pas Sg Baru,Jln Pantai Remis.Kedua-dua tempat tersebut berada di DUN Trong.

Friday, January 1, 2010

DS Nizar hari ini bertemu rakyat di Bukit Gantang!

DS Nizar hari ini ke Bukit Gantang untuk bertemu rakyat. Jadual bermula pada pukul 12.15 tgh sehingga pukul 3.00 petang untuk ke majlis walimahtulurus rakyat.

Pada pukul 3.30 petang satu dialog rakyat akan berlangsung di DUN Kuala Sapetang.Tazkirah Maghrib pada pukul 7.30 malam di Surau Kg Cheh Sebarang,Bukit Gantang.

Sementara itu pada pukul 9.30 malam perasmian Pusat Tarbiyyah Pas Taman Kuning Sari .Orang ramai yang berdekatan di jemput hadir.

Friday, December 11, 2009

Tazkirah Subuh Bersama DS Nizar

Pada pagi esok 12 Disember 2009 DS Nizar akan menyampaikan Tazkirah Subuh di Surau Taman Simpang,Simpang Taiping.

DS meminta menyusun satu kuliah Subuh untuk beliau pada 12 Disember.Jadi kita meminta kebenaran pihak Surau Taman Simpang untuk DS Nizar menyampaikan sedikit pesanan untuk rakyat.

Harapan kita masyrakat setempat akan turun untuk mendengar Kuliah Subuh atau tazkirah.Rasanya lama betul DS Nizar tidak menyampaikan Kuliah Subuh di Bukit Gantang.

Monday, December 7, 2009

Jumpa DS Nizar di Bukit Gantang pada 12 Disember

DS Nizar bersama Hj Mohd Sabu dan Ustaz Nordin Jaafar .DS Nizar memakai baju korporat PAFA dalam satu majlis ceramah di Parlimen Bukit Gantang.


DS Nizar dijadual berada dalam Parlimen Bukit Gantang pada 12 Disember ini.Bagi mereka yang ingin bertemu DS Nizar bolehlah pergi ke tempat yang melibatkan rakyat.

Di sini kita paparkan jadual DS Nizar setengah hari di Bukit Gantang:

5.45 pagi- Kuliah Subuh- Surau Taman Simpang.
9.00 pagi-Merasmikan Majlis Berkhatan Rakyat Anjuran Ahli Parlimen Masjid Alhidayah,Sg Bemban Kuala Trong.
10.30 pagi-Bertemu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang.
11.30 pagi-Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajaran di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang. 12.00 tgh -3 ptg- Ke Majlis Walimatulurus Rakyat dalam parlimen. 4.00 petang-Bergerak Ke Kuala Lumpur.

Masyarakat yang berhampiran bolehlah bertemu DS Nizar di tempat yang berkenaan!

Wednesday, November 25, 2009

Jadual DS Nizar 29 November 2009

Pergerakan DS Nizar bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 malam.DS Nizar telah menyumbang tiga ekor lembu untuk ibadah qurban ,bagi disumbangkan kepada masyarakat Parlimen Bukit Gantang.

Jadual jangkaan:

8.00 pagi- sembelih lembu Qurban di Kg Kurnia Jaya.
9.00 pagi- sembelih lembu Qurban di Taman Kuning Sari
10.00 pagi- bertemu orang kampung,Bilik Mesyuarat,Markaz Pas Air Kuning.
11-3.00 petang-ke Majlis Perkahwinan Rakyat.
4.00 petang-sembelih lembu Qurban di Sg Baru,Trong
7.00 petang- ke Jamuan Makan Masyarakat Cina,Kuala Sapetang.
9.30 petang-Ceramah Penerangan di Sg Che Rahmat,Jln Pantai Remis,Dun Trong.

Masyarakat setempat boleh bertemu DS Nizar di tempat yang berkenaan.Jumpa DS Nizar di sana!

Sunday, November 22, 2009

Rakyat Bertanya Bila DS Nizar Hendak Mai !Ini Jawapannya!

DS Nizar akan berjumpa rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang pada hari raya Qurban yang ketiga 12 Zulhijjah 1430 ,pada 29 November 2009 ini.

Jadual DS Nizar bermula pada pukul 8.00 pagi penyembelihan lembu Qurban di Kg Kurnia Jaya dalam DUN Kuala Sapetang.

DS Nizar seterusnya agak bergerak ke Taman Kuning Sari,dalam Dun Changkat Jering pada pukul 9.00 pagi. Beliau akan menyembelih lembu qurban beliau yang kedua di sini.

Sementara untuk DUN Trong dijangka sebelah petang.

Pada hari yang sama DS Nizar juga akan bertemu rakyat untuk dialog santai bersama rakyat Kg Air Kuning pada pukul 10.00 pagi.Dialog ini atas permintaan penduduk semasa kempen PRK Bukit Gantang lagi.Dialog ini berlangsung di Bilik Mesyuarat,Markaz Pas Negeri Perak.

DS Nizar akan pergi majlis walimahtul -urus rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang. Jemputan yang diterima sebanyak tujuh jemputan.

Sebelah malam ,DS Nizar akan bersama masyarakat Cina Kg Saberang,Kuala Sapetang.Jamuan rakyat masyarakat Cina bermula pada pukul 7.30 malam.Sebelum bertolak menaiki bot ke Kg Saberang, DS Nizar dijangka bersolat Maghrib di Masjid Pekan Kuala Sapetang.

Pada pukul 9.30 malam DS Nizar akan berceramah di Sg Che Rahmat,Jln Pantai Remis..

Wednesday, November 11, 2009

Cikgu, DS Nizar Bila Lagi Nak Jumpa Rakyat


Banyak sangat orang bertanya DS Nizar bila lagi berada di Bukit Gantang?Bertambah pula satu artikel Nizar For All yang keluar dalam harakah cetak hari ini.Peminat DS Nizar semakin meningkat.Peminat DS Nizar daripada kecil hingga dewasa,pelbagai kaum dan citarasa.Persepsi mereka ke atas DS Nizar tinggi dan penuh mengharap.

Pada 8 November lalu bertemu rakyat keturunan India di Simpang Halt.Sementara itu 14 November ini,Sabtu bertemu masyarakat Melayu di Kg Kepala Bukit pada pukul 2.30 petang.DS Nizar dijangka merasmi penutup kursus pengurusan jenazah ,anjuran Sekretariat Parlimen Bukit Gantang.

Jam 5 petang program ziarah rakyat,pasar minggu dan rakyat yang keuzuran.DS Nizar dijadualkan menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau Sementara Taman Aor Utama(Dekat Taman Kaya).Sudah lama penduduk taman ini menunggu,mereka mengharapkan tazkirah Ramadhan,tetapi yang dapat tazkirah Zulhijjah.

UMNO sememangnya takut dengan prestasi DS Nizar.Sehingga tergamak memburukkan perkhidmatan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"DS Nizar kereta sahaja yang selalu nampak?"kata pencacai UMNO."Itupun bawa jenazah"kata pencacai itu lagi.

Jawab kita,UMNO Bukit Gantang sampai sekarang van jenazah pun tiada,bangunan setiap cawangan pun tak kelihatan.Dun Trong sampai sekarang macam itu sahaja.Pekan Trong BSN pun tiada,Balai Bomba pun tiada,Sekolah Menengah pun tak nampak.

Yang nampak

Saturday, November 7, 2009

Susun Majlis Saya Nak Jumpa Rakyat-DS Nizar

DS Nizar petang ini(8 November) berada dalam Parlimen Bukit Gantang.Beliau memaklumkan kepada kita untuk bertemu rakyat.

"Cikgu,atur program DS Nizar,DS Nizar nak jumpa rakyat,"kata Amran Haron,Setiausaha DS Nizar .

Lalu penulis menyatakan DS Nizar sudah lama tidak bertemu rakyat di Bukit Gantang.Penulis menyatakan DS Nizar kena jumpa rakyat sebelum pergi ke Program Bubarkan DUN Parlimen Taiping.

"Memang DS Nizar nak jumpa rakyat"kata Amran Haron lagi.Lantas kita pun menyatakan program DS Nizar petang ini.

Penyerahan jersi bola kepada pemuda Simpang ,4.30 petang di Pusat Khidmat ,Taman Damai.Pada pukul 5 petang ke majlis jamuan rakyat untuk penduduk India di Simpang Halt.

'Jangan lupa ziarah rumah terbakar hangus tu"balas Amran Haron.InsyaAllah ,DS Nizar akan melawat Sdr Tamizi untuk melihat kesan rumah terbakar dan bertanya khabar .

Monday, November 2, 2009

Jadual DS Nizar pada 8 November,Ahad,di Bukit Gantang

DS Nizar akan bertemu rakyat khususnya penduduk India pada 8 November ini di Simpang Halt.Majlis dijangka bermula pada pukul 5 petang.Masyarakat India di kawasan sekitar dijemput hadir.

Sementara itu DS Nizar akan menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Desa Jana dan berceramah di Kamunting pada tarikh yang sama.

Beliau akan hadir ke Parlimen Taiping dalam siri kempen Bubarkan Dun Perak.

Monday, October 19, 2009

Nizar di Sidang Dewan Rakyat – 19 Oktober 2009-15 Disember

Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga (Bajet), Penggal Kedua, Dewan Rakyat ke 12 akan bermula pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009.

Sesi Dewan Rakyat biasanya akan dimulakan dengan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dan diikuti dengan perbahasan Rang Undang (11.30 pagi hingga 1.00 tengahari disambung 2.30 petang hingga 5.30 petang) yang akan dibentangkan oleh Pihak Kerajaan.

Pada sesi ini juga Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) mulai jam 4.00 petang.

Aturcara mesyuarat boleh diikuti di TV MP PAS.

Difahamkan pihak sekretariat Ahli Parlimen PAS akan mengadakan siaran langsung melalui Laman LIVE TV MP PAS, sila klik.

Friday, September 11, 2009

DS Nizar ,kami nak jumpa Dato Seri,nak tanya banyak perkara!

Esok 12 September , Sabtu DS Nizar akan berjumpa rakyat.Kami akan menunggu DS Nizar di Markas Pas Sg Tinggi pada pukul 9 pagi. DS Nizar akan menyampaikan sumbangan Pas Kawasan Bukit Gantang kepada masyarakat yang memerlukan.
Sementara itu kami menanti untuk menerima bubur lampok DS Nizar pada pukul 3.30- 5.00 petang,di Pasar Minggu Changkat Jering.Dengar khabar amat lazat dan sedap resipi bubur lambok DS Nizar.
Rakyat juga sudah menanti DS Nizar di Bazar Ramadhan Bt 2 1/2 ,Jalan Simpang-Taiping.Kami ingin bertanya banyak perkara berkaitan dengan Kerajaan Haram Perak dan facebook yang memburukkan DS Nizar.Kami menunggu DS Nizar di sini pada pukul 5.00 -6.00 petang
Mendengar Tazkirah DS Nizar pada 6.30 petang,di Surau Jebong,dan kita akan turut serta majlis iftar bersama DS Nizar.
Jumpa kita di sana!

Saturday, September 5, 2009

7 September: DS Nizar ke DUN Trong,jumpa rakyat.

DS Nizar akan bertemu rakyat esok ,7 September 2009,kali ini program DS bertumpu di DUN Trong.

DS Nizar akan beramah mesra bersama rakyat bermula pukul lima petang,Isnin ini.

Berikut jadual DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang:

5.00 petang-Ramah-mesra bersama rakyat dan majlis sumbangan fakir-miskin di Pusat Khidmat Ahli Parlimen ,Pekan Trong.

6.30 petang- Bertemu rakyat di Bazar Ramadhan,Pekan Trong.

7.21 petang-Majlis Iftar dan Tazkirah Maghrib di Masjid Kg Temerlok,Jln Kuala Trong-Pantai Remis.

8.35 malam-Solat Taraweh dan Tazkirah Taraweh di Surau Batu Hampar,Jalan Trong-Bruas.

sumber sekretariat Parlimen Bukit Gantang