Showing posts with label Ustaz Harun Taib. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Harun Taib. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam,-Ustaz Harun

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah.

“Ini kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain,” katanya mengulas tentang perkembangan terkini yang berlaku dalam organisasi PAS seperti mana yang hangat diperkatakan oleh media arus perdana sejak mutakhir ini.


Menurutnya, menyayangi sesama ahli adalah satu tanggungjawab syarie.


“Dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah,” ujarnya yang juga Adun Manir, Terengganu.


Tambahnya, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam.


“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli, untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah seperti mana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam,” tegas beliau lagi.

Saturday, November 5, 2011

Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS.

Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.


“Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah,” ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H.


Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan.


Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.


Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya.


Begitu juga, katanya persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan.


“Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT,” ujarnya lagi.

Berikut adalah perutusan Idul Adha beliau.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.


Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.


Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.


Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT.


Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.

Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman.


Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya.


Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj.


Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Thursday, October 13, 2011

Belanjawan orang nazak-,UMNO berada dalam bilik ICU-Ustaz Harun Taib

"Belanjawan Najib ialah belanjawan orang nazak.Kalau hidup,hiduplah dan kalau mati maka matilah" ujar Ustaz Harun Taib.


Ketua Dewan Ulamak itu melihat belanjawan yang dibentang kononnya untuk membela nasib rakyat tetapi realitinya sebenarnya menggambarkan situasi keadaan UMNO berada dalam bilik 'ICU'.

Keadaan UMNO seperti orang yang sudah hampir mati yang sanggup berbelanja tanpa batasan semata-mata untuk memastikan nyawa dapat dipanjangkan lagi serta sanggup menggunakan pelbagai jenis rawatan walaupun rawatan itu tidak berkesan,ulas Ustaz Harun Taib.

Sunday, September 20, 2009

SIS agen musuh Islam - Ketua Dewan Ulama PAS

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil �maklum minaddin bi darurat�- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Jadi kita nak katakan tindakan 'Sisters In Islam' itu apa dia?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya �Sisters In Islam� kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam ! _

Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib