Showing posts with label santai.. Show all posts
Showing posts with label santai.. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Raja Lawak Sepahtu kalah kepada Raja Bomoh MH370

Mh370
JEP SEPAHTU pun juara Raja  Lawak Malaysia .Ibrahim Mat Zin,Barack Obama pun tabik spring.

KLIA dibolosi bomoh.Harap pihak berkenaan ambil perhatian dengan nasihat JAKIM.Dalam kenyataan bertulis oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, beliau memaklumkan dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah JAKIM pada 22 hingga 23 Nov 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim  Mat Zin adalah  bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik.



Portal Astro Awani menggelar Ibrahim Mat Zin sebagai Raja Lawak.(klik).Zizan,Johan,Jep dan Shuib pun tidak dapat mengalahkan Bomoh Ibrahim Mat Zin.Mereka terkenal di Malaysia. Ibrahim Mat Zin seluruh dunia.(klik)

Tuesday, March 9, 2010

Osman Jailu Takut Bertentang Mata-Nanti harta habis!


Program ini berlangsung tidak salah kita pada 21 April 2009.Dalam satu dialog penduduk kampung bersama Gamuda-MMC.

Berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Kuning Sari.Osman Jailu bercermin mata hitam,sepanjang program bercermin mata hitam.

Tidak berani bertentang mata.Belum habis program telah cabut lari,menghampakan rakyat.Sampai sekarang penduduk Kampung Larut Ulu yang terlibat banjir tidak dibantu oleh Osman Jailu untuk mendapat pampasan yang setimpal.

Kita berharap penduduk DUN Changkat Jering yang belum diselesaikan masalah mereka oleh pihak berkuasa,boleh berjumpa Pegawai Khas Osman di Pejabat ADUN ,Pekan Changkat Jering.
Dengar cerita di pejabatnya banyak duit tunai.

Wednesday, February 17, 2010

Bagus PKR masih belum terlambat!

Tahniah dan syabas kepada PKR kerana kini sudah terfikir untuk menyediakan calon yang berkualiti dan tahan uji.

Bagi kita pengundi Changkat Jering kami tahu seksanya dan tertekannya kami sebagai pengundi kerana Osman Jailu.Osman Jailu sewaktu mengenali selama 10 hari ,mengaku orang perjuangan .Osman Jailu mengaku tetap setia bersama PR walaupun ditawar sehingga 60 juta ringgit.Meninggalkan UMNO untuk berjuang membela DS Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu kita mengharapkan jentera PKR di setiap Unit Peti Undi telah bergerak dari sekarang.Kita tidak mahu seperti PRU 12,mencampakkan poster dan bendera calon,untuk kita yang pasang.Kemudian bising menyatakan kita tidak mahu beri kerjasama.

Baguslah PRU 13 kita PR mempunyai calon berkualiti dan tahan diuji.Syabas dan semoga selamat untuk kita menerus kerja baik kita untuk ke Putra Jaya.




PKR Ada Mekanisme Konkrit Tapis Calon PRU 13

Fansurina Abdullah

Dalam melahirkan seramai mungkin calon berwibawa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mempunyai mekanisme khas bagi memilih calon parti berkenaan, pada pilihan raya umum akan datang.

Mekanisme itu sudah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat sebaik sahaja berakhirnya pilihan raya umum ke-12 dalam usaha mengetengahkan lebih ramai calon berpotensi pada masa depan.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh berkata, mekanisme itu dilaksanakan melalui dua program latihan khusus kepada ahli dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon.

Katanya, kedua-dua program itu dijangka dapat meningkat kefahaman mereka mengenai dasar perjuangan dan menyemai disiplin tinggi dan kesungguhan membela rakyat.

"Kita sudah memulakan usaha ini sejak 2008 lagi. Memang ada kekelemahan calon sebelum ini tapi melalui penubuhan ARK, ia akan banyak membantu," katanya kepada TV Selangor.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa sesetengah calon PKR yang menang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Kuantan itu percaya pengakuan Anwar sebagai ikhlas dan ia bakal melonjak keupayaan dan pencapaian parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga langsung tidak risau sokongan rakyat terhadap PKR berkurangan berikutan pengakuan itu, sebaliknya menimbulkan kekaguman mereka terhadap keberanian Anwar dalam mendepani setiap masalah.

Saturday, February 13, 2010

Santai: Kenduri Kahwin. 3 Ce !

Hari ini banyak kenduri kahwin yang pergi mewakili DS Nizar dan Pas Kawasan.Kita pergi bersama Setiausaha Kawasan ,Sdr Fadhil Idris.

Sepanjang perjalanan kami ke rumah walimatul urus,timbul 3 ce! 3 ce inilah yang meruntuhkan kerajaan.

3 ce! ini memulakan episod tragis politik kenegerian Perak.3 ce inilah yang memulakan proses mahkamah sama ada YB Speaker dan YAB MB Rakyat.3 ce inilah menyebabkan PAS dikatakan punca kejatuhan kerajaan.Penyokong 3 ce ini tidak menyalahkan parti mereka.Jelas satu-satu sang "ce" timbul.Terkena batang hidung sendiri , kaitkan dengan Dato'Hasan Ali ,kaitkan dengan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ,memuji pula tindakan YB Khalid Samad.

Apabila kita katakan rakyat semakin meluat dengan 3 ce dan ce-ce lain,kita dihentam.Apabila kita katakan PRU 13 perlu perubahan.Kembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa mewakili mereka. Kita dianggap mementingkan diri.Habis jikalau bukan kerana kita runtuhnya kerajaan ,bukan kita juga rakyat hilang kepercayaan kepada PR.

Lalu kita menyalahkan mahkamah ,kita lupa dengan 3 ce yang menjahanam kerajaan.