Wednesday, June 10, 2009
JANGAN BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
Setahu kita,kejadian berpunca terdapat satu rompakan di cyber cafe Kamunting,di dalamnya terdapat ahli kumpulan .Kumpulan itulah memanggil kawan mereka untuk membalas balik .Terjadilah pergaduhan difahamkan 2 orang di ICU, di wad c15 4 orang dan di wad 18 seorang .
Kedua-dua MB telah melawat mangsa.Saya mengikuti lawatan MB Rakyat Hj Nizar pada 9 Jun 2009,ke hospital Taiping.
Peristiwa itu menyebabkan program BUBARKAN DUN batal di Aulong dan Kamunting.Bagi kita biarlah polis menjalankan siasatan dan mendakwa mereka yang bersalah.
Selamatkan Perak.
Tuesday, June 9, 2009
SISI STADIUM
PKFZ
Tuesday, June 2, 2009
muktamar dewan pemuda pas malaysia kali ke 50
Jun 3, 2009 in PAS, istizkariyyah, syura
Salam Kamunting,
Dewan Pemuda PAS Malaysia akan bermuktamar tahunannya hari ini dengan upacara perasmian akan bermula awal malam nanti di Markaz PAS Taman Melewar, Gombak. Ia adalah muktamar tahunannya buat kali yang ke 50.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, juga pemerhati dari seluruh negara yang mewakili Dewan Pemuda PAS negeri – negeri.
Muktamar adalah aplikasi sistem syura yang dianjurkan agama. Syura memberkati perjuangan Islam. Justeru kehadiran anda ke muktamar kali ini, khususnya para perwakilan adalah diberkati Tuhan. Insya Allah, perjuangan Islam akan terus maju ke hadapan membawa sinar kepada kehidupan manusia di dunia ini.
Agama Islam, tenteranya adalah pemuda.
Nabi kita, pembantu kanannya adalah pemuda.
Ashabul Kahfi, contoh sepanjang zaman itu adalah pemuda.
Pemuda adalah kekuatan.
Pemuda adalah peluang.
Pemuda adalah harapan.
Ini adalah penggal terakhir saya dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, insya Allah. Jika diizinkan Tuhan, 2 tahun terakhir ini saya ingin menyumbang yang terbaik daripada saya. Saya gembira di Dewan ini. Sahabat – sahabat di sini hebat – hebat belaka. Bising pun hebat. Senyap pun hebat.
Dewan Ulama PAS Kelantan telah pun mempelawa saya untuk menumpang pada tuah mereka. Saya jadi teruja juga. Dua – dua sayap ini, saya tak tahu, mana satu sayap kanan dan mana satu sayap kiri.
Harapnya berkawan dengan ulama tua adalah sehebat berkawan dengan ulama, profesional dan aktivis muda.
Salahudin pergi, Nasrudin mari.
Selamat bermuktamar!
dipetik daripada :nikabduh.wordpress
Dapat SMS lagi. Cadangan Pimpinan PAS 2009-2011
Bagi saya pasukan yang ada perlu diperkukuhkan,pasukan yang boleh membantu Pas dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Apakah kejayaan kita di Perak bukan kerja semua pihak.Kita berjamaah ,buat kata YB Salehudin Ayob yang saya dengar sendiri semasa merasmikan mesyuarat agung Pas Taiping ,kekuatan pas bergantung kepada tiga kumpulan. Pertama ulamak,profesional dan aktivis.Ketiga-tiga kumpulan ini perlu diberi perhatian.
Harap-harap saya tidak menerima SMS lagi mencadangkan siapa yang perlu dipilih untuk timbalan presiden dan naib presiden. Saya bukan perwakilan!
Monday, June 1, 2009
1 GELITA PERAK- TIGA DUN P059 SAHUT SERUAN
Apa Kerajaan Pakatan Rakyat Telah Buat?
2.Pendapatan dari hasil sumber hutan selama 9 bulan sebanyak RM 40 juta. Semasa BN 2007-2008 hanya RM 16.0 juta .
3. PR beri dermasiswa sebanyak RM 1000 untuk seorang pelajar yang berjaya masuk IPTA semasa BN perintah tidak dibuat,hanya PTPTN yang membebankan
4. Pilhanraya ketua kampung ,rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin mereka sendiri.UBN pilih kroni mereka hanya UMNO DAPAT MANFAAT.
5.Kita beri air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM 750 sebulan. Kita bersetuju membekalkan 20 meter padu air.
6. Kerajaan rakyat meluluskan Tanah Kampung tersusun,Tanah Kampung Baru ,1000 hektar untuk sekolah SAR DAN suwa .45 ekar untuk Pondok Pak Teh. UMNO BN gadai tanah rizab melayu 5 700 ekar kepada kroni,tauke dan bangsa asing.Sampai sekarang tidak berganti.