Showing posts with label Uztaz Nasha. Show all posts
Showing posts with label Uztaz Nasha. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

La ni YB Nasharudin jangan dipecat,tunggu dulu.

Pemecatan YB Nasharudin Mat Isa ,sangat dinanti oleh UMNO.Ustaz Nasha ,jika didapati bersalah oleh parti,jangan dipecat lagi.Tunggu dulu. Jika Ustaz Nasharudin dipecat,sudah tentu Najib suka.Sudah tentu  ,menteri-menteri Umno suka.Semua orang UMNO sudah tentu suka.Speaker Dewan Rakyat juga tumpang semangkuk suka.

Buat masa ini,biarkan YB Nasha ,dengan aktivitinya. Kalau Ustaz Nasha dipecat,musim pula musim sidang Dewan Rakyat. YB Nasha sudah tentu akan dapat buat ucapan .Beliau akan diberi keutamaan oleh Kerajaan BN. Tuan Speaker  TS Pandikar Amin juga akan memberi laluan mudah untuk Ustaz Nasha berucap dengan panjang.Masa itu ,PAS mungkin akan dikata macam-macam.Jadi minta-minta YB Nasha tidak dipecat lagi.Kalau dipecat sidang parlimen pada hujung bulan ini,jadi milik YB Nasharudin Mat Isa.

Wednesday, September 5, 2012

YB Nasharuddin Mat Isa lebih suka damping menteri.

Nizar bersama Mahfuz Omar bersama Ku Is dalam sidang akbar isu WWW1 Julai lalu.
Dikatakan  YB Nasharuddin Mat Isa tidak seperti Ahli Parlimen PAS yang lain saling bantu dan saling sokong untuk mengeluarkan idea dan berhujah. Ahli Parlimen PAS yang lain akan bersama-sama dengan Ahli Parlimen yang lain untuk mengadakan Sidang Media berkaitan sesuatu isu.Tapi Ustaz Nasharuddin Mat Isa didakwa  tidak berminat.

Pada setiap kali sidang Dewan Rakyat   pada setiap hari ada pertemuan Ahli Parlimen PAS.Selalunya pada pukul 1 tengahari di Tingkat 14 untuk membolehkan Ahli Parlimen Pas bersedia untuk berbahas .Malangnya YB Nasharuddin gagal hadir untuk mendengar taklimat.Sebaliknya beliau lebih suka bersembang dengan menteri-menteri UMNO.

Dakwa Nizar, beliau tak pernah nampak YB Nasharuddin Mat Isa bersama wakil rakyat PAS yang lain untuk berbincang sebelum persidangan .Sebagai wakil rakyat PAS mereka kena bertemu untuk mendengar taklimat .YB Nasha langsung tidak berminat.

Tuesday, September 4, 2012

Ustaz Nasharuddin pi Jerman 8 September,macammana ni!!!

Menurut DS Nizar ,mesyuarat Majlis Syura Ulama' PAS pada 9 September ini YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak akan hadir.DS Nizar mendakwa YB Nasharuddin Mat Isa sudah "booking " tiket pergi Jerman pada 8 September ini.

DS Nizar memberitahu demikian sewaktu sesi soal jawab,seusai Liqa alfikri Kawasan Bukit Gantang sebentar tadi,4 September,di Bukit Cempedak,Bukit Gantang.

Jadi,menurut DS Nizar berkemungkinan Majlis Syura yang akan bermesyuarat 9 September ini,akan membuat keputusan atas isu  kenyataan Ustaz Nasharuddin,tanpa kehadiran beliau.  

Thursday, April 14, 2011

Anak kembar PAS menanti di Sarawak

SADONG JAYA, 14 April : PAS yakin akan melahirkan kejutan dalam pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak ke-10 16 April ini dengan melahirkan 'anak sulung kembar' (menang lebih dua Dun), kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Sadong Jaya 14 April lalu bersama calon Pesuruhjaya PAS Sarawak yang juga calon PAS Sebuyau, Adam Ahid.


Ujar Nasharudin, beberapa kawasan kini termasuk di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya memperlihatkan tanda-tanda sokongan rakyat semakin meningkat, hingga membimbangkan BN.

"Perkembanagn saya lihat sepanjang tempoh kem;pen dan sebelaum kempen saya lihat peningkatan yang cukup ketara, sokongan moral rakyat Sarawak tanpa melihat kaum atau bangsa, mereka mesra dengan PAS," katanya.


PAS cukup diterima bukan Islam di sini dengan Iban, Dayak dan Cina amat meraikan kehadiran PAs di Sarawak, katanya.

Sebagai contoh, perarakan calon dan kempen PAS di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong jaya dihadiri orang tempatan, katanya.

Beliau yakin akan sokongan itu tercerna dalam pilihan raya 16 September ini.


"Dapat dilihat kebimbangan BN terhadap sokongan yang semakin kurang terhadap mereka di Sarawak.Mereka (BN) bimbang dengan sekiranya tidak berjaya kekalkan dua pertuga majoriti, apapun itu seranga psikologi mereka terhadap kita, saya harap rakyuat Sarawak tekad melakukan perubahan.

"Banyak isu berkaitan rakyat Sarawak tidak dapat pembelaan kerajaan sekarang (BN)," katanya

Disebabkan itu, pengundi mula beralih arah dan tidak lagi mempercayai kepimpinan BN untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan, katanya.


"Saya yakin akan berlaku perubahan, bukan sahaja satu mungkin kembar," katanya.

Sementara itu menurut maklumat Adam, calon BN Sebuyau didakwa dihalau oleh masyarakat Iban semasa mahu masuk ke rumah panjang di salah satu Unit Peti Undi (UPU) Kampung Iban dekat Sebuyau.

Ujarnya, calon BN itu dihalau kerana masyarakat Iban cukup marah dengan Julahi yang sejak dahulu tidak pernah prihatin kepada masyarakat Iban di sini.


"Sokongan masyarajat Iban cukup tinggi, saya lihat mereka cukup marah.Meraka mahu perubahan berlaku, saya letakkan 70 peratus Iban menyokong kita, saya harap begitulah, hingga hari pembuangan undi," ujarnya.

Beliau yakin perubahan akan berlaku, dan masyarakat Iban sebenarnya sudah meletakkan satu asas untuk perubahan berlaku.



"Kita akan dapat anak sulung kembar, dua tiga ataupun lima sekali," katanya sambil disambut hilai tawa Timbalan Presiden PAS. sumber harakahdaily.net

Tuesday, May 11, 2010

Konsert gila kebenaran kerajaan BN!Langgar akta kerajaan tempatan.

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.

Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi,"

Monday, January 18, 2010

Kalimah Allah: Ustaz Nasharudin ulangi pendirian PAS

KUALA LUMPUR, 19 Jan: PAS mengulangi ketetapan supaya penggunaan kalimah Allah tidak dipolitikkan dan disalah guna oleh mana-mana pihak.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengulangi pendirian tersebut dalam suatu muzakarah di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Beliau berkata, pendirian PAS berhubung perkara itu juga tidak wajar dipolimikkan kerana keputusan dibuat setelah meneliti dengan cermat perkara tersebut.

“Selepas kita (PAS) mengadakan musyawarah Lajnah Politik untuk membuat ketetapan...kita (PAS)membuat penegasan bahawa kita tidak mahu kesempatan ini (pendirian PAS) dipolimikkan oleh pihak tertentu,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok mengaku, polimik yang dicipta oleh pihak tertentu ini akhirnya mengakibatkan berlakunya perselisihan faham antara PAS dan Pakatan Rakyat.

“Andaian kita (PAS) itu tepat apabila ia (isu kalimah Allah) dijadikan ‘kesempatan politik’ yang terus dipolemikkan berminggu-minggu oleh pihak tertentu...hingga wujud pertentangan di antara kita (Pakatan Rakyat) sendiri.”

Ujarnya, media arus perdana dilihat seolah-olah memainkan peranan yang penting untuk mempertajam isu kalimah ‘Allah’ demi memecahkan muafakat Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bercakap kemudiannya, meminta semua kepemimpinan Pakatan Rakyat supaya berusaha mencari titik persamaan dengan penganut agama-agama yang lain melalui wacana ilmiah.

Beliau turut mencadangkan Pakatan Rakyat menjadikan nilai keadilan, integriti, kebebasan, ketelusan dan demokrasi sebagai titik persamaan untuk mengajak semua penganut agama berwacana.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan bahawa melalui wacana ilmiah, secara tidak langsung mengajak masyarakat bukan Islam melihat keadilan dan keindahan ajaran Islam itu sendiri.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepemimpinan Pakatan Rakyat, cendekiawan Islam, ahli akademik, para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta hadirin yang hadir supaya kembali fokus menentang kezaliman yang lebih besar, yang dilakukan kerajaan pimpinan Umno.

“Padahal masalah yang besarnya pengemudi (kerajaan) tidak nampak...soal kezaliman, khianat, bunuh, rasuah, penyalahgunaan kuasa mahkamah tidak bebas, dipadamkan,” jelasnya.

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Umum PKR menyeru semua pihak supaya tidak mempolimikkan lagi isu kalimah ‘Allah’.

“Sebab itu, sama ada kita setuju atau tidak, baik tidak dipertajamkan,” jelasnya.

Selain penyertaan beberapa kepemimpinan PAS Pusat, muzakarah tersebut menyaksikan beberapa cendekiawan Islam seperti Profesor Emeritus Dr. Osman Bakar, Prof. Dr. M. Kamal Hassan, Azmi Abdul Hamid dan Datuk Dr. Ismail Ibrahim masing-masing turut memberikan pandangan masing-masing berhubung isu kalimah ‘Allah’ tersebut.sumber