Showing posts with label ppsmi. Show all posts
Showing posts with label ppsmi. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Mansuhkan dulu PPSMI untuk martabatkan BM, kata Pak Samad


Usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kata seorang sasterawan negara.

Datuk A Samad Said juga berkata beliau tidak nampak keberkesanan penguatkuasaan bahasa kebangsaan itu, yang diumumkan sejak 2005.

"Saya rasa laporan berita itu tidak lengkap kerana sebelum ini pun DBP sudah ada unit khas untuk ambil tindakan terhadap mereka yang guna bahasa salah dalam iklan," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, yang merupakan salah satu resolusi satu persidangan bahasa Melayu semalam.

Media melaporkan, Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."

"Apa yang saya nampak, setakat inipun usaha ini masih tidak berjalan. Tapi itu bukan masalah pokok, masalah pokok adalah penggunaan bahasa Melayu," kata aktivis sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah memansuhkan PPSMI supaya dasar pengajaran selari dengan undang-undang.

"Apa yang saya nampak, kerajaan setakat ini terus menghina bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula didewa-dewakan," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Bahasa Inggeris sudah ada diberikan dana sebanyak RM5 billion untuk mantapkan bahasa itu, tapi untuk memartabatkan bahasa Melayu, tidak ada," kata Pak Samad yang turut mengetuai beberapa siri demonstrasi membantah dasar PPSMI Mac lalu.

"Kerajaan mestilah mengikut dan meluhuri Akta Bahasa Kebangsaan tersebut dan bukannya melanggar undang-undang, itu setakat yang saya nampaklah," katanya yang

Beliau berkata, DBP sememangnya tidak berkuasa untuk menguatkuasa bahasa Melayu, malah beliau mengetahui ramai di kalangan kakitangan DBP sendiri yang tidak bersetuju dengan PPSMI.

"DBP tidak boleh buat apa-apa, tapi kerana ia berada bawah kuasa kementerian pelajaran, jadi dia kena ikutlah. Kalau ditanya secara rahsia, ramai yang tidak setuju. Tapi apa yang mereka boleh buat kerana mereka orang makan gaji," jelasnya lagi.

Tambahnya, resolusi berkenaan yang diputuskan persidangan anjuran bersama DBP itu masih di peringkat cadangan.

"Itu permintaan, apakah kementerian akan terima atau tidak permintaan ini? Dalam usaha baru ini saya tidak tahu DBP akan buat macam mana," kata Pak Samad lagi.

Mengulas mengenai satu lagi resolusi persidangan yang meminta kerajaan mewujudkan jawatan atase bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat misi Malaysia di luar negara, beliau berkata ia adalah usaha yang baik.

"Itu tak apalah kalau kerajaan rasa ia boleh mengembang dan membantu masyarakat mengguna bahasa. Tapi saya rasa yang penting adalah usaha di tanah air sendiri, masih samar-samar pelaksanaannya.

"Yang penting adalah supaya kerajaan tidak terus melanggar Akta Bahasa. Bermakna kerajaan mesti memansuhkan PPSMI," tegasnya.

malaysiakini.


Thursday, August 27, 2009

PPSMI Cikgu Permatang Pasir Sama Macam Cikgu di Bukit Gantang:Bersama Pakatan Rakyat

Bagi Pak Samad Kerajaan Barisan Nasional menghina bahasa Melayu.Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003(laksananakan PPSMI dalam masa 6 bulan),kerajaan melanggar Akta Bahasa 2009 dan terus melanggar sehingga 2017.(14 tahun untuk mansuh PPSMI)

"Parti seperti UMNO tidak harus dihormati langsung"kata Pak Samad.

Bagi Profesor Awang Sariyan ,dasar yang sah ialah dasar yang sudah dimaktubkan dalam perlembagaan dan Akta Pendidikan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara.

Sementara itu Profesor Dr Shahril Mat Zin menegaskan ,GMP tidak bersetuju dengan hasrat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mat Dom yang akan mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu dalam kedua-dua subjek tersebut sebelum 2012.

"Muhyiddin mengatakan lima juta menjadi mangsa PPSMI.Jika lima juta jadi mangsa ,kenapa hendak lanjutkkan lagi.Adakah hendak biarkan lima juta pelajar lagi menjadi mangsa?" kata Prof Shahril Mat Zin,Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI.(GMI)

Dalam pada itu para guru dan keluarga mereka serta masyarakat di Dun Permatang Pasir sebijak pengundi Bukit Gantang menolak UMNO .Syabas pengundi Permatang Pasir.

Para guru tidak lagi gentar dengan ugutan.

Wednesday, July 8, 2009

Dengar-dengar dari Sisi-Kami Sokong PPSMI

1. Guru-guru pro PPSMI khuatir hilang elaun 5 %/10% apabila tidak lagi mengajar PPSMI dalam BI.Hatta pengetua kerugian lebih kurang RM 500-1000,sebulan.

2.Pembekal Laptop/ABM kerugian , kamus dwi bahasa tidak dapat peluang mendapat kekayaan dalam gandaan Ringgit Malaysia.

3.Guru Bahasa Inggeris kerugian lebih kurang RM 100, sejam,dah tak mengajar guru PPSMI

4.Katering rugi satu kepala RM 4.00, sebab kursus PPSMI telah dimansuhkan mulai 2012.

5.Pihak berkenaan tak boleh buat tuntutan perjalanan ,kerana tidak ada lagi untuk dipantau.

6.Tiada lagi persidangan meja bulat/kajian antarabangsa UNESCO,ratusan /malah juta ringgit tidak dapat dibawa balik untuk pertukaran wang asing.

7.Dr Mahathir,kerana projek mega bunuh Bahasa Melayu di sambut 1 Malaysia .