Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Konspirasi,pesawat MAS MH370 di bawa ke Pengkalan Tentera USA, Diego Garcia,Lautan Hindi.???

Semakin pelik pesawat boeing 777-200 MH370 boleh menembusi  sistem radar  banyak  negara.Keselamatan negara Asean khususnya semakin jelas mudah terancam. Apabila pesawat bukan tentera pun boleh masuk ke ruang negara lain tanpa dikesan, jelas benteng pertahanan udara kebanyakan negara Asean "bocor". 
Semakin pelik sebuah portal carbaltimes melapor : Pesawat MH370 membuat  pusingan  U(patah balik) dan pergi ke Pengkalan Tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia,Lautan Hindi."But that’s not the only sign that Flight 370 was trying to hide its whereabouts. Immediately  after shutting off its transponders, Flight 370 made a U-turn and headed in the direction of Diego Garcia, crossing Malaysia in the process. If there indeed had been a massive technical failure, the crew would have tried to safely ditch the plane at sea, not return to Malaysia.
Berita lanjut disini:

Was Malaysia Airlines Flight 370 Redirected to Diego Garcia?

MH370:Kota Bharu wilayah Thailand,siapa " ketua resque"?

Siapa yang mengetuai pasukan  pencari dan penyelamat pesawat MH370.?Semua orang kerajaan mahu bercakap dan masuk tv.Lihatlah betapa 'kelirunya" orang ramai termasuk penduduk luar negeri,Kota Bharu pun di bawah negara Thailand.Jeneral TUDM hendak bercakap,Pengarah DCA hendak bercakap,Ketua Polis pun tumpang sekaki.CEO Mas pun juga ambil kebertangungjawab.Itu belum Hishamudin Husein,dan Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyatan.Banyaknya ingin menjadi kepala operasi,kenyataanpun menjadi semakin berserabut dan mengelirukan.Kenyataan yang bercanggah,masyarakat jadi keliru.Justeru usahlah marahkan masyarakat jika timbul pelbagai spekulasi. 

MH370:Konspirasi,mengapa Rusia tidak bantu Malaysia?

Rusia tiada dalam senarai membantu Malaysia.Kenapa Rusia,kuasa besar dunia senyap sahaja?Rusia mempunyai kepakaran tinggi.Adakah kerana Rusia sedang sibuk di Ukrine????

Pesawat Misteri dalam pesawat.


KLIA   tercanggih dunia,boleh bolos penumpang hantu.Pasport Palsu.


Misteri selepas 49 minit.

Saham MAS jatuh merudum.

Wednesday, March 12, 2014

MH370: Senang tugas Najib ,budak pengakap pun boleh buat.

‪#‎MH370‬ update .Klik imej yang dikata Najib Razak(klik)

Senang betul tugas Perdana Menteri Malaysia.. Update fb dan twitter.Bagi info cukup dengan alam siber.Senang betul Najib, bagi harapan. Tugas Najib ini,budak pengakap pun boleh buat.!Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas(klik)


MH370: Orang sedih- Kuala Lumpur gembira anjur konsert Avril Lavigne 14 Mac ini.

Kerajaan UMNO semua boleh,selawat perdana,baca yassin ,bomoh dan konsert.Orang bersedih pesawat MAS MH 370 masih belum ditemui,Kuala Lumpur pula akan mengadakan konsert Avril Lavigne Tour pada  Jumaat, 14 Mac ini.Menteri mana yang lulus permit konsert ini,dalam keadaan masyarakat bersedih.? Adakah Menteri Cap Ayam??????  

Pesawat MH370,di insurans RM328.11 juta dengan Allianz Malaysian Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Jens Reisch,menyatakan MAS telah menginsurankan pesawat Boeing 77-200ER bernilai RM100 juta.Tetapi kenapa Syarikat GLC kerajaan (MAS)tidak membeli insurans /takaful dari syarikat Malaysia? Mana pergi perkasa,?mana pergi demo tunjuk punggung? mana pergi Hasan Jati? 
Allianz yang berpangkalan di Jerman mengesahkan pada Isnin bahawa ia adalah penginsurans utama bagi pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines(MH370), yang hilang daripada radar di Laut China Selatan pada Sabtu,8 Mac lalu.
Syarikat itu bersimpati dengan semua yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370, dan berjanji untuk bekerjasama rapat dengan penginsurans bersama untuk menyokong pelanggannya.
Meskipun nilai diinsurans pesawat berjumlah kira-kira RM328.11 juta (AS$100 juta), liabiliti dan pampasan biasanya dalam jumlah yang lebih tinggi.(klik)

Selamat mangsa: P.Ramli dan A.R.Tompel dah lama guna tikar dan teropong.

Macam-macam   cara untuk menyelamatkan  pesawat MH370.
Berita lebih baik DS Najib,jadi imam Solat Hajat.(klik) 

Nampaknya Allahyarham P.Ramli dan A.R.tompel mendahului zaman.Negeri mereka negeri pasir berdengung. BERITA  siapa VVIP panggil bomoh?

MH370: Sepatutnya ,Perdana Menteri tak payah tidur lena.

"Saya telah meminta taklimat diadakan lagi hari ini dengan pasukan SAR. Kita akan berusaha tanpa henti dengan kerjasama antarabangsa untuk mencari MH370," kata DS Najib melalui laman Twitter hari ini.(info lanjut)

Amat malang Perdana Menteri meminta taklimat  operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang.Sebagai Perdana Menteri sepatutnya beliau tidak perlu tidur lena.Cukup tidur-tidur ayam.Beliau kena tahu,beliau kena ketuai operasi.(klik)

Tuesday, March 11, 2014

MH370:Beranikah Najib Razak mengetuai "war room" cari pesawat MAS.?

Beranikah DS Najib untuk mengetuai SAR.?
YB Dr Mujahid mencadangkan  DS Najib mengetuai Siasatan (SAR) pesawat MH370 yang hilang.Beliau mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Jabatan Menteri Shahidan Kasim dalam sesi soalan lisan untuk soalan tambahan. 

"Setujukah menteri supaya Perdana Menteri sendiri yang lead (ketuai) operasi SAR agar sumber maklumat itu tepat dari mulut beliau?" soal Mujahid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim"soal YB Datuk Dr Mujahid.(info lanjut) 

MH370:. Daripada panggil bomoh ,baik suruh Najib jadi imam solat hajat

Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jakim pada 22-23 November 2004 telah memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik,khurafat serta penipuan.

 Sementara itu,dia seolah ambil kesempatan. "Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri(klik)

MH370:Siapa buat" super impose" suspek Iran ini.

Pelik,kaki yang sama,kasut yang sama,ternyata gambar ini ada penipuan.Kedua-dua suspek dikenali.Dua-dua orang Iran.

Teori konspirasi MH370.?Ada bilionair,ada pakar it,ada pakar kimia,ada pakar komunikasi.

"sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanya kami akan kembali(di hari khiamat)"
Terdapat beberapa perkara berbangkit dalam kehilangan peswat MAS MH370.FBI tidak tolak  aspek keganasan dalam kehilangan pesawat MH370.(Berita lain)."Kami sedang melihat empat kemungkinan: rampasan, sabotaj, masalah psikologi para penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi di kalangan penumpang dan anak kapal,"kata KPN Tan Sri Khalid. 

Antara aspek yang  boleh dibincangkan terdapat :
1) dua pasport hilang berprofile tinggi dalam bidang askar

2) empat orang  China yang mempunyai kepakaran dalam bidang kimia dan  biologi expert di dalam pesawat

3) 27 anak Malaysia yg berada di dalam pesawat adalah dari Syarikat Motorola yang expert dalam it and communication

4) boeing 777 sebelum bertolak ke Beijing didakwa baru kembali dari Pakistan

5) pasport 2 org yg hilang tidak di report pada interpol 

6) semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia. 

7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yg tidak dpt dijangkau...

9) mh 370 telah pun dihijack kerana laut sedalam 3km jika crash signal dca masih dapat dikesan
10) 4 bilionair china berada di dalam flight tersebut.



Jika ini berlaku di China,Menteri Dalam Negeri sudah dipecat.

Peristiwa ini jika berlaku di China,Jepun,Thailand,India dan Indonesia ,Menteri Pengangkutan akan letak jawatan.Menteri Dalam Negeri letak jawatan.Menteri Pertahanan letak jawatan.Hal ini melibatkan soal hidup 227 penumpang .

Kerajaan China pun tidak berpuashati.Inikan pula keluarga mangsa.Dalam pada itu anggota keluarga kepada warganegara China dalam pesawat MH370 dilapor membaling empat petugas Malaysia Airlines (MAS) dengan botol air di Beijing.

Hal ini berlaku apabila pekerja syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi maklumat terkini berhubung pesawat hilang itu, seperti apa yang dilapor New York Times.

“Semua orang Malaysia penipu!” jerit seorang lelaki dalam bahasa Cina sambil menambah, “Kamu tahu apa maksud penipu?”

“Berita dia dalam bahasa Inggeris,” jerit lelaki China itu kepada seorang pekerja lain yang bertindak sebagai penterjemah.



Monday, March 10, 2014

Mulut celupar Karpal Singh ,kerana menghasut.

Karpal Singh tiba ke mahkamah bersama pimpinan utama PR termasuk sebahagian ahli parlimen PR.

Ahli Parlimen dan ADUN PR menunggu Karpal Singh tanda sokongan.Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali turut hadir.

Karpal Singh ,dianggap menghasut.(klik) untuk info.
Lim Guan Eng ,turut sama "sokong solidariti untuk Karpal".
Foto: Loh Eng Soon.

Adakah ini foto terakhir ,Karpal Singh sebagai YB?

Mungkinkah foto ini,foto terakhir Karpal Singh sebagai Ahli Parlimen Malaysia.Selepas DS Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan,adakah kini giliran YB Karpal Singh.

Pada hari ini penentu corak politik Malaysia. 11 Mac  adalah penentuan hukuman kepada Karpal Singh yang disabit kesalahan bawah Akta Hasutan 1948.Pada  pagi ini Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Karpal Singh.

Karpal telah disabitkan atas tuduhan hasutan kerana berkata dalam satu sidang akhbar bahawa keputusan DYMM Sultan Perak untuk memecat menteri besar ketika itu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin boleh dicabar di mahkamah.

Pihak pendakwa berhujah bahawa kata-kata beliau mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan kebencian terhadap sultan.

Ahli parlimen veteran itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya. Karpal akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen jika denda itu melebihi RM2,000 atau penjara lebih daripada satu tahun.

Allah belum perkenan,FBI,polis dunia pun gagal cari pesawat MAS.


                         
Setakat ini ,badan perisik terbaik dunia(FBI) pun gagal mengesan pesawat MAS  MH 370.Kehebatan FBI atau polis dunia itu tidak akan berjaya jika Allah tidak perkenankan.Nak tau bagaimana Allah s.w.t sahaja tempat mengadu boleh lihat video ini.(klik) Apakata Kapten Norudin Abd Majid,perihal kekuasaan Allah s.w.t(klik)?

Pesawat MAS MH 370 hilang,saham MAS tinggal 0.24sen seunit.

Pesawat MAS MH 370 hilang menyebabkan saham MAS  jatuh ke 0.240 sen seunit,pada hari ini.Kemungkinan besar jika pesawat MAS masih tidak ditemui,saham MAS dijangka terus merudum.Sudahlah ,sebelum ini pun saham MAS sudah merudum teruk.Sekali lagi syarikat GLC kerajaan mengalami kerugian.Lihat sini(klik) untuk saham MAS.

Sunday, March 9, 2014

Luahan perasaan bekas exco ,buat Zambry Kadir senyap tentang kapal MH370.

Bekas Exco kanan Datuk Hamidah Osman pertahan  luahan perasaannya kepada DS Zambry Kadir.Kerajaan Zamry Kadir dikritik oleh Datuk Hamidah Osman di laman facebook.(klik untuk berita lanjut) .Selalunya Dr Zambry  yang berkelulusan doktor falsafah Islam akan cepat mengeluarkan kenyataan untuk memberi sokongan moral kepada mereka yang ditimpa musibah.Tetapi kerana imejnya tercemar gara-gara luahan perasaan Datuk Hamidah Osman, didakwa Dr Zambry  terus senyap tidak mengulas isu pesawat MH370.

Rakyat bingung,Jeneral TUDM buat spekulasi.

Rakyat pun bingung apabila Jeneral TUDM pun buat spekulasi."Ia dikesan dalam radar, kami lihat semula rakaman dan terdapat isyarat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik...kami sedang selidik perkara ini."Ia diperoleh daripada radar tentera," kata Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media .(info lain). Radar TUDM kesan pesawat patah balik.

Friday, November 2, 2012

Ketua Polis Negara ,insyaAllah dapat haji mabrur!!!


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) antara 447 jemaah haji yang selamat pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) menerusi pesawat MH8201 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat. Penerbangan pulang jemaah haji yang menggunakan pesawat MAS bermula hari ini dan dijangka berakhir 29 November. -- foto BERNAMA