Showing posts with label sekretariat. Show all posts
Showing posts with label sekretariat. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Dua tiga hari ini kita gempur Bukit Gantang dengan ceramah.

Pada malam ini ,27 September akan berlangsung ceramah YB Ir Amirudin Hamzah ,Exco Kerajaan Kedah dan Timbalan PJ Perak,Hj Razman Zakaria.Ceramah berlangsung pada pukul 9.00 malam di Kg Permatang Raja,dalam Dun Trong.

Hari berikutnya pada 29 September ini,masa 9.00 malam ,bertempat di Taman Berkat,Simpang.Ceramah akan disampaikan oleh DS Nizar,Hj Razman Zakaria dan Pengerusi Kerabat.


Thursday, February 3, 2011

Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nordin ziarah keluarga Mendiang Anna Lee Luan Eng

Mendiang Anna Lee Luan Eng meninggal dunia dalam usia 68 tahun.Mendiang menghidap kanser hati.Mendiang menetap di Kg Baru ,Kuala Sapetang.
Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang datang ziarah untuk melahirkan perasaan sedih dan simpati kepada kaum keluarga Mendiang Anna Lee Luan Eng di Kuala Sapetang,petang kelmarin.


Kuala Sapetang,2 Februari -Petang kelmarin kita mengikuti Ustaz Idris Ahmad dan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar ziarah keluarga Mendiang Anna Lee Luan Eng untuk mengucapkan simpati dan salam takziah.Turut sama Sdr Chuah Tiong San Ketua DAP Kuala Sapetang.

DS Nizar sempat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang melalui panggilan telefon.DS Nizar meminta keluarga mendiang bersabar dengan ujian Tuhan.


Thursday, January 6, 2011

Jom Ikut Nizar Temu Penduduk Bukit Gantang Hari ini,

Hari ini 7 Januari DS Nizar akan menemui penduduk Parlimen Bukit Gantang.DS Nizar dijadualkan bersolat Jumaat di Masjid Kg Air Terjun,Jalan Bruas dalam DUN Trong.

Selesai solat Jumaat DS Nizar bertemu penduduk tempatan untuk mendengar permasalahan mereka.

Pada sebelah malam DS Nizar dijemput penduduk Kg Air Puteh,Jalan Simpang- Buterworth dalam Dun Kuala Sapetang,untuk menyampaikan tazkirah Maghrib.

Kita hari ini tidak dapat mengikut DS Nizar kerana masih bertugas sebelah petang. Rugi bagi mereka yang berkelapangan tidak mahu bertemu DS Nizar. sumber blog parlimen Bukit Gantang.

Wednesday, January 6, 2010

Terkini:DS Nizar berehat di WAD C8 Hospital Raja Permaisuri Bainun ,IPoh.

Menurut Sdr Amran Haron,Setpol DS Nizar,DS Nizar sihat sahaja ,hanya cedera disiku dan berjahit.

DS Nizar cuba mengelak sebuah kenderaan yang memasuki laluan beliau.Sdr Amran juga memberitahu kita DS Nizar berehat sebentar di WAD C8 Hospital Besar Ipoh.Namun begitu ramai pemimpin dan rakyat serta wartawan datang untuk mengziarahi DS Nizar untuk mengetahui perkembangan kesihatan DS Nizar.

DS Nizar meminta pusat khidmat beliau terus bekerja.

Wednesday, December 23, 2009

HENDAK DENGAR TENTANG HILANG JET DICURI MAFIA DATANGLAH KE BUKIT GANTANG

Bersama ini merupakan petikan ucapan DS Nizar melalui TV Selangor.Untuk keterangan lebih lanjut kita tunggu ceramah DS Nizar pada 2 Januari 2009.

Tragedi kehilangan dua enjin pesawat tempur , F-5E, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang hilang masing-masing berharga RM50 juta secara jelas memperlihatkan kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertahanan apabila jelas tragedi itu berlaku sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Nizar berkata, rakyat seharusnya membuka mata berhubung isu ini dan sedar bahawa Najib telah mengabaikan tanggungjawab yang diberi .

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Berita Harian hari ini bahawa bukan hanya satu enjin pesawat tempur, F-5E yang hilang tetapi dua.

Memetik laporan berkenaan, enjin kedua itu hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara Kuala Lumpur dua tahun lalu dan hanya disedari pada Mei 2008. Bagaimanapun, laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Laporan itu menyebut, kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pengkalan operasi pesawat itu untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara.

DS Nizar tidak menolak kemungkinan bahawa terdapatnya usaha untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat ini yang hanya dilaporkan setelah didedahkan pihak tertentu.

“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya.

Enjin pertama pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu disedari hilang pada 2007 bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Kehilangan kedua-dua enjin pesawat ini dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM.

Kerana terlalu sibuk merompak negeri Perak waktu itu, sampaikan MAFIA yang ada dalam Kementerian Pertahanan sendiri yang merompak enjin-enjin pesawat tak disedari sewaktu Najib sendiri jadi menterinya. Kalau di luar negara, menteri sebegini sudah letak jawatan. Bukan macam kenyataan Zahid hari ini menyatakan perkara itu biasa berlaku di luarnegara. Satu helah untuk menutup pekung. Tuhan itu Maha Adil. Kita tunggukan. "Famaiya'mal mithqallazzaratain khairraiyaroh wamaiya'mal mithqallazazratain syarraiyaroh"