Wednesday, March 12, 2014
Sunday, March 9, 2014
Anwar fail rayuan di Mahkamah Persekutuan,jika terima ,Anwar boleh bertanding.
Saturday, March 8, 2014
Terubat rasa,Wan Azizah ganti Anwar di Kajang.
![]() |
PR hari ini mengumumkan DS Wan Azizah sebagai calon untuk Dun Kajang.Perkara ini diumumkan DS Anwar Ibrahimdalam sidang akhbar PR di Kajang.(klik info lain)Pemilihan Wan Azizah disambut baik masyarakat Kajang. |
Friday, March 7, 2014
Inilah Hakim Mahkamah Rayuan,,adakah mereka baca hadis nabi.
![]() |
Foto sekadar hiasan:Hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman ke atas DS Anwar Ibrahim. (Klik)At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Dalam perlaksanaan pola perundangan yang adil pun hanya satu kategori hakim yang dapat masuk syurga, maka apatah pula halnya dalam pola perundangan yang zalim. Pastinya tiada hakim yang selamat. Bahkan semuanya ke neraka, wal’iyazubillah (mohon berlindung dengan Allah). Tanggungjawab hakim tidak berakhir dengan menjatuhkan hukuman di dunia ini sahaja. Malah hakim akan dibawa ke hadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak. Allah S.W.T berfirman:
klik info hakim masuk neraka. |
Sedih Wan Azizah,biarlah gambar yang berbicara.
![]() |
DS Anwar Ibrahim ...menunggu hakim .... |
![]() |
Biarlah gambar yang berbicara.Wajah isteri,ibu dan anak yang sedih.Mereka sahaja yang mampu memikulnya.Tapi fahamlah DS Anwar sekeluarga ,rakyat akan bersama .Buat kata Tok Guru Haji Hadi""PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan." |
![]() |
DS Anwar Ibrahim masih boleh tersenyum dengan keputusan zalim itu.Malaysia tanpa Anwar Ibrahim dalam PRU. |
Si Saiful Bukhari duburnya jadi bahan sejarah.
Anwar Ibrahim ,bersabarlah,dengan ketidakadilan ini.
Thursday, March 6, 2014
Liwat 2,ujian untuk Wan Azizah dan Nurul Izzah
Wednesday, March 5, 2014
Tak dengar pula solat hajat untuk Anwar Ibrahim supaya tidak dipenjara.
![]() |
Tak dengar pula majlis baca Yassin atau solat hajat untuk meminta ke hadrat Allah s.w.t agar DS Anwar dijauhi daripada dizalimi sekali lagi. |
Sunday, March 2, 2014
Bicara Kes Saman Anwar-Khairy Ditetapkan 9-11 Jun
Friday, February 21, 2014
Pilihanraya Kajang panas,kerana UMNO akan sekat Anwar jadi Menteri Besar.
Sunday, February 9, 2014
Tiada pelik calon PM jadi MB
Sunday, February 2, 2014
Saturday, September 7, 2013
Siapa tokoh UMNO berani lawan Muhyiddin bantah wajib lulus Bahasa Inggeris.
Saturday, March 2, 2013
Najib buat "taik" ,Anwar juga yang kena.
Friday, March 1, 2013
Kenapa Kerajaan Ambil Mudah Isu Keselamatan Negara? - Anwar Ibrahim
![]() |
WAJAH PEJUANG NEGARA | Allahyarham Insp Zulkifli yang terkorban di Lahad Datu 1 MAC 2013...Al-fatihah...Semoga keluarga beliau tabah dan sabar. |
Tuesday, February 12, 2013
Umi Hafida vs Anwar Ibrahim.,di Pengkalan Pegoh,esok!!!
Monday, April 16, 2012
Antara nyanyu dan nyanyuk Mahathir,PTPTN itu dibentang Najib dan PM ,dia sendiri.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.
Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.
Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.
NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN
Sunday, August 21, 2011
Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful:DS Anwar
“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.
Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.
“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.
“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.
Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”
Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.
Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.MI
Saturday, April 9, 2011
Tukang mandi jenazah pun tutup aib orang.
Menurut Dr Jamnul ,imam masjid sebuah kampung dekat Kedah menceritakan hal tersebut.Imam tersebut memberitahu tukang mandi jenazah perempuan tadi memberitahu kepada imam tersebut.
"Tak dak pula tukang mandi itu atau imam itu tangkap gambar,panggil wartawan "kata Dr Jamnul.
Bagi Dr Jamnul ,isu video seks ,sengaja dibuat hanya untuk duit.Bagi Dr Jamnul buka aib orang ,aib pula zina dan video seks ,itu merupakan dosa besar.
Islam menyuruh tutup aib orang.Tetapi terdapat orang yang berbangga buka aib orang .Berbangga pula ,cerita fitnah dan palsu.