Showing posts with label dun perak. Show all posts
Showing posts with label dun perak. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Bukan rakyat Perak ,YB Manong dan YB Rungkup masih jadi ADUN?

Mesyuarat Pertama,Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Ketiga Belas ,Perak Darul Ridzuan akan berlangsung bermula 31 Mac hingga 4 April ini.Dua Adun dari Manong dan  Adun Rungkup yang didakwa pada hari mengundi 5 Mei 2013 lalu tidak menjadi rakyat Perak,masih lagi jadi ADUN.


Changkat Jering- Setakat ini tiada perkhabaran isu dua ADUN Perak yang tidak menjadi rakyat Perak pada hari mengundi 5 Mei lalu.(PRU 13).Bekas calon  Ustaz Misbah(Rungkup) dan Haji Jamil(Manong) yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi. Saman difail Julai 2013 dan dijadual pada hari ini  kes itu didengari.(klik berita terdahulu)

Sunday, February 10, 2013

PR 40 kerusi BN 19 kerusi DUN- YB Sivakumar


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar  berkata, Barisan Nasional negeri itu telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009.

“Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak,” ujarnya yang juga Adun Tronoh dalam satu kenyataan.

Tetapi, katanya Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada.

Ujarnya lagi, Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui ‘Pintu Belakang’ yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.

“Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuat perhitungan yang terkeluar dari landasan apabila membuat andaian ‘rakyat Malaysia mudah lupa’.

Beliau berkata, peristiwa rampasan kuasa itu telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat perak yang menghormati demokrasi, undang-undang dan keadilan.

Tegasnya, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk mengalih perhatian rakyat Perak daripada isu itu, tetapi segala usaha itu terbukti gagal.

Rakyat, ujarnya  sedar bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang.

“Rakyat Perak tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Negeri Perak memerlukan satu kerajaan  sah yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya.

Justeru, katanya lagi masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perak sudah semakin hampir yang mana dalam sebulan dua ini Parlimen dan Dun Perak akan dibubarkan, maka Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan turun ke gelanggang pilihanraya.

Kali ini, ujar beliau Barisan Nasional pasti akan tumbang di Negeri Perak kerana kewibawaannya telah terhakis di bawah rejim Barisan Nasional yang tidak sah.

Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan Pakatan rakyat selama 11 bulan dan pemerintahan Barisan Nasional selama 4 tahun selepas rampasan kuasa.

“Barisan Nasional tidak berjaya membawa apa-apa berubahan yang nyata di Perak. Banyak slogan-slogan retorik seperti  ‘Perak Aman Jaya’,  ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ adalah  omong-omong kosong sahaja. Rakyat tidak boleh ditipu lagi dengan janji-janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Tambahan pula, ujarnya rakyat Perak juga sedar bahawa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini lebih daripada 68,000 ekar tanah di seluruh Perak telah diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional dengan harga premium tanah yang terlalu murah.

Oleh yang demikian, katanya jelas bahawa rampasan kuasa pada tahun 2009 dilakukan adalah semata-mata untuk membolot kekayaan negeri  dan memewahkan lagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroninya.

Menurutnya, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber didapati bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.

“Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk  menjamin kesejahteraan  dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Tuesday, August 16, 2011

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124.-DS Nizar





KENYATAAN RASMI


LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN ADUN PASIR PANJANG MEWAKILI SEMUA ADUN PAKATAN RAKYAT PERAK TERHADAP TIMBALAN KETUA POLIS PERAK, DATUK ZAKARIA YUSOF.




Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami ADUN sebagaimana terpapar dimuka depan, didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Ogos 2011.



Dengan tajuk “JAGA ADAB” beliau menyatakan “saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin”.




Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak(Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap DUN yang mana saya dan semua ADUN telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya. Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Peraturan Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan system demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.





Kenyataan Datuk Zakaria didalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh UMNO BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan DUN Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh DUN Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam dibilik belakang dewan. Sementara kami ADUN Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami “Jaga Adap”?




Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan DUN Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat!





Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011!





Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh “menimbulkan banyak perkara” dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya DUN Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!





Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat UMNO BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM dikacamata rakyat!




YB Dato’ Seri Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin
ADUN Pasir Panjang
16 Ogos 2011

*****shout*******

Monday, August 15, 2011

Zambry MB Perak paling pengecut.,sidang DUN hanya 4 jam.

Sidang DUN Perak hanya berlangsung lebih kurang empat jam sahaja.Dengan jumlah ADUN PR 28 orang dan 21 ADUN BN ,sudah tentu masa tidak mencukupi untuk memberi jawapan daripada Kerajaan Zambry.



ADUN PR telah mengemuka 140 soalan jawapan bertulis dan 84 soalan jawapan lisan.Kerajaan Zambry sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan negeri yang memerlukan mesyuarat DUN Perak berlangsung tiga kali dalam tempoh setahun.



Contoh soalan yang Kerajaan Zamry Kadir gagal menjawab secara berfakta dan telus.Soalan ini telah dikemukakan YB Nga Kor Meng.MB Zambry gagal dan kelihatan pengecut untuk menjawab.





1. Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 150 ekar di Segari kepada Syarikat dormant Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan Gas asli bernilai RM5.8 billion pada tahun ini. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci :-





a) Jumlah hasil premium yang diterima setakat ini;


b) Hasil Laporan impak Alam Sekitar(Environment Impact Assessment Report) dan


c) Bagaimana Syarikat tersebut mendapat dana pelaburan sebanyak RM5.8Billion.





Sidang DUN Perak hanya 4 jam sekadar bincang nak naik elaun YB saja?

IPOH, 15 Ogos – Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar elaun kesemua 59 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang merupakan antara terendah berbanding negeri-negeri lain.



Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kenaikan terakhir elaun Adun Perak adalah pada 1 Januari 2004 dengan kenaikan 10 peratus.



“Itu (cadangan kenaikan elaun Adun) satu cadangan yang bernas,” kata Zamry Kadir ketika menjawab soalan Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) pada sidang DUN Perak hari ini.



Sum mempersoalkan jumlah elaun Adun di Perak yang masih jauh lebih rendah berbanding yang diterima Adun di negeri lain dan mencadangkan kerajaan negeri menaikkan elaun itu.



Zambry memberikan perbandingan jumlah keseluruhan elaun sebulan yang diterima di negeri-negeri adalah RM7,300 (bagi Adun Sabah), RM7,500 (Johor), RM5,400 (Kedah), RM8,200 (Kelantan), RM6,012 (Pulau Pinang), RM8,500 (Pahang), RM9,700 (Selangor), RM7,500 (Sarawak), RM6,000 (Terengganu) dan RM7,730 (Melaka).



Adun di Perak menerima elaun berjumlah RM5,912 setiap bulan yang mana RM4,112 merupakan bayaran perkhidmatan, RM400 bagi elaun keraian, RM400 bagi elaun pemandu, RM200 elaun tetap, RM300 untuk elaun telefon dan elaun khas sebanyak RM500.



Sunday, August 7, 2011

Sidang Dun Perak 15 Ogos ini dijangka panas.

Sidang Dun Perak pada 15 Ogos ini dijangka panas.Sidang DUN yang didakwa sidang terakhir sebelum PRU 13.

Penulis difahamkan soalan jawab bertulis dan lisan telah tamat tempoh penerimaannya pada 29 Julai lalu.

Dikatakan soalan-soalan daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat banyak menyentuh isu pemerintahan Kerajaan Zambry ,yang tidak cekap dan tidak profesional.

Isu penyembelihan lembu betina dan sewa tapak bazar Ramadhan,perumahan rakyat ,petempatan setinggan di bawah projek landasan keretapi berkembar ,bantuan untuk orang miskin dan langkah kerajaan membantu rakyat hasil daripada harga barang-barang naik juga mungkin disentuh.Di samping itu tidak terdapatnya peruntukan untuk ADUN-ADUN PR di kawasan masing-masing.

Tetapi sayang Sidang Dun pada kali didakwa paling singkat,hanya sehari.

Monday, March 29, 2010

Sekitar Sidang DUN Perak- Adun dan Polis!


The image  “http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/sivakumar” cannot be  displayed, because it contains errors.
Sumber gambar: BHarian.
Terkini 11.26 am : Kenyataan Dato Ngeh
Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis.

Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan.

Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi?

Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.

Terkini 11.21 am : Kenyataan Speaker Sivakumar
Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk .

Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi.

Terkini 11.20 am : Kenyataan Media Ds.Nizar
Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi.

Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Hampir 15 minit kami tergendala disitu dan ini cara baru yang dilakukan BN untuk halang kami masuk .Kami lihat dalam galeri penuh dengan polis dan dewan dipenuhi polis. Ini pencemaran dan kami bantah dan kondem dengan arahan kepada polis yang tidak sepatutnya.

Inilah sebab kami ajak berbincang dengan tujuan kami bersidang dengan licin dan mohon sidang selama 5 hari namun ditolak.

Saya juga membisikkan kepada Ganesan tadi dia juga senyum.Kami dapat sms tadi kalau ada kekecohan dalam dewan, kami akan ditangkap, dan saya anggap benar kerana dalam dewan begitu ramai polis.

BN menggunakan cara mengasing-asingkan tempat laluan masuk dewan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Terkini 11.11 am : Kami meninggalkan dewan dan berjalan kaki menuju Wisma DAP
Kami keluar dari bangunan dewan dan dengan berjalan kami singgah sebentar di bawah pokok demokrasi dan sempat saya membuat jenaka dengan cadangan supaya diadakan sidang bawah pokok, dan mendapat perhatian dari pihak polis yang ada disitu. Mungkin mereka ingat kami serius atau betul-betul....

Terkini 10.54 am : Sidang Media
Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN.
Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan ole ADUN yang lain.


Terkini 10.46 am : Bacaan Doa
10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.
10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.
10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan.
10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.


Terkini 10.28 am : Polis yang berkawal didepan Ganesan meninggalkan tempatnya
Macam berlakon, bila Pemangku Raja Perak masuk ke dalam dewan tadi, lalu semua polis itu meninggalkan tempat mereka berdiri.
Sebelum itu ADUN Pengkalan Hulu sempat mempertahankan mereka yang tidak dikenali yang berbaju biru itu adalah untuk menjaga keselamatan Pemangku Raja Perak.
Namun ternyata Tajol Rosli berbohong apabila Pemangku Sultan masuk lalu mereka meninggalkan bahagian depan pentas
utama.Mungkin mereka menjaga kerusi Ganesan takut dirampas oleh kami???


Terkini 10.14am : Semua ADUN hadir
Semua ADUN PR dan BN berjumlah 59 orang berada dalam dewan mengikuti Majlis Perasmian oleh Pemangku Raja Perak.


Terkini 10.13 am : Titah Ucapan Perasmian.
DYMM Pemangku mulai masuk ke dewan dan memulakan titah ucapan perasmian sidang hari ini.


Terkini 10.11 am : Sivakumar menuju ke kerusi Speaker, Ganesan patah balik takut kerusi kena ambil
Apabila Sivakumar cuba menuju ke kerusi Speaker, Ganesan terus berpatah balik ke kerusinya takut diambil oleh Sivakumar sebentar tadi.


Terkini 10.09 am : ADUN PR terus protes supaya polis keluar
ADUN PR terus protes supaya polis keluar, sidang terhenti..Raja Muda belum masuk ke dalam dewan.


Terkini 10.06 am : Permohonan PR ditolak, sidang diteruskan
Selepas bacaan doa oleh SU Dewan Ganesan tetap meneruskan dewan dengan tidak mengindahkan permohonan dari Pakatan Rakyat.


Terkini 10.03 am : ADUN PR protes polis ramai dalam dewan, supaya keluar
ADUN PR diketuai oleh DS. Nizar protes dewan yang dipenuhi oleh ratusan polis dan menjamin dewan akan berjalan lancar walaupun dewan tiada polis, namun ditolak oleh BN.


Terkini 9.57 am : Kami akhirnya dibenar masuk setelah dihalang sekitar 15 minit.
Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah berlaku perdebatan dipintu masuk E sebentar tadi.


Terkini 9.55 am: Kami dihalang untuk masuk
Polis tidak ada kerja diluar dan banyak berkumpul di luar dewan. Dalam bangunan dewan untuk menghalang kami masuk melalui pintu masuk yang kami pilih iaitu pintu E.


Terkini 9.40 am : Acara Pemeriksaan Perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak
Perbarisan tamat. Acara perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak. Raja Nazrin Shah.


Terkini 9.36 am : DYMM Raja Muda Perak tiba di bangunan dewan.
DYMM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak selamat sampai di bahagian hadapan dewan negeri tempat perbarisan akan diadakan sebentar lagi.
Semua tetamu termasuk dari Pakatan Rakyat berdiri untuk penghormatan bersama dengan lagu NegaraKu yang berkumandang.


Terkini 9.16 am : Speaker haram ambil tempat hormat perbarisan
Kelihatan speaker haram bersama setiausaha Kerajaan Negeri menerima tabik hormat dari pasukan perbarisan yang bertugas.


Terkini 8.56 am : Kami sampai di dataran tempat perbarisan
Semua ADUN PR sudah sampai didewan tempat perbarisan yang akan diadakan pada jam 9.30 pagi nanti.
Maaf, saya sempat tersala duduk di samping katak Changkat Jering, mana tahu kalau ada media yang siarkan, jangan salah faham pula.
Semua ADUN PR telah mengambil tempat masing-masing. Kami pilih tempat di bahagian belakang sekali.


Terkini 8.50 am : Pintu masuk penuh dengan polis
Keadaan pintu masuk bangunan dewan sesak dengan hampir 100 polis yang mengawal ketat pergerakan kami untuk masuk.


Terkini 8.46 am : Kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan
Kami mendapat kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan dan mendapat liputan yang meluas dari rakan media.


Terkini 8.44 am : Kami mula bergerak ke dewan
Semua ADUN PR mula bergerak ke dewan sebentar tadi.


Terkini 8.39 am : Masuk dewan pun pintu lain-lain
Menurut surat terakhir yang dihantar oleh Speaker haram dimana antara ADUN BN dan PR masuk ke dewan melalui lif dan pintu berasingan.


Terkini 8.34 am : Semua ADUN PR sudah berkumpul di Wisma DAP
Semua ADUN PR kini berada di Wisma DAP dan sedikit talimat sedang diadakan untuk kami.


Terkini 8.30 am : Wartawan cuma diletakkan dalam bilik audio bercermin gelap
Seorang wartawan yang bertugas memaklumkan kepada saya sebentar tadi bahawa mereka cuma dibenarkan duduk dalam bilik audio semacam bilik pemerhati bercermin gelap.
Ada kemungkinan mereka gagal untuk mengambil gambar apabila diletakkan dalam bilik gelap itu.


Terkini 8.27 am : 150 polis berpakaian biasa dalam bangunan dewan
Menurut maklumat yang kami terima juga didalam bangunan SUK sekarang terdapat sekitar 150 orang pegawai polis yang mengenakan pakaian biasa.
Saya tidak pasti apakah strategi jahat yang diatur oleh BN pada sidang hari ini.


Terkini 8.25 am : Maklumat dikatakan talifon pun tidak dibenarkan masuk
Menurut maklumat yang saya terima alat rakaman akan dihalang masuk ke dalam dewan termasuk juga talifon. Kalau ini menjadi kenyataan maka sekali lagi ADUN PR dihalang untuk merakamkan perkara yang sebenar berlaku di dalam dewan.


Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang "
Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.
Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.
banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.
Siapakah mereka ?


Terkini 7.14 am: Polis mula datang untuk buat kawalan.
Seperti yang saya jangkakan dari awal, rupanya benar suasana sidang hari ini akan berlangsung dengan kawalan dari pihak keselamatan seperti sebelumnya sejak BN merampas kuasa di Perak.
Saya menerima SMS dari ADUN Selingsing yang sampai ke lokasi lebih awal dimana pada mula katanya kelihatan 2 orang saja yang berligar disekitar pokok demokrasi.Selepas itu saya menerima sms berikutnya mengatakan mereka datang beramai-ramai seperti biasa.

sumber:RAKYAT MARHAEN

Sidang DUN Perak-Apa cerita!

Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN.

Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan ole ADUN yang lain.

sumber Cina Islam

Sunday, March 28, 2010

Sidang 30 Mac-Antara Soalan Yang Ditolak Kerajaan Zambry!



SOALAN-SOALAN LISAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA

DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS

PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010



DARIPADA : YB TITI SERONG (YB Drs Khalil Idham Lim)



1. Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.

a) Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?

b) Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?

c) Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?

2. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.

a) Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?

b) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?

c) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan /

3. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.

a) Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?

b) Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dab diterima ?

c) Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?





SOALAN-SOALAN BERTULIS



1. Hasil hutan

a) Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?

b) Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?

2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

a) Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ?

b) Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?

3. Majlis Agama Islam Perak

a) Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?

b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?

4. Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu

a) Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?

b) Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?

5. Pelaboran

a) Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?

b) Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?

Saturday, March 20, 2010

Kita hantar solan pada Setiausaha Dewan-Tai Sing Ng

Baru-baru ini bersama YB Tai Sing Ng bertemu A.D.O Harun Rawi di Pejabat Tanah LMS.Banyak input yang didapati dari lawatan itu. A.D.O Harun Rawi bukan seperti sewaktu kita memerintah. Kini kelihatan tidak mesra rakyat.

Sempat kita timbulkan berkenaan sidang DUN Perak.YB Tai Sing Ng menyatakan mereka menerima notis mesyuarat sidang oleh Tuan Speaker YB Sivakumar untuk hadir mesyuarat pada 30 Mac ini.

Berkaitan soalan kepada DUN Perak,YB Tai Sing Ng ,yang merupakan ADUN Kuala Sapetang menyatakan ,mereka memberi soalan kepada Tuan Setiausaha Dewan Undangan Negeri bukannya kepada Speaker Haram Ganesan.

Menurut YB Tai Sing Ng PR akan pergi ke persidangan Dun Perak yang dipanggil Tuan Speaker YB Sivakumar sahaja.

Tuesday, March 2, 2010

Kita Tunggu 5 Mac Mesyuarat PR Perak-

Kita dimaklumkan ADUN PR Perak sudah menerima jemputan Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini.

Surat dikeluarkan Setiausaha DUN Perak untuk sidang DUN kali pertama bagi penggal ketiga.Menurut YB Khalil Idham Lim dalam blog Cina Islam menyatakan DYMM Sultan Perak akan merasmikan persidangan DUN Perak.

Bagi PR mesyuarat pada 5 Mac ini menentukan langkah PR dalam menghadapi Sidang Dun kali ini.Dengan pertikaian Sepeaker masih berjalan ,mesyuarat Pimpinan PR Negeri Perak yang dipengerusi DS Nizar pada 5 Mac ini menjadi perhatian rakyat .

DS Nizar pada malamnya berada di Bukit Gantang ,kita tunggu pandangan DS Nizar pada hari Jumaat ini.

Tuesday, February 23, 2010

Kes Perak: Apabila perlembagaan ditafsir seperti surat wasiat-Hanipa Maidin

Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.

Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.

Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.

Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?

Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .

Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.

Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?

Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.

Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.

Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.

Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .

Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.

Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan

Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?

Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.

Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya

Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .

Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!peguampas.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

Ketidakadilan Akan Membawa Kehancuran - YB V.Sivakumar

My Photo


Rakyat masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutan untuk mengetahui siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Perbicaraan telah selesai pada 5 November 2009. Hakim-hakim yang mendengar perbicaraan itu telah menangguhkan keputusan mereka pada satu tarikh yang belum ditentukan.

Sekarang sudah hampir sebulan setengah tetapi tarikh pengumuman keputusan hakim-hakim tidak disebut-sebut lagi. Kenapa wujudnya kelewatan dalam mengumumkan keputusan tersebut? Perkara ini menimbulkan banyak persoalan-persoalan kontroversi yang boleh menggugatkan kredibiliti badan kehakiman di negara ini.

Tambahan pula, keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi ianya mesti nampak dilaksanakan.

Keadilan merupakan kondisi kebenaran yang ideal secara moral mengenai sesuatu hal. Menurut sebagian besar teori, keadilan memiliki tingkat kepentingan dan implikasi yang besar dalam pemerintahan sesebuah negara.

John Rawls, seorang ahli falsafah politik Amerika Syarikat yang terkemuka abad ke-20, menyatakan bahwa "Keadilan adalah ‘kelebihan’ pertama dari institusi sosial. Oleh itu, semua institusi awam termasuk kehakiman perlu memberi keutamaan kepada prinsip keadilan. Jika prinsip ini tergadai, maka hancurlah segala struktur atau organisasi yang memerintah sesebuah negara.

Ketidakadilan harus dilawan dan dihukum. Jika perkara ini berterusan, banyak gerakan sosial dan politik akan berjuang menegakkan keadilan. Jika kita mengimbas sejarah dunia, ketidakadilan akan membawa kepada kepincangan.

Banyak juga kerajaan dan dinasti yang kuat retak dan akhirnya hancur kerana tidak menghormati prinsip-prinsip keadilan.

Keadilan intinya adalah meletakkan segala sesuatunya pada tempatnya. Ahli falsafah unggul Plato pernah membantah seorang ahli falsafah muda, Thrasymachus, kerana beliau menyatakan bahawa ‘keadilan’ adalah apa pun yang ditentukan oleh si terkuat.

Tetapi, nampaknya di Malaysia teori Thrasymachus mula mendapat tempat dan dipraktikkan secara terbuka. Keadilan diabaikan semata-mata untuk terus berkuasa.

Ini dapat dilihat didalam konteks negeri Perak, bagaimana Barisan Nasional menggunakan kekejaman dan kekerasan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula, Mahkamah juga tidak menunjukkan minat dalam menyelesaikan krisis politik ini dengan serta merta.

Keadilan adalah sesuatu yang benar, sikap yang tidak memihak, penjagaan hak-hak seseorang dan cara yang tepat dalam membuat keputusan atau penghakiman

Apakah gunanya kita bercakap tentang 'the rule of law' atau pemerintahan berasaskan
undang-undang, hak kemanusiaan dan demokrasi jika pemimpin-pemimpin negara tidak lagi menghormati prinsip-prinsip keadilan yang asas.

Setelah Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, tidak sampai 24 jam keputusan telah dibuat semula untuk menyerahkan jawatan itu kepada Dato Seri Dr. Zambry buat seketika.

Kes kemudiannya berlangsung pada 5 November 2009 dan sehingga kini belum lagi mendapat tarikh dan juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu yang dibangkitkan.

Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan. Tetapi, ia membawa kekecewaan terhadap sistem yang sedia ada.

Isu ini juga menampakkan lagi Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan diktator yang sentiasa penuh dengan ketidakadilan yang berpanjangan.Mereka membelakangkan rakyat yang ada dengan menidakkan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka terutamanya kepada negeri Perak.

Mereka menolak suara rakyat dengan melakukan sewenang-wenangnya tindakan yang memalukan negara dengan mempertahankan kerajaan boneka mereka di negeri Perak tanpa menghormati suara majoriti rakyat negeri Perak.


YB Tuan Speaker V.Sivakumar


Tuesday, November 10, 2009

SIDANG DUN 28 OKTOBER 2009: ZAMBRY BODOHKAN RAKYAT

Kenyataan Media (10 November 2009)


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) pelik dengan catatan terbaru di dalam blog rasmi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang jelas memperbodohkan rakyat Negeri Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya malah seluruh dunia yang melihat sendiri apa yang telah berlaku semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Oktober 2009 yang lalu.

DPPN Pk akan terus mempersoalankan kedudukan Datuk R. Ganesan yang jelas tidak mempunyai kuasa sebagai seorang Speaker yang sah kerana tiada tindakan dengan peruntukan yang ada sebagai Speaker bagi menghukum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dikatakan melanggar Peraturan-Peraturan DUN Perak sehingga hari ini. Ganesan sebagai seorang peguam jelas tidak memahami kedudukannya di dalam perkara ini.

DPPN PK juga cukup hairan dan pelik melihat ADUN-ADUN UMNO yang sebelum ini di lihat begitu garang termasuk Zambry menjadi jinak dan terlalu baik semasa di dalam Sidang DUN baru-baru ini. Perkara ini jelas menunjukkan mereka gilakan kuasa dan sanggup berlakon untuk membuktikannya.

DPPN Pk yang pernah melihat gelagat Dato Seri Diraja Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Hasbullah Osman dan ramai lagi pahlawan-pahlawan yang garang semasa sidang DUN Perak dahulu terlalu baik dan sopan di dalam sidang DUN pada 28 Oktober baru-baru ini pula. Inilah rahsia ADUN-ADUN UMNO setelah merampas kuasa dan cukup pandai berlakon demi menipu rakyat.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sunday, November 1, 2009

7 November Bubar Dun Perak

Banyak orang bertanya,betulkah bubar DUN Perak pada 7 November.Bubar Dun Perak berlaku jikalau DS Nizar diputuskan Mahkamah Persekutuan sebagai MB Perak yang sah.

Namun begitu kita memohon DYMM Baginda Sultan perkenan membubarkan DUN Perak.

Bagi kita PAS Bukit Gantang sudah bersedia.Jentera di semua peringkat berpengalaman untuk menghadapi PRU 13 atau pilihanraya negeri.

Pas Bukit Gantang mengharapkan manifesto Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk dimaklumkan kepada rakyat.Manifesto yang memberi keadilan untuk semua,kebajikan untuk semua dan kemakmuran untuk semua.

Kita yakin jikalau Pakatan Rakyat membentang bajet tidaklah setakat 20 minit tanpa membahaskannya.

Pakatan Rakyat akan memberi peluang wakil rakyat untuk membangkit permasalahan rakyat.Bajet Pakatan Rakyat bajet rakyat,bukan bajet coco cola.

Monday, October 26, 2009

Sidang Dun Perak-tidak selamat ADUN PR tidak hadir sidang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada PAKATAN RAKYAT mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Namun begitu menurut YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin mengharapkan pihak polis bersikap profesional.

"Pihak polis mesti menunjukkan prestasi kelas dunia"kata Ustaz Nordin."Kita tidak mahu peristiwa 7 Mei berulang lagi"tegas Ustaz Nordin.