Showing posts with label fikirkan.. Show all posts
Showing posts with label fikirkan.. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

Ke mana perginya 6320 pengundi pada tahun 2008?

Jika kita melihat keputusan pilihanraya 2008.Kita mendapati terdapat lebih 6200 pengundi Parlimen Hulu Selangor tidak mengundi Palanivel dan juga PKR.

Keputusan PRU 12 ,ketiga-tiga dun dalam Hulu Selangor dikuasai BN.BN menang majoriti 3548 di Hulu Bernam,Batang Kali 2179 dan Kuala Kubu Baru dengan 448 undi.

Jumlah undi PR untuk parlimen 23388 dan untuk ketiga dun hanya 23334.Lebihan undi 54 undi.

Di sinilah kita mendapat terdapat lebih 6200 pengundi tidak mengundi kedua-dua calon dalam PRU 12.

Justeru itu kita mendoakan pada 25 April ini 6200 pengundi yang tidak dapat diketahui identiti itu dapat mengundi. Undi mereka untuk Zaid Ibrahim.

Wednesday, April 14, 2010

UMNO akan cari "lemahnya" Zaid Ibrahim.

Kita mengucapkan tahniah kerana terpilihnya Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat untuk Hulu Selangor.

Bagi kaca mata kita, Zaid mempunyai banyak kelebihan atau umph!. Mempunyai prinsip integriti dan akauntabiliti.Bagi UMNO ,Zaid banyak kurangnya?

PR berjuang untuk membela rakyat,UMNO berjuang untuk perut kroni dan kaum.Duit rakyat digunakan sesuka hati.

Mereka bukan lagi"menjual isu" pembangunan,tetapi mereka menjual isu "lemahnya "Zaid.PKR mesti bersedia.

Zaid ada kes rasuah politik kata UMNO.Zaid ada kes lawan isu hudud Kerajaan Kelantan di Mahkamah, kata orang Kota Bharu.

Bagi UMNO Zaid sudah kaya dapat tender guaman bagi kes PTPTN.UMNO tau isu "janji",tak makan lagi.

Lantas di sinilah PKR atau Pakatan Rakyat wajib bersedia untuk mencari baju kalis isu atau bersedia dengan peluru.Peluru APCO misalnya.

Namun begitu Zaid Ibrahim,terima kasih datang PRK Bukit Gantang dahulu.

Saturday, March 20, 2010

Dendam Tak Sudah- PRK Bukit Gantang!

Seorang teman datang bertemu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen menceritakan hal beliau.Beliau dahulu merupakan Pengurus Giat Mara Taiping.Semasa PRK Bukit Gantang bekerja membantu MARA bina rumah untuk kempen PRK.

Tetapi tohmah dan fitnah yang timbul ,sekadar bergambar bersama DS Nizar dan dituduh berada di pondok panas PAS.

Dikhabarkan kepada kita Raja Ahmad Adun Kubu Gajah yang mengadu kepada Idris Jusoh,Pengerusi MARA.Lantas kerana itu beliau ditukarkan di sebuah tempat dekat Johor!

Beliau ambil keputusan ambil optional jadi Usahawan.Selama tempoh tiga bulan bermula Januari lalu sehingga Mac.

Prk Bukit Gantang bulan April ambil masa lebih kurang 7 bulan untuk balas dendam .Itulah Umno dendam tak sudah!